Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 14 September 2019

Kerjasama UMNO-PAS Memecahbelahkan Dan Buruk Kepada Negara - Profesor Zaharom Nain.

RF8 MEDIA | Kerjasama Umno-Pas yang termeterai dijangka akan menekan suasana sosio-politik Malaysia ke arah yang lebih parah.



Pemerhati politik berkata negara akan diheret ke arah politik perkauman dan agama serta mengekang pembaharuan sosial dan institusi.

Dr Lee Hwok-Aun, felo kanan di ISEAS-Ishak Yusof Institute di Singapura, berkata Malaysia akan hanyut ke perairan misteri yang berpotensi berbahaya.

“Pengukuhan kerjasama Umno-PAS, tanpa mewakili parti dan kumpulan lain akan terus mendorong ke arah politik yang berpusatkan Melayu-Islam ketika negara perlu memberi tumpuan kepada perpaduan sosial, kesejahteraan manusia, kesamarataan dan keadilan serta kemajuan ekonomi

“Sudah tentu, Pakatan Harapan (PH) masih mengawal keadaan tetapi ia perlu menetapkan agenda negara dengan lebih jelas, berani dan berintegriti,”
katanya dipetik The Malaysian Insight.

Berkongsi pendapat Lee, Profesor Zaharom Nain dari kampus Universiti Nottingham Malaysia berkata kerjasama itu akan memecahbelahkan, dan jelas merupakan sesuatu yang buruk untuk negara.

“Ia menjadi motivasi bagi kerjasama terdesak ini yang menganggap lebih 60% penduduk Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu akan tunduk kepada strategi mereka.

“Mungkin PH boleh mengguna pakai strategi serupa, tetapi ia akan menjadi bencana politik bagi PH, dan lebih buruk lagi, akan merosakkan negara serta menjadi tragedi kepada semua,”
katanya

"Kerana Ada Yang 'Tak Faham Bahasa'," - Penjelasan Papan Larangan Parking Tulisan Cina Dan Tamil Di Pangsa Batu Lancang.

SOSMED|“Kerana ada yang tidak faham bahasa (abaikan larangan), itulah respon yang diterima kami apabila bertanyakan kenapa ada papan tanda bertulisan mandarin dan tamil di sekitar kawasan perumahan pangsa Batu Lancang.

Semalam tular satu gambar yang merujuk kepada papan tanda larangan meletakkan kenderaan di laman sosial.

Hal itu menjadi polemik berikutan kerajaan Pulau Pinang didakwa meminggirkan Bahasa Malaysia. Kerajaan Negeri dan Pakatan Harapan dikritik netizens kerana dianggap mula membelakangkan penggunaan Bahasa Malaysia bagi tujuan rasmi.

Namun salah seorang pegawai dari Majlis Perbandaran memaklumkan kepada pihak kami, papan tanda di kawasan perumahan Bukit Lancang juga terdapat dalam Bahasa Melayu. 

Beliau kemudiannya memberikan dua gambar sebagai bukti.



Menurutnya terdapat pihak yang gagal memahami arahan dan larangan dengan baik menyebabkan papan tanda dalam bahasa mandarin dan tamil diletakkan.

Ini dibuat bagi menyindir pihak yang suka meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang laluan dan menyusahkan pihak lain.


"Kami letak empat bahasa. Sebab mereka jenis tak faham bahasa (tak patuh arahan). Maka kami letak empat bahasa. Cuma untuk bahasa melayu kami cuma bagitau kawasan meletakkan kenderaan. Untuk bahasa lain kami letak simbol dan kenyataan larangan parking," kata pegawai itu lagi kepada kami.

"Lepas neh tak faham lagi.. hah.. kami cuma buat kerja kami. Sebab orang-orang neh tak faham bahasa (suka langgar peraturan)," tambahnya. - 14 September 2019.

Khamis, 12 September 2019

Hutang Negara Meningkat Di Bawah PH Bukanlah Petanda Negatif - Bekas Pengarah BNM.

RF8 MEDIA | Isu tular dalam media sosial kebelakangan ini berkenaan hutang negara yang meningkat sebanyak RM58 bilion sejak Januari lalu bukanlah petanda negatif ekonomi.


Demikian dijelaskan oleh bekas Timbalan Pengarah Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob. Menurut Dr Rosli pertambahan hutang bukan isu negatif sekiranya bertujuan membiayai projek-projek pembangunan bagi meningkatkan pertumbuhan masa hadapan.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi 4.9 peratus pada suku kedua – yang menunjukkan peningkatan – boleh meredakan kebimbangan peningkatan hutang yang kini mencecah RM799 bilion.

“Saya yakin pinjaman sebesar itu untuk biayai projek-projek pembangunan yang sedang berjalan dan sedang dalam proses untuk meningkatkan kapasiti ekonomi negara dengan lebih besar, seterusnya memberikan pulangan yang tinggi dan boleh digunakan membayar hutang tersebut.

“Bagaimanapun, saya sebagai seorang ahli ekonomi khuatir sekiranya kita meminjam wang tetapi tidak digunakan wang tersebut untuk membina kapasiti ekonomi. Ia akan membawa kepada masalah untuk membayar semula hutang terbabit,”
katanya dipetik Suara Keadilan.

Dr Rosli juga tidak menolak kemungkinan pinjaman terpaksa dibuat untuk meneruskan projek-projek yang telah berjalan sejak rejim terdahulu. Katanya projek tersebut tidak boleh ditangguhkan kerana menelan belanja besar dalam bentuk pampasan dan sebagainya.

“Bila projek sudah berjalan dan kita berhentikan projek itu, maka kita akan menanggung beban kos yang telah dilaksana. Justeru, kita tiada pilihan lain melainkan meneruskan projek dan menyiapkannya supaya memberi manfaat apabila siap.

“Namun begitu, bagi projek-projek yang telah dirancang kerajaan terdahulu tetapi belum dilaksana, ia perlu dikaji semula berkaitan kos, daya maju serta aspek mengurangkan harga ke paras lebih munasabah.

“Sebagai contoh ECRL, kerajaan mengkaji kos dan mengurangkannya lebih rendah dan melakukan penjajaran semula projek ini di mana laluan Gombak ditukarkan kepada laluan di Labu, Negeri Sembilan dan kosnya lebih murah. Ini antara contoh projek yang berjaya kita kaji,”
jelasnya.

Mengulas lanjut, Dr Rosli berkata hutang yang meningkat masih tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyalahi undang-undang negara sekiranya hal itu berlaku.

Rombaklah Kabinet, Mansuhkan Jawatan Menteri Perpaduan.

Faizal Riduan | Universiti pun sudah digabungkan.

Jadi mohon YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dalam rombakan kabinet yang akan datang untuk menggabungkan kementerian-kementerian berikut:

 


1) Kementerian Kewangan + Kementerian Hal Ehwal Ekonomi = Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Rasional: Menggembalikan semula hal ehwal ekonomi ke dalam Menteri Kewangan berikutan Menteri Hal Ehwal Ekonomi kelihatan hanya berfungsi sebagai Menteri Pengiring VVIP. Malah menjadikannya 2 kementerian langsung tidak membantu menaikkan ekonomi negara dan menurunkan beban kos sara hidup rakyat.

2) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna + Kementerian Pembangunan Usahawan = Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Pembangunan Usahawan dan Perlindungan Pengguna.

Rasional: Kementerian Pembangunan Usahawan adalah kementerian yang gagal dengan idea kereta terbang sedangkan kereta beroda Proton pun masih gagal dipasarkan di negara Asean. Gabungan Yang bermula dari perdagangan dalam negeri, pembangunan usahawan dan kemudian perlindungan pengguna adalah rantaian nilai yang saling berhubung.

3) Kementerian Tanah, Air dan Sumber Asli + Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim = Kementerian Alam Semula Jadi, Tenaga Diperbaharui dan Teknologi Hijau.

Rasional: Kementerian yang paling panjang tetapi bercelaru dan saling kontradik. Tanah, air, sumber asli dan alam sekitar semuanya sudah terkandung dalam alam semula jadi. Tenaga dan teknologi pula adalah antara punca perubahan iklim maka tenaga diperbaharui dan teknologi hijau adalah solusi kepada simbiosis yang lestari.

4) Kementerian Industri Utama + Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri = Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Utama.

Rasional: Industri utama adalah produk atau input yang ingin dipasarkan di peringkat global maka menjadikan industri utama dan perdagangan antarabangsa di bawah satu bumbungan adalah lebih fokus.

5) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama / Undang-Undang / Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) dimansuhkan.

Rasional: Ketiga-tiga menteri tersebut adalah tidak membantu dan berfungsi di mana kedudukan agama, undang-undang dan perpaduan kian diperlecehkan. Sebaliknya mereka boleh diserap sebagai pegawai khas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia berikutan ketiga-tiganya suka membuat sidang media tetapi tiada pergerakan kerja dan portfolio yang jelas.

#MohonMencadang #RombakanKabinet

Bunting Penyatuan Ummah : Lulus 150, Pasang 1,000 - Khalid Tempelak Razlan.

POLITIK | Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad terus menempelak Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan kerana mengeluarkan kenyataan tidak tepat mengenai pemasangan bunting program Penyatuan Ummah di Twitternya semalam.

"Atas Arahan @KhalidSamad. Banner Penyatuan Ummah diturunkan, walaupun sudah mendapat Kebenaran DBKL!! Jom kita berarak hantar Memorendum di DBKL pada 14 hb tu.. selepas Piagam ditandatangani .. ini Sabotaj kerajaan PH!!!," ciap Datuk Razlan Rafii pada rabu.

Khalid kemudiannya membalas ciapan tersebut dengan mengatakan permohonan hanya untuk 150 bunting tetapi gegantung yang dipasang adalah 1,000 unit.

"Permohonan untuk 150 bunting sahaja. Tapi pasang 1,000 lebih. Kejujuran pejuang islamlah katakan. Bab bunting pun nak menipu. Beraraklah bersama dengan penipu-penipu yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik mereka. Sudah terang lagi bersuluh.. atau.. tak pandai kira? Hahaha," balas Khalid sambil menyindir Razlan.


Razlan kemudiannya menafikan unit gegantung yang telah dipasang adalah 1,000 sebaliknya hanya 100. Razlan juga mempertahankan permohonan UMNO adalah pemasangan untuk 1,000 unit dan bukannya 150 seperti didakwa Khalid sambil melampirkan bukti permohonan.

"Mohon 1000 la pak Menteri, you kasi lulus 150 .. baru pasang 100 jee .. tu pun takut, you suruh DBKL potong .. FAKTA KENA BETUL laa .. kan saya kata awal tadi .. Banting pun Pak Menteri nak Menipu!!," balasnya pada respon Khalid.


Khalid bagaimanapun berkata sukar untuk mempercayai Razlan kerana UMNO terkenal dengan sikap suka menipu.

"Ya ke memohon 1000? Surat DBKL sebut mohon 150 jer. Hmmm... mana satu nak percaya? Rasanya UMNO terkenal penipu kan... Tak tahulah kenapa tapi ambo begitu cenderung untuk lebih percaya DBKL. Tapi yang jelas, anjuran UMNO naa. Hahaha.. awat tak khabak? Hahaha. Perpaduang pencuri?," katanya membalas ciapan Razlan. 



Khalid juga berkata setiap bunting yang dipasang di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur menjana pendapatan kepada agensi itu maka rugilah jika mereka tak meluluskan permohonan tersebut. Tambahnya, lainkali Razlan boleh terus memohon dengannya.

"Aduuh.. rugilah DBKL. Orang mohong 1,000 (kononnya) tapi lulus 150? Kenapa gitu? Setiap satu bunting boleh kutip bayaran... bukan senang nak dapat duit dari pencuri. Lain kali mohong terus dengan saya. Hampa nak 10 ribu pun ambo bagi. Tak bohong punya. Cuba mohong.. ," katanya.
- 12 September 2019.

Selasa, 10 September 2019

21 IPG Ditutup, MP Kuala Nerus Tuntut Penjelasan Kerajaan.

KENYATAAN MEDIA | TUTUP 21 IPG : TUNTUT KPM JAWAB PENDEDAHAN BH

1. Akhbar Berita Harian (BH) hari ini mendedahkan berkenaan cadangan penutupan 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara dan pengesahan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sendiri mengenainya.
2. Dijelaskan bahawa 10 daripadanya akan dijadikan pusat latihan dalam perkhidmatan dan ‘co-exist’ dengan Kolej Vokasional dan Politeknik manakala 11 lagi akan dijadikan Institut Latihan Awam atau untuk tujuan lain.

3. Berbaki hanya 6 IPG sahaja yang dikekalkan fungsi asalnya untuk melatih bakal guru sekolah rendah yang dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

4. Penutupan ini sekiranya diteruskan adalah amat tidak wajar dan merupakan tindakan regresif memandangkan institusi ini yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan telah dinaik taraf sejak 2005/2006 dan bermulanya Program Pensiswazahan Guru di IPG.

5. Sejak dari itu, IPG telah memberikan sumbangan yang besar terhadap peningkatan profesionalisme keguruan dan kualiti pendidikan di negara ini. Banyak tenaga pengajar dan para guru yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi telah dilahirkan oleh institusi ini.

6. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa segera menjelaskan status dan perkembangan sebenar cadangan ini memandangkan ia melibatkan masa depan sektor pendidikan negara dan penyertaan generasi muda terutamanya dalam kalangan orang-orang Melayu sebagai guru sekolah.

7. KPM juga diminta menjelaskan rancangan memindahkan

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Isnin, 9 September 2019

Najib Tunjuk Bukti Netizens #BMF Lepas Lim Guan Eng Buat Kecoh..

NAJIB RAZAK | i) Jika hasrat mereka benar-benar nak hentikan kempen BMF, saya rasa PH dah silap besar jika usaha ini diketuai oleh Guan Eng dan Kit Siang.

Orang yang paling tidak sesuai dalam Malaysia untuk menjadi muka pengkritik utama kempen BMF adalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Satu ialah orang yang pernah dituduh sebagai orang paling rasis dalam Malaysia oleh PM ke-4.

Satu lagi pula mengeluarkan kenyatan awal tahun ini bahawa Penyatuan Ummah merupakan pengisytiharan perang antara kaum Islam dengan bukan Islam.

Kedua-dua juga adalah dari parti DAP di mana Nga Kor Meng pula mengelar Penyatuan Ummah sebagai Taliban.

Lagi banyak Kit Siang dan Guan Eng ratib tentang kempen BMF, lagi ramai orang yang menyertai kempen.

Carilah pemimpin lain seperti Nurul Izzah ataupun Wong Chen untuk menjadi suara pengkritik.

Kenapa nak cari Kit Siang dan Guan Eng pula?

Melainkan DAP sengaja nak mempromosikan dan menjayakan kempen ini supaya ianya boleh dijadikan isu politik perkauman.

Supaya mereka ada peluang menjadi hero bagi memulihkan sokongan bukan Muslim terhadap mereka setelah dikecam teruk oleh penyokong mereka dengan isu tulisan Khat, Zakir Naik dan Lynas.

-----

ii) Penipu bersiri bernama Lim Guan Eng datang lagi.

Entah dah berapa kali dah pemimpin PAS dan UMNO telah menafikan mereka sokong boikot barangan bukan Islam.

Tapi Guan Eng ini macam tak faham.

Sekarang dia gunakan isu ini untuk menyerang MCA dan MIC pula walaupun MCA dan MIC sudahpun keluarkan kenyataan bahawa rakyat patut sokong semua barangan buatan Malaysia tak kira bangsa atau agama.

Apabila PM ke-7 mula-mula menimbulkan isu boikot ini saya berasa hairan juga.

Kerana masa itu ramai tak sedar adanya kempen mengutamakan barangan Muslim ini dan ianya bukanlah satu isu nasional atau isu besar.

Masa itu juga, saya tak pernah dengar ada mana-mana pemimpin PAS atau UMNO yang pernah mengulas isu ini.

Kebanyakan rakyat pun tak tahu adanya kempen ini.

Pada pendapat saya, ini mungkin kerana DAP rasa terdesak untuk memulihkan sokongan bukan Melayu selepas mereka dikecam bertubi-tubi dengan isu tulisan Khat, Zakir Naik dan Lynas.

Maka datanglah PM ke-7 untuk menimbulkan isu boikot ini secara mengejut.


Tetapi setelah PM ke-7 timbulkan, ianya menjadi isu national dan bilangan orang yang menyertai grup-grup kempen itu tiba-tiba melonjak naik.

Disambung pula oleh DAP yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan tentang isu ini setiap hari.

Boleh dikatakan bahawa PH dan DAP berjaya menjadi promoter nombor satu kempen ini.

Hakikatnya, satu gerakan yang kecil menjadi tumpuan seluruh Rakyat Malaysia dan dijadikan isu perkauman nasional besar di mana DAP boleh menjadi champion sekali lagi.

Amalan boikot-memboikot ini sebenarnya telah berlaku sebelum PRU13 di mana penyokong-penyokong DAP dan PKR pernah melancarkan kempen besar-besaran untuk memboikot PETRONAS dan roti Gardenia atas sebab perkauman.

Tapi masa itu, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang membisu pula.

"PAS Ini Fakta Agama Pun Dia Selewengkan, Macam Mana Boleh Kata UMNO Tak Zalim," - AMANAH.

RF8 MEDIA | Kerjasama Umno – Pas yang bakal termeterai 2 minggu daripada sekarang terus dipersoalkan pemimpin Pakatan Harapan.


Pas yang suatu ketika dahulu bermati-matian menentang Umno menggunakan hujah al Quran dan Hadis tiba-tiba membuat pusingan U.

Dalam tempoh beberapa bulan selepas pilihan raya umum ke 14, Pas yang membenci salahguna kuasa dan skandal Umno kini menolak unsur-unsur jenayah itu dengan alasan Umno bukan lagi parti pemerintah dan tidak boleh berbuat zalim.

Bagaimanapun, justifikasi tersebut disifatkan tidak masuk akal oleh Penasihat Umum Amanah, Datuk Seri Ahmad Awang.

“Pas menjustifikasi kerjasama dengan Umno menggunakan fakta begitu (tidak ada lagi kezaliman). Pas ini fakta agama pun dia boleh selewengkan, pesongkan dan tukar segalanya.

“Macam mana dia boleh dakwa Umno tidak zalim lagi? Umno memerintah selama berpuluh tahun, zaman pemerintahan mereka terlampau zalim dan merampas hak rakyat.

“Cuba kalau terus berkuasa dan menang pilihan raya (PRU 14) maka negara akan hancur,”
katanya dipetik Suara Keadilan.

Menurut Ahmad, meskipun pemimpin Umno belum dijatuhkan hukuman bersalah di mahkamah namun katanya Malaysia sudahpun dilabel sebagai negara kleptokrasi hasil pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Setakat ini (beberapa negara) dunia telah mengenakan tindakan berkaitan 1MDB

“Di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain sudah ada pihak yang dibuktikan terlibat dengan penyelewengan 1MDB. Macam mana nak nafikan perkara itu. Takkan pemimpin Pas buta dalam perkara ini?”
soalnya.

Dalam pada itu, berhubung Amanat Hadi, Ahmad mendesak agar Pas menyatakan pendirian terbaharu terhadap fatwa yang pernah dikeluarkan pada 1981, menuduh Umno sesat.

Hal itu, katanya kerana sejak puluhan tahun segelintir anggota Pas tidak makan sembelihan Umno, solat ke atas jenazah orang Umno apatah lagi solat berimamkan pemimpin Umno.

Semua itu perlukan fatwa baharu kerana ahli Pas akan berasa berdosa bersama ahli Umno dalam kerjasama selagi fatwa tahun 1981 tidak dimansuhkan.

“Kalau betul macam Haji Hadi kata sekarang ini Umno okay maka dia perlu isytiharkan penarikan balik fatwa. Walaupun benda itu tidak digazetkan namun satu dunia tahu, tersiar dalam semua media.

“Katakanlah ‘dulu suasana lain sekarang ini lain’, suasana berubah hukum berubah. Maka isytiharkan begitu,”
ujarnya lagi.

Ahad, 8 September 2019

Sentimen Perkauman Pembangkang Sukarkan Kerajaan Buat Kerja, Ambil Tindakan Pada Pemboikot - Nizar.

RF8 MEDIA | Pelbagai pihak mula menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang bertali arus mengeluarkan fakta-fakta fitnah dan melaksanakan usaha boikot sejak kebelakangan ini.


Menurut mereka, tindakan menerbitkan berita palsu biarpun telah dijelaskan oleh kerajaan mampu mensabotaj ketenteraman awam dalam jangka panjang. Begitu juga pihak-pihak yang berterusan memainkan isu perkauman akan menimbulkan suasana tegang dan ketakutan serta melemahkan struktur sosial.

Bagi Exco Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin, keadaan yang diburukkan oleh retorik perkauman dan agama sempit itu juga menyebabkan kerajaan sukar menumpukan kepada usaha-usaha meningkatkan ekonomi, sebaliknya tersekat dalam lingkungan soal jawab isu-isu remeh dan tidak berguna.

“Sebenarnya Kerajaan PH sedang bergelut dengan kenyataan sentimen perkauman yang tidak henti-henti diungkit oleh puak pembangkang, iaitu Umno, Pas ataupun NGO yang ada kaitan dengan kedua-dua parti itu. Ini menyebabkan Kerajaan PH sukar memberi tumpuan kepada hal-ehwal urus-tadbir negara.

“Namun demikian sudah tiba masanya Kerajaan PH mengambil langkah serius dan tegas dengan serta-merta untuk menghentikan kenyataan-kenyataan yang rasis.

“Gejala ini sudah lama merebak dan telah membelah-bahagikan rakyat serta merosakkan semangat perpaduan di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia,”
kata Nizar Jamaluddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat.

Sehubungan itu beliau memberi amaran, sebarang kelewatan kerajaan melaksanakan tindakan tegas akan menyebabkan suasana harmoni dalam negara sukar dikembalikan kepada asal.

Keadaan tidak menguntungkan itu, katanya boleh menyebabkan ekonomi negara suram pelabur asing kurang minat untuk menanam modal di Malaysia.

“Walaupun Perang Dagang di antara Amerika Syarikat dan China melemahkan ekonomi sedunia dan Malaysia pun merasa kesannya, namun pandangan saya ialah situasi ekonomi Malaysia dipengaruhi oleh isu perkauman melampau yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang sejak 9 Mei 2018.

“Saya bimbang kalau Malaysia terus dibelenggu oleh masalah ini maka PH akan melalui jalan sukar dalam pilihan raya umum ke 15 (PRU15). Niat pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan PH sudah ketara tetapi dalam pada itu perbuatan mereka juga mampu memusnahkan negara.


“Situasi ini amat bahaya dan Kerajaan PH harus bertindak pantas dan sesiapa yang membuat kenyataan rasis seperti ‘boikot barangan bukan-Islam’ wajar dikenakan tindakan dengan tegas dengan segera,”
kata Nizar lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...