Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 September 2019

Hutang Negara Meningkat Di Bawah PH Bukanlah Petanda Negatif - Bekas Pengarah BNM.

RF8 MEDIA | Isu tular dalam media sosial kebelakangan ini berkenaan hutang negara yang meningkat sebanyak RM58 bilion sejak Januari lalu bukanlah petanda negatif ekonomi.


Demikian dijelaskan oleh bekas Timbalan Pengarah Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob. Menurut Dr Rosli pertambahan hutang bukan isu negatif sekiranya bertujuan membiayai projek-projek pembangunan bagi meningkatkan pertumbuhan masa hadapan.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi 4.9 peratus pada suku kedua – yang menunjukkan peningkatan – boleh meredakan kebimbangan peningkatan hutang yang kini mencecah RM799 bilion.

“Saya yakin pinjaman sebesar itu untuk biayai projek-projek pembangunan yang sedang berjalan dan sedang dalam proses untuk meningkatkan kapasiti ekonomi negara dengan lebih besar, seterusnya memberikan pulangan yang tinggi dan boleh digunakan membayar hutang tersebut.

“Bagaimanapun, saya sebagai seorang ahli ekonomi khuatir sekiranya kita meminjam wang tetapi tidak digunakan wang tersebut untuk membina kapasiti ekonomi. Ia akan membawa kepada masalah untuk membayar semula hutang terbabit,”
katanya dipetik Suara Keadilan.

Dr Rosli juga tidak menolak kemungkinan pinjaman terpaksa dibuat untuk meneruskan projek-projek yang telah berjalan sejak rejim terdahulu. Katanya projek tersebut tidak boleh ditangguhkan kerana menelan belanja besar dalam bentuk pampasan dan sebagainya.

“Bila projek sudah berjalan dan kita berhentikan projek itu, maka kita akan menanggung beban kos yang telah dilaksana. Justeru, kita tiada pilihan lain melainkan meneruskan projek dan menyiapkannya supaya memberi manfaat apabila siap.

“Namun begitu, bagi projek-projek yang telah dirancang kerajaan terdahulu tetapi belum dilaksana, ia perlu dikaji semula berkaitan kos, daya maju serta aspek mengurangkan harga ke paras lebih munasabah.

“Sebagai contoh ECRL, kerajaan mengkaji kos dan mengurangkannya lebih rendah dan melakukan penjajaran semula projek ini di mana laluan Gombak ditukarkan kepada laluan di Labu, Negeri Sembilan dan kosnya lebih murah. Ini antara contoh projek yang berjaya kita kaji,”
jelasnya.

Mengulas lanjut, Dr Rosli berkata hutang yang meningkat masih tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyalahi undang-undang negara sekiranya hal itu berlaku.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...