KENYATAAN MEDIA | Tanda soal subsidi haji
1. Kali ni pakai tanda soal lagi. Sepatutnya kalau hang tak pasti dan tak tau, tak payahlah buat berita. Hang nak tanya sapa? Hang pilah tanya TH sendiri. Orang yang membuat rakyat tak tenteram tu tak dapat apa selain dosa. Apatah lagi kalau hang menyebabkan orang maki hamun sasaran hang. La ni mungkin la hang ketawa, tapi esok lusa hang diketawakan sebab pikoi bangkai dosa buat fitnah. Ingat tu hai blogger miskin.
2. Saya sebenarnya malas nak jawab sebab isu ni isu lama yang diputar semula oleh blogger Myutaranews yang agaknya kekeringan modal untuk merancak program kebencian awam terhadap YB Menteri.
3. Namun kerana dah ramai sangat hantar mesej peribadi tanya saya maka saya jawablah tentang perubahan yang wajib dilakukan TH demi kelestarian dan kestabilan dana TH. Memandangkan sebelum ni sehingga 1 Okt lepas saya bertanggungjawab tentang soalan dan jawapan di Parlimen maka saya banyak berinteraksi dengan pegawai tertinggi TH yang memaklumkan 'masalah' orang kita. Ini saya akan cerita kemudian.
4. Sebelum itu saya ingin jelaskan bahawa angka yang akan saya berikan hanyalah angka average bukan angka tepat. Sebabnya saya malas nak buka laptop saya untuk rujuk angka2 tepat tu. Yelah, ia bukan ayat Quran pun kan. Jadi cukuplah gross figure.
5. Semua maklum bahawa TH ketika diambil oleh pentadbiran kerajaan baharu pada Mei 2018 di antara syarikat kerajaan yang tenat dan banyak masalah. Di antaranya puncanya ialah bebanan liabiliti atau tangungan melebihi aset yang dimiliki. Sepatutnya selama 4 tahun terakhir, iaitu tahun 2014-2017 TIADA HIBAH boleh dibayar oleh TH mengikut Akta TH. Anda masih ingat lagi surat Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada 2015 memberi amaran kekurangan aset TH yang kritikal?
6. Tetapi pengurusan TH di bawah kepimpinan lama telah membuat 'creative accounting' (penipuan secara perakaunan kreatif) dengan membuat kiraan berdasarkan nilai saham asal, bukan nilai semasa untuk mengaburi pembaca laporan kewangan tahunannya kononnya TH masih mempunyai aset melebihi liabiliti lalu boleh membayar hibah kepada semua pendeposit. Sedangkan nilai saham yang dimiliki TH telah merudum teruk. Antaranya saham FGV yang asalnya RM4 lebih hanya tinggal RM0.92! (Sebelum naik semula lebih 100% baru2 ini). Tetapi 'creative accounting' menghalalkan penipuan pengiraan saham berdasarkan saham terbitan. Dan banyak lagi contoh amalan creative accounting untuk berpuluh saham dan aset yang susut nilai teruk tidak dibuat impairment.
7. Apabila kerajaan baharu ambil alih, langkah pertama ialah memastikan kepatuhan Akta TH dengan memastikan aset benar2 melebihi liabiliti tanpa menipu rakyat. Defisit yg dialami diatasi dengan cara pemindahan aset susut nilai teruk ke SPV atau Special Purposes Vehicle atau Syarikat Bertujuan Khas bernama Urusharta Jemaah Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Saham2 TH yang susut nilai teruk dihimpunkan dengan nilai sebanyak RM10bil semua sekali diserahkan kepada SPV dan SPV membayar balik kepada TH dengan nilai RM19.9bil. Ingat lagi pembangkang fitnah kata Menteri jual harta orang Islam kepada DAP? Begitulah biulnya otak pembangkang tentang usaha pemulihan TH yg dilakukan kerajaan.
8. Hasil daripada pemindahan aset rosot nilai dan bayaran balik oleh SPV itu, maka TH telah berjaya melebihkan asetnya sebanyak RM1 bilion lebih dan bolehlah membayar hibah 1.25% untuk tahun 2018. Memang paling rendah dalam sejarah tetapi kerajaan TIDAK MENIPU dengan tektik 'creative accounting'! Paling penting sekali ia mematuhi peraturan dan Akta TH serta direstui BNM. Dulu teguran BNM pun depa buat tak dengaq saja sebab depa ada lesen besaq di bawah Bossku depa. Sapa tak kenai Baling? La dia dah lama diam sebab tunggu giliran kot.
9. Berbalik kepada isu subsidi haji. Dulu depa nak bagi hibah kekal 6.5% biar nampak bagus walaupun menyalahi akta dan dalam masa sama nak bagi subsidi haji dan kekalkan kos haji RM9,980 tulah sampai depa menipu guna duit pendeposit yang besar2 untuk cover semua defisit tu. Kerajaan baharu tak mahu sambung budaya menipu secara creative accounting tu sebab itu lama kelamaan akan membawa mala petaka kepada TH akhirnya. Kalau lewat sikit daripada Mei 2018 tu TH diambil alih oleh pentadbiran baru, TH boleh bangkrap dan tersungkur tau.
10. Tuan2 ingat tak kos haji RM9,980 sejak bila? Dah lebih 10 tahun tak naik2 kan? Sedangkan kos sebenar haji naik setiap tahun sehingga yang terakhir musim haji lepas kos sebenar buat haji ialah RM22,900. Jadi TH dipaksa tanggung subsidi semakin tinggi setiap tahun sedangkan semua jemaah haji yang miskin dan juga kaya hanya bayar RM9,980 sahaja. Menurut maklumat yang saya dapat daripada pengurusan tertinggi TH, setiap tahun ada la 4 atau 5 orang jemaah yang secara sukarela menolak subsidi haji dan sanggup bayar kos penuh kerana merasa mereka tak layak ambil subsidi itu. Yang lain daripada 30,200 jemaah tu semua sapu subsidi walaupun duit ada ratusan ribu RM lagi dalam akaun. Belum campur di akaun bank lain. Inilah yang kami maksudkan 'masalah orang kita' di para 3 di atas.
11. Jadi amalan menanggung subsidi wajib itu sangat membebankan TH yang diharapkan terus maju dan kekal menjadi gergasi ekonomi umat Islam. Kalau asyik dipaksa tanggung subsidi sehingga 60% daripada kos sebenar haji setiap tahun, memang akan mampos juga gergasi tu akhirnya. Sebabnya nanti nak bagi hibah lagi. Kalau tak naik kadar hibah, orang ramai marah lagi dan pendeposit pun mungkin hilang kepercayaan dan larikan deposit mereka ke bank2 atau pelaburan lain. Jadi beban subsidi semakin naik kena tanggung, kadar hibah pun nak kena dinaikkan juga dalam masa sama. Letih dan terduduklah juga gergasi tu! Silap hari bulan mampos terus nanti.. Inilah juga yang kami maksudkan 'masalah orang kita' di para 3 di atas.
12. Maka demi survival TH dan keutuhannya di masa depan, suatu perubahan WAJIB dilakukan. Kadar subsidi mesti dinilai semula supaya janganlah TH dipaksa tanggung subsidi lebih besar berbanding kos yang dibayar jemaah. Apatah lagi jika jemaah itu orang kaya-raya. Kami ada berbincang tentang kaedah2 subsidi akan datang tetapi tak boleh didedahkan kerana belum dimuktamadkan. Subsidi untuk haji kali pertama tetap ada, tetapi belum dipastikan berapa peratus daripada kos sebenar haji.
13. Satu perkara PENTING yang tuan2 wajib tahu daripada sekitar 9.4 juta orang pendeposit TH, hanya dalam 3 juta orang yang mendaftarkan diri untuk buat haji. Jadi ada 6.4 juta orang adalah pendeposit yang menyimpan duit semata2 di TH, bukan sebab nak buat haji. Mereka juga berhak dapat pulangan hibah yang lebih tinggi untuk simpanan mereka. Jika jemaah haji berkeras dan ingin memaksa TH tangggung subsidi besar setiap tahun, bagaimana TH boleh naikkan kadar hibah? Tidakkah jemaah haji yang seramai 30,200 orang setahun itu (dan semuanya berjumlah dalam 3 juta orang mendaftar haji) boleh dikira mengambil hak orang lain seramai 6.4 juta orang lagi yang juga berhak ke atas keuntungan perniagaan dan pelabiran TH? TH tak akan menipu dengan creative accounting lagi kerana kerajaan sekarang mengamalkan integriti dan akauntabiliti.
14. Maka demi KEADILAN kepada setiap pendeposit TH yang lebih ramai dan tidak mendaftar haji, iaitu seramai 6.4 juta orang (jemaah yang mendaftar haji seramai 3 juta orang itu pun àkan dapat habuan hibah juga) dan demi survival TH dan keperkasaannya di masa depan, maka pemberian subsidi penuh untuk tujuan popular mengekalkan kos haji di tahap RM9,980 perlu dinilai semula. Namun saya berani memberi jaminan subsidi akan diteruskan. Berapa kadarnya sahaja belum pasti. Jadi tidak benarlah apa yang dikitar semula oleh blogger Myutaranews tu. Kesian dia takdak kheja cari kheja buat dosa sebar berita palsu. Kepenatan aku menjawab dan mengarang selama hampir 2 jam ni aku akan tuntut juga di akhirat nanti daripada pahala blogger itu. Kalau dia masih ada baki pahala la.. ha ha..
15. Dengan kadar baru nanti, jika mana2 jemaah tidak mampu dia tidak berdosa kerana dia belum dikira ada istito'ah atau kemampuan kewangan. Untuk lebih selamat, eloklah ditambah simpanan dalam akaun itu melebihi RM9,980.00 supaya bila nama anda naik nanti, duit anda telah cukup dan menepati kos buat haji yang terkini.
16. Sekian penjelasan saya secara kasar sebagai bukan seorang akauntan bertauliah dan bukan pegawai rasmi TH. Tetapi saya dan keluarga juga adalah pendeposit TH yang mengharapkan dapat hibah lebih tinggi tahun ini. Saya sangat TAK setuju jika TH hanya melayan tuntutan jemaah haji sahaja untuk dapat subsidi maksimum dan mengabaikan hak kami sebagai pendeposit biasa untuk dapat hibah lebih tinggi.
Terima kasih TH.
Ustaz Ali Muda
Pegawai Tugas-Tugas Khas
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
12.07am 28 Disember 2019