Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 13 Mac 2011

Bible Bahasa Melayu?? What's the problem dude..?

For sure aku mesti kena balun punya sebab sokong kristian membawa bible berbahasa melayu neh masuk malaysia. Asas kepada sokongan aku? Naaaa.. aku takde asas apa-apa melainkan aku rasa apa hak kita nak halang mereka pula?

Mungkin yang menghalang itu lupa bahawa di malaysia neh ada penganut kristian. Dan penganut kristian ini rakyat malaysia. Dan bukan semua rakyat malaysia fasih berbahasa english. Dan menurut informasi dari rakan sabah dan sarawak aku, bible bahasa melayu itu memang dah lama wujud pun di malaysia. Heh. Dah lama wujud beb. Tapi kenapa baru sekarang kerajaan kecoh?

Kerajaan melarang bible bahasa melayu neh atas faktor apa? Itu dulu yang aku mesti mao tahu. Kalau melarang atas faktor politik.. maka aku bolehla katakan kerajaan ini agak bebal. Maaf memang jujur sangat perasaan aku pada kerajaan atas isu ini. Sebab memang itu yang aku rasa. Kalau nak jaga akidah umat islam, maka ubah dulu diri sendiri. Diri sendiri [baca kerajaan] pun lintang pukang hancur bab islam dengan menghalalkan judi lah, dengan membiarkan perkara maksiat [industri hiburan] berleluasa lah .. dengan menjaga mahluk gay lah.. tapi sibuk nak HALANG kemasukkan bible bahasa melayu yang mana kita sendiri pun tak tahu effect yang pasti.

Okey begini aku rumuskan ;

1. Bible bahasa melayu neh kegunaan dia untuk penganut kristian yang mahu membaca bibble dalam bahasa melayu.

2. Apa hak kita nak melarang masyarakat kristian malaysia membaca bible dalam bahasa melayu sedangkan kita kata kita hormati kebebasan beragama di malaysia? Apatah lagi bahasa kebangsaan bagi malaysia ialah bahasa malaysia..

3. Dah berapa banyak bibble bahasa melayu ini secara stasistik nya telah memurtadkan orang islam? Adakah lina joy, aisah dan yang lain-lain murtad angkara bible bahasa melayu?

4. Seberapa yakin anda bahawa ada orang yang murtad [keluar dari islam] telah membaca [memahami] isi kandungan Alquran sepenuhnya sebelum beralih murtad dan masuk kristian disebabkan bible bahasa melayu?

5. Adakah dengan tiadanya bible bahasa melayu maka gejala murtad di malaysia akan terhapus?

6. Tahu kah bahawa menerusi undang-undang setiap individu yang berumur 18 tahun ke atas bebas untuk menukar agama? Ini tidak terkecuali pada orang islam. Walaupun mungkin majlis agama mengatakan undang-undang menjamin akidah penganut islam di malaysia tetapi nampaknya undang-undang yang wujud sekadar perhiasan sahaja. 

7. Kalaupun bible bahasa melayu ini sudah tiada, apakah gejala murtad ini dapat diperangi? Sedangkan undang-undang kita tidak mampu mencegah/menghalang isu kemurtadan di malaysia.. yakni tiada hukuman yang dikenakan terhadap individu islam yang tukar kepada agama lain.

Isu neh tak sama macam isu pembinaan gereja kristian terbesar di asia di bukit jalil. Gereja tersebut di bina di kawasan yang mana kurangnya orang kristian boleh menggunakan kemudahan tersebut sedangkan kerajaan patut membina di sabah dan sarawak tempat di mana ramai penganut kristian menetap.

Kita menghormati kebebasan orang lain untuk beragama tidak kiralah samada penganut kristian, hindu ataupun buddha. Memang kita tak akan bertolenrasi dengan isu orang yang dilahirkan islam tetapi memilih untuk murtad ataupun orang yang keluar masuk islam macam tukar baju tetapi kita tetap bertoleransi dengan penganut agama lain yang tidak menyentuh sensitiviti umat islam. Ini apa yang di ajarkan oleh Allah swt kepada penganut islam itu sendiri. Terkandung dalam Alquran. 

Soalnya kini sapa yang sentuh sensitiviti sapa terlebih dahulu?

- Penganut kristian usik penganut islam?

- Penganut islam usik penganut kristian?

- Penganut islam usik penganut islam?

- Penganut kristian usik penganut kristian?

- Penganut islam dan kristian saling usik mengusik sesama sendiri?

- Kerajaan yang tidak peka dan bermain politik?

Lue fikirlah sendiri..

Pada aku kerajaan yang patut dipersalahkan atas isu neh. Tak lebih tak kurang. Main sensitiviti keagamaan pula nak meraih undi dan sokongan? Heh.. Baca bawah, penyokong umno punya komen.. ;


Kelakar kan? Adakah bahasa melayu [malaysia] khusus untuk orang melayu di malaysia neh? Kalau ya tolong jangan marah bangsa bukan melayu yang gagal menguasai bahasa melayu dengan baik di bumi malaysia neh.

Lagi satu isu kalimah Allah swt.. Allah swt ialah tuhan bagi sekalian umat tak kiralah mereka islam, kristian, buddha, hindu ke apa ke.. bukan tuhan umat islam sahaja. Beza di sini ialah ;

- Umat islam mempercayai Allah swt tuhan bagi sekalian umat dengan menyakini firman-firman Allah swt menerusi Alquran.

- Umat bukan islam tidak mempercayai Allah swt kerana atas faktor-faktor mereka enggan menerima hakikat dan kebenaran itu. Seruan dan hidayah sudah sampai buat mereka. Cuma mereka enggan terima.


Tetapi walaupun mereka enggan terima, kita kena hormat dan kita sama sekali tak boleh mengatakan bahawa Allah swt tuhan umat islam sahaja sebab itu salah dan tidak betul sama sekali. Allah swt memiliki kita, bukan kita memiliki Allah swt. Allah swt tuhan bagi sekalian mahluk dan itulah hakikatnya suka atau tidak. Oleh itu jika bible bahasa melayu ini dipersoalkan atas isu penggunaan Allah swt bagi kata ganti nama tuhan dalam bible.. maka di situ ada kesulitan.

Sebab?

1. Belum ada kelulusan mahkamah lagi bahawa orang kristian berhak menggunakan Allah swt bagi kata ganti nama tuhan dalam bible. Sedangkan selama ini mereka selesa menggunakan tuhan berbanding Allah swt.

2. Allah swt dalam gambaran ajaran kristian tidak sama sepertimana yang sepatutnya. Allah swt bukan makhluk tetapi ajaran kristian menyamakan Allah swt seperti makhluk.

3. Dalam kes ini, pandangan harun din adalah yang paling suka aku gunakan iaitu isu penggunaan kalimah Allah swt bagi orang kristian ialah harus. Merujuk kepada situasi akidah umat islam di malaysia, perkara di atas tidak patut diluluskan dan harus lah dijauhi untuk menjaga akidah umat islam di malaysia, yang mana ia lemah dan sangat-sangat nipis.

4. Bagi menyelesaikan masalah, eloklah bible bahasa melayu buatan syarikat tempatan [malaysia] diterbitkan dan tidak menggunakan Allah swt dalam terjemaahan bible itu.

Pandangan aku sendiri, bible bahasa melayu? let it go lhar.. biarlah umat kristian mahu membaca dalam bahasa melayu.. manakala isu penggunaan kalimah Allah swt dalam bible pula... janganlah.. bukan nak menafikan bahawa Allah swt itu tuhan ku dan tuhan mu.. cuma tak terima cara kristian mengambarkan Allah swt seperti mahkluk. Itu sahaja..

Dalam kenyataan berita di atas pun, najib kata bible memang dah ada dalam bahasa melayu selama ini dan kerajaan tak pernah larang kemasukkan nya selama ini. Ianya mula di larang pada tahun 2009 sebab kecoh isu penggunaan kalimah Allah swt dalam the herald. Sedangkan sebelum itu sudah banyak bible bahasa melayu masuk dan tertera penggunaan kalimah Allah swt dalam bible tersebut. 

Kerajaan tak pernah halang dan tak pernah pantau. Tetapi tiba2 mereka menjadi juara isu ini sedangkan yang memulakan ia pun adalah kerajaan. Lawak kan?

Ameno : Perlu ke bilangan penganut yang ramai.. tetapi seme jenis tak faham apa sebab mereka menganuti ajaran tersebut?

Share this

46 Responses to " Bible Bahasa Melayu?? What's the problem dude..? "

  1. Salam..
    Saya tabik kpd saudara Ameno kerana berani menyatakan pendapat sebegini..
    Saya masih teragak2 hendak post status FB berkaitan isu ini kerana pendapat saya lebih kurang sama.

    Apakah yang hendak ditakutkan dengan bible Bahasa Melayu ini?

    Apakah salah orang Kristian 100% jika umat Islam murtad?

    Tidakkah kita sebagai umat Islam mahu muhasabah diri kita sendiri..

    Apakah usaha kita untuk memelihara aqidah umat Islam ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh?

    Jawapan saya, TIDAK!

    Lihatlah di sekolah2 kebangsaan, bagaimana penerapan agama Islam itu berlaku. Pendidikan Islam diajar sebagai subjek peperiksaan semata-mata. Penghayatannya kurang, aplikasi dalam kehidupan sudah tentu sangat menyedihkan..
    satu kelas 40-50 murid, bagaimanakah ajaran Islam dapat disalurkan dengan efektif?
    Hakikatnya Islam itu diajar sebagai subjek cukup syarat..

    Oleh itu tidak hairanlah macam2 masalah sosial menimpa umat Islam. Arak, judi, zina, clubbing, buang bayi, merompak, pecah rumah, merempit dan MALAS!

    Kita juga tidak perlu marah2 agama lain jika orang Islam murtad. Ini kerana puncanya ialah umat Islam sendiri tidak bersungguh-sungguh menerapkan ajaran Islam di dalam jiwa setiap insan sejak di bangku sekolah lagi!

    BalasPadam
  2. Akidah umat islam takkanlah terjejas disebabkan bible berbahasa melayu. Lainlah kalau umat islam ni pi amik bible tu dijadikan kitab. Yg tu mmglah tak boleh kan.. Kebebasan pnganut lain takkanlah nak disekat2 pula.. Tak adil untuk mereka yg hidup di malaysia, tapi takleh guna bahasa melayu. Ok ape nak martabatkan bahasa melayu tu. Aih, kata 1 malaysia bagai. Kerajaan tak payahlah nk sibuk2 besar2kan hal ni. Settle lah benda lain yg tak habis2 tu.

    BalasPadam
  3. xda masalah pon dalam bahasa melayu..yang penting akidah...kepada apa kite berpegang..kitab al-quran atau len..tu penting

    BalasPadam
  4. masalah org melayu sekarang pakai ambil je
    terutama sekali org muda sekarang
    pakai baju ada lambang salib
    pakai rantai ada lambang salib
    dari kawn saya yang tinggal kat KL
    org muda sana pun x tahu apa makna islam
    malas ada org kristian yang memberi ceramah kepada rakannya dengan mengata Allah S.W.T tu adalah sama untuk agama islam dan kristian maka masuk agama kristian tade beza dengan agama islam. yang itu yang jadi masalah apabila org kristian pula membuatnya bible bahasa melayu. saya ada terbaca artikel yang menerangkan perbezan maksud Allah S.W.T untuk org islam dan org kritian dan kenapa org kristian yang mengikut old testament( bukan kristian katolik ) hanya dibenar menyebut Allah dan tidak S.W.T.
    p/s sry la kalau tersilap eja taip cepat sangat
    dan ni hanyala pendapat saya saja

    BalasPadam
  5. mula2 memang la baca jerr......
    inilah taktik penyebaran kristian di Malaysia.... ala baca jer bukan nak jadikan pegangan puuuunnn...
    mereka dah tahu muda-mudi kita ni bukan kuat pun akidah Islamnya... bila dah baca tu senang la nak masuk jarum....tak paham2 lg ker??? haishhhh

    BalasPadam
  6. saya ada ramai kawan yang belajar oversea, yang duduk sebelah dengan gereja pun ade, tapi bila balik malaysia takda lari akidah pun...

    dekat negara2 barat lagi lar kuat ajaran2 kristian, gereja bersepah2, tapi kengkawan aku ni semua rileks jer, islam jer, sembahyang semua lengkap, siap sound aku lagi sebab hari tu aku ade terlewat sembahyang..

    so,
    bagi aku,
    buatlar gereja sebesar mana, seramai mana pun mubaligh kristian, kalau iman didada dah mantap, islam tetap dihati, takda ape yang dapat mengugat...yang penting iman.

    BalasPadam
  7. kita(baca: kerajaan dan para penyokong UMNO) mungkin juga patut hapuskan semua sekolah convent, st. theresa, st. john, st andrew, and semua sekolah lain yang mempunyai tajuk saint, kerana ini semua sekolah yang 'menyebarkan' agama kristian. duh!

    Soalan: Kenapa dalam kitab bible bahasa melayu guna nama Allah dan bukan Tuhan Bapa/ Elloh /Ellohim ?

    Jawapan : Kerana kitab Bible pertama yang diterjemah menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada 'Tuhan Bapa' di dalam kitab tersebut.

    Siapa dan bila dan kenapa ?
    Penterjemah pertama Bible dalam bahasa melayu ialah Munsyi Abdullah ( bapa persuratan melayu moden ) pada tahun 18++ . Beliau menterjemah kitab Bible kerana beliau bekerja dengan missionaries British pada ketika itu. Jadi di situ kita paham kenapa perkataan Allah digunakan. Perlu juga kita faham bahawa kumpulan sasaran penyebaran agama Kristian pada ketika itu ialah golongan pribumi dan orang-orang cina. Jadi kita semua sudah jelas dan pasti, istilah Allah itu memang sudah lama digunakan oleh penduduk peribumi di Malaysia , termasuk untuk tujuan penyebaran agama Kristian.

    untuk pembacaan lebih lanjut berkenaan perkara ini sila ke:
    http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:cvzyzMfxK_cJ:www.kitlv-journals.nl/index.php/btlv/article/view/15/14+munsyi+abdullah+and+missionaries&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESiT7Kg0TD6HUL3GzTZZ129ypNNG1BGeMOt4xdapm-EHSVWyz9BNZeFFlcafliHiXUmI5OZCAbVP2nGQShHntcpHqMTPMqDwPqXuWopx0kFjPuhSnPu5nq9hsXsEroEp6ow77ROD&sig=AHIEtbQwb6jzydnQI33wM7MeuaE9GCB5Vw

    Penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian walaupun untuk tujuan penyebaran agama mereka boleh dipandang dari sudut positif, di mana kita boleh bertanya pada mereka ,

    " Apa bezanya Allah orang Kristian dengan Allah orang Islam ? ".

    Ini membuka lebih banyak ruang perbincangan antara umat Islam dengan umat Kristian , dan sekiranya berlangsung dengan penuh berhemah dan intelek, mungkin dapat memberi pemahaman kepada umat Kristian bahawa Islam merupakan agama sama yang diturunkan kepada Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (jesus) dan utusan terakhir, Muhammad ( PBUH ).

    Islam merupakan versi muktamad ( final version ) kepada agama yang diturunkan oleh Allah untuk umat manusia.

    Pada saya, sebagai umat Islam, pegangan kita seharusnya mudah.

    1. Tidak molek memaksakan agama kita kepada agama lain.

    "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. "
    (Al-Baqarah 2:256)

    2. Sudah jelas bahawa Allah, dalam agama Islam itu Satu. Tanggungjawab kita ialah mengEsakanNya, dan tidak menyekutukan Allah dengan benda lain seperti saham syarikat besar, kuasa memerintah, ataupun artis/hiburan melalaikan.

    http://www.surah.my/112

    BalasPadam
  8. this is my personal opinion not representing my religion, my race or whatsoever that is connected to me.1st of all i am a Christian.a Sarawakian.

    thanks for this article and all the comments.just during the recent years i know that Malaysian really respecting each other.though some are still humiliating and menghina others from different race n religion.thanks guys..

    i dun know why the Bible in Malay language should be banned.really.if it is bcoz u said of Muslim's akidah, i guess at least 80% of Muslim Malaysian could read n write in English.i hope u guys get what i meant.and we are not asking nor demanding that any verse of Bible to be available at every bookstores there is in Malysia.just at some stores which selling Christian stuffs and shop at every church.

    and Bible in malay dah lama wujud.as far as i can remember.my family embraced Christianity in 1970s and this verse of Bible in Bm is already exist.we still have it.

    n i hope that any statement in future about Christian or any other religions there is made by individual who did not embrace the religion, dun just say or write according to ur own understanding.when what u write or say is a redneck to what it really is, u r insulting n humiliating others.ie..when u say that Christian's God is in some form of human or creature n u said that is according to us.there is no such thing.wanna write about it in the future, get ur head straight and be responsible to what u write.

    all these religious issue that suddenly appear out of the blue are mostly politically motivated.using religion for political agenda makes us looks so bad n naive.

    if our leader n we ourselves really want talk about solidarity and harmony in Malaysia,learn sumthing from us Sabahan n Sarawakian.we mixed with each other so well.nobody say u r no good for u r chinese, kayan or bcoz u r a from other religion.if u said that Malaysia is aman and harmony, bersatu padu or whatsoever, i guess such statement came out of that person's foot."Malaysian saling faham memahami n hormat menghormati"Bullshit!!!!there is no such thing.dun believe me?ask the minority in this country.tell them to tell u honestly.cut my head off if they say Malaysian saling hormat menghormati n faham memahami.

    on the issue of Kalimah Allah, i guess the person that translated Bible to BM should be blamed.an Indonesian decades ago.we just be thankful to Imam Qaradawi n TGNA for making a statement the use of the word is allowed.for us, they are more eligible to determine whether it is allowed or not.unacceptable if such a decision is to be made by court.wonder if all the judges there understanding what is religion.

    sory guys if anything is harsh.i meant no offense to any party.just my opinion.

    BalasPadam
  9. Assalam bro... maaflah kalau sy kurang bersetuju dgn pendapat bro ni... sy rasa ini buka atas kapasiti politik tapi semata2 mengawal AQIDAH rakyat Muslim di Malaysia ni... namun sy amat kesal gak kerana kerajaan cuma bertegas di satu2 hal sahaja sedangkan kehancuran AQIDAH tu dah lama bertapak sejak sekularisme diamalkan... kenapa cuma perkara ini je dilarang tapi judi, arak, dan mcm2 lagi perkara yg merosakan akidah tidak diambil tindakan??? senang cerita kita tengok Brunei yg mengamalkan total ISLAM dalam pemerintahan mereka dan mereka berjaya mengekalkanya... tapi perlu sy tegaskan kat sini adalah Muslim Malaysia ni masih belum bersedia menghadapi cabaran keagamaan secara global dan kalau dibenarkan Injil BM pasti lebih ramai yg akan MURTAD sbb kejahilan mereka terhadap ISLAM itu sendiri... jika perkara ini dibenarkan, tidak mustahil pelembagaan kita diubah kepada "HAK KEBEBASAN BERAGAMA SECARA MUTLAK"... walaupun sy ni pembangkang mcm org lain gak kat sini tapi dalam soal agama, tiada kompromi.... Do you want this to happen in Malaysia my bro??? Do you want yours anak cucu bercampur aduk agamanya bro??? Do you think taht Muslim in Malaysia are ready for this challenge...??? I'm trying to protect my brothers and sisters AQIDAH of ISLAM... kami kat Sabah and Sarawak dah biasa dgn perkara ni and we know clear cut on AQIDAH but I'm worry about ours my brothers and sisters in semenanjung... sedangkan budaya Black Matel pun boleh terpengarah, ni Injil berbahasa BM, lagilah hancus....

    Maaflah kalau perkara ni terlalu sensitif bagi pihak yg sebelah sana... I tak kisah kalau Injil Berbahasa Indon (import) masuk but not in Bahasa Malaysia....

    BalasPadam
  10. bible dalam bahasa melayu telah lama digunakan terutama bg kawasan sabah dan sarawak, tp saya bersetuju tentang penggunaan nama Allah tidak harus dibenarkan kerana anak2 kecil akan muda keliru siapakah Allah, memandangkan iman terhadap Allah tidak ditanam dengan kukuh dalam hati anak2 islam di malaysia.

    BalasPadam
  11. mungkin orang2 di luar belum tahu bagaimana dakyah orang kristian terutama di Universiti.jangan sangka institusi tinggi terlepas dari gangguan2 akidah oleh aktivis kristian.

    ketuk pintu ke pintu ajak kepada kenikmatan2 dunia , mashaAllah.dalam kita sedar atau tidak ramai sebenarnya terpengaruh.bible dalam bahasa malaysia pendapat peribadi meningkatkan kadar kes2 seperti ini.orang2 non muslim ada baik baca menggunakan bahasa mereka sendiri like english , mandarin / sanskrit.

    sama2 kita berhati2 dengan tpu licik mereka , jangan sampai pula kita yang tinggi ilmu senang2 ditipu oleh golongan yang licik.

    saya pernah diberikan buku kecil yang dipercayai menulis berkaitan kristian seperti komik dan menarik minat remaja membaca.saya dapat semasa saya di hentian duta dahulu tapi saya larikan diri.dan ia ditulis dalam bahasa yang mudah difahami remaja = Islam.

    x semua remaja benar faham tentang isi alquran dan x semua remaja Islam benar2 ditekankan dengan aqidah oleh institusi keluarganya.solat entah ke mana , bilangan anak2 muda yang solat cukup 5 waktu ? mashaAllah boleh dibilang dengan jari.maka senang sahaj2 jarum2 halus untuk menusuk ke jantung mereka.

    BalasPadam
  12. bila jadi gi sumer pakt melompat....sekolah agama rakyat semua dah mansuh, belajar apa yg kera-jaan nak kita belajar, barulah tak melawan......tak tau agama lg baik boleh lah amal sekular sepanjang zaman, bila dah rakyat kenal agama betol2 diaorang goyang...cakap amal agama extream!!!!

    BalasPadam
  13. aduh....tak paham apsal isu ni dibangkitkan...melayu tak semestinya islam ... al-quran pun ade diterjemahkan dlm bahasa inggeris..so what the problem...?? kalu dah nak jahat nak murtad tu jangan lah nak salahkan agama lain nak salah kan org lain ...pegangan kita yg penting keimanan yg penting..takkan setakat bible dlm bahasa melayu pon salah...nampak sgt iman tak teguh..kalu majalah playpoy dlm bahasa melayu korang tak bising pown.... tepuk dada tanya selera ...open minded sket..lihat dunia dari mata burung jangan lihat dari dlm tempurung..ni lah jadik nya ..renung2 kan lah...

    BalasPadam
  14. ada pro dan kontra dalam hal ni.selama ni bible dlm english xde sapa nak baca pon sbb x pandai english tapi bila dlm bhs melayu senang la sikit..org melayu kristian pon dah ramai kan..so pe kes nak kecoh2..x paham dgn krajaan/umno nih..agama sendiri dipermainkan malah dihina lepas tu nak sekat agama kristian pulak.anyway kalo bible dlm bahasa melayu senang kita nak paham pebenda yg terkandung dlmnya dan senang untuk kita menyangkal segala kenyataan2 dlm tuh..kitab taurat dlm bahasa melayu xde kew?

    BalasPadam
  15. sape kate melayu tk semestinyer Islam?Tengoklah dalam perlembagaan Negara, orang Islam tak semestinya melayu namun orang melayu MESTI Islam.Kalau murtad maknenye bukan murtad agama je,malah murtad bangsa.

    BalasPadam
  16. susah nak dikatakan...negara islam di malaysia hampir terhakis gara2 ketidak tegasan dalam melaksanakan hukum islam...kita sbg rakyat atau erti kata..org islam yang beriman..kita perlu tetapkan imam kita...dan pilih pemimpin yang bercirikan seorang pemimpin islam..mengikut syarat2 syarak...

    sekarang dah nak akhir zaman...bala dari allah yang sayang agama islam hampir tiba....bila tiba kita perlu bersedia...kerana allah akan pasti tunaikan janji yang islam tetap akan terjaga sampai akjir zaman..

    wahai saudara2 ku sekalian...jika dipikir sejenak....salah siapakah sekarang...pemimpin yang sedia memimpin atau rakyat yang tidak tahu memilih...memANG BENAR kita x suka akan keganasan..jika direnung..keganasan yang membawa perubahan dan menjaminkan agama allah ini.hanya untuk memilih pemimpin..mungkin ada kebenaran...jika kita berdiam mungkin kita sendiri akan bersubahat untuk menghancurkan generasi muda umat2 islam..

    BalasPadam
  17. memang pown melayu tak semestinye islam...mengaku islam , mengaku melayu..semayang ntah ke mana puasa ntah kemana . zakat ape lagi...haji jauh sekali...kadang tu bangsa asing yg beragama islam lg alim dari org melayu yg beragama islam...tak jadik hal sebenarnya bible dlm bahasa melayu..tafsir Al-quran yg dalam bahasa melayu..org melayu sendiri pon..lom abih bace lagi...member aku org Philipina pun ade tafsiran al-quran dlm bhasa inggeris tujuan dia bc nak mengkaji kandungan islam..takde pown dia masuk islam...cermin diri sendiri sejauh mane keimanan kite...pegangan kite terhadap agama yg kita cintai...

    BalasPadam
  18. TWO84SIXTYsix bodoh!! cbe ko p overseas n rase jauh dr parent.... lagi kat sne bnyk malapetaka, gempa la, ribut la mestila ko ingat ALLAH je coz tu sje tempat ko nak mengadu n mohon perlindungan... iman akan terase kuat ble kte jauh d populasi kita ( se sensorang je dlm dunia nie) n rase x selamat lebih2 lagi di tmpat org.... bayangkan anda di tempat asing dan tiada org len tok bergantung???? cuba cuba....... ade gak yg balik overseas da x ingat tuhan...

    BalasPadam
  19. bro.. aku setuju dgn hang. namun hujah aku berdasarkan al-quran & hadis. kenapa kita perlu risau, amik peluang ini utk kita sama2 sebarkan lagi syiar islam. bila perkataan Allah sudah mudah difahami ramai. maka mudah kita gerakkan urusan dakwah kita.

    Verse 46 of Surah Al-Ankabut : Our Allah and Your Allah is One. So where's the problem??? http://scholaris.com/quranicindex/surah029.htm

    BalasPadam
  20. tu rancgn jgka pnjg mereka... mula2 bc je,xyh ikot.. nanti 10,20 thn lg cmne???????? ak doakan agar malaysia dilanda tsunami,biar semua mati !!! ak xnk umat islam ramai yg murtad.. baik kita mati dulu..amin

    BalasPadam
  21. i couldnt agree more dgn admin, besides, bape ramai sgt masyarakat mlayu yg murtad sbb kitab nie?? i mean ade ke?? bkn sbb mereka nk 'kebebasan' ker kononnyer?? xde kene mengena dengan kitab ni pun sebenarnyer..

    BalasPadam
  22. Salam... pada aku x der masalah dalam isu ni sebab:

    1.Bila da ada bahasa melayu, lagi senang orang nak faham dan nampak ayat2 dalam bible tu bertentangan. Banyak kemuskilan yg paderi sendiri x boleh nak jawab. (utk org melayu yg x brape pandai english)

    2.Memudahkan kita(umat islam), tunjuk kt org2 yg berkenaan dimana silapnya dalam bible ni. Terdapat banyak versi bible sehingga x tau mana yg betul(tepat).
    Contoh:http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=514045&extra=&page=1

    BalasPadam
  23. sy sokong.. rasenye xde prob bible lam bm.. coz kte adilkn.. juz xleh trime lau gune name ALLAH.
    cume pd yg rase iman xkuat.. atau rase xde tujuan atau kepentingn xyahla cube2 nk bace bible tuh..

    BalasPadam
  24. scr asasnya umat islam yg pny kefahama islam yg kuat xkan mdh murtad hny dgn sbuah injil

    BalasPadam
  25. Hukum Allah dipermainkan dan menakut2kan orang bukan ISLAM. Mengatakan hukum RIMBA. Manusia dicipta bukan mencipta. Cakap banyak tak guna, bila mengadap yang ESA tahu lah AZAB Nya.

    Budak2 muda makin jauh dari agama,
    Bila tanya agama apa? ISLAM jawabnya,
    Tapi rukun ISLAM tak dilaksanakannya.

    Berdua-duaan bukan muhrim perkara biasa,
    Bila ditegur kuno katanya,
    Bayi dibuang merata-rata,
    umpama sampah tiada nilainya,
    hasil sumbang zina tak terkawal hasil kurang pegangan Agama.

    Aku cuma kesian pada pemudi dan pemuda,
    salah aturan membawa binasa.
    Kalau amalan dunia dah huru hara
    Macam mana pula keputusan di akhirat pula.

    Aku bukan nak kondem semua,
    tapi letaklah Agama yang utama,
    jangan kita anggap kita kekal selamanya
    Ingat semua....ADA SYURGA ADA NERAKA

    Di dunia kita pulun tanpa henti
    Takut nanti kita yang rugi
    hahaha...halal haram dah tak pikir lagi
    kemana arahnya kita lepas mati......LU PIKIR LAH SENDIRI.

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. Couldn't agree mo with u bro ameno.

    The aqidah problems is lies in ourself.

    jangan mengkambinghitamkan agama lain bila timbul masalah dalam masyarakat muslim (ku xckp masalah dalam islam sbb islam mmg xde masalah.)

    Cuba jangan mencari kesalahan orang lain, sedangkan diri sendiri dah parah bernanah. Baiki dulu komuniti islam ini, baiki dulu iman dalam diri, kukuhkan aqidah..dan perkara ni sepatutnya memang xpayah nk ckp dah. Tapi ada lagi yg yg bengap.

    Biarkan mereka dengan agama mereka dan kita dengan agama kita..selagi tiada ancaman.

    Adakah ini ancaman? aku x rasa ia satu ancaman..tapi lebih kepada cabaran untuk islam.

    Mengapa zaman rasulullah dulu agama2 lain takut dgn setiap pergerakan islam..tapi sekarang dah terbalik, kita seakan2 taku t dgn agama2 lain, sedangkan kita bersaksikan yg Esa bahawa kita percaya islam jalan yang benar..ape nak takut? haish~ hairan aku.

    BalasPadam
  29. Manusia hidup berbangsa-bangsa
    Disatukan dalam satu Agama
    Yahudi bangsa yang amat Celaka
    Mengatakan ia bangsa yang Mulia.

    Yahudi bangga dengan statusnya
    Mengatakan Yahudi paling mulia
    Palestin dan bangsa lain bukan tarafnya
    Hendak dibunuh dan diusirnya.

    Jangan kita bersama-sama
    Mengikut rentak amalan tak berguna
    Jangan taksub dengan assobiyah kita
    Mari kita bersama-sama tegakkan Agama ISLAM Junjungan kita.

    Dalam islam tiada beza
    Mat Saleh, Arab, India, MELAYU, china adalah sama,
    yang membezakan status adalah kita
    menyebabkan kita hampir sama dengan sikapnya.

    Mari bersatu dengan Kalimah LAILAHAILLAH
    Moga diberkati oleh ALLAH
    Moga amalan mendapat berkah
    Berbahagia dunia dan akhirah.

    BalasPadam
  30. der ko ckp org aoh cermin diri sndiri dlu..tp ko 2 da cermin ke? aku xnmpk yg ko ni brpegang sgt kt agama islam..idop ko pon da jaoh mnyimpang sbnarnye ni...lgpon english da jd bahasa dunia, nk xnk dorg sume kne blajor sndri..so kalo bible dlm english pon wat's the problem dude?..bodoh!!!

    BalasPadam
  31. ntah2 yg buat blog ni pun bukan reti sgt pasai agama.......

    BalasPadam
  32. H4X said... rakyat malaysia malas membaca.. quran pun x sentuh..apatah lagi bible.. im just sayin....

    BalasPadam
  33. rasa nya tak salah kalau bible itu menggunakan bhsa melayu, utk makluman , buat yg tak tahu, di sarawak dh lama dh org kristian sini yg mengguna kan bible berbahasa melayu, masalah nya bukan pada bhsa tetapi penggunaan nama "Allah". Allah yg umat Islam kenali sgt berbeza dgn apa yg pihak kristian fahami. Jadi sebaik nya penggunaan nama 'Allah' di dlm bible (mana2 bible pun) tidak diboleh dipersetujui krn boleh menimbulkan kekeliruan (dikemudian hari) dan berbeza dari maksud pengertian, jesteru tidak boleh menggunakan nama yg sama. Inikan pula nama Tuhan Yg Maha Satu, Maha Pencipta, Tuhan Sekalian Alam, Tunggal. Allah itu tidak DUA atau TIGA...hanya SATU. Jika TIDAK menggunakan nama "Allah" di dlm bible (sbg gantinya ayat "Tuhan" di dlm bible) dan hanya ingin menerbitkan bible di dlm bhsa melayu, rasa nya takda masalah. Dulu tak guna nama 'Allah', tak beriman kpd 'Allah', Tidak mengakui "Tiada Tuhan yg Disembah melainkan Allah.." kenapa tiba2 sekarang nak tukar kpd nama Allah? Ada agenda tersembunyi ke? sendiri pikir. Assalamualaikum.

    BalasPadam
  34. Proses dakwah dan tarbiah bukanlah sekadar menyekat penyebaran dakwah oleh agama lain tetapi umat Islam sendiri perlu menyebarkan Islam , namun hakikat yang sedang berlaku adalah pendakwah disekat dengan kewajipan "tauliah".

    Tidak mempunyai masalah jika bible bahasa Melayu tetapi yang penting adalah tidak menggunakan kalimah Allah di dalam Bible tersebut.Kita tidak boleh menghalang penganut Kristian untuk memahami ajaran mereka dalam bahasa Melayu tetapi perlu pengawalan dan di samping itu perluaskan dakwah dari kalangan pendakwah Islam.


    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

    Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah

    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

    Antara di sebalik kematian adik Saiful Syazani

    BalasPadam
  35. Proses dakwah dan tarbiah bukanlah sekadar menyekat penyebaran dakwah oleh agama lain tetapi umat Islam sendiri perlu menyebarkan Islam , namun hakikat yang sedang berlaku adalah pendakwah disekat dengan kewajipan "tauliah".

    Tidak mempunyai masalah jika bible bahasa Melayu tetapi yang penting adalah tidak menggunakan kalimah Allah di dalam Bible tersebut.Kita tidak boleh menghalang penganut Kristian untuk memahami ajaran mereka dalam bahasa Melayu tetapi perlu pengawalan dan di samping itu perluaskan dakwah dari kalangan pendakwah Islam.


    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

    Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah

    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

    Antara di sebalik kematian adik Saiful Syazani

    BalasPadam
  36. sy sokong.. rasenye xde prob bible lam bm.. coz kte adilkn.. juz xleh trime lau gune name ALLAH.
    cume pd yg rase iman xkuat.. atau rase xde tujuan atau kepentingn xyahla cube2 nk bace bible tuh..

    BalasPadam
  37. Couldn't agree mo with u bro ameno.

    The aqidah problems is lies in ourself.

    jangan mengkambinghitamkan agama lain bila timbul masalah dalam masyarakat muslim (ku xckp masalah dalam islam sbb islam mmg xde masalah.)

    Cuba jangan mencari kesalahan orang lain, sedangkan diri sendiri dah parah bernanah. Baiki dulu komuniti islam ini, baiki dulu iman dalam diri, kukuhkan aqidah..dan perkara ni sepatutnya memang xpayah nk ckp dah. Tapi ada lagi yg yg bengap.

    Biarkan mereka dengan agama mereka dan kita dengan agama kita..selagi tiada ancaman.

    Adakah ini ancaman? aku x rasa ia satu ancaman..tapi lebih kepada cabaran untuk islam.

    Mengapa zaman rasulullah dulu agama2 lain takut dgn setiap pergerakan islam..tapi sekarang dah terbalik, kita seakan2 taku t dgn agama2 lain, sedangkan kita bersaksikan yg Esa bahawa kita percaya islam jalan yang benar..ape nak takut? haish~ hairan aku.

    BalasPadam
  38. i couldnt agree more dgn admin, besides, bape ramai sgt masyarakat mlayu yg murtad sbb kitab nie?? i mean ade ke?? bkn sbb mereka nk 'kebebasan' ker kononnyer?? xde kene mengena dengan kitab ni pun sebenarnyer..

    BalasPadam
  39. susah nak dikatakan...negara islam di malaysia hampir terhakis gara2 ketidak tegasan dalam melaksanakan hukum islam...kita sbg rakyat atau erti kata..org islam yang beriman..kita perlu tetapkan imam kita...dan pilih pemimpin yang bercirikan seorang pemimpin islam..mengikut syarat2 syarak...

    sekarang dah nak akhir zaman...bala dari allah yang sayang agama islam hampir tiba....bila tiba kita perlu bersedia...kerana allah akan pasti tunaikan janji yang islam tetap akan terjaga sampai akjir zaman..

    wahai saudara2 ku sekalian...jika dipikir sejenak....salah siapakah sekarang...pemimpin yang sedia memimpin atau rakyat yang tidak tahu memilih...memANG BENAR kita x suka akan keganasan..jika direnung..keganasan yang membawa perubahan dan menjaminkan agama allah ini.hanya untuk memilih pemimpin..mungkin ada kebenaran...jika kita berdiam mungkin kita sendiri akan bersubahat untuk menghancurkan generasi muda umat2 islam..

    BalasPadam
  40. tu rancgn jgka pnjg mereka... mula2 bc je,xyh ikot.. nanti 10,20 thn lg cmne???????? ak doakan agar malaysia dilanda tsunami,biar semua mati !!! ak xnk umat islam ramai yg murtad.. baik kita mati dulu..amin

    BalasPadam
  41. saya ada ramai kawan yang belajar oversea, yang duduk sebelah dengan gereja pun ade, tapi bila balik malaysia takda lari akidah pun...

    dekat negara2 barat lagi lar kuat ajaran2 kristian, gereja bersepah2, tapi kengkawan aku ni semua rileks jer, islam jer, sembahyang semua lengkap, siap sound aku lagi sebab hari tu aku ade terlewat sembahyang..

    so,
    bagi aku,
    buatlar gereja sebesar mana, seramai mana pun mubaligh kristian, kalau iman didada dah mantap, islam tetap dihati, takda ape yang dapat mengugat...yang penting iman.

    BalasPadam
  42. Assalam bro... maaflah kalau sy kurang bersetuju dgn pendapat bro ni... sy rasa ini buka atas kapasiti politik tapi semata2 mengawal AQIDAH rakyat Muslim di Malaysia ni... namun sy amat kesal gak kerana kerajaan cuma bertegas di satu2 hal sahaja sedangkan kehancuran AQIDAH tu dah lama bertapak sejak sekularisme diamalkan... kenapa cuma perkara ini je dilarang tapi judi, arak, dan mcm2 lagi perkara yg merosakan akidah tidak diambil tindakan??? senang cerita kita tengok Brunei yg mengamalkan total ISLAM dalam pemerintahan mereka dan mereka berjaya mengekalkanya... tapi perlu sy tegaskan kat sini adalah Muslim Malaysia ni masih belum bersedia menghadapi cabaran keagamaan secara global dan kalau dibenarkan Injil BM pasti lebih ramai yg akan MURTAD sbb kejahilan mereka terhadap ISLAM itu sendiri... jika perkara ini dibenarkan, tidak mustahil pelembagaan kita diubah kepada "HAK KEBEBASAN BERAGAMA SECARA MUTLAK"... walaupun sy ni pembangkang mcm org lain gak kat sini tapi dalam soal agama, tiada kompromi.... Do you want this to happen in Malaysia my bro??? Do you want yours anak cucu bercampur aduk agamanya bro??? Do you think taht Muslim in Malaysia are ready for this challenge...??? I'm trying to protect my brothers and sisters AQIDAH of ISLAM... kami kat Sabah and Sarawak dah biasa dgn perkara ni and we know clear cut on AQIDAH but I'm worry about ours my brothers and sisters in semenanjung... sedangkan budaya Black Matel pun boleh terpengarah, ni Injil berbahasa BM, lagilah hancus....

    Maaflah kalau perkara ni terlalu sensitif bagi pihak yg sebelah sana... I tak kisah kalau Injil Berbahasa Indon (import) masuk but not in Bahasa Malaysia....

    BalasPadam
  43. mula2 memang la baca jerr......
    inilah taktik penyebaran kristian di Malaysia.... ala baca jer bukan nak jadikan pegangan puuuunnn...
    mereka dah tahu muda-mudi kita ni bukan kuat pun akidah Islamnya... bila dah baca tu senang la nak masuk jarum....tak paham2 lg ker??? haishhhh

    BalasPadam
  44. ni aku nak cakap sikit, agama mana yang wujud dulu islam ke kristian....(hindu dengan buddha jangan sebut) dalam bahasa arab Allah ber maksud apa? Tuhan kan? Tahun sesudah masihi 2011, tahun sesudah islam 1433, cuba tolakkan 2011 - 1433 = 578 ratus tahun islam jauh ketinggalan dari kristian. Apa yang aku kaji tentang agama islam ni dier ade mengambil isi2 old testament. contohnya, Joshua 24:26 Joshua wrote these words in the Law Scroll of God. He then took a large stone and set it up there under the oak tree near the Lord’s shrine. ini kan batu hitam kat kaaba. dan satu lagi kenape nabi Muhammad tak de ramalan atau prophecy? sepatutnya dah nama prophet... kenapa muhammad berumur 46 dier jadi nabi? tak terfikir ke? yang Al quran banyak diubah oleh ramai tangan dan di ubah isinya? itu saja, yang muslim tolong jawab...

    BalasPadam
  45. cam hampeh je bile bible nk wat lam bm sume pakat kecoh..da y pmmpn bragama islam snirik y da bzamn rosakkn akidah owg islam xpulak ko kecoh ye..dunia2..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...