Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 Mac 2011

Panas! Harun Din tidak setuju bible bahasa melayu!

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah dikunjungi beberapa kumpulan Pemimpin PAS Pro Erdogan bagi memujuk beliau membuat kenyataan membenarkan Kitab Injil berbahasa Melayu dibenarkan untuk terus beroperasi di seluruh Negara. Ini akan memberi kelebihan politik terhadap parti tersebut terutamanya dalam berhadapan dengan PRU Sarawak. Harun Din dengan nada marah memberi amaran keras terhadap pemimpin2 tersebut agar tidak menggadaikan maruah Agama Islam demi kepentingan politik sempit. Harun Din kemudiannya bertanya kembali apa kesannya apabila pengedaran Kitab Bible berbahasa Melayu ini? Adakah kita hendak lihat anak2 Muda Islam membeli Kitab tersebut lalu terpesong agama mereka? Harun Din juga menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa ianya tidak releven dan sewajarnya PAS tidak bertindak melulu dalam mengejar karier politik tanpa memikirkan soal kedaulatan Islam pada masa hadapan.

Petikan di atas aku amek dari blog pro umno. Aku dah search harakahdaily dan beberapa berita online pro pakatan rakyat tetapi aku tak jumpa berita di atas. Ini point yang korang faham kan dulu ;

1. Terdapat perkataan puak erdogan dalam petikan di atas. 

- Kesemua ahli/penyokong pas tahu puak endorgan tidak wujud dalam pas. Ianya disebarkan oleh umno bagi memecahbelahkan sokongan terhadap pas. Jelas artikel di atas tidak ditulis oleh mana-mana ahli pas sebaliknya ditulis oleh penyokong umno itu sendiri.

2. Beberapa pemimpin pas memujuk harun din untuk bersetuju agar bible dibenarkan dalam bahasa indonesia [bukan bahasa melayu].

- Harun din tak pernah pula mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak bersetuju bible indonesia. Yang cuma pernah dia ulas ialah hukum penggunaan kalimah Allah swt untuk orang kristian. Dia secara lantang menegaskan bahawa hukum penggunaan kalimah Allah swt oleh orang bukan islam ialah ;

- HARUS. [baca baik2 ya penyokong umno, ia bukan haram].

HARUS dibenarkan.
HARUS dilarang.

Dia memilih harus dilarang sebab ia membabitkan masalah akidah umat islam. Umat islam di malaysia kini sangat lemah akidahnya. Apatah lagi kristian mengambarkan Allah swt mempunyai anak dan menyerupai mahkluk. Dan saya ada terbaca beberapa pandangan, ada yang mengatakan bagaimana jika di sini hindu dan buddha turut menamakan tuhan sebagai Allah swt dalam ajaran mereka? Bukan kah itu akan timbul konflik? Sebagai umat islam kita sedia tahu Allah swt ialah tuhan sekalian mahkluk. Tetapi menempatkan kalimah Allah swt yang bukan mewakili Allah swt, sudah tentu akan wujud pertikaian yang tidak munasabah.

Manakala TGNA mengatakan ia ;

HARUS dibenarkan.

Namun TGNA turut mengulas bahawa kalimah Allah swt haruslah digunakan bagi merujuk kepada Allah swt itu sendiri dan bukan nya mahkluk dan sebagainya.Jika kalimah Allah swt digunakan untuk merujuk selain dari Allah swt ianya dilarang sama sekali.

Jelas artikel ini sedang menyerapkan unsur-unsur tidak baik agar penyokong pas saling berbalah.

3.Artikel di atas turut mengulas isu pilihanraya sarawak. Mungkin mereka lupa pas hampir tiada kerusi untuk dipertandingkan di sarawak berikutan berlaku perebutan kuasa antara pkr, dap dan snap baru-baru ini. So isu neh takde kena mengena dengan pas waima sedikitpun. Walaupun yang bertanding ialah parti-parti komponen pakatan rakyat tetapi cukuplah pkr dan dap bersuara bagi membolehkan bible bahasa indonesia digunakan di sarawak. Suara PAS di sarawak sangat kecil malahan orang-orang sarawak tak heran sebab mereka tak berapa mao islam berkuasa di sarawak. Ini sifat lazim bagi penganut kristian. Sifat yang lazim ini juga adalah perkara yang lazim bagi aku sebagai seorang penganut islam sudah tentu tidak mao kristian berkuasa di negeri-negeri majoriti islam.

4. Harun din marah dan mempersoalkan isu akidah umat islam masakini. 

- Tiada apa-apa yang boleh aku ulas mengenai kemarahan harun din. Dia marah sudah tentu bersebab dan sebagai seseorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan wajib pula kita menghormati dia, maka kemarahan dia sudah tentu ada benarnya. Namun isu sekarang, kenapa kemarahan dia tidak tersiar di dalam harakah ataupun mana-mana paper online? At least orang nampak kemarahan itu. Ini kenapa dia nak marah diam-diam pula kan? [kalau ada sila inform]

Ataupun cybertroopers umno menyebarkan fitnah? Ingat, yang kamu fitnah itu orang yang cukup menjaga solat dan ibadat mereka sehari-hari. Tak kiralah harun din ataupun nik aziz. Mereka ini sudah terbukti melalui wajah di mana keluar cahaya yang berseri-seri melalui muka mereka. 

Pas bebas berbeza pandangan dan pendapat. Asalkan ianya tidak lari dari apa yang tertera dalam Alquran. Namun isu bible bahasa indonesia pas hanya boleh mempunyai satu pendapat.

Setuju atau tidak bersetuju?

Jika pemimpin pas memutuskan untuk bersetuju maka seluruh ahli/penyokong pas kena ikut keputusan jemaah. 

Jika pemimpin pas memutuskan untuk tidak bersetuju maka seluruh ahli/penyokong pas kena juga ikut keputusan jemaah meskipun pandangan peribadi aku sendiri bersetuju bible diterbitkan dalam bahasa melayu [bukan bahasa indonesian seperti sekarang] baca sini.

Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa kerajaan menyekat penyebaran bible bahasa indonesia dua tahun yang lepas. Sebab utama ialah terdapat kalimah Allah swt dalam bible-bible tersebut. Ketika itu isu penggunaan kalimah Allah swt oleh penganut kristian sedang kecoh di seluruh negara. Maka kerajaan bertindak membekukan pengedaran bible bahasa indonesia sehingga kes itu selesai. 

Memandangkan di indonesia, penganut kristian bebas menamakan tuhan sebagai Allah swt dalam kitab mereka, maka malaysia harus membuat satu keputusan yang tepat bagi menjaga hubungan baik islam-kristian.

Samada menghentikan terus bible terbitan indonesia dan menerbitkan bible bahasa malaysia dan dilarang menggunakan kalimah Allah swt di dalam nya ataupun hanya meluluskan bible terbitan indonesia yang tiada perkataan Allah swt di dalamnya.

Bible terbitan indonesia ini akan di tag hanya untuk penganut kristian sahaja ketika ia di edarkan. Jika kerajaan bersungguh mahu menjaga akidah umat islam, maka mohon dikenakan hukuman mati kepada yang memurtadkan orang islam dan orang islam yang murtad.

Kenapa? Sebab islam agama rasmi, maka eloklah kerajaan bertindak seperti digambarkan oleh perlembagaan negara.


Tomok ajak join contest conneto 
DIGI bagi ganjaran hebat setiap kali anda RELOAD! 


Ameno : Terima kasih kepada facebooker's yang inform mengenai artikel di atas.

Share this

10 Responses to " Panas! Harun Din tidak setuju bible bahasa melayu! "

  1. satu lagik fitnah tak henti2 dari umno..samai begini sekali blogger mereka sanggup buat cerita kan?

    BalasPadam
  2. tp kalau benar Ustaz Harun Din berkata begitu...aku sokong

    -Anti BN-

    BalasPadam
  3. Harus dilarang jika ia memudaratkan.
    Harus dibenarkan jika ia membantu perhujahan bahawa al quran lebih baik dari bible,
    Namun pendakwah Islam nak ceramah pun kena ada "lesen" dan paderi sebarkan agama mereka tanpa perlu "lesen",kelebihan penyebaran ada pada paderi.

    Jika dibenarkan,maka pendakwah Islam dan gerakan Islam perlu bekerja lebih keras.

    Jom ke FARISZ@AZ.Com

     Tutorial blog

    BalasPadam
  4. Tok Tuan, Pekan, Pahang17 Mac 2011 pada 11:51 PTG

    Saya yang bukan Ustaz atau Ulama teramat bersetuju dengan Ustaz Harun Din. Kenapa? 1) Bible bukan Kitab Injil yang Asal...dan ini semua adalah strasteji secara halus yang dijalankan oleh APCO, kalau tak percaya cuba saudara2 dan YB2 PAS dan YB2 PKR dapatkan maklumat2 ini. Falsafah Yahudi... bangsa yang lain adalah GOYIM yang mana darah mereka adalah halal untuk disembelih...tak kira kamu Islam, Kristian, Bhuddist, Hindu, Punjabi atau apa saja.

    BalasPadam
  5. aku xstuju lansung sama ada pgunaan nama ALLAH dalam agama len mahupun pencetakan bible dlm bahasa malaysia, bhasa inggeris or apa2 bahasa di malaysia secara terbuka.
    akidah anak muda kita pom da makin parah inikan pulak nk menambah parahkan lagi masalah.
    jgn sbb kpntgn politik mana2 parti, habis maruah islam tergadai.
    nt tgulah balasan ALLAH di akhirat terutama kepada pemimpin yg membenarkan hal ini berlaku di Malaysia.
    mgkn pemimpin kita lpa, one day dia n kita semua akan mati n harta benda, kuasa , pangkat xmmpu tlg dorg disana.

    BalasPadam
  6. kitab bible nak dalam bahasa melayu.. kalu pelajaran matematik dgn sains taknak pulak dalam bahasa melayu.masih kekal dgn bahasa english. apa ni..tak paham la..

    BalasPadam
  7. klu betul..! itu pendapat beliau, keputusan sebenar oleh majlis ulamak PAS..!!

    BalasPadam
  8. kitab bible nak dalam bahasa melayu.. kalu pelajaran matematik dgn sains taknak pulak dalam bahasa melayu.masih kekal dgn bahasa english. apa ni..tak paham la..

    BalasPadam
  9. klu betul..! itu pendapat beliau, keputusan sebenar oleh majlis ulamak PAS..!!

    BalasPadam
  10. Rasanya x perlu kot dlm Bahasa Melayu, dlm english pun bulih baca. Even kalo dlm melayu skalipun, maybe x ramai yg paham, even org Kristian sendiri pun trsalah tafsir. See how Sheikh Ahmad Deedat @ Dr Zakir Naik (scholar of comparative religion) debated with pastor3 trkenal. Maybe baik dlm bahasa melayu, sebagai kajian pendakwah2 utk menyebarkan Islam. Ada pro n kontra..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...