Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 November 2017

Kerana Powerbank Fake, Cybertroopers UMNO Kini Bergaduh Sesama Sendiri.

Ab Jalil Backer, penulis portal pro UMNO Mykmu hari ini membuat cabaran terbuka kepada Biro IT UMNO untuk membuktikan jentera maya UMNO kendalian biro berkenaan mempunyai ribuan pemain media sosial yang aktif bagi mempertahankan kerajaan.

"Apabila dibuat konvensyen media sosial baru-baru ini diceritakan kegagalan pemain-pemain media sosial lain. Sejak ada biro IT barulah gerakan nampak kuat. Tak ada pun ucapan terima kasih kepada mereka yang berjuang sejak 1999 untuk UMNO dan kerajaan. Yang ada hanya penilaian negatif. 

4000 orang hadir konvensyen pasir bedengung ini. Antara penceramah hebat ialah Tun Faisal Ismail Aziz (Pemikir Jasa) dan Dato Akmar Hisham (SUA PM).

Pada hari yang sama saya lihat like untuk posting Facebook mereka berdua tidak sampai 300 orang. jumlah tersebut adalah like biasa posting mereka. Akaun media sosial Tok Mad Maslan pun tidak dapat 10% daripada jumlah kehadiran.

Jadi betulkah 4000 orang ini pemain media sosial UMNO atau Perdana Menteri kena kencing saja?," katanya yang menulis di facebook.


Cabaran itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan yang dibuat oleh sesetengah pemimpin UMNO ketika menyampaikan ucapan di Konvensyen berkenaan. 

"Kena tanya Ahmad Maslan la bab ni. Dia yang tunding pihak lain untuk buktikan dia buat kerja," kata Jamil Isa.



Konvensyen Media Sosial UMNO itu juga dikatakan telah menjemput pemain media sosial yang jarang mempertahankan UMNO.

"Yang buat posting balun pembangkang, pertahankan dasar kerajaan kena tinggal. Yang buat posting pasal resepi masakan, pasal kucing, pasal melancong kena panggil (dijemput). Ahli biro IT katanya," luah Hasmuhaimi. 



Sebelum ini tular di laman sosial beberapa cybertroopers UMNO yang hadir telah ditipu apabila dihadiahkan powerbank fake yang dipenuhi dengan pasir sebagai saguhati.

Baca : Sia-Sia Sokong Najib, Pasir Saja Yang Dapat Sebagai Hadiah.

Terdahulu, Awani melaporkan 3,800 pemain media sosial UMNO di semua negeri telah berkumpul dengan jayanya di dalam satu konvensyen media sosial UMNO 2017.

Konvensyen berkenaan diadakan sebagai antara langkah persediaan jentera UMNO bagi menghadapi PRU ke 14 tak berapa lama lagi. 

Untuk rekod, Datuk Ahmad Maslan ialah Pengerusi Biro IT UMNO Malaysia.

Penat-Penat Sokong Najib, Akhirnya Cybertroopers UMNO Cuma Diberikan Powerbank Fake Sahaja..

Walaupun telah hampir seminggu berlalu, cerita Konvensyen Media Sosial UMNO 2017 yang berlangsung baru-baru ini masih belum lagi tamat.

Info yang diterima mengatakan powerbank yang dihadiahkan kepada rata-rata peserta Konvensyen UMNO 2017 tidak boleh digunakan selepas dicaj selama beberapa jam.


Di media sosial, beberapa cybertroopers UMNO yang terkenal meluahkan ketidakpuasan hati mereka apabila mendapat tahu saguhati yang disampaikan oleh Biro IT UMNO kepada semua cybertroopers pro UMNO yang hadir ke konvensyen berkenaan sebenarnya merupakan sebuah powerbank yang palsu, yang mana di dalamnya hanya mengandungi pasir laut dengan campuran silica.

Sebelum ini dilaporkan media kumpulan cybertroopers UMNO telah diberikan saguhati berupa sebuah powerbank, dan simkad starter pack ketika menghadiri konvensyen berkenaan.

Powerbank yang diberikan tertera dengan logo Biro IT UMNO, berwarna hitam dan putih, nampak seperti mahal dan berjenama.

Perkara berkenaan mula terbongkar apabila beberapa penerima mendapati powerbank yang dihadiah tidak boleh digunakan langsung.

"Saya caj tapi boleh pakai lima minit je," kata blogger APA atau nama sebenarnya Azmi Ibrahim dalam satu live video yang dibuatnya pada jam 3 petang hari ini.

 

"Cucuk 10 minit mampus," kata seorang wanita dalam satu rakaman video yang dibuat oleh Amy.

Amy salah seorang cybertroopers pro UMNO yang hadir pada hari itu membuat rakaman video bagaimana powerbank yang dihadiahkan padanya merupakan sebuah produk palsu yang hanya terdapat pasir di dalamnya.

"Nampak, berkarat dah, nampak? Berkarat-karat dah. Ini bateri ke apa," katanya.

"Hanya satu je bateri yang bersambung (dengan wayar, manakala empat yang lain cuma diletakkan dengan gam sahaja). Yang sambung sebiji, yang lain semua tak sambung (dengan wayar) pun," kata seorang lelaki dalam video tersebut.

Amy yang berkongsikan empat video di Facebooknya mengenai powerbank yang diterima beliau membuka isi bateri yang terdapat pasir didalamnya selepas mendapati powerbank itu tidak berfungsi dengan baik.

Dalam pada itu, Azmi Ibrahim menjelaskan beliau menerima maklumat bahawanya powerbank yang diagihkan kepada semua cybertroopers UMNO di Konvensyen UMNO sebenarnya adalah ehsan seseorang yang menyokong Biro Unit IT UMNO dari luar.
"Powerbank ini adalah sumbangan dari seorang individu. Individu luar dari Biro IT. Seorang penyokong UMNO. Yang menghubungi Ahmad Maslan untuk menyumbangkan powerbank sebanyak 3,500 unit. 

Individu itu juga tidak meminta apa-apa balasan atau imbuhan hasil daripada sumbangannya. Dengar kata atas atas semangat UMNO dan sokongannya pada UMNO maka dia nak sumbang 3,500 unit. Dah orang nak sumbang, maka Biro IT ambil je la," katanya.

Bagaimanapun semakan di Facebook Azmi Ibrahim terdapat seorang individu yang dikenali dengan nama Alif Rasta yang menulis komen yang meminta maaf dan Biro IT akan mengambil tindakan terhadap pembekal.


"Maaf bagi pihak Biro IT. Perkara tak disengajakan. Ada yang tak boleh pakai daripada 3500 pcs. Tindakan akan diambil terhadap supplier. Apa pun terima kasih atas makluman.. Untuk urusan pertukaran boleh rujuk Biro IT Bahagian masing-masing. Maaf lagi sekali. Terima Kasih. 😉," katanya di ruangan komen.



Jumaat, 10 November 2017

Gara-Gara Mengunci Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Lando Disiasat Polis.

Gara-gara mengunci pagar Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling, Lando Zawawi ataupun nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi hari ini dipanggil untuk memberikan keterangan di IPD Sungai Buloh bersama beberapa rakan Brotherhood yang lain bagi membantu siasatan.

"Doakan kami bertiga dibenarkan pulang ke rumah malam ni. Wa no hal. Bini wa yang penting. Dia tengah hamil. Selebihnya kita beri kerjasama sebaiknya pada PDRM Ipd Sungai Buloh. For Our Fallen Brothers," katanya dalam kemaskini terbaru di Facebook.


Petang tadi, aktivis rakyat yang memperjuangkan masalah jalan berlubang seluruh Malaysia itu memaklumkan beliau perlu hadir untuk memberikan keterangan di IPD Sungai Buloh berikutan terdapat laporan polis yang dibuat terhadapnya. 

Laporan polis itu dibuat susulan dari tindakan Lando yang mengunci pagar pejabat Daerah dan Tanah Petaling yang terletak di Persiaran Atmosfera pada rabu lepas.

"Eleh.. sikit-sikit report polis. Sikit-sikit report polis. Ajak wa jumpa tak berani? Apasal lu tak saman wa terus? Boleh wa bukak citer apakejadahnya 6 Tahun Laluan Atmospera tu bunuh, tumbangkan, rosakkan hartabenda awam. Wa rasa polis pun boring dapat aduan lu. No hal. Wa turun bagi statement. Takyah reramai. Doakan wa dah cukup. For Our Fallen Brothers," katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Rakaman mengenai tindakan mengunci pagar pejabat Daerah Petaling itu juga disiarkan di halaman facebook Lando.



"Sebab dah 2 kali BROTHERHOOD terpaksa tutup jalan LALUAN DEPAN PEJABAT-PEJABAT TANAH DAN DAERAH PETALING (pejabat JKR & YB-YB semua dalam ni). 

Tapi korang masih tidak mampu buat tindakan positif yang pantas sampai bebankan pembayar cukai jalan. Baik takyah datang pejabat. Pi coceng puas puas. Pepandai la bukak sendiri. For Our Fallen Brothers," katanya ketika bertindak mengunci pagar tersebut. 

Aksinya itu turut mendapat sokongan netizens di laman sosial meskipun terdapat beberapa pihak yang kurang menyenangi perbuatan tersebut. 


Lando Zawawi bersama team Brotherhood yang ditubuhkan untuk memperjuangkan masalah jalanraya di Malaysia mempunyai beberapa cawangan di sekitar semenanjung.

Kumpulan ini seringkali dipuji kerana bersikap lantang dalam memperjuangkan masalah jalan berlubang sehingga memalukan pihak penguatkuasa terutamanya sekali JKR apabila pihak itu gagal menyediakan jalanraya yang selamat untuk pengguna.

Kumpulan Brotherhood ini semakin dikenali ramai apabila media dalam dan luar negara melaporkan tindakan kumpulan itu yang menurap jalanraya sendiri bagi memerli pihak kerajaan (JKR, Majlis,) dan menyelamatkan nyawa pengguna. Mereka juga membiayai sendiri kos-kos yang diperlukan tanpa menerima tajaan sesiapa.

Adun DAP Bengang Adun PKR Tak Pertahankan Kerajaan Di Penang Forum.

Oleh : Bernama 

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kecoh apabila berlaku pertikaman lidah antara wakil rakyat DAP dan PKR berhubung isu penganjuran forum terbuka membincangkan masalah banjir dan tanah runtuh di negeri ini anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan pada 29 Oktober lepas. 

RSN Rayer
Kekecohan tercetus apabila R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) menyifatkan penganjuran forum itu sebagai platform untuk pihak terbabit membawa satu suara partisan bagi menyalahkan kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di negeri ini. 

“Fokus Penang Forum adalah untuk menyalahkan kerajaan negeri atas apa yang berlaku. Persoalan saya adakah Penang Forum mengadakan forum dengan hati terbuka atau menghentam kerajaan negeri dengan katakan semua yang berlaku salah kerajaan negeri,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 pada persidangan DUN Pulau Pinang, di sini hari ini. 

Hanya Anggota Undangan Dewan Negeri (Adun) Pulau Tikus dari DAP, Yap Soo Huey hadir pada forum dan dialog yang dihadiri kira-kira 200 hadirin anjuran Penang Forum itu. 

Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang hadir pada forum itu ialah Adun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid, Adun Pulau Betong, Datuk Muhamad Farid Saad, Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headen Ayoob dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri ,Teng Chang Yeow manakala wakil daripada PKR ialah Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin, Adun Machang Bubok, Lee Khai Loon dan Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng. 

Cheah (PKR-Kebun Bunga) kemudiannya bangun dan menyatakan adalah tidak adil untuk menuduh Penang Forum sebagai satu partisan kerana penganjuran forum itu hanya bertujuan untuk mengemukakan pandangan dan cadangan untuk menyelesaikan masalah banjir dan tanah runtuh di negeri ini. 

Rayer yang tidak berpuas hati kemudian mempertikai tindakan Adun Kebun Bunga itu dan dua lagi wakil rakyat dari PKR yang tidak mempertahankan kerajaan negeri sebaliknya hanya Adun Pulau Tikus yang bersuara pada forum itu dan tidak ada seorang daripada mereka yang hadir menyokong penjelasan Yap. 

Cheah kemudiannya bangun menjelaskan tindakannya untuk tidak bersuara pada forum berkenaan kerana beliau mendengar pembentangan oleh pakar-pakar yang hadir dan memberi laluan kepada sesi pembentangan itu. 

Sementara itu, Yap (DAP-Pulau Tikus) berkata selepas sesi pembentangan itu mana-mana Adun PKR yang hadir pada forum itu boleh bersuara pada sesi soal jawab, namun beliau menyifatkan mereka mungkin ‘segan’ untuk bersuara. 

Norlela (PKR-Penanti) kemudiannya bangun dan berkata: “Tidak adil untuk terus menuduh saya macam ini”. 

Pertikaman lidah itu dihentikan apabila Timbalan Speaker, Datuk Maktar Shapee mengarahkan Norlela duduk dan meminta Rayer meneruskan perbahasannya.

PAS Tak Boleh Sokong PH Kerana Ada Pemimpin Penyangak Di Dalamnya - TGHH

PAS tidak boleh memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan kerana didalamnya terdapat pemimpin penyangak, itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Seri Tuan Guru Presiden Hadi Awang pada semalam.

Pemimpin tertinggi PAS itu turut mengatakan PAS tidak boleh berpihak kepada mana-mana kumpulan (parti politik) buat masa ini sehinggalah tuduhan yang dibawa dibuktikan atau dibersihkan terlebih dahulu.


"Pilihanraya umum adalah mahkamah rakyat. Kerajaan menjadi pihak yang dituduh. Pembicaraannya memerlukan pengakuan secara rela hati yang penuh keinsafan dan keterangan saksi yang adil, serta bukti-bukti benar yang membantunya," katanya ketika menyampaikan ceramah Untukmu Rohingya semalam di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Terengganu.

"Kaedah Kehakiman Islam yang dipakai oleh barat, menetapkan pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan. 

PAS juga tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersihnya, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir yang telah diwarisi sejak pemimpin yang dahulu dan terdahulu," jelasnya lanjut. 


Meskipun tidak menamakan mana-mana pihak ramai percaya Presiden PAS itu menujukan perkataan penyangak bagi melabelkan bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Mahathir Mohamed.

"PAS tidak boleh memberi harapan kepada Pakatan Harapan (PH) yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman, kerana di dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara.  

PAS percaya bahawa rakyat yang mahu menjadi hakim yang adil melalui pilihanraya itu sedang menghadapi krisis keyakinan bagi menentapkan hukumannya kepada siapa hendak dihukum atau dipersalahkan," katanya lagi.

Saman Fitnah, Razman Diperintah Bayar 200,000 Pada Nizar.

Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar RM200,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkaitan kes saman fitnah lapor Berita Harian hari ini.
Saman itu difailkan oleh Mohammad Nizar, dua tahun lalu.
Hakim D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan selepas mahkamah berpuas hati kenyataan Razman selaku defendan yang tersiar di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohammad Nizar sebagai plaintif.
Razman Zakaria
Sebelum ini, Mohammad Nizar yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan kini Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, memfailkan saman fitnah, RM3 juta di Mahkamah Tinggi di Ipoh.
Bagaimanapun, mahkamah kemudian membuat keputusan kes itu lebih sesuai didengar di Mahkamah Sesyen.
Plaintif memfailkan saman itu terhadap dua perenggan dalam artikel akhbar berkenaan yang mengaitkannya sebagai menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP.
Plaintif diwakili oleh Asmuni Awi dan Fitri Asmuni manakala defendan diwakili oleh Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Mohd Zamri berkata alasan mahkamah ketika membuat keputusan itu ialah plaintif berjaya membuktikan artikel itu ada unsur fitnah, penerbitan sudah berlaku dan tuntutan balas dan bukti dikemukakan defendan tidak cukup kuat untuk menolak saman plaintif.
Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat anak guamnya sama ada untuk memohon penangguhan keputusan itu atau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.
Asmuni berkata, pihaknya mengemukakan dua saksi sepanjang perbicaraan kes itu berlangsung manakala defendan tidak mengemukakan saksi lain kecuali dirinya.

Kritik Kenaikan Harga Minyak, Fathia Sekali Lagi Diserang Pro Najib.

Pelakon wanita terkenal, Fathia Latif hari ini sekali lagi menjadi sasaran kritikan di media sosial kerana meluahkan perasaan tentang kenaikan harga minyak dan masalah kos sara hidup di laman Twitternya sejak semalam.

"Orang dok mengadu, cakap hidup susah, ekonomi teruk, kos sara hidup makin tinggi. Tapi dia sibuk bagi dana untuk pikat pelancong asing datang Malaysia," tweet Fathia pada rabu.

"Minyak naik lagi rm2.31 sen. Siapa tak sakit hati? Ke tak rasa apa-apa sebab dah lali," tulisnya ketika mengulas kenaikan semua jenis minyak termasuk diesel 8 November lepas.


Rabu lepas, RON 95 naik 7 sen kepada rm2.31 manakala RON 97 naik sebanyak 6 sen menjadikan harga jualannnya meningkat kepada rm2.60 dan Diesel naik sebanyak 3 sen menjadikan ia dijual pada harga rm2.20 mulai minggu ini.

Perkara itu menjadi kemarahan netizens di laman sosial yang mengulas kenaikan 7 sen itu adalah sangat tinggi apatah lagi ini adalah kenaikan kali keempat berturut-turut sejak Oktober.


Beranggapan ianya tidak patut, Fathia kemudiannya mengatakan kenaikan itu tidak boleh diterima kerana rakyat bukanlah kaya mana.

"Dengar tak kita orang tak boleh terima harga minyak naik? Kita orang takdelah kaya mana. Ke buat-buat pekak? #SpeakUp," tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun luahan jujurnya itu tidak dapat diterima oleh penyokong-penyokong Najib yang lantas menyerang pelakon cantik itu menerusi pelbagai saluran media termasuklah di blog-blog dan page-page pro parti kerajaan.


Di WhatsApp terdapat sebaran poster yang mempertikaikan tweet Fathia dengan mengaitkan ia dengan beberapa insiden yang berlaku di Penang.

Serangan besar-besaran yang diterima Fathia itu dipercayai mungkin terhenti apabila Fathia meminta maaf di tweet terbarunya.


"Saya bukan anti kerajaan, saya cuma bersuara untuk pihak yang lain. Kalau yang lain bersuara, mungkin segilintir lagi yang dengar dan peka," jelasnya memulakan bicara.

"Saya minta maaf jika penulisan saya di Twitter didefinisikan agak kasar dan mengundang kemarahan sesetengah pihak.

Saya faham rakyat Malaysia agak sensitif. Sistem negara kita juga tidak mengamalkan kebebasan bersuara secara menyeluruh. Sekali lagi saya meminta maaf, " tulisnya seperti nada kecewa.

Di Malaysia, selebriti yang mengkritik kerajaan meskipun tidak menyatakan sokongan kepada pembangkang ataupun bukan penyokong pembangkang seringkali diserang oleh penyokong Najib yang membayangkan kerajaan pimpinan Najib Razak itu tidak boleh dikritik dan maksum. 

8 Minit Jer Di Parlimen, Netizens Luahkan Perasan Geram Pada Najib..

Semalam Malaysiakini melaporkan Najib Razak berada di dalam Dewan Rakyat hanya selama lapan minit.

Portal itu yang melaporkan kenyataan Wong Chen menulis, "Dia menjawab soalan pada jam 10.04 pagi dan meninggalkan dewan pukul 10.12 pagi," kata Wong. 

Najib hari ini berada di Parlimen untuk sesi soalan. Walau bagaimanapun, Wong mendakwa sepanjang lapan minit itu segala-galanya sudah dirancang untuk Najib yang hanya diajukan dengan soalan ‘mudah’. 


"(Ia adalah) mengapa dia begitu hebat dalam soal 'ekonomi digital'. Soalan yang dirancang oleh ahli parlimen Umno. 

"Selepas membaca teks jawapan selama empat minit, soalan ahli parlimen Umno (yang sepatutnya secara spontan) bermula dengan 'Tahniah atas kejayaan program, kita adalah pemimpin dunia dalam ekonomi digital...'. Cara mengampu seperti ini adalah agak standard," katanya. 

Wong berkata Najib kemudian menjawab kenyataan susulan dengan ucapan yang disediakan selama dua minit. 

"Di bawah pentadbiran Najib, beliau secara ajaib mengubah sesi soal-jawab Parlimen kepada lakonan mengikut skrip," kata Wong. 

Najib kemudiannya, kata Wong, meninggalkan Dewan Rakyat tanpa peduli untuk mendengar ataupun menyokong menteri-menteri lain yang menjawab soalan-soalan seterusnya. 

Katanya, sebaik sahaja Najib bangkit mahu meninggalkan dewan, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan bergegas membuka pintu untuknya.

Laporan itu bagaimanapun menerima kecaman dari netizens yang tidak berpuas hati dengan tindakan Perdana Menteri itu yang hanya berada di dalam Parlimen selama 8 minit.


"Sebab dia menteri kepala bapak. Tak berani duduk lama. Takut kena soal dari PH," tulis Thomas Bani di ruangan komen.

"Kepala bapak la kau Najib. Kau ingat bapak kau punya Parlimen. Kau ingat bapak kau punya negara. S*al punya bapak kau," komen Aida pula yang seperti geram.

"Sepatutnya NGO Bugis tegur Najib. Kerana takut berhujah di Parlimen. Bugis berani bukan penakut," respon Yati Yati.

"Lebih baik tak payah mai (datang). Lapan minit untuk kata hi atau bye-bye? Dapat pula anugerah dari media. Funny man in the world, " kata Desmond pula.

"PM paling malas dalam sejarah Malaysia. Of course, macai-macai di Parlimen akan mengikutinya (tiru)," luah Victor.

"Parlimen sudah jadi macam rumah berhantu bagi wakil-wakil UMNO. Semua tidak tahan duduk lama. Alasanlah banyak appointment sana," sindir Sohadis pula. 


Meskipun menerima kecaman, pihak kami mendapati setiap satu komen yang mengkritik Najib dibalas dengan komen yang mempertahankan Najib.

Setiap komen-komen negatif yang terpamer di portal tersebut akan dibalas dengan dua atau tiga penyokong Najib di ruangan komen bagi mempertahankan imej Perdana Menteri itu.

Sebelum ini media melaporkan Konvesyen Media Sosial UMNO dihadiri hampir 4,000 pengiat cyber yang menyokong parti itu.

Terdapat sebaran spekulasi yang menyebut mereka yang hadir diberikan power bank dan telefon pintar terkini bagi memudahkan kerja mempertahankan Barisan Nasional di sosial media.

Khamis, 9 November 2017

Ramai Unit Amal Bantu Banjir Penang, Tak Bimbang Jadi Taliban Ke Sindir Mokthar Senik..

AJK Kerja PAS Pusat dan juga Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Pahang, Ustaz Mokthar Senik hari ini menyindir Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Facebooknya berkenaan isu bantuan banjir.

"Ramai sangat anggota Unit Amal dan ahli-ahli PAS pergi bantu mangsa banjir di Pulau Pinang ni. Lim Guan Eng tak bimbang ke nanti Penang jadi negara Taliban?," soalnya sepertinya menyindir.

Ustaz Mokthar Senik atau lebih dikenali dengan panggilan glamernya, UMS sebelum ini menyifatkan banjir yang berlaku di Pulau Pinang bukan fenomena biasa yang boleh difahami menerusi sains.

Sambil menyifatkan kerajaan negeri perlu mengambil pengajaran atas apa yang berlaku, Ustaz Mohthar Senik turut menyatakan bahawanya rakyat Penang perlu disedarkan bahawanya DAP bagaikan payung yang bocor.

"Oleh itu bencana tanah runtuh dan banjir yg menimpa Pulau Pinang hendaklah dilihat melampaui ilmu geology dan ilmukajicuaca semata-matanya. 

Selaku ummat yang ada quraan dan hadis sudah tentu kita perlu mengambil peringatan daripada keduanya," katanya dalam satu kenyataan. 

"Kesombongan kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP terhadap beberapa isu mengaitkan Islam khususnya isu pesta arak perlu disorot kembali. 

Ketua menteri dan pimpinan DAP yg bukan Islam mungkin sukar menyelami maksud yg tersirat didalam bencana tersebut. Namun pimpinan DAP serta rakyat yg muslim dinegeri tersebut perlu merenung dan mengambil ibrah dari peringatan Allah. 

Pulau pinang memerlukan sebuah kerajaan yg takutkan Allah sebagai payung yang menjauhkan mereka dari kemurkaan Allah. 

Untuk itu DAP bukan sebuah parti yang punya kelayakan disebabkan dasarnya dan pendekatannya yang bertentangan dengan Islam. Marilah...sambil-sambil kita menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir disana, kita hulurkan sama bantuan kesedaran agar mereka menyedari bahawa DAP adalah sebuah payung yang bocor disana sini," katanya, memetik status Facebooknya.

Terdahulu UMS turut menafikan beliau menerima rasuah hasil dari 90 juta seperti yang didakwa oleh Claire Rewcastle menerusi dokumen pembelaannya terhadap saman Presiden PAS ke atas pemilik portal Sarawak Report.

Mengatakan dakwaan yang tular adalah pembohongan dan fitnah semata-mata, UMS turut beranggapan pihak yang menyebarkan ia merupakan manusia yang gila merayau untuk mencari sedikit makanan.

Malahan beliau sempat berseloroh dengan bercadang untuk ke galeri yang menjual kereta mewah dan bergambar lalu disebarkan di Facebook supaya kumpulan yang gemar menfitnah menjadikan perkara (gambar) itu sebagai modal di sosial media.

"Sebelum ini sememangnya saya tak pernah percaya tuduhan-tuduhan tersebut keatas pimpinan Pas dan saya menganggap para pengfitnah itu adalah manusia-manusia mabuk yang kehabisan modal. Tapi bila nama saya dikaitkan juga (sedangkan saya paling tahu mengenai diri saya yang tak pernah pun terima agihan 90 juta itu) maka persepsi saya kepada pengfitnah-pengfitnah itu berubah. 

Saya yakin mereka adalah manusia gila yang merayau kemana-mana sahaja demi mencari sedikit makanan," tulisnya. 

"Hendak rasanya saya cadangkan kepada sebahagian pimpinan Pas pakat-pakat pergi ke galeri pengedar kereta-kereta mewah dan bergambar disana dengan kenderaan tersebut. Lepas tu kita upload ramai-ramai kat fb masing-masing. Rasanya para pengfitnah itu akan berebut2 jadikan modal fitnah sehingga semakin gila la mereka. Saat mereka kegilaan sebegitu..kita terus bergerak menuju kemenangan," katanya secara berseloroh.

Penang Bangkit 100 Juta - Usaha Kerajaan Negeri Bantu Mangsa Banjir.

KERAJAAN PULAU PINANG LANCAR PROGRAM "PULAU PINANG BANGKIT" YANG BAKAL MENELAN KOS RM100 JUTA
Program tersebut dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di dalam DUN Pulau Pinang hari ini Khamis 9 Nov 2011. Antara intipati program tersebut adalah:


1. Pemberian bantuan one-off sebanyak RM500 yg dijangkakan akan memberi manfaat kepada 100,000 rumah dan perniagaan yang akan melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta dari dana kerajaan negeri. Pemberian ini tidak termasuk wang derma dari orang awam.

2.  Pengecualian surcaj konservasi air sebanyak satu pusingan (cycle) untuk pengguna domestik.

3. Diskaun 50% kepada bil PBA bagi pengguna domestik.

4. Diskaun 25% untuk pengguna komersial.

5. Diskaun 10% untuk cukai pintu di seluruh Pulau Pinang yang dijangka menyebabkan kerajaan negeri kehilangan pendapatan sebanyak RM40 juta.

6. Dokumen-dokumen kerajaan negeri seperti geran tanah yang hilang atau rosak akibat banjir akan digantikan dengan percuma.

Kerajaan Pulau Pinang juga mengumumkan hari Sabtu 11 Nov 2017 sebagai "Hari Pulau Pinang bangkit" untuk rakyat turun beramai-ramai membantu mangsa-mangsa banjir memulihkan semula kehidupan mereka. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yg sudi membantu dan memberikan pertolongan.

PULAU PINANG BANGKIT RM100 JUTA

Hj Zaidi bin Ahmad
(Bekas Mejar TUDM)
017-4164728

**Sila hubungi JKKK/ ADUN/ Penyelaras KADUN di tempat anda untuk memohon bantuan yg disebutkan diatas. Terima kasih

UMNO, PAS Sama Kata Pengarah Syariah Amanah.

Oleh :  Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Non Muslim di Malaysia hari ini bukan seperti kafir Quraisy Mekah. Di sini tidak ada peperangan antara Muslim dan non Muslim. Di sini Muslim tidak pernah dihalang beribadat dan tidak dihalau. Di sini Muslim dan non Muslim berjiran, satu pejabat, satu sekolah, sekampung bahkan ramai yg mempunyai hubungan darah dan kekeluargaan.

2. Berbeza agama adalah perkara biasa yang berlaku dengan kehendak Tuhan. Jika Muslim sayangkan agamanya dan yakin agamanya benar, non Muslim juga sayangkan agamanya dan yakin agamanya benar. Jika Muslim tidak mahu agamanya dihina, non Muslim juga tidak mahu agama mereka dihina.

3. Non Muslim di sini adalah warganegara. Mereka berhak menjadi calon pilihanraya, menjadi menteri atau exco jika mereka layak. Mengundi mereka dalam pilihanraya bukan suatu kesalahan dari sudut agama kerana kedudukan mereka sebagai warganegara di sini adalah setaraf dengan kedudukan Muslim.

4. Mereka bukan kafir harbi kerana mereka tidak memerangi Islam dan orang Islam. Jika ada hal-hal tertentu yang mereka tidak setuju dgn Islam, itu tidak bermakna mereka memusuhi Islam dan umat Islam secara keseluruhan. Jika orang Islam sendiri pun ada hal tertentu yang dia tidak bersetuju dengan Islam, apatah lagi non Muslim. Di sinilah letaknya peranan orang Islam dalam dakwah.

5. Ayat al-Quran tentang jihad memerangi non Muslim tidak wajar dibaca secara berasingan dengan ayat yang memerintah orang Islam berbuat baik kepada non Muslim. Nabi sendiri tidak berperang dengan non Muslim 7 hari seminggu. Peperangan bukan pilihan tetapi berlaku dalam situasi yang sangat terdesak iaitu apabila dakwah terhalang dan halangan tidak boleh diatasi kecuali dengan peperangan.

6. Di sini dakwah tidak terhalang bahkan orang Islam boleh berdakwah kepada non Muslim 366 hari setahun di market, di jalan, di sekolah, di universiti bahkan di gereja dan biara jika Muslim mahu. Dakwah di sini bukan tidak boleh, tapi Muslim tidak mahu. Muslim di sini, ramai yang rasa dirinya terlalu suci untuk mendekati non Muslim untuk tujuan dakwah.

7. Dari sudut politik, Umno memang suka kalau Muslim mencurigai non Muslim. Dengan kecurigaan itu, mereka berpeluang meniupkan sentimen perkauman, kononnya Islam dan Melayu terancam dan rakyat perlu bersama Umno demi Melayu dan Islam. Di depan Melayu, Umno bercakap membela Islam. Di depan Cina, Umno cakap mereka membela semua bangsa. Hipokrit.

8. Pas yang kononnya berjuang Islam kebelakangan ini sudah termakan sentimen Melayu tiupan Umno . Pas yang dulunya anti asabiah Melayu kini selesa dengan sentimen kemelayuan dalam kerja-kerja politiknya. Sasarannya ialah DAP. Oleh kerana Pas parti Islam, Pas label DAP anti Islam utk menyokong usaha Umno yg melabel DAP anti Melayu. Kedua-dua parti itu seiring dalam memperalatkan sentimen agama dan bangsa untuk kepentingan politik.

9. Pas dan Umno sudah serupa langkah politiknya. Melayu rosak kerana Umno, Islam rosak kerana Pas.

Putera Turki Yang Menderma 2.6B Disiasat Atas Dakwaan Rasuah.


Pergolakan politik di Arab Saudi kini menyaksikan sekurang-kurangnya 11 putera diraja,  4 menteri dan 10 bekas menteri ditahan oleh pihak berkuasa negara itu.

Penahanan itu dipercayai untuk mengukuhkan kuasa Putera Mahkota, Mohammed bin Salman yang sedang dipersiapkan sebagai pengganti bapanya, Raja Salman yang sedang memerintah Arab Saudi.

Beberapa jam sebelum penahanan itu,  Raja Salman mengisytiharkan pembentukan sebuah jawatankuasa anti rasuah yang diketuai oleh anaknya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang diberi kuasa untuk menyiasat, menahan, melarang perjalanan dan membekukan aset-aset sesiapa yang didakwa melakukan korupsi.

Kesemua mereka sedang ditahan itu akan disiadat  berkaitan rasuah, penggubahan wang haram, menggelapkan wang negara dan terdedah kepada kemungkinan kekayaan mereka dirampas

Selain Putera Al-Waleed bin Talal, pelabur terkenal  antarabangsa yang turut ditahan, putera diraja lain yang tangkap ialah Putera Turki bin Abdullah, bekas Gabenor Riyadh yang merupakan pengasas bersama syarikat PetroSaudi.
PetroSaudi adalah syarikat yang mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB dan Putera Turki adalah kenalan kepada Jho Low.

Putera Turki bersama Jho Low diketahui pernah bersiar-siar menaiki kapal persiaran mewah, Tatoosh bersama Najib dan keluarganya pada 2009 dahulu di mana gambar percutian mereka telah tersebar dengan meluasnya.

Dalam skandal 1MDB yang menjadi sebutan dunia dan berdasarkan siasatan DOJ ada kaitan dengan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi Najib, nama Putera Turki pernah dikaitkan dengan hal tersebut.

Sementara DOJ memperincikan wang RM2,600 juta itu berpunca daripada dana 1MDB yang diselewengkan, Najib sebaliknya mengatakan wang yang diterimanya adalah derma daripada kerabat diraja Arab Saudi dan Zahid Hamidi pula mengakui telah bertemu dengan pewaris keluarga diraja tersebut.

Peguam Negara, Apandi Ali ketika membersihkan nama Najib pula telah mendedahkan penderma sebenar dana RM2,600 juta itu ialah salah seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah yang mangkat pada Januari 2015 lalu.

Meskipun tidak didedahkan siapa orangnya, putera raja Arab Saudi yang mungkin boleh digunakan namanya sebagai penderma kepada Najib ialah Putera Turki berdasarkan syarikat PetroSaudi yang dimilikinya mempunyai hubungan dengan 1MDB.
Blog ini pada artikel 7 Februari 2016 turut menulis perkara yang sama di mana Putera Turki adalah paling mungkin bersamaan dengan maksud yang disebut oleh Apandi itu.

Tetapi kini Putera Turki sedang ditahan dan disiasat atas dakwaan rasuah di Arab Saudi.

Apakah penahanan Putera Turki akan melibatkan siasatan terhadap urusniaga PetroSaudi yang dimilikinya yang pernah menjalin perniagaan dengan 1MDB?

Berdasarkan siasatan DOJ, Putera Turki  pernah dijadikan perantaraan oleh Jho Low untuk sekurang-kurangnya melakukan dua kali kemasukan wang ke akaun Najib iaitu pada 23 Februari dan 13 Jun 2011.

Ia dilakukan sebaik syarikat Jho Low, Good Star  menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB.

Apakah kemelut di Arab Saudi ini merupakan satu lagi detik menakutkan buat Najib selepas saman sivil serta siasatan DOJ di Amerika dan perbicaraan kes saman Hadi Awang terhadap Sarawak Report di London?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...