Sabtu, 11 November 2017

Penat-Penat Sokong Najib, Akhirnya Cybertroopers UMNO Cuma Diberikan Powerbank Fake Sahaja..

Walaupun telah hampir seminggu berlalu, cerita Konvensyen Media Sosial UMNO 2017 yang berlangsung baru-baru ini masih belum lagi tamat.

Info yang diterima mengatakan powerbank yang dihadiahkan kepada rata-rata peserta Konvensyen UMNO 2017 tidak boleh digunakan selepas dicaj selama beberapa jam.


Di media sosial, beberapa cybertroopers UMNO yang terkenal meluahkan ketidakpuasan hati mereka apabila mendapat tahu saguhati yang disampaikan oleh Biro IT UMNO kepada semua cybertroopers pro UMNO yang hadir ke konvensyen berkenaan sebenarnya merupakan sebuah powerbank yang palsu, yang mana di dalamnya hanya mengandungi pasir laut dengan campuran silica.

Sebelum ini dilaporkan media kumpulan cybertroopers UMNO telah diberikan saguhati berupa sebuah powerbank, dan simkad starter pack ketika menghadiri konvensyen berkenaan.

Powerbank yang diberikan tertera dengan logo Biro IT UMNO, berwarna hitam dan putih, nampak seperti mahal dan berjenama.

Perkara berkenaan mula terbongkar apabila beberapa penerima mendapati powerbank yang dihadiah tidak boleh digunakan langsung.

"Saya caj tapi boleh pakai lima minit je," kata blogger APA atau nama sebenarnya Azmi Ibrahim dalam satu live video yang dibuatnya pada jam 3 petang hari ini.

 

"Cucuk 10 minit mampus," kata seorang wanita dalam satu rakaman video yang dibuat oleh Amy.

Amy salah seorang cybertroopers pro UMNO yang hadir pada hari itu membuat rakaman video bagaimana powerbank yang dihadiahkan padanya merupakan sebuah produk palsu yang hanya terdapat pasir di dalamnya.

"Nampak, berkarat dah, nampak? Berkarat-karat dah. Ini bateri ke apa," katanya.

"Hanya satu je bateri yang bersambung (dengan wayar, manakala empat yang lain cuma diletakkan dengan gam sahaja). Yang sambung sebiji, yang lain semua tak sambung (dengan wayar) pun," kata seorang lelaki dalam video tersebut.

Amy yang berkongsikan empat video di Facebooknya mengenai powerbank yang diterima beliau membuka isi bateri yang terdapat pasir didalamnya selepas mendapati powerbank itu tidak berfungsi dengan baik.

Dalam pada itu, Azmi Ibrahim menjelaskan beliau menerima maklumat bahawanya powerbank yang diagihkan kepada semua cybertroopers UMNO di Konvensyen UMNO sebenarnya adalah ehsan seseorang yang menyokong Biro Unit IT UMNO dari luar.
"Powerbank ini adalah sumbangan dari seorang individu. Individu luar dari Biro IT. Seorang penyokong UMNO. Yang menghubungi Ahmad Maslan untuk menyumbangkan powerbank sebanyak 3,500 unit. 

Individu itu juga tidak meminta apa-apa balasan atau imbuhan hasil daripada sumbangannya. Dengar kata atas atas semangat UMNO dan sokongannya pada UMNO maka dia nak sumbang 3,500 unit. Dah orang nak sumbang, maka Biro IT ambil je la," katanya.

Bagaimanapun semakan di Facebook Azmi Ibrahim terdapat seorang individu yang dikenali dengan nama Alif Rasta yang menulis komen yang meminta maaf dan Biro IT akan mengambil tindakan terhadap pembekal.


"Maaf bagi pihak Biro IT. Perkara tak disengajakan. Ada yang tak boleh pakai daripada 3500 pcs. Tindakan akan diambil terhadap supplier. Apa pun terima kasih atas makluman.. Untuk urusan pertukaran boleh rujuk Biro IT Bahagian masing-masing. Maaf lagi sekali. Terima Kasih. 😉," katanya di ruangan komen.



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...