Sabtu, 11 November 2017

Kerana Powerbank Fake, Cybertroopers UMNO Kini Bergaduh Sesama Sendiri.

Ab Jalil Backer, penulis portal pro UMNO Mykmu hari ini membuat cabaran terbuka kepada Biro IT UMNO untuk membuktikan jentera maya UMNO kendalian biro berkenaan mempunyai ribuan pemain media sosial yang aktif bagi mempertahankan kerajaan.

"Apabila dibuat konvensyen media sosial baru-baru ini diceritakan kegagalan pemain-pemain media sosial lain. Sejak ada biro IT barulah gerakan nampak kuat. Tak ada pun ucapan terima kasih kepada mereka yang berjuang sejak 1999 untuk UMNO dan kerajaan. Yang ada hanya penilaian negatif. 

4000 orang hadir konvensyen pasir bedengung ini. Antara penceramah hebat ialah Tun Faisal Ismail Aziz (Pemikir Jasa) dan Dato Akmar Hisham (SUA PM).

Pada hari yang sama saya lihat like untuk posting Facebook mereka berdua tidak sampai 300 orang. jumlah tersebut adalah like biasa posting mereka. Akaun media sosial Tok Mad Maslan pun tidak dapat 10% daripada jumlah kehadiran.

Jadi betulkah 4000 orang ini pemain media sosial UMNO atau Perdana Menteri kena kencing saja?," katanya yang menulis di facebook.


Cabaran itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan yang dibuat oleh sesetengah pemimpin UMNO ketika menyampaikan ucapan di Konvensyen berkenaan. 

"Kena tanya Ahmad Maslan la bab ni. Dia yang tunding pihak lain untuk buktikan dia buat kerja," kata Jamil Isa.



Konvensyen Media Sosial UMNO itu juga dikatakan telah menjemput pemain media sosial yang jarang mempertahankan UMNO.

"Yang buat posting balun pembangkang, pertahankan dasar kerajaan kena tinggal. Yang buat posting pasal resepi masakan, pasal kucing, pasal melancong kena panggil (dijemput). Ahli biro IT katanya," luah Hasmuhaimi. 



Sebelum ini tular di laman sosial beberapa cybertroopers UMNO yang hadir telah ditipu apabila dihadiahkan powerbank fake yang dipenuhi dengan pasir sebagai saguhati.

Baca : Sia-Sia Sokong Najib, Pasir Saja Yang Dapat Sebagai Hadiah.

Terdahulu, Awani melaporkan 3,800 pemain media sosial UMNO di semua negeri telah berkumpul dengan jayanya di dalam satu konvensyen media sosial UMNO 2017.

Konvensyen berkenaan diadakan sebagai antara langkah persediaan jentera UMNO bagi menghadapi PRU ke 14 tak berapa lama lagi. 

Untuk rekod, Datuk Ahmad Maslan ialah Pengerusi Biro IT UMNO Malaysia.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...