Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 18 Mac 2017

Pengasas Perlis Hope Hilang Sehingga Kini - Apa Yang Anda Patut Tahu Dan Persamaan Dengan Kes Kehilangan Paderi Raymond.

Sejak beberapa minggu yang lepas negara digemparkan dengan penculikan terancang Paderi Raymond. Kes itu semakin mendapat perhatian umum selepas video penculikan didedahkan kepada umum. 

Susulan dari itu, netizens mula membuat pelbagai tanggapan sehingga memaksa polis untuk campurtangan bagi menghentikan spekulasi-spekulasi itu kerana ada di antara spekulasi itu membabitkan kredibliti dan reputasi PDRM itu sendiri.

Paderi Raymond diculik pada jam 8 pagi selepas keluar untuk bertemu kawannya. Beliau diculik pada 13 Februari pada hari yang sama dengan kes pembunuhan Kim Jong Nam di KLIA 2.

Baca : Segalanya tentang penculikan Paderi Raymond

Sebenarnya sebelum Paderi Raymond diculik, kami diberitahu beberapa bulan yang lepas ada satu kes penculikan yang seakan lebih kurang serupa meskipun modus operandi penculikan agak berbeza.

Apakah kes itu? 

Saksikan pendedahan seterusnya.

Kenali Amri Che Mat - Pengasas Perlis Hope

Amri Che Mat yang berusia 43 tahun ialah seorang aktivis kemasyarakatan. Beliau merupakan orang penting dan pengasas kepada satu pertubuhan yang diberi nama Perlis Hope - Pertubuhan Kebajikan Harapan Negeri Perlis.

Beliau sangat aktif dalam membantu orang susah terutamanya anak yatim dan fakir miskin. Beliau juga dipercayai telah diperhatikan oleh pihak tertentu yang kurang menyenangi dengan sikap beliau yang terlalu aktif dalam membantu golongan susah kerana terdapat pihak tertentu yang dikritik kurang efektif dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. 

Baca : Bina Rumah Terpantas - Perlis Hope cipta rekod!

Pada 24 November tahun 2016, Amri Che Mat secara tiba-tiba hilang dari radar. Pada malam kehilangan Amri Che Mat, beliau sepatutnya keluar bertemu dengan kawannya sebelum dilaporkan hilang.

Menurut saksi kejadian, sebelum 'dihilangkan', kenderaan Amri telah dikepung oleh beberapa buah kenderaan yang lain dan saksi tidak berani mendekati kenderaan mangsa.

Berikut ialah infografik yang pihak kami terima dari wakil Perlis Hope. 



5 biji kenderaan telah mengepung kereta mangsa dan membawa mangsa secara paksa masuk ke dalam kenderaan lain. Salah seorang penyerang kemudiannya membawa kereta mangsa ke lokasi yang lain.



Kereta mangsa kemudiannya ditinggalkan di tapak sekolah sukan yang terbengkalai (kawasan Bukit Chabang). Berikut di bawah ialah keadaan kereta ketika ditemui di lokasi kejadian.

Pada 27 November 2016, pihak polis mengeluarkan satu kenyataan bahawanya pihak polis telah menolak andaian kononnya Amri Che Mat diculik berikutan tiada panggilan meminta wang tebusan telah dibuat kepada keluarga selepas kehilangan Amri Che Mat. Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan penglibatan Amri dalam perdagangan forex mungkin menjadi motif kehilangan aktivis itu.

Pada 10 Disember 2016, Mohammad Faisol, jurucakap kepada keluarga Amri memaklumkan kepada pihak media bahawanya aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan oleh Amri Che Mat telah dikaitkan dengan ancaman ektremis oleh pihak tertentu termasuk oleh pihak berkepentingan politik.

Bagaimanapun Mohammad Faisol tidak menamakan pihak yang melakukan ancaman tersebut. Kenyataan media khas yang dilakukan oleh keluarga Amri itu bertujuan untuk mendesak pihak tertentu agar lebih tegas dalam menjalankan siasatan.

Mohammad Faisol dalam sidang itu juga ada memaklumkan, beberapa hari sebelum Amri hilang, terdapat beberapa kenderaan seperti kereta dan motorsikal yang berlegar-legar di hadapan kawasan rumah Amri.
Menurut Faisol, setelah membuat laporan polis kali pertama 24 November lepas, terdapat beberapa petunjuk dari saksi yang membuatkan pihak keluarga mengesyaki terdapat unsur jenayah khianat yang telah dirancang rapi ke atas Amri.
"Pihak keluarga mengesyaki bahawa kejadian kehilangan ini ada hubung kait dengan laporan media yang tersiar di dalam media akhbar dan media sosial sebelum kejadian.
Kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan juga, katanya, telah menyebabkan ramai pihak menyanjung dan memuji kerja kebajikan yang beliau lakukan dan ada juga pihak yang kurang senang serta iri hati apabila kalangan rakyat Perlis sendiri turut menyokong beliau.
"Kenyataan dari pihak tertentu dan politik ini mungkin membuka peluang mewujudkan ancaman terhadap beliau," tambahnya.
Pihak keluarga juga, katanya, mendapati pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan berkaitan kes ini samada dari segi mangsa, keselamatan keluarga dan kediaman serta kawalan di sempadan.
Justeru itu, katanya, pihak keluarga melalui kenyataan media ini mengharapkan media dapat menyiarkannya sebagai suatu proses untuk menuntut agar pihak polis negeri Perlis dan pihak polis Bukit Aman serta Kementerian Dalam Negeri lebih serius menyelesaikan kes.
Ini kerana pihak keluarga yakin kehilangan ini bukan berpunca dari faktor pelaburan Forex seperti dinyatakan oleh Ketua Polis Negeri Perlis yang diwar-warkan oleh media massa.
Sehingga ke hari ini, selepas dua laporan polis dibuat, keberadaan Amri Che Mat masih dalam keadaan misteri. Telah hampir 3 bulan aktivis itu hilang tanpa khabar berita, keluarga dan rakan-rakan masih terus tertanya-tanya. 
Persamaan dengan Paderi Raymond 
- Kedua-dua kes penculikan itu terancang
- Kedua-dua kes penculikan itu mengepung kenderaan mangsa dengan beberapa kenderaan lain sebelum mangsa dihilangkan
- Kedua-duanya ialah individu yang bergiat aktif dalam aktivis kemasyarakat dan membantu orang susah juga memiliki NGO sendiri.
- Tiada panggilan wang tebusan dibuat meskipun dalam kes paderi Raymond akhirnya ada yang SMS meminta wang tebusan namun ianya terlalu pelik untuk mempercayai suspek yang meminta wang tebusan ialah suspek yang menculik, boleh jadi poser yang bertujuan mengambil kesempatan.
115 hari - ialah bilangan hari isteri dan keluarga Amri yang tidak dapat menatap wajah ahli keluarga mereka yang hilang secara misteri tanpa sebarang petunjuk. Marilah kita sama-sama berdoa agar apa yang hilang itu bersegera pulang ke pangkuan keluarga yang sedang menunggu dengan sabar.
Rujukan :  http://www.bharian.com.my/node/217392

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/misteri-kehilangan-aktivis-perlis-hope-1.597580

http://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/15-berita/6095-kehilangan-aktivis-ngo-perlis-hope-dibimbangi-ada-unsur-jenayah

Jumaat, 17 Mac 2017

Gambar-Gambar Penerima BRIM Ipoh Yang Terpaksa Beratur Lama-Lama Disebabkan MCA...

Kenapa diberi secara manual sedangkan ada cara yang lebih memudahkan orang awam untuk menerima BRIM 2017. Ini la yang menjadi persoalan rakyat Malaysia ketika ini.

Jika sebelum ini kami mendedahkan bagaimana terseksanya penerima-penerima BRIM Batu Gajah yang terpaksa menunggu lama-lama untuk mendapat bantuan BRIM 2017, kali ini kami menerima info dari Ahli Parlimen Ipoh Barat, Thomas Su bahawanya situasi yang lebih kurang serupa juga dirasai oleh penerima-penerima BRIM di kawasan Ipoh.

Gambar-gambar yang dikongsikan oleh Ahli Parlimen itu menunjukkan betapa ramainya orang yang terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan bantuan masing-masing.

Orang tua, OKU, ibu bersama anak kecil antara yang menjadi mangsa dalam polisi pemberian BRIM secara manual yang secara tiba-tiba dilakukan oleh kerajaan pada tahun ini.




Menurut info yang pihak kami terima, penerima-penerima BRIM perlu beratur lama di BSN Ipoh untuk mendapatkan baucar masing-masing. Walaupun jam telah menghampiri pukul 4 petang, pihak yang beratur masih ramai dan line beratur masih panjang. 

Wakil DAP kemudiannya bertindak berunding dengan wakil BSN bagi memanjangkan tempoh operasi agar kesemua pihak yang beratur dapat menuntut baucar masing-masing memandangkan mereka telah beratur lama. Tambahan pula, sesetengah dari mereka terpaksa memohon cuti kerja 1 hari bagi menebus BRIM masing-masing.

Wakil DAP bantu mengisi borang
Wakil DAP kemudiannya membantu penerima-penerima BRIM mengisi borang masing-masing bagi memudahkan proses menebus baucar. Namun ianya tidak terhenti disitu. Selepas penerima BRIM menebus baucar, mereka terpaksa ke Tow Boh Keong Temple dimana baucar yang ditebus ditukarkan kepada tunai dalam satu majlis yang dianjurkan oleh parti MCA.

Berikut antara gambar-gambar yang dikongsikan oleh Thomas Su, Ahli Parlimen Ipoh Barat;





Mula-mula perlu beratur di BSN.
Kemudiannya perlu beratur di majlis anjuran MCA.
Ini ke janji BN mahu memudahkan rakyat? Jangan tunjuk sangat PRU bakal menjelma. Jika benar ikhlas mengutamakan kepentingan rakyat, masukkan sahaja bantuan tersebut ke dalam account bank penerima. Tak perlu memaksa mereka hadir ke satu majlis yang tiada hati mereka padanya.  😑😑😑

"Kamu Tu Tunggul Kayu, Tak Tahu Maksud Penaung Tu Apa" - Rizal Mansor Sound ADUN DAP.

"Hari ini dia sekali lagi membuktikan dirinya tunggul kayu. Jawatan penaung pun dia tidak pandai untuk tafsirkan. Untuk perhatian tunggul kayu, jawatan penaung tiada apa-apa kuasa eksekutif sebagaimana jawatan seorang Ketua Menteri", kata Pegawai Khas kepada Datin Seri Rosmah, Rizal Mansor dalam satu serangan balas terhadap kenyataan Yeo Bee Yin yang mahu Rosmah berhenti sebagai Penaung Permata.

Yeo Bee Yin ialah ADUN bagi kawasan Damansara Utama, mewakili parti DAP.  

Yeo Bee Yin sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawanya isteri Perdana Menteri itu patut meletak jawatan sebagai Penaung Permata dan berhenti berlakon sebagai mangsa dalam isu Permata.

Walaubagaimanapun kenyataan itu ditempelak oleh Rizal Mansor dengan menyifatkan Yeo sebagai tunggul kayu kerana tidak pandai menafsir maksud penaung.

Yeo Bee Yin - ADUN Damansara Utama
Rizal juga berkata tindakan Yeo yang menyentuh isu Permata itu ada kaitan dengan pemilihan calon parti bagi PRU ke 14 akan datang.

"Hari ini anda kena berkata apa sahaja untuk mengutuk Permata bagi menyelamatkan diri anda yang telah di 'belasah' oleh kepimpinan DAP Pusat kerana pujian anda kepada Permata sebelum ini. 

Kena kerja kuatlah. Nak tunjuk kepada Tokong untuk memastikan nama kekal dalam PRU 14", katanya dalam status yang dipetik dari FB beliau.

Pegawai Rosmah itu juga mempersoalkan kenapa di saat Lim Guan Eng berdepan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah, tiada seorang pun adun DAP yang mengantikan tempat Lim Guan Eng.

"Apakah tidak ada seorang pun ADUN-ADUN DAP Pulau Pinang yang dilayak diangkat sebagai Ketua Menteri untuk menggantikan Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah ? Bukankah itu satu penghinaan kepada ADUN-ADUN DAP", katanya. 

Yeo Bee Yin sebelum ini pernah bertemu empat mata dengan wakil PERMATA bagi meninjau lebih dekat tentang operasi PERMATA dan majlis itu turut mendapat liputan besar-besaran oleh beberapa wakil media.

Dalam satu kenyataan kepada media Yeo memuji keberkesanan Permata namun menuntut agar semua dokumen berkaitan keadaan kewangan Permata didedahkan kepada umum untuk proses pengauditan yang lebih telus. 

Ahli PPBM Baling Cuma Ada 221 Tetapi TV3 Lapor 500 Orang Keluar Parti.

Pada semalam Buletin Utama melaporkan 500 ahli PPBM (BERSATU) Baling akan keluar parti disebabkan kemelut dalaman yang berlaku di kawasan PPBM itu .

Konflik dikatakan berpunca dari sikap tidak berpuas hati beberapa pengasas awal PPBM Baling berikutan tidak terpilih dalam pemilihan parti yang dijalankan baru-baru ini.

Disebabkan ketidakpuasan hati tersebut, mereka mengadakan sidang khas bagi memaklumkan perkara tersebut di hadapan media. Mereka juga mengumumkan keluar parti kerana dikatakan pemilihan dijalankan secara tidak adil dan telus.

500 Ahli PPBM Keluar Parti
Berita Buletin Utama
Namun menurut sumber PPBM yang diterima kami, ahli PPBM Baling yang berdaftar sebenarnya hanyalah seramai 221 orang sahaja (setakat hari ini). 


Jumlah ahli = 221 
Yang keluar parti = 500?

Pihak kami ingatkan selama ini di Malaysia ada pengundi hantu semata-mata tak sangka pula rupa-rupanya ada juga keahlian parti hantu ya. Dahsyat betul tv3. Mana la dia nak cekau lagi 279 orang tu agaknya. 😂😂😂😂😂

Tapi kisah lawak ini tidak berhenti disini. Pihak kami juga membaca laporan dari Utusan Malaysia.



Utusan Malaysia melaporkan keahlian PPBM Baling ada 800 orang. 500 akan keluar parti. Kononnya maklumat dibekalkan oleh bekas ahli PPBM.

Jumlah ahli berdaftar = 221
Jumlah ahli keluar parti = 500
Jumlah ahli hantu = 579

Hebat tak? Ahli hantu lebih ramai dari ahli sebenar. 



Kelakar tak? Kelakar kan? Jom gelak beramai-ramai.

Kah Kah Kah

Khamis, 16 Mac 2017

PAS Memang Pentingkan Usaha Sucikan Diri Supaya Tiada Pimpinan Politik Yang Kaki Kelab Malam - PAS Kepada Zairil.

Kenapa PAS tidak meninggalkan sahaja perjuangan politik dan menyertai jemaah tabligh, soal Zairil.

Pada 10 Mac lepas dalam satu artikel yang diterbitkan di Roketkini, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tampil mengkritik perjuangan PAS yang disifatkan beliau sebagai membingungkan.


Dalam artikel yang sama, Zairil turut mempersoalkan PAS adakah sebuah parti politik atau jemaah tabligh ini kerana PAS bercakap tentang keredhaan Allah dan pembalasan akhirat yang lebih baik dengan menolak kemenangan pilihanraya sebagai pertimbangan strategi, lalu untuk apa PAS terus kekal sebagai parti politik?

PAS juga tidak lagi menyerang Najib dalam isu 1MDB malahan kini bersama dengan UMNO dalam isu hudud walaupun diketahui hakikat tentang keikhlasan UMNO dalam hal berkenaan. (RoketKini)

Ya, kami penting sucikan diri supaya tiada pemimpin kaki disko  

Dikritik Zairil, Dr. Zuhdi Marzuki tampil membidas kenyataan itu. Dr. Zuhdi Marzuki ialah pengarah strategik dalam PAS Pusat.  

Menurut satu kenyataan media yang dipetik dari portal PAS, Dr. Zuhdi berkata, "Di dalam PAS memang sudah ada kegiatan menyucikan diri dan mengukuhkan kerohanian seperti yang dilakukan oleh Jamaah Tabligh. 

PAS memang mementingkan usaha seperti itu, supaya pimpinan politik yang dilahirkan oleh PAS tidak kaki kelab malam, berpeleseran dengan wanita bukan mahram dan lain-lain. 

Sepatutnya, sebagai seorang Islam, Zairil Khir juga wajar melakukan usaha seumpama itu", katanya dalam nada seakan menyindir Ahli Parlimen DAP itu. 

Sebelum ini Zairil Khir Johari dihimpit kontroversi berikutan penyebaran satu klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita yang sedang menari sambil berpeluk di dalam satu kelab malam yang tidak diketahui lokasinya. Wajah lelaki dalam video berkenaan seakan mirip Zairil namun ia dinafikan oleh Ahli Parlimen itu.

Kata Dr. Zuhdi lagi, pimpinan yang berakhlak tinggi dan berintegriti sebenarnya lahir dari kegiatan penyucian diri dan pengukuhan kerohanian seperti yang ada dalam PAS serta Jamaah Tabligh. Dengan menawarkan pimpinan seperti ini, PAS yakin rakyat Malaysia akan menolak pimpinan politik sekular dan chauvinist seperti yang dilahirkan oleh DAP.

Dr. Zuhdi juga berpesan kepada DAP agar tidak memandang remeh terhadap kekuatan Jemaah Tabligh di Malaysia. 
"Saya juga mengingatkan DAP jangan memandang rendah kepada Jamaah Tabligh. Jumlah mereka yang ramai di Pulau Pinang dan pengaruh mereka yang tidak sedikit, di samping kerjasama dengan PAS dan NGOs Islam yang lain, jika digembeling akan mewujudkan Tsunami Islam yang akan menumbangkan DAP di negeri tersebut", katanya seperti yang dilaporkan oleh portal PAS itu.

Skandal Hartanah Johor : Exco Perumahan, Datuk Abdul Latif Bebas Tahanan Reman.

Exco Kerajaan Johor yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes skandal dan penyelewengan hartanah di negeri ini dibebaskan mahkamah, lapor Sinar Harian.

Exco Ditahan Dalam Skandal Hartanah Johor
Sumber : Sinar Harian
Menurut laporan itu, Penolong pendaftar, Saba'aton Daud membenarkan, Datuk Abd Latif Bandi dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM200,000 selepas selesai menjalani tempoh tahanan reman selama hampir seminggu bermula 10 Mac lepas. 

Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9.10 pagi dengan lengkap berpakaian lokap SPRM berwarna oren dan dibebaskan 15 minit selepas itu. 

Turut berada di perkarangan mahkamah ialah kakak kepada Datuk Abdul Latif bersama para penyokongnya. Datuk Abdul Latif Bandi merupakan wakil rakyat bagi DUN Endau yang juga Exco Perumahan Johor yang sedang bercuti berikutan siasatan skandal rasuah yang membabitkan hartanah di negeri itu.

Ketika ditahan pada 10 Mac lepas, SPRM turut bertindak merampas wang tunai berjumlah RM41,000, 150 beg tangan pelbagai jenama dan sebuah kereta jenis Toyota Velfire hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan di kediaman exco terbabit.

Eh, Kenapa Status Pengundi Saya Dibantah Oleh Ahli UMNO?? - Ini Apa Yang Patut Anda Tahu!

Kita tahu sejak beberapa minggu yang lepas ada ramai belia terutamanya dari kaum cina tampil ke hadapan berkongsikan cerita bagaimana status mereka sebagai pemilih yang berdaftar di SPR telah dibantah oleh individu tertentu.

Siapakah yang bantah?

Ya, sudah tentu kita tertanya-tanya siapakah mereka ini yang berperanan membantah status pengundi yang telah berdaftar di SPR.

Hasil semakan mendapati mereka ialah individu-individu yang membantah kelayakan pengundi-pengundi tertentu di kawasan- kawasan tertentu yang dipercayai;

- Kawasan yang dimenangi pembangkang
- Kawasan yang berkemungkinan pembangkang akan menang

Ya, bila kami sebut pengundi-pengundi tertentu ia bermaksud lebih dari seorang pengundi yang telah dibantah dan bila kami sebut kawasan-kawasan tertentu ianya lebih dari satu kawasan yang terlibat dalam proses bantahan tersebut.

Menurut info dari Friends Of Selangor, individu-individu yang membantah pengundi baru telah dikenalpasti. 

Mari kita lihat wajah jelita-cantik kacak yang suka membantah itu. 😉😉😉😉

Hi, nama saya Mohd Noor Radiman. Kerja saya membantah pengundi-pengundi baru yang berdaftar dengan SPR. Saya ahli UMNO Bahagian Kuala Langat ya. 


Hi semua, salam satu Malaysia, nama saya Zakaria Mohd Yusof. Saya ada kerja part-time sekarang menyahut seruan menteri untuk buat dua kerja bagi mencari duit tambahan. Kerja part time saya ialah membantah berpuluh-puluh nama pengundi yang baru berdaftar dengan SPR. Saya ini ahli UMNOnya Gombak ye.



Hai semua, saya satu-satunya bunga dalam kerja gila ini. Nama saya Norazimah Mahmud. Saya ialah Naib Ketua UMNO di Bahagian UMNO PJS. Saya akan bantah-bantah-bantah pengundi2 baru. Jadi tolong la berhati-hati dengan perangai gile saya neh ye.



Hai semua, nama saya Ahmad Murdani Parto. Saya neh bekas AJK Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Saya ada hobi unik. Hobi saya menuduh pengundi baru sebagai pengundi hantu. Jadi kalau awak semua nak dituduh sebagai pengundi hantu oleh saya, rajin-rajinkanlah diri berdaftar sebagai pemilih dengan SPR ya.



Hi nama saya Anuar anaknya Mokthar. Saya ahli UMNO Petaling Jaya Selatan. Saya telah memalukan keluarga saya kerana asyik membantah pengundi baru secara beramai-ramai. Mohon jangan tiru perangai buruk saya neh ye.


Salam 1 Malaysia pada semua, nama saya Azaman Arshad. Saya ahli UMNO PJS. Walaupun dah tua saya tetap buruk perangai. Saya neh asyik membantah pengundi-pengundi baru kat Selangor neh. Nampak sangat saya cuba nak menang guna cara tipu. Mohon pembaca semua jangan tiru perangai buruk saya dan tolongla rahsiakan dari anak-anak saya. Malu dorang dapat abah macam saya neh. Tsk tsk tsk.


Menurut info yang kami kutip-kutip dari cilisos yang menulis kisah seorang pengundi dibantah;


Gambar Oleh CiliSos
1. Tahun lepas tersebar satu info yang mengatakan jika anda mahu mengundi pada Mac 2017, maka anda perlu mendaftar sebagai pemilih pada tahun ini juga.

2. Maka berlakunya pendaftaran pengundi baru yang sangat ramai bermula September 2016.

3. Salah seorang yang turut berdaftar sebagai pemilih ialah Ross Stephenson. Beliau telah mendaftar sebagai pemilih pada tahun lepas pada bulan September dan selepas menunggu beberapa bulan, beliau melakukan semakan di SPR dan mendapati pendaftaran beliau sebagai pengundi telah dibantah yang bermaksud status beliau sebagai pengundi yang layak telah diragui oleh SPR disebabkan bantahan yang dilakukan oleh individu tertentu.

Banyak kes seperti ini kata pegawai SPR.

4. Ketika melakukan semakan di SPR, mereka diberitahu memang banyak kes di mana pendaftaran pengundi baru dibantah.

5. Setiap pengundi baru yang telah berdaftar dengan SPR, datanya akan dikemaskini dan diprint-out untuk semakan orang awam dan sesiapa pun boleh melakukan bantahan jika meragui kelayakan satu-satu pengundi yang telah berdaftar sebagai pemilih..

Pameran Pendaftaran Pengundi Baru
Gambar Oleh CiliSos - Pameran Pendaftaran Pengundi Baru
6. Caranya mudah - dengan mengisi borang dan membayar rm10 kepada pihak SPR; maka SPR akan menghantar satu surat makluman kepada pengundi yang dibantah bahawanya mereka telah dibantah oleh sekian-sekian individu, dan untuk itu pengundi yang dibantah sila hadir ke pejabat bagi melawan bantahan tersebut. 

7. Dalam surat makluman juga ada dinyatakan kenapa sekian-sekian pemilih dibantah berserta sebabnya dan pemilih perlu membawa dokumen sokongan bagi membuktikan beliau 'sah dan layak' sebagai pengundi. Jika tidak respon kepada surat dengan hadir ke pejabat, maka pendaftarannya sebagai pengundi baru terbatal yang mana beliau tidak akan boleh mengundi pada PRU yang akan datang.

8. Dan jika pengundi baru menang kes ketika sesi pendengaran di antara pengundi baru, individu yang membantah dan pegawai SPR maka pengundi baru boleh menuntut bayaran pampasan sebanyak rm100 dari individu yang membantah. Oleh itu, jika anda di antara mereka-mereka yang dibantah kelayakan sebagai pengundi baru, jangan lupa tuntut bayaran rm100 anda dari individu yang membantah. Jangan lepaskan mereka hokayy kerana mereka menyusahkan anda. 😁😁😁😁😁

Dalam pada itu, kami akan kongsikan beberapa maklumat terbaru berkaitan SPR.


i) Masih ingat apa yang kami pernah tulis : 136,272 pengundi hilang secara misteri?

Ini ada update terbaru tentang kes itu. Pada 9 March lepas, mahkamah telah menolak permohonan kerajaan negeri Selangor bagi memanggil pengerusi SPR Datuk Seri Hashim Abdullah ke mahkamah bagi menjawab kenapa 136,272 pengundi Selangor dihilangkan dari database SPR.

Menurut Hakim Azizul Azmi Adnan tujuan memanggil pengerusi SPR ke mahkamah tidak akan dapat menjawab tuntutan kerajaan negeri Selangor kerana rekod SPR hanya ada maklumat berkaitan lokalti pengundi dan bukannya alamat jadi tak dapat la nak jawab persoalan-persoalan tu. Pelik bin ajaib. Kenapa hakim pula tolong jawab kan.. 
😕😕😕


ii) DAP Selangor pada 10 Mac lepas mempersoalkan SPR berikutan kegagalan SPR sediakan borang untuk proses pendaftaran pengundi baru di Selangor. Naib Pengerusi DAP Selangor, Hannah Yeoh berkata JKKK Kampung Pasir Kerling telah meminta 1,000 borang dari SPR untuk tujuan pendaftaran pengundi baru tetapi mereka hanya dapat 100 borang je. Malahan SPR enggan bekerjasama dengan DAP untuk tujuan pendaftaran pengundi baru sehingga DAP terpaksa batalkan beberapa program. SPR juga enggan melantik Penolong Pendaftar Pemilih di kalangan DAP.



Baca : Awas, pengundi baru - taktik untuk mengenakan kamu!

Baca : 8,000 pengundi ditukarkan tanpa notis - eh boleh pula macam tu?

Tolong macam mana nak selamatkan diri dari penipuan ini!!!

Semak kelayakan anda di website SPR. Buka website SPR disini ==> http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/ 

Jika anda pengundi yang dibantah, hilang, diragui, ada maklumat yang tak tepat, tolong verify dengan SPR terlebih dahulu dan selepas dapat butiran lanjut boleh maklum kepada BERSIH 2.0 untuk proses kenalpasti masalah dan penyelesaian.

Jika tiada sebarang masalah dengan pendaftaran anda sebagai pengundi, tolong buat pilihan yang bijak ketika memangkah ya. Jangan undi Barang Naik hokay. 😏😏😏😏

Aset KTMB Disita Kerana Gagal Bayar Cukai - Apa Sudah Jadi?

Notis tentang kegagalan pihak KTMB membayar cukai sehingga aset milik syarikat itu disita kini tular di laman sosial.

Notis itu kali pertama dikongsikan oleh satu blog yang dimiliki oleh kesatuan pekerja KTMB iaitu suararum.blogspot.my

KTMB Di Sita Kerana Gagal Bayar Cukai
Notis Makluman Di Akhbar

Notis makluman itu merujuk kepada satu tindakan sitaan akan diambil terhadap pihak KTMB di Petaling Jaya berikutan tindakan syarikat tersebut yang gagal membayar cukai berjumlah rm20,354.37. 

Jika pihak yang dinamakan masih gagal membayar tunggakan cukai hingga ke satu tarikh yang ditetapkan, sitaan akan diteruskan di mana aset-aset KTMB di lokasi tersebut akan dirampas.

Pelekat Sitaan
Notis sitaan itu dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan ianya dikeluarkan pada 15 Mac 2017. Dalam pada itu, respon segera RUM terhadap tindakan itu, menyifatkan ia sebagai satu perkara yang memalukan.

Pekerja sudah tentu akan mengalami kesulitan ketika membuat pekerjaan memandangkan komputer turut disita dan ini akan membuatkan mereka terpaksa melakukan kerja secara manual, kata mereka lagi.

Rabu, 15 Mac 2017

"Islam Bukan Agama Damai" : ADUN PKR Minta Maaf, Tiada Niat Hina Islam.

Raveentharan Subramaniam, Adun PKR di Batu Ubah yang juga salah seorang ahli majlis peguam dilanda kontroversi hebat susulan kritikannya terhadap penceramah terkenal dunia, Datuk Zakir Naik menjadi tidak terkawal.

Ia bermula apabila beliau berkongsikan satu link berita yang memuatkan kenyataan Zakir Naik terhadap pengkritik yang menuduhnya sebagai agent terrorist.

Link berita tersebut ialah : I am a messenger of peace, my critics are terrorists. Dalam hujah Datuk Zakir Naik terhadap pengkritiknya yang menuduh beliau mempromosikan keganasan dan menjadi pendorong bagi militan islam, Zakir Naik menjawab beliau tidak pernah melakukan apa-apa tindakan yang mengajak manusia atau sesiapa sahaja melakukan keganasan terhadap sesiapa dalam apa jua keadaan. 

Saya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan terrorist di India, katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.

Zakir Naik didakwa menjadi pendorong kepada militan islam bagi melakukan keganasan ini susulan dari siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa India. Dalam siasatan tersebut, ketika militan disoal kenapa melakukan keganasan, suspek kemudiannya menjawab telah didorong oleh ucapan Zakir Naik bagi mempertahankan Islam dan itu menjadi punca kepada perbuatan terrorisnya di India. Susulan dari siasatan itu, Zakir kemudiannya diban selama 5 tahun di India kerana menjadi pendorong kepada muslim bagi melakukan keganasan.

Dalam laporan itu juga, Zakir Naik berkata menolak pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi tujuan kajian kerana tidak mahu mengecilkan hati negara-negara lain yang juga 'cenderung' kepada khidmat beliau.

Dalam respon Adun PKR kepada Zakir Naik selepas membaca berita tersebut, beliau kemudiannya menulis secara ringkas tetapi cukup membuatkan umat Islam menjadi marah kepadanya.

"Firstly, Islam was never a religion of peace", katanya di Facebook.

Terjemahan : Pertama, Islam tidak pernah menjadi agama perdamaian. 

Post itu kemudiannya menjadi viral kerana ditangkaplayar dan wakil rakyat itu berdepan dengan serangan hebat dari netizens yang beragama Islam.

Oleh kerana Raveen yang juga wakil rakyat bagi pembangkang (PKR), maka kontroversinya menjadi semakin memburuk.

Ketika ini, PKR dilabelkan sebagai parti pro liberalisma, yang lebih menjaga kepentingan kaum bukan muslim dan tindakan Raveen memburukkan lagi tanggapan sesetengah pihak terhadap pembangkang.

Meskipun beliau telah memohon maaf secara segera tetapi tindakan itu tidak memadamkan api kemarahan yang telah tercetus.


"Saya mohon maaf kepada kepada semua umat Islam jika post fb saya telah menguris perasaan anda. Ia terjadi sedemikian kerana saya mahu membalas kenyataan Zakir; "my critics are terrorist", saya tidak pernah berniat mahu menghina Islam. Kawan baik saya ialah seorang muslim", kata Raveen di status minta maaf berkenaan.

Bagaimanapun, tinjauan penulis di media sosial, rata-rata netizens muslim tidak menerima permohonan maaf tersebut dan isu itu juga menjadi topik perkauman di laman sosial seperti WhatsApp.

Selain diperhebatkan tekanan oleh bloggers pro UMNO, ia turut dikecam oleh netizens pro PAS. Isu neh antara isu yang hangat bagi menyemai benih perkauman menjelang PRU yang bakal diadakan kelak. Makan jangan sebarang makan, kalau taknak sakit perut. Tulis jangan sebarang tulis, kalau taknak hilang undi. Fikirkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...