Rabu, 15 Mac 2017

"Islam Bukan Agama Damai" : ADUN PKR Minta Maaf, Tiada Niat Hina Islam.

Raveentharan Subramaniam, Adun PKR di Batu Ubah yang juga salah seorang ahli majlis peguam dilanda kontroversi hebat susulan kritikannya terhadap penceramah terkenal dunia, Datuk Zakir Naik menjadi tidak terkawal.

Ia bermula apabila beliau berkongsikan satu link berita yang memuatkan kenyataan Zakir Naik terhadap pengkritik yang menuduhnya sebagai agent terrorist.

Link berita tersebut ialah : I am a messenger of peace, my critics are terrorists. Dalam hujah Datuk Zakir Naik terhadap pengkritiknya yang menuduh beliau mempromosikan keganasan dan menjadi pendorong bagi militan islam, Zakir Naik menjawab beliau tidak pernah melakukan apa-apa tindakan yang mengajak manusia atau sesiapa sahaja melakukan keganasan terhadap sesiapa dalam apa jua keadaan. 

Saya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan terrorist di India, katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.

Zakir Naik didakwa menjadi pendorong kepada militan islam bagi melakukan keganasan ini susulan dari siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa India. Dalam siasatan tersebut, ketika militan disoal kenapa melakukan keganasan, suspek kemudiannya menjawab telah didorong oleh ucapan Zakir Naik bagi mempertahankan Islam dan itu menjadi punca kepada perbuatan terrorisnya di India. Susulan dari siasatan itu, Zakir kemudiannya diban selama 5 tahun di India kerana menjadi pendorong kepada muslim bagi melakukan keganasan.

Dalam laporan itu juga, Zakir Naik berkata menolak pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi tujuan kajian kerana tidak mahu mengecilkan hati negara-negara lain yang juga 'cenderung' kepada khidmat beliau.

Dalam respon Adun PKR kepada Zakir Naik selepas membaca berita tersebut, beliau kemudiannya menulis secara ringkas tetapi cukup membuatkan umat Islam menjadi marah kepadanya.

"Firstly, Islam was never a religion of peace", katanya di Facebook.

Terjemahan : Pertama, Islam tidak pernah menjadi agama perdamaian. 

Post itu kemudiannya menjadi viral kerana ditangkaplayar dan wakil rakyat itu berdepan dengan serangan hebat dari netizens yang beragama Islam.

Oleh kerana Raveen yang juga wakil rakyat bagi pembangkang (PKR), maka kontroversinya menjadi semakin memburuk.

Ketika ini, PKR dilabelkan sebagai parti pro liberalisma, yang lebih menjaga kepentingan kaum bukan muslim dan tindakan Raveen memburukkan lagi tanggapan sesetengah pihak terhadap pembangkang.

Meskipun beliau telah memohon maaf secara segera tetapi tindakan itu tidak memadamkan api kemarahan yang telah tercetus.


"Saya mohon maaf kepada kepada semua umat Islam jika post fb saya telah menguris perasaan anda. Ia terjadi sedemikian kerana saya mahu membalas kenyataan Zakir; "my critics are terrorist", saya tidak pernah berniat mahu menghina Islam. Kawan baik saya ialah seorang muslim", kata Raveen di status minta maaf berkenaan.

Bagaimanapun, tinjauan penulis di media sosial, rata-rata netizens muslim tidak menerima permohonan maaf tersebut dan isu itu juga menjadi topik perkauman di laman sosial seperti WhatsApp.

Selain diperhebatkan tekanan oleh bloggers pro UMNO, ia turut dikecam oleh netizens pro PAS. Isu neh antara isu yang hangat bagi menyemai benih perkauman menjelang PRU yang bakal diadakan kelak. Makan jangan sebarang makan, kalau taknak sakit perut. Tulis jangan sebarang tulis, kalau taknak hilang undi. Fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...