Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Mac 2017

Skandal Hartanah Johor : Exco Perumahan, Datuk Abdul Latif Bebas Tahanan Reman.

Exco Kerajaan Johor yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes skandal dan penyelewengan hartanah di negeri ini dibebaskan mahkamah, lapor Sinar Harian.

Exco Ditahan Dalam Skandal Hartanah Johor
Sumber : Sinar Harian
Menurut laporan itu, Penolong pendaftar, Saba'aton Daud membenarkan, Datuk Abd Latif Bandi dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM200,000 selepas selesai menjalani tempoh tahanan reman selama hampir seminggu bermula 10 Mac lepas. 

Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9.10 pagi dengan lengkap berpakaian lokap SPRM berwarna oren dan dibebaskan 15 minit selepas itu. 

Turut berada di perkarangan mahkamah ialah kakak kepada Datuk Abdul Latif bersama para penyokongnya. Datuk Abdul Latif Bandi merupakan wakil rakyat bagi DUN Endau yang juga Exco Perumahan Johor yang sedang bercuti berikutan siasatan skandal rasuah yang membabitkan hartanah di negeri itu.

Ketika ditahan pada 10 Mac lepas, SPRM turut bertindak merampas wang tunai berjumlah RM41,000, 150 beg tangan pelbagai jenama dan sebuah kereta jenis Toyota Velfire hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan di kediaman exco terbabit.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...