Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Mac 2017

Kenapa Seramai 8,976 Pengundi Dipindahkan Tanpa Notis?

Ini ada maklumat baru yang kami terima.

Ia mengenai tentang satu taklimat tentang pengundian yang diadakan oleh SPR di Dewan Sri Sulaman, Tuaran di Kota Kinabalu, Sabah pada pagi tadi. 

Seminar yang dianjurkan itu bertujuan untuk memberikan penerangan dan taklimat kepada semua pegawai-pegawai dan petugas-petugas yang berkhidmat dalam proses pengundian yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Seminar yang dijalankan selama 2 hari itu bertujuan untuk mendedahkan kepada petugas tentang bidang tugas masing-masing disamping peraturan-peraturan penting tentang proses sepanjang pengundian dijalankan.




Maklumat yang kami terima ialah, apa sahaja dokumen pengenalan bergambar kini sah dijadikan sebagai identiti diri bagi mewakili satu-satu pemilih yang berdaftar ketika mahu membuang undi.

Menurut sumber tersebut, dalam pilihanraya yang akan datang, kad id pekerja, kad kahwin (satu kad yang dikeluarkan sebagai pengesahan kepada pasangan suami isteri yang telah berkahwin) dan lesen boleh digunakan sebagai pengganti kad pengenalan ataupun pasport bagi pengundi yang telah berdaftar sebagai pemilih dengan SPR.

Kami cuba menghubungi SPR di dua talian berbeza bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan lanjut namun panggilan kami tidak berjawab. 

Panggilan yang dibuat pada jam 11.45 pagi hingga ke 12.10 tengahari dan disambung semula dengan no yang berdaftar di page SPR di Facebook pada jam 12.30 tengahari hingga ke 12.45 tengahari masih juga tidak berjawab.  

Di samping itu, kami turut menerima maklumat yang lain. Beberapa sumber yang berbeza memaklumkan kepada kami bahawanya guru-guru telah dipanggil menghadiri satu sesi taklimat SPR di Pasir Gudang sebagai persediaan ke arah proses pengundian yang akan diadakan tak berapa lama lagi.

Di Sabah pula, sumber kami memaklumkan semua cuti penjawat awam telah dibekukan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dan dipercayai kerana Pilihanraya Negeri akan berlangsung pada bulan April.

Sementara itu, terdapatnya satu penyebaran surat yang merujuk kepada larangan (pembekuan) bagi kesemua penjawat awam ke luar negara buat sementara waktu kerana negara bakal berhadapan dengan persiapan ke arah proses pilihanraya yang ke 14. 


Surat itu dikesan mulai tersebar sejak khamis lepas namun sehingga kini tiada mana-mana agensi kerajaan menafikan atau mengesahkan kesahihan surat berkenaan. 

Dan, ini pula maklumat yang diterima dari Timbalan Ketua Amanah Parlimen Bukit Gantang.



Menurut Ir Megat Shariffuddin Bin Ibrahim, sebilangan pengundi-pengundi cina di Dun Changkat Jering telah dipindahkan ke Parlimen Taiping tanpa pengetahuan mereka.

Jumlah keseluruhan pengundi yang telah dipindahkan ialah seramai 8,976 orang dan 60% dari mereka ialah pengundi yang telah memangkah pembangkang di Dun Changat Jering dan Parlimen Bukit Gantang pada PRU yang lepas, kata Megat dalam status FBnya itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...