Isnin, 13 Mac 2017

Isu Baiah - Kita Sedia Jumpa PAS Di Mahkamah Kata Amanah.

Kenyataan Media.

ISU BAI'AH - AMANAH SEDIA JUMPA PAS DI MAHKAMAH SYARI'AH


1. Saya terbaca laporan di dalam malaysiakini dan Malaysia Dateline yang menerbitkan berita adanya usul yang cuba dibawa oleh sebuah cawangan Pas di Kelantan yang mahukan kononnya pelanggar baiah Pas dibawa ke Mahkamah Syariah.

2. Saya ingin tegaskan bahawa jika pembawa usul itu atau sesiapa juga di belakang usul itu cuba berfikir yang pemimpin Amanah gentar dan bimbang dengan usul itu, mereka tersilap besar. 

3. Jika usul sebegitu digeruni atau ditakuti, maka sejak awal lagi Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan ditubuhkan. 

4. Jika pembawa usul atau Pas bersungguh untuk bawa usul tersebut ke mahkamah syariah, jawapan Amanah adalah ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, kami mengalu-alukan dan bersedia untuk berjumpa anda semua di mahkamah syariah bila-bila masa insya Allah. 

5. Sebenarnya kami lagi seronok kerana kami percaya jika syariah betul-betul dilaksanakan di Mahkamah Syariah, banyak kekeliruan berkaitan Bai'ah tersebut dapat diselesaikan insya Allah.Terima kasihlah kepada pembawa usul. 

6. Seperkara lagi, memandangkan isu baiah yang sedang tidur lena tiba-tiba dikejutkan semula, kami juga harap pembawa usul dan Pas mesti juga bersedia untuk bawa isu "smuggle" baiah dari pintu belakang dalam kes di Dun Sri Damansara sebelum ini juga ke mahkamah syariah. Bukankah kerana "smuggle"tersebut, ianya berakhir dengan Pas rela memenangkan calon BN di Dun tersebut? 

7. Insya Allah, Kanun juga bersedia menawarkan Khidmat Peguam Syarie jika isu baiah ini dibawa ke Mahkamah Syariah.

#AmanahDemiNegara

MOHAMED HANIPA MAIDIN
Pengerusi Kanun Parti Amanah Negara (Amanah)/ Ahli Parlimen Sepang 12 Mac 2017

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...