Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 Jun 2013

Wartawan Utusan Di Buli DAP.

Aduh.

Kesian la pula baca kisah wartawan Utusan sorang neh.  Kena buli dengan DAP tak pasal2. Sampai dia protes depan2 dewan persidangan meluahkan rasa terluka kerana telah dipinggirkan oleh DAP ..

Lihat gambar protes kat bawah neh hah ;





Menurut Malaysiakini ;

1. Wartawan Utusan neh nama dia Mohd Firdaus Ismail, 27 tahun.

2. Dia dihalang dari memasuki bangunan DUN untuk membuat liputan hanya kerana dia datang daripada UTUSAN.

3. Lalu untuk menunjukkan rasa tak puas ahti, dia pun buat protes depan2.

4. Then ramai la yang memperkecilkan dan memperlekehkan tindakan dia sambil2 cakap memang patut pun dia dihalang dari memasuki dewan untuk membuat liputan..

Noo..

Korang terlalu bersangka negatif dengan wartawan muda neh. Cuba tengok dari sisi positif sket. Sedar atau tidak, ko perasan tak yang wartawan utusan neh dah terserap dengan propaganda kita dan pembangkang selama neh?

Flashmob sorang2?
Protes dengan berani?
Melawan dengan berani akan penindasan yang dia rasakan?

Ini semua ciri2 yang kita sentiasa terapkan kepada rakyat jelata agar bangkit melawan sesuatu jika rasa kita tertindas dan teraniaya sorang2.

Sikap yang ditonjolkan oleh wartawan utusan neh membuktikan sedikit sebanyak dia dah terpengaruh dengan corak dan cara kita melawan penipuan BN.

Bagus.

Tepuk tangan untuk dia. Walaupun tiada sesiapa yang bergaduh disini tetapi kita tepuk tangan untuk dia kerana dia berani suarakan sesuatu dan berani melawan.

Tahniah.

Aku sokong dia. Aku sokong tindakan dan attitude dia. At least dia mula sedar bahawa walaupun dia bersendirian, jika dia berusaha untuk melawan itu lebih baik dari dibiarkan ditindas secara berterusan. Bukan sokong dia kerana dia UTUSAN. Utusan boleh blah.

KAH KAH KAH

Disebabkan protes tersebut, ahli DAP datang berunding dan terpaksa memperjelaskan suasana. Dan2 DAP kata itu merupakan satu salah faham. Taktik dan rentak ahli politik neh kita dah masak sangat. Be it PR dan BN, kalau dah namanya ahli politik, maka sentiasa la ingat mereka ialah ahli politik. Jangan anggap mereka Nabi pula.

Keh keh keh.

Apa pun tahniah la sebab akhirnya dapat memasuki persidangan DUN untuk membuat liputan perjalanan sidang pada sesi akan datang. DAP pun takut protes. BN pun takut protes. Jadi takde sebab untuk rakyat hentikan protes. PROTES tetap PROTES.

KAH KAH KAH

Jumaat, 28 Jun 2013

Jawapan Bodoh Dari Menteri Isu Dakwat Kekal.



Kita neh macam dah takde calon2 yang berkelayakkan untuk dilantik jadi menteri jek. Nak kata semua yang duduk dalam UMNO tue bodoh2 belaka pun tak tepat juga. Yang cerdik pandai memang ada. Tapi biasa la yang cerdik pandai tak dapat naik dalam UMNO disebabkan yang BODOH2 suka menguasai pemikiran penyokong dengan menggunakan wang ringgit dan kuasa.

Bila mereka membeli pangkat maka yang cerdik pandai susah la nak survive dalam umno. Yang cerdik pandai neh tahu dia ada akal untuk ditawarkan. Jadi dorang tak la nak main duit. Tapi ada juga yang cerdik pandai terpaksa gunakan duit untuk beli kuasa sebab rasuah dalam pemilihan sangat sengit. Nak tak nak terpaksa la mereka ikut arus 'politik wang' dalam umno.

Sebab tue korang boleh tengok orang2 jenis Ku Nan masih lagi berada dalam kerajaan sebagai menteri. Kalau nak ikut kebaikan yang dia dah bawa kepada rakyat memang tak jumpa la. 

Ini la yang merosakkan dan meranapkan negara kita. Selagi orang2 macam neh diberikan peluang untuk jadi menteri memang Malaysia hancur la. Sekarang pun dah hancur. Tinggal lagi binasa jek.

Baca respon menteri terhadap press di depan lobi parlimen berkenaan isu dakwat kekal ;

Sebab SPR sangat prihatin yang kimia itu akan menyakitkan ahti orang ramai.. Ini tanggungjawab kerajaan untuk menjaga rakyat..

KEPALA HOTAK KAU AH.

YANG ROKOK TUE TAK MENYAKITKAN AHTI ORANG RAMAI KO KE DER?

Tapi elok plak kerajaan jual dengan amek cukai ye tak?

Cukai jualan ko dapat. Cukai import export ko dapat. Cukai keuntungan ko dapat. Cukai belian pun ko dapat. Lepas tue bila mereka sakit bayar pula kat pelbagai hospital ko dapat cukai lagi. Macam2 cukai ko dapat kan? Sebab tue bab rokok ko buat tak heran jek. Rakyat nak mampos tertongeng ke apa ke apa ko nak heran. Ye dak?

Sebab dakwat kekal neh takde cukai memang la korang beria2 fikirkan keselamatan rakyat. Cuba setiap kali mengundi si pengundi kena bayar cukai dan yang nak gunakan dakwat kekal kena bayar duit.. mesti la time tue semua alasan2 atas neh dah tak wujud lagi dah dalam kepala hotak korang kan?

Cukupla tue. Sendiri bodoh sendiri punya pasal. Yang penting setiap kali menteri cuba memperbodohkan rakyat, si menteri akan kantoi. Lagi dan lagi.

Sekarang dedahkan aje nama pembekal dakwat kekal.
Dan bagi butiran terperinci bagaimana RM7.1 juta yang diperuntukkan untuk pelaksanaan prosuder dakwat kekal dari A sampai Z dibelanjakan.

Kami sebagai rakyat berhak tahu.

Err silap. Pembetulan. Bukan dakwat kekal tapi pewarna makanan oke. Sorry.

KAH KAH KAH

Khamis, 27 Jun 2013

TV3 Punca Penyokong Pakatan Rakyat Bergaduh.

Aku tatau nak salahkan tv3 atau tidak. Di satu pihak aku melihat ini strategi propaganda yang BN gunakan untuk meraih sokongan. Setakat propaganda tue aku kira biasa. Tapi kalau dah sampai menfitnah memang aku takmo berkompromi. Pasal dengan fitnah, nyawa manusia boleh melayang tak pasal2. Itulah yang terjadi pada Imam2 dan khalifah2 Agung kita pada suatu ketika dulu.

Bercakap pasal propaganda, ia adalah amat logik untuk Buletin Utama yang pro BN akan sentiasa menyebarkan cerita2 yang berat sebelah / tidak habis / sekerat jalan bagi menimbulkan salah faham. Kalau ikut prinsip kewartawanan ini memang dah salah habis.

Tapi dalam politik mereka sebut ini propaganda.

Dalam Islam aku tak sure ia dibolehkan atau tidak. Tetapi kalau tujuan nya menganiaya orang yang tak bersalah aku fikir ia tak patut. Tapi kalau tujuan nya memperdayakan musuh yang memang jahat nak mampos mungkin ada kelonggaran kot.

Dari semalam lagi kita boleh melihat di beberapa wall rakan2 PR kita saling bertelagah sesama mereka. Sebenarnya sebelum adun Kuala Besut meninggal dunia aku fikir benda neh normal2 jek. Lantak la dorang nak bergaduh sakan sekalipun. PRU lambat lagi kot. Biar bergasak bagi ahti masing2 puas. Biar bergasak sesama sendiri untuk luahkan yang terpendam. Mana la tahu kot2 lepas neh akan bantu mereka saling faham memahami. 

Tapi semacam tak kena pula kalau gasakan itu berterusan sehingga menjejaskan kerjasama kita untuk PRK yang bakal berlangsung di Kuala Besut neh nanti.

Gasakan itu bermula bila Chegu Bard mengupdate satu status selepas menonton berita tv3. Aku tidak memihak kepada sesiapa pun oke. Tidak.


Kalau aku memilih untuk memihak ia sebenarnya hanya akan memburukkan situasi yang dah sedia buruk neh.

Tapi aku nak citer serba sedikit pendapat aku. Bagi aku tv3 itu kita boleh tengok. Boleh layan. Tapi jangan sampai kita terpengaruh. Kalau kita rasa was2, takde masalah. Kita buat la permintaan agar perkara yang dinyatakan oleh tv3 itu dijelaskan bagi mengelakkan kekeliruan.

Aku selalu tengok tv3. Memang terdapat dalam sesetengah situasi pemimpin PR buat hal dalam tv3. Tapi bukan seme benda pun pemimpin PR buat hal. Seperti mana bukan semua benda yang tv3 sebut tue betul. Ada yang fitnah juga. Jadi pandai2 la kita analisa ikut story board sebelum letakkan tuduhan. Pemimpin PR bukan maksum tapi berita yang sampai kepada kita perlukan pengesahan juga dalam masa yang sama.

Aku tak sure apa yang berita tv3 laporkan tapi kalau bercakap pasal kenyataan menerima keputusan PRU itu aku kira kita bersikap positif la.

Kita nilai kenyataan yang disiarkan di media Malaysia Digest itu sendiri ==> 

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/381611-mp-pr-terkesan-titah-agong.html


Bukan hanya Nik Abduh bahkan Rafizi, DAP dan Nasruddin telah menegaskan secara jelas, kita menerima keputusan PRU, kita move on buat kerja2 untuk bantu rakyat dan bangunkan negara dalam masa yang sama kita menolak kepincangan PRU dengan hantar petisyen.

Kita mungkin nak bersangka buruk pada Nik Abduh atas beberapa benda yang dia buat sebelum neh tidak menyenangkan pandangan kita.

Contohnya berkempen naik teksi di facebook time PRU padahal kereta sendiri dengan no plat yang sangat mahal [boleh bagi makan berapa anak miskin ya agaknya] terperuk dalam garaj depan rumah.

Status facebook yang menyalahkan janji2 manis DSAI yang menyebabkan PR kalah..

Status facebook yang cuba menjarakkan penyokong2 PAS dan PKR.

Status facebook yang menyeru PAS menerima keputusan PRU dengan redha..

Tapi kalau kita mengaitkan tindakan2 Nik Abduh seperti di atas untuk menilai pendapat dia dalam parlimen mengenai menerima keputusan PRU aku kira ia kurang adil. Lebih tidak adil kalau kita menilai berdasarkan skop pemberitaan tv3 semata2.

Sebenarnya setelah berfikir panjang, setelah berfikir masak2, aku melihat tindakan Nik Abduh itu tepat dan kena dengan situasi dia sendiri. Sekurang2nya dia tak berucap atas pentas pongpang sana sini, mengheret rakyat ke jalanan dan kemudian nya dengan slumbernya angkat sumpah. Tidak. Sekurang2nya dia zahirkan sesuatu apa yang dia rasa betul, dengan BERANI.

Dia ada pendirian yang jelas.

Pedulikan pendapat dia betul atau salah, yang penting dia ada pendirian disitu.

Sebab tue bila dia sebut kita menerima keputusan PRU, kita move on dan kita akan bersama2 membangunkan negara neh kita sepatutnya menilai tindakan dia dengan adil. Ya, satu dua perkara yang dia buat dan tidak menyenangkan kita tak bermaksud asalkan saja dia buat apa2 benda dia confirm salah. Aku tak beranggapan begitu.

Dalam waktu yang sama, ahli parlimen yang pongpang2 atas pentas dan angkat sumpah pada hari tersebut, mungkin penyokong2 PR boleh menilai pendapat dari Nasruddin Tantawi kat bawah neh sendiri sebelum meletakkan apa2 kesimpulan ;
Dalam pada itu, menurut Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi pula menegaskan, pihaknya menerima keputusan PRU13 lalu meskipun mendakwanya berlaku banyak penipuan dan penyelewengan hingga menjejaskan kemenangan PR.
 
"Kami daripada pihak pembangkang tidak menolak keputusan pilihan raya, sebab itu kita datang angkat sumpah.
 
"Apa yang kami tolak ialah kepincangan, penyelewengan dan penipuan yang akan dibuktikan melalui petisyen yang telah difailkan ke mahkamah.
 
"Perkara itu juga diakui pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri apabila mengakui kelemahan  dakwat kekal, itu yang kita tolak dan tentang,” dakwanya.

Berhentilah.

Maksud aku amek masa untuk masing2 bertenang dan berhenti menyerang sesama sendiri. Tindakan serang menyerang neh oke, tetapi hanya oke kalau ia ialah perbahasan yang sihat dan matang. Jika perbahasan sesama sendiri lebih kepada perbandingan isu peribadi dan moral maka tak payah la serang menyerang sesama sendiri. Buang masa.

Beri peluang.

Beri peluang untuk korang berbaik2 semula. Beri peluang untuk korang saling sayang menyayangi dengan mengenal ahti budi masing2. Jangan kenal kat facebook jek nak cop macam2. Bagi yang dah kenal depan2 pun sama. Jangan gunakan facebook untuk serang sesama sendiri padahal boleh bercakap depan2. Buat apa sakitkan ahti sesama kita?

Buat la post mortem tertutup dan luahkan apa yang terpendam dalam ahti masing2 dalam ruang tersebut. Orang takan tahu apa masalah ko kalau ko sendiri tak luahkan ma. Sapa tahu masalah aku kalau aku tak citer kat orang?

Sebab itu sudah sampai masanya untuk pihak2 yang ada masalah sesama sendiri neh, berjumpa. Berbincang. Dan cakap depan2. Apa benda yang aku marahkan sangat neh. Apa benda yang aku buat dan ko rasa ia memang tak betul langsung sekarang neh. Jangan jadi macam artis. Yang gunakan media dan media sosial untuk selesaikan masalah. Buat tambah rumit lagi la ada.

Nasihat neh aku tujukan khas untuk semua yang berpartisan dalam pakatan rakyat tue. Juga untuk semua NGOs yang mesra PR tue. Aku sebagai rakyat marhaen tidak terpakai dalam mana2 perkara di atas. Aku pembangkang ma. Bukan ahli parti dan kini semakin takut nak jadi ahli NGO. Baik kepada BN dan kepada PR, aku ialah pembangkang kepada kedua2 entiti politik neh. Oke bai.

Persoalan2 Yang SPR Kena Jawab.

Jawab la. Jangan lari. Aku dah tekan kan banyak kali. Kalau salah mengaku aje. Jangan nak spin ayat sana sini. Orang dah muak dengan penipuan korang oke. Dah muak. Menipu satu hal. Terkantoi satu hal. Cubaan melakukan pembodohan satu hal lagi. Apa ko ingat rakyat Malaysia neh seme bebal2 belaka ke apa? Takde ahti dan perasaan ke apa lepas kena tipu je tak henti2?

Silap besar la ko weh SPR.

Silap besar oke.

Rasanya aku dah sebut banyak kali neh. Kita orang sebagai rakyat bukan lah mengharapkan SPR mestilah maksum dan perfect 100%. Tapi at least bila ada benda2 meragukan, bila ada aduan, amek positif akan aduan2 tersebut dan tanggani dengan telus. Ini setiap kali kita report, korang spin cakap kita orang fitnah. Ingat, korang yang bentuk kita orang untuk bersikap menyerang korang.

Kalau la dari awal lagi korang amek seriyus dengan semua aduan2 kita orang, kita takan saling bergaduh macam neh. Masalah utama berpunca dari sikap korang sendiri yang tak layan tuntutan BERSIH dengan IKHLAS dan tidak menyelesaikan aduan berbangkit secara telus dan amanah. 

Semalam menteri dah dedahkan 3 isu besar yang membabitkan SPR. Sekaligus membuktikan korang terkantoi menipu rakyat marhaen yang sebenarnya paksa diri bagi peluang untuk SPR membuktikan ketelusan mereka dalam PRU yang lepas. 


Sebelum neh SPR menyebut kandungan dakwat kekal ada silver nitrate. Rujuk sini. Lepas tue bagi alasan yang kandungan silver nitrate dah dikurangkan atas nasihat kementerian kesihatan kerana mementingkan kesihatan para pengundi. Kata Ahmad Maslan, penggunaan dakwat kekal yang tidak memenuhi protokol boleh menyebabkan kanser. 

Sabar.

Ini bukan timing untuk korang gelak oke. Kita kena seriyus sekarang neh. SPR tengok kita gelak sana gelak sini dia ingat kita main2 kot bila desak dorang pikul tanggungjawab.

Sekarang semua yang pernah SPR sebut dulu pasal dakwat kekal 100% tak betul. Daripada dakwat kekal yang sepatutnya kekal 7 hari sampai la kepada dakwat kekal rupa2nya pewarna makanan, semua pun hanyalah penipuan semata2.

6.9 juta digunakan untuk beli pewarna tiruan dari pembekal yang dirahsiakan atas nama keselamatan negara.

7.1 juta kos keseluruhan untuk proses dakwat kekal dari A sampai Z.

Sekarang rakyat mahu SPR jawab persoalan2 neh ;

1. Siapa yang mahu bertanggungjawab memulangkan semula wang negara sebanyak 7.1 juta apabila dakwat kekal yang dibeli sebenarnya bukan la dakwat kekal tetapi sebenarnya pewarna tiruan?

2. Siapa yang mahu bertanggungjawab atas beberapa tekanan dan penganiayaan2 yang di alami oleh penjawat awam dan pengundi biasa bila mereka mendedahkan kepincangan dalam dakwat kekal. Bukan setakat maki hamun bahkan ada yang kena pecat, kena keluar dari negara Singapore, kena tukar dan diturunkan pangkat dan sebagainya?

3. Bila SPR bersedia mendedahkan nama syarikat yang membekalkan pewarna tiruan kepada rakyat marhaen untuk proses pengadilan yang menyeluruh? Apakah SPR mahu menjadi punching bag kepada syarikat ini? Apa maksud SPR bila ia dirahsiakan atas nama KESELAMATAN?

4. Dalam PRK yang akan diadakan di Kuala Besut, apakah SPR akan menggunapakai kembali pewarna tiruan ini?

5. Bila SPR nak minta maaf secara terbuka akibat kepincangan isu dakwat kekal dan meletak jawatan tanda memikul tanggungjawab?

Ingat SPR. Ia terlalu menyakitkan ahti untuk melihat BN menang lagi. Dan lebih menyakitkan ahti bila ia dibantu oleh agensi yang di amanahkan oleh rakyat untuk berlaku adil tetapi mereka tidak adil sepertimana yang kita harapkan. 

Jadi, bertanggungjawab la. Berundur la dari jawatan itu. Berikan peluang pada mereka yang mampu memikul amanah untuk jalankan tugas. 

Sekian. 

Rabu, 26 Jun 2013

SPR Kantoi Tergolek Tatau Nak Letak Muka Kat Mana Dah.. [Baca Dan Sebarkan]

Wehhhhhhhhhh..

SPR dan Menteri buat lawak wehh.. memang kelakar nak mampos. Berdekah2 aku gelak weh. Siyes.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Menurut Menteri Di JPM iaitu DS Shahidan Kassim ;


Kalau setakat bahan pewarna makanan baik ko pergi guna sirap je. Sapa pernah terpegang sirap? Sapa meniaga time bulan ramadhan atau pernah jual air kat pasar2 malam? AKu dulu pernah meniaga time bazaar ramadhan. Jual air. Bila kita nak merahkan air tembikai tue kan kita letak ah pewarna sirap tue nak bagi nampak merah kan.

Biasalah kalau dah terpegang2 tue mestila terkena kat jari serba sedikit kan. Kalau dah kena jari mao 2 hari gak untuk betul2 hilang bersih. Wehh sapa kata aku tak guna sabun time cuci2? Memang la tong2 air tue tak guna sabun time aku cuci sebab dia bersih letak air jek, tapi bila makan time buka puasa nak cuci pinggan guna sabun oke. Tak hilang pun pewarna merah tue.

Sebab tue aku cadangkan. Untuk PRU ke 14 nanti, SPR meh deal dengan aku. Aku akan jual pewarna sirap kat ko. Yang neh confirm kekal. Tak berapa pekat kat kuku tapi akan kekal di kulit jari. Don't worry. Aku nak gak peluang buat duit neh. Semudah ABC jek SPR kena kencing dengan syarikat luar negara. Dekat RM5juta ke apa beli benda alah bodoh tue? Membazir. Baik bagi aku duit tue lagi bagus.

KAH KAH KAH

Apa pun jawapan menteri membuktikan yang SPR memang kaki pembohong. Dah la takde bahan kimia tapi beria2 canang ada bahan kimia. Ahmad Maslan siap cakap boleh menyebabkan penyakit kanser dan apa bagai lagi konon nya.

KAH KAH KAH

Guna bahan pewarna makanan ko kata guna silver nitrat. Benda kecik macam neh pun nak bohong. Apa tah lagi benda besar. Kalau dah dasar pembohong.. pembohong la juga.

KAH KAH KAH

Memang KELAKAR NAK MAMPOS  la dorang neh.  

Update. 

Kos keseluruhan untuk urusan dakwat kekal dari A sampai Z ialah 7.1juta. Inila nilai sebenar harga pewarna makanan.

Sah2 kita kena main depan2 beb. Bengong nya SPR.



 

Pengerusi SPR Terima Nota Ugutan Dan Kepala Ayam Busuk..


Ini sapa punya kerja neh? Tak bertamadun sungguh. Hantar la sup ayam ke apa ke. Tak pun surat ke sambil meluahkan kenapa dia kena berundur. Ini ko hantar kepala ayam? Bukan boleh makan pun. Kejap lagi mula la.. tak maafkan orang yang hantar tue dunia akhirat..

KAH KAH KAH

Neh bukan aku nak terasa ke apa ke. Makan cili ke apa ke. Tapi aku tengok situasi la. Confirm la pembangkang yang kena. Kadang2 kita tatau beb. Pengerusi SPR pun tatau. BN pun tatau. Mungkin ada sesetengah orang yang sokong BN bertindak sabotaj PR .. saja nak wujudkan persepsi negatif terhadap pembangkang.

Bukan la aku nak kata ia plan terancang. Jangan salah faham. Tapi macam2 boleh berlaku. Dan tak mustahil juga memang yang pro pembangkang yang buat kerja begini. Walau apa pun, tak kira la sapa yang buat sekalipun. Dah, hentikanla. Kerja2 tak berfaedah macam neh buang masa. Baik korang pergi berdemo depan SPR desak dia letak jawatan lagi bagus.

KAH KAH KAH
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menerima satu bungkusan mengandungi nota ugutan dan kepala ayam yang sudah berbau di pejabatnya, di Ibu Pejabat SPR di sini, kelmarin.
Nota ugutan bertulis ‘letak jawatan atau...505’ dan kepala ayam yang dibungkus didalam plastik lut sinar itu diletakkan di dalam sebuah bungkusan berbentuk empat segi yang diterima seorang kakitangan SPR, jam 2.30 petang.

Bungkusan dialamatkan kepada Aziz Yusof beralamat di Tingkat 4 bangunan SPR dihantar menerusi Pos Laju oleh pengirim beralamat di Kelana Jaya, Selangor.
Sumber berkata, kakitangan SPR menerima bungkusan itu daripada pembantu tadbir di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) SPR, sebelum memaklumkan kepada Abdul Aziz mengenai isi kandungan bungkusan itu.
Menurutnya, Abdul Aziz kemudian meminta kakitangan berkenaan membuat laporan polis, dan laporan dibuat di Balai Polis Presint 7, di sini pada hari sama.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PengerusiSPRterimakepalaayam/Article

Adun BN Meninggal Dunia, Pilihanraya Kecil Di Dun Kuala Besut.


Adun Kuala Besut telah meninggal dunia sebentar tadi. 

Lihat ;

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A.Rahman Mokhtar meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi, Rabu.
Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru.
Jenazah akan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut, Kuala Terengganu.
Dr A. Rahman, 55, baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Exco Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat.

Mari kita sedekahkan Alfatihah untuk arwah dan semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Ini bermakna kita akan menghadapi pilihanraya kecil di Dun Kuala Besut. 

Oke bai. 

Selasa, 25 Jun 2013

Adam Adli Kena Ejek Dengan Bloggers Umno Sebab Di Marah Polis..


Itupun korang nak ejek dia?

Kemain lagi aku baca komen2 kat youtube tue. Sakit ahti pun ada. Menyampah lagi la ada.  

Kalau diberikan peluang untuk berjumpa sorang2 yang main letak komen sesedap rasa tue nak jek aku tanya..

SEUMUR HIDUP KO, KO TAK PERNAH KENA MARAH?

Aku tatau la. Wujud ke tak wujud manusia yang tak pernah kena marah dengan orang neh. Tapi aku sendiri ialah manusia yang asyik kena marah je. Dengan pelbagai lapisan dan golongan masyarakat. Tak payah pergi jauh la. Korang buka blog neh nanti ada la komen2 yang marah aku. Yang memaki lagi bersepah. Lepas tue kat twitter dan facebook aku. Lagi bersepah2. Berderet jek komen2 yang marah aku. Kat inbox? Jangan sebut. Dulu satu hari mesti ada jek inbox yang masuk.

Oit pukimak. Oi anak haram. Oi setan. Oi sesat.

Sekarang dah berkurangan. Tapi tak terhenti. Kadang aku pelik dengan orang2 macam neh. Nak kata aku maki ko pun tidak. Tapi aku tetap kena maki dan tetap mendapat layanan yang negatif. Instead of menulis hujah dan terangkan elok2 kat mana kesalahan aku, mereka lebih suka memilih kaedah memaki hamun.

So redha je la.

Berbalik kepada kes Adam Adli. Sebenarnya video kat bawah neh membuktikan satu perkara kepada kita. Video ini membuktikan yang Adam Adli dan rakan2 lain sebenarnya tidak menganjurkan kekerasan. Mereka mahukan perdamaian dan berhimpun cara baik.

Bagi yang tidak tahu apa yang berlaku, kenapa tiba2 perhimpunan aman menjadi tidak aman.. ini mungkin memberikan sedikit pencerahan kepada korang ;

Sedih terpaksa pulang ke Kelantan ketika sahabat lain dipenjara.

Gua melihat sendiri bagaimana Syauqie APBM merempuh 'polis tanpa uniform' yang sedang mengasari aktivis wanita cina. Kemudian menyebabkan dia dibelasah teruk oleh polis uniform.

Gua melihat polis uniform menumbangkan Safwan. Safwan tidak melawan dan sedia ditangkap. Tetapi, jurukamera tiba2 ambil peluang membelasah, atas nama polis, menyebabkan gua terpaksa melawan.

Hancur kamera tu akibat ditarik aktivis. Sedangkan pelakunya lari ke belakang dengan perlindungan polis uniform.

Aktivis Royalti, Mohd Adnan juga luka di kelapa akibat diserang jurukamera secara tiba2. Semuanya mendapat perlindungan polis uniform.

Ini adalah permulaan. Fahaman aktivis hidup dengan darah dan peluh. Fahaman politikus hidup dengan air liur dan pakaian.

Aduka Taruna.

Ada, ada yang beranggapan bahawanya, anak muda ini melakukan serangan dan provokasi terhadap polis dengan lakukan rempuhan. Situasi yang sebenarnya berbeza dari itu. Mereka dah diberikan persetujuan oleh PDRM bahawa 10 orang dari mereka akan diberikan peluang untuk memasuki parlimen bagi menghantar memorandum.

Tetapi setelah lama menunggu, apa2 pun tak berlaku. Berjam2 menunggu dan menunggu, dan menunggu. 

Jadi mereka amek keputusan untuk deal semula dengan polis. Minta buka laluan la. Berunding baik2 dengan polis. Tetapi respon balas yang diterima amatlah mendukacitakan. Tiba2 mereka pula kena tahan. Dan kalau tiba2 ada yang kena tahan [barisan depan] barisan belakang yang tatau apa2 mestilah akan bekap member2 dia kan?

Maka, itulah yang berlaku. 

Rujuk sini untuk penjelasan menyeluruh ==> http://sozcyili.blogspot.com/2013/06/penjelasan-kenapa-protes-depan-parlimen.html

So bila Adam Adli kena marah, macam dalam video kat bawah neh, bukannya korang patut ejek2 dia. Sepatutnya korang boleh tengok betapa dia berusaha untuk memikul tanggungjawab sebab suasana dah bertukar kecoh. 

Patut korang nampak sisi positif. Bagus budak neh. Ada usaha untuk bertanggungjawab bila serah diri kepada PDRM dan ada usaha untuk tenangkan suasana yang kecoh. Ini korang ejek2 dia? Memang problem ah mentaliti korang. Problem oke. Problem.

Bai.  

 

Gambar Anwar Bergelak Ketawa Dengan Najib Jadi Kemarahan Penyokong Pakatan Rakyat..

Percaya tak gambar tersebut ada impaknya tersendiri? Ya. Memang ada. Hari neh salah satu akhbar english petik gambar tue dan paparkan kat paper.

Rujuk bawah neh ;



Gambar di atas ada simbolik tersendiri. Lain orang lain pendapat mereka. Tetapi ada yang memberikan komen berbaur sindiran.

Penyokong kedua2 kumpulan bagai nak rak bergaduh sana sini, ketua boleh rilex2 atas kerusi gelak besar.

Antara sindiran yang hinggap.

Itu belum masuk gambar kat bawah neh ;



Aksi Najib gelak besar selepas mendengar kata2 DSAI amatlah menyakitkan ahti sesetengah penyokong pakatan rakyat. Bukan semua yang sakit ahti tapi ada la yang meluahkan komen2 berbaur sindiran untuk meluahkan rasa.

Adakah sebenarnya kita tidak boleh berkawan dengan orang BN? Jika ya, maka aku menolak pendapat neh sekeras kerasnya. Aku sendiri berkawan dengan orang2 BN. Bersepah. Ramai. Bahkan ada yang akrab. Masih kekal akrab dan terus bercadang mahu membina perhubungan baru dengan mereka2 yang sokong BN.

Maaf. Itu memang idelogi aku dari dulu sampai sekarang. Aku tak pilih kawan berdasarkan pendapat dalam politik. Bagi aku itu bullshit. Gaduh macam mana gaduh sekalipun dalam politik, akhirnya kami akan berlapang dada dalam hal yang lain. Simple.

Sekarang neh isu gambar DSAI dan Najib jadi bahan sindiran dan ejekan kepada penyokong2 PR. Yang orang2 BN kemain lagi bakar line. Konon nya nak bagi kita semua panas ahti.

BOHONG!

Bohong kalau aku kata gambar kat atas neh aku tak rasa tercuit. Tapi apa sebab aku beria2 nak terasa tercuit neh? Adakah kerana makan bersama Najib? Duduk dalam satu meja yang sama? Bergambar depan kamera? Atau apa?

Biar aku jelaskan salah faham neh. Aku berbeza dengan apa yang diluahkan oleh blogger cenagau kat sini ==> http://cenangau.blogspot.com/2013/06/anwar-pemimpin-munafik-bergurau-senda-gengan-najib-rakyat-berperang-dengan-polis.html

Aku tak la nak kata Anwar munafik. Aku pun tak la nak tiru sikap sesetengah penyokong PAS yang kata eley cuba kalau ini TGHH, LKS, mesti kena tiaw kaw2 punya. Mentang2 la ia DSAI korang beria2 bekap dia kan kan kan..

Aku memahami. Sebenarnya ia konsep yang mudah jek. Anwar berjuang dalam parlimen. Aktivis berjuang luar parlimen. Sebelum mereka masuk parlimen, rayuan sudah dizahirkan.

Rujuk video ;

   

Takpe. 

Biarpun sampai tahap macam neh sekalipun, aku masih mampu memahami. Macam aku dah sebut tadi. MP PR berjuang dalam parlimen. Yang tak dapat jadi MP lain pula corak dan cara perjuangan mereka, betul tak?

Lagipun, bukan kita kena tengok dalam skop kecik macam neh. Sebelum neh DSAI dalam penjara bertahun2. Kena fitnah lagi. Bersepah maki hamun. Beberapa pimpinan PR dah melalui macam2 kesukaran sebelum mencapai tahap yang mereka capai hari neh. Tak betul ke? 

Dah kalau semua jadi ahli parlimen, sapa pula nak jadi aktivis. Betul? Tetapi apa yang membuatkan kita sedikit terkilan dan kecewa ialah bilamana rakan2 kita dibantai di luar parlimen, sedikitnya prihatin yang diberikan oleh MP2 PR yang berada dalam parlimen tue.

Aku tak kata DSAI. Bila aku sebut MP2 PR, jangan diheran pada nama DSAI tue. Ia merujuk kepada MP2 PR la. Termasuklah DSAI. Ini kerana dia sebahagian dari label itu. Tetapi DSAI jadi highlight kat sini adalah disebabkan gambar2 yang tersebar tue. Gambar2 dia GELAK TAWA bersama Najib.

Apa la salahnya, selepas angkat sumpah [merujuk kepada semua MP PR] keluar sekejap beri perhatian apa yang berlaku di luar, betul tak? Kita tak kata MP2 PR kita neh ada bakat luar biasa yang tau2 jek ada hint owhh ada sesuatu sedang berlaku di luar sana.. no. Tapi kita minta faham. Pasal korang memang dah tahu rakan2 aktivis kita berada di luar sana. Keluar jenguk kepala macam Khalid Samad.. macam Tian Chua. Kalau la korang yang 89 MP PR tue jenguk keluar secara bergilir2 mungkin salah seorang dari korang akan bertembung dengan insiden pertempuran polis vs aktivis.

Ini tidur?

 
Dari ko tidur dan tak menyumbang apa2 pun dalam dewan baik ko keluar dan ber-ramah mesra dengan para aktivis lebih berfaedah.

Ya ya, paklah dulu tidur. Gambar Najib tidur pun ada. Teruskan buat perbandingan macam tue. Sebab itu la mentaliti orang2 macam korang neh. Kalau aku mencuri, aku kena bagitau ko hello ada orang yang merompak oke.

Sekarang aku bercium, dan aku akan bagitau ko hello dia berzina.

Itu cara yang betul ke? Itu perbandingan yang betul ke?

Atau lepas neh akan ada yang sound. Alah macam la ko tak pernah tidur dalam mesyuarat dan etc2 apa seme tue. Soalan tue kalau ko tanya pada aku, ya. Jawapan nya ya. Aku tak pernah tidur. Orang lain aku tatau. 

Dalam kelas aku tidur kalau aku sakit. Itupun dah minta izin cikgu. Kalau mengantuk aku keluar cuci muka. Ya, aku memang tak buat kerja2 begini, so kenapa? Tak boleh terima? Benda tak betul ia tetap tak betul walau apa pun hujah yang ko nak gunapakai untuk menangkan MP ko. Aku tak heran dan kesah pun. Pasal aku bukan ahli parti. Ia membebaskan aku untuk berfikir senada dengan korang semua. Yang mana perlu berfikir untuk kebaikan pemimpin dan parti first before kebaikan rakyat. 

Kita katakan la Zuraidah yang bersandar kepala itu [konon nya kamera trick untuk dia dikenakan oleh bn, hehe] sebenarnya tak tidur tapi mata terpejam sebab kamera trick [alasan yang digunapakai oleh totok] keluar sebentar melihat apa yang sedang berlaku di luar.

Mungkin masa tue korang akan nampak dan boleh tengok depan mata. Macam mana aktivis rakyat di layan oleh PDRM. Ya, kita tak sama taraf. Ia fakta. Dan aku dah belajar untuk terima sejak lama dulu bila bergiat dalam dunia politik neh. Buat la macam mana sekalipun. Kalau rakyat biasa yang kena cepuk, haram orang nak heran. Tapi kalau yang kena cepuk tue leader, ketua, pemimpin baru beria2 orang nak sokong bagai.

Mentaliti neh bukan salah pemimpin. Aku tak kata korang salah as leader. Jangan salah anggap. Tapi aku nak bagitau mentaliti neh memang wujud pada pengikut2 dan rakyat biasa. Hari neh kalau aku kena sepak dan teranjang ko ingat penyokong2 parti nak bantu aku? Ko ingat rakyat marhaen nak heran aku?

PERGI MAMPOS.

Ko sapa ek ameno? Aku kenal ko ke? Ko tahu tak situ apa? Pintu penjara ma. So sila la berehat dengan sepuas2nya selepas di bantai sebab sendiri yang cari nahas.

Macam tue la nilai aku.

Kalau yang kena cepuk tue pemimpin, berbaris orang akan jadi perisai untuk membekap mereka. Mereka ada nilai. Rakyat biasa macam aku takde nilai. Di dunia neh aku dinilai berdasarkan pangkat, harta, rupa, kekayaan, duit, status dan populariti. Malangnya aku takde satu apa pun yang disebut tadi. So boleh la jadi sampah. Benda yang takde nilai disisi sesiapa pun. Hanya sedikit jek yang mungkin simpati. Kutip sampah untuk dikitar semula. Tetapi sebahagian besar memilih untuk boh layan.

Seperti itulah yang berlaku pada aktivis2 rakyat pada petang semalam. 

Ada yang memperlekehkan mereka. Aku tak pasti kenapa mereka berbuat begitu. AKu tak jelas sangat dengan pendirian mereka. Tapi kalau mereka berbuat begitu kerana gambar2 DSAI dan Najib yang bergelak ketawa itu tersebar, aku cadangkan jangan. Jangan salah faham.

Takde sesiapa pun marah DSAI nak gelak2 dengan Najib.
Takde nya aktivis2 nak heran bab DSAI duduk semeja dengan Najib.

Mungkin penyokong partisan marah kita sebab dia ingat kita mempersoalkan protokol dalam parlimen yang membuatkan Najib dan DSAI kena duduk dalam satu meja yang sama. Mungkin mereka ingat kita tersindir dengan perbuatan DSAI yang duduk bergambar dengan Najib dan menganggap kita tak profesional. Atau mungkin mereka ingat kita terhiris dengan kata2 DSAI yang membuatkan Najib gelak besar.

Sebenarnya. Jangan salah faham. Kalau ia protokol, letak aku kat situ pun akan jadi protokol gak. Ia terpakai untuk semua pihak dan individu.

Kita tatau apa yang DSAI sebut pada Najib sampai dia gelak besar. Mungkin juga dia sebut ;

Oii Najib, ko tue kena buli dengan Rosmah jek aku dengar citer. Hehe. Apa dah jadi? Dah takde tuttt ke apa..

KAH KAH KAH kepala hotak kau la ANWAR. Ko tue yang kena buli dengan Azmin tak sedar diri pula. 

Mana kita tahu dorang sembang apa betul tak? So isu gambar2 tue bukan apa sangat. Ia terlalu remeh untuk kita anggap ia masalah besar. Yang kita tekankan dari mula ia keprihatinan jek. Di mana mereka ketika aktivis2 kita di bantai? Aktivis2 kita di bantai kerana mempertahankan hak dan keadilan untuk PAKATAN RAKYAT oke. 

Di mana mereka?

Mereka dalam parlimen. Mereka buat kerja ma. Ya la, memang kita faham. Tapi takan la keluar jengukkan kepala makan masa yang lama? Sukar dibuat?

Oke. Dalam satu hospital. Ko doktor. Aku tukang cuci. So hanya kerana ko doktor ko rasa tak patut untuk senyum kat tukang cuci macam aku atau apa?

Semua masing2 bawakan peranan masing2. Tak mungkinla semua kena jadi pemimpin untuk bawa aspirasi rakyat. Tak logik juga semua kena jadi aktivis berdemo untuk perjuangkan keadilan. Dalam aktivis pun ada pecahan tersendiri. Aku buat neh, ko buat tue, aku mainkan part aku yang neh, ko mainkan part ko yang tue.

Yang aku minta. Yang aku nampak apa yang aktivis2 neh harapkan ialah keprihatinan. Tak lebih tak kurang. Keluarkan kepala jenguk sekejap, bagi semangat dan sambung buat kerja. Ko lawan cara ko, aku lawan cara aku. Yang pastinya kita ada satu tali yang mengikat kita. Sama2 bagi semangat dan sama2 prihatin akan apa jua situasi yang sama2 hadapi. Pendek kata, kita bekerjasama.

Kalau dalam skop kecik yang macam neh pun ada yang tak faham2 gak, tak boleh la aku nak kata apa lagi. Lue fikirlah sendiri. Bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...