Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 23 Jun 2013

Umat Melayu Yang Malas, Umat Cina Yang Dipersalahkan.

Hari neh paper Metro dan Utusan highlightkan kisah 47 remaja muslim terlibat dalam pesta mandi buih. Dua2 disiarkan di bahagian front page. Tetapi highlight utusan kecik sikit la berbanding paper lagi satu tue. Nak bagitau pada public sebegini rendah lah akhlak dan akidah umat Islam di Malaysia.

Pertama. Aku nak bagitau aku menolak 100% hujah yang mengatakan alamak aiii dah Malaysia neh di dominasikan oleh orang islam maka tak aneh la orang2 Islam bersepah dalam penjara, dan bersepah terlibat dengan kegiatan maksiat.

Maaf ya.

Hujah itu BANGANG.

Hanya kerana umat Islam itu majoriti, maka segala apa2 benda serong yang kita buat, maka ia isu kecik?


Kedua. Kita tahu sangat akidah anak2 Melayu Muslim neh dah jauh terpesong. Bukan semua oke. Bukan semua. Tetapi kita tahu sangat kes yang melibatkan SALAH LAKU MUSLIM MALAYSIA neh memang dah masuk dalam kategori DARURAT.

Kalau korang tanya pendapat aku. Aku punya penaakulan untuk selesaikan kes neh mudah jek. Rangka yang aku gunapakai ialah ;

1. Kumpulkan semua jenis kesalahan / salah laku terutamanya bab akidah, bab moral. Kira peraturan dia. 

2. Then asingkan ikut kumpulan.

3. Then kaji latar belakang keluarga dan cara kehidupan individu2 yang terlibat dalam permasalahan tersebut.

4. Buat satu journal. Dan simpan dulu.

5. Lepas tue kita perhatikan sistem tarbiah kita. Tang mana kita kurang. 

6. Apa kesalahan yang kita dah lakukan sehingga sistem tarbiah dan dakwah kita tak sampai kepada golongan2 sasaran.

7. Kita kaji dulu masalah2 dan kekurangan2 setiap kementerian yang terlibat untuk selesaikan masalah moral umat islam.

8. Kita kumpulkan analisa kita.

9. Then baru kita satukan semua info yang kita ada. Then cari jalan penyelesaian terbaik. Salah menyalahkan neh aku dah jemu.

Sebab tue, mula2 bila aku baca berita di atas aku rasa bersalah sangat. Agak2nya apa yang aku boleh buat, patut buat untuk ubah keadaan seperti di atas? Serendah mana moral kita perlu pergi sehingga sesama kita sedar bahawa kita semua neh dah jauh meninggalkan apa Allah SWT tuntut dalam kehidupan kita?

Dan yang paling memalukan, bila di front page tayang betapa rendahnya moral umat islam, di belakang pula siarkan berita yang anak2 cina cemerlang punca melayu gagal dapat tempat di IPT. 

Apa tue? 

Cara pemberitaan tue seolah2 menyalahkan orang cina dan lebih teruk menyalahkan kaedah meritokrasi.


Meritokrasi.

Sistem berdasarkan merit neh ialah sistem yang adil. Sapa pandai dia dapat masuk U. Sapa berusaha lebih dia dapat lebih. Ini bukan sistem kapitalis seperti yang diwar2kan oleh sesetengah pihak. Adil, perlu kena pada tempatnya. Meritokrasi ialah adil yang kena pada tempatnya, selama mana ia diselia oleh mereka2 yang ber-amanah.

Antara point yang di utarakan oleh Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah ;

1. 80% pelajar cina dapat biasiswa.

2. Pelajar melayu di IPT tinggal 35% jek. Selebihnya orang2 cina.

3. Meritokrasi merugikan melayu, sebaliknya mewujudkan ketuanan cina.

Sistem merit neh sebenarnya salah satu polisi yang Mahathir bawa. Aku setuju dengan polisi neh. Tiada  apa2 yang salah tentang polisi neh pun.

Bila umat melayu malas study, maka umat melayu la yang ko kena salahkan. Betul tak? Kenapa pula ia ada kaitan dengan merit?

Cina bukan ramai macam melayu tapi bab2 benda elok mereka boleh jadi dominan?

Melayu lebih ramai dari cina tapi bab2 benda baik mereka tak boleh jadi dominan? Kalau bab buruk boleh?

Kenapa bukan kita fikir macam neh, kita majoriti tetapi semua benda kita dominan kecuali bab2 benda tak elok. Ini ialah pemikiran yang kita kena jaja. Tak betul ka? Macam mana melayu2 kita nak sibukkan diri di IPT dan sebagainya kalau persekitaran mereka membentuk mereka ke arah hiburan yang berleluasa..?

Ya, ramai yang cenderung salahkan persekitaran. Seolah2 cina dan melayu hidup di dua persekitaran yang berbeza pula.

Yang sebenarnya kat sini yang memainkan peranan ialah faktor didikan. Dalam dan luar rumah. Dalam dan luar sekolah. 

Melayu patut cantik moral dia sebab kita ada islam yang menentukan pemikiran2 kita. Tapi kita tidak. Islam pada hari neh sama je macam Islam pada zaman2 sebelumnya. Yang membezakan ialah ilmu islam waktu dulu2 tue percuma. Imam hanafi bagi ilmu percuma pada yang miskin takde duit. Kita? Sejauh mana semua tempat terdedah dengan ilmu islam yang percuma? Ustaz Azhar Idrus ada di mana2? Maza ada di semua tempat? Atau Ustaz Don ada di semua saluran tv dan radio? Sejauh mana kita yakin bahawa semua umat islam Malaysia terdedah kepada peluang dan ruang untuk mengenal agamanya? 

Kita asyik suruh orang nak belajar agama pergi la pergi la. Pergi la cari. Ya. Itu betul juga. Bagi yang terdedah kepada peluang tersebut. Yang tak terdedah macam mana? Yang merempat2 kat bawah jambatan, kat rumah2 miskin yang takde harta tue, yang takde duit tue, macam mana mereka nak berlari ke sekolah agama? Sekolah kebangsaan pun tercicir.

Itu tak masuk lagi bab terpaksa sekolahkan anak2 di dua sekolah disebabkan sekolah kebangsaan pada hari neh tidak menekankan konsep islam secara menyeluruh kepada umat islam. Bagi aku, kita boleh buat sistem, di mana untuk pelajar2 islam silibus dia lain sikit sebab nak tekankan Islam. Tetapi juga di satu sekolah yang bercampur antara pelbagai bangsa dan agama. Ia sistem. Kita sendiri kena cipta. Hanya kerana ia tiada, jangan la kita fikir kita tak boleh nak adakan. 

Sebab tue ada yang terpaksa berkerja keras untuk hantar budak2 pergi ke sekolah swasta. Kita nak bagi anak kita pandai agama pun kita kena hantar pergi sekolah yang mahal2. Yang murah takde ke? Yang percuma 100% takde ke? Kita nak salahkan sekolah tue? So Ustaz dan Ustazah kita makan nasi yang turun dari langit? Pergi kerja naik tikar terbang? Bayar tol guna air liur? Bayar ansurans rumah dengan bermodalkan senyuman?

Ya ya. Mak bapak pun ada yang tak betul. Tak reti nak didik anak2 dengan agama. Tapi itu kita stop disitu sudah la. Hanya kerana ada mak bapak yang tak betul, jangan la kita jadi kerajaan yang tak betul pula. Biar apa2 benda tak betul yang dia didik anak2 dia dalam rumah, ia berhenti setakat itu. Bila anak2 itu bertemu dengan kita [sistem / dasar / polisi kerajaan] budak2 itu akan diluruskan kembali.

Ini sebenarnya konsep yang kita kena terapkan. 

SISTEM.

Dari awal lagi kita dah mengamalkan satu sistem yang salah. Dan sistem yang salah neh membentuk kesalahan2 yang lain. Pendek kata dari satu kesalahan, kita buat dua, tiga dan 'beranakkan' kesalahan berturut2 berpunca dari satu kesalahan yang tadi tue.

Kita nak ubah benda neh secara keseluruhan memang tak boleh jika kita nak guna pakai konsep sekali jalan. Tetapi apa yang kita boleh ubah ialah kita ubah dulu sistem pendidikan kita. Jangan salahkan orang cina. Tetapi belajar la apa2 yang baik dari mereka.

Kita tengok sistem pendidikan cina macam mana. Kita amek kaedah tue dan kita tiru. Apa rugi anak2 melayu reti bahasa mandarin? Apa rugi satukan sekolah kebangsaan dan sekolah agama ? Apa rugi sekolah kebangsaan ditekankan dengan silibus Islam untuk umat Islam?

Tak payah nak buat banyak2 sekolah. Jimat ruang dan masa lagi. Bahkan menjimatkan akal budak2 neh. Tak payah nak asing2 beg sekolah. Tak fikir ke budak2 neh penat. Pagi petang pergi sekolah ulang alik. Lepas tue mak bapak pagi petang kerja cari nafkah nak sekolahkan anak.

Sistem pendidikan yang aku tekankan ialah pelajar2 harus di didik berdasarkan minat dan kecenderungan. Memang la beberapa subjek wajib di ambil sebagai ilmu dan panduan hidup. Contohnya pendidikan agama Islam. Dan pendidikan agama Islam neh pula perlu dipecahkan kepada dua bahagian. Satu umum, satu khusus. Yang khusus untuk umat islam sudah la. Yang umum untuk semua jenis agama supaya mereka menghormati dan memahami apa yang Islam anjurkan. Dalam erti kata lain, kita nak pecahkan tembok salah faham antara mereka2 yang berbeza agama neh.

Apa rugi kita naiktarafkan sistem pendidikan biar di tahap yang sangat2 cemerlang? Apa rugi dari kecil kita didik dan asingkan budak2 neh belajar ikut minat dan kecenderungan serta bakat?

Kita tak rugi apa2. 

Kalau betul la kita fikirkan kepentingan untuk Melayu yang menganuti Islam neh, kita kena bersatu untuk reformasikan sistem pendidikan kita. Jangan sikit2 cina yang salah. Jangan. Jangan kejap2 PPSMi jangan kejap2 taknak dan sebagainya. Kali neh all out, kaji satu sistem, kaji secara menyeluruh, buat rangka, dapatkan pandangan umum, dan laksanakan terus untuk kebaikan semua pihak tanpa kira bangsa dan agama. Boleh? 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...