Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 September 2012

Perjuangan UMNO diberkati Allah swt - Najib Razak.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah


Mana aci aku gelak sorang2. Benda baik mesti mao share ma. Jom geng, kita gelak sama2. Jom baca kat bawah neh sat ;

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli UMNO perlu bersyukur kerana perjuangan parti itu selama ini diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini. <-- Allah swt bagi restu

"Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti UMNO.  <-- UMNO parti paling berjaya di  dunia. Pffttttt... ada masuk world book of record tak?

"Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," <-- Sebelum tue berbangga mengatakan UMNO parti paling berjaya di dunia. Hehe. katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan, di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.

"Kemampuan kita belum tentu dapat kejayaan tanpa keizinan dari Allah," kata Najib.

Beliau berkata, apa yang penting kini ialah barisan kepimpinan UMNO dan anggotanya perlu tanya pada diri apa yang dilakukan sehingga Allah mencintai perjuangan itu. <-- Allah swt mencintai perjuangan itu? Pftttt

"Allah akan sayang, kasih kita jika kita berjuang mengikut landasan Allah dalam barisan teratur.

"Cara bertindak, bererti kita ditadbir urus dengan kemas, sistematik, bekerja kuat, itu bererti perjuangan dikasihi Allah.

"Selagi tak berjuang dalam perjuangan yang kukuh dan teratur, Allah tidak akan mengasihi perjuangan. <-- Aku tak suka main isu peribadi. Tapi antara syarat wajib untuk tutup aurat dengan betul ialah tutup rambut bagi wanita. Tolong faham. Wakakak..

Dah habis baca?

Oke.. jom gelak puas2 sebab najib buat lawak.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah kah

Sumber : sini

Kasihani lah kami, jangan boikot kami lagi - Sekinchan Ikan Bakar.


Sebut nama datuk jamal yunus mungkin ramai yang buat2 lupa. Kalau nama jamal pak tongkol mungkin ramai orang automatik ingat. Tak pun jamal si kaki ugut. Tak pun jamal si peniru bersih. Ataupun jamal si penciplak, pengklon, penjual tapak free dan macam2 lagi arh.

kah kah kah

Dua tiga hari lepas aku ada baca satu sebaran mengenai rayuan jamal yunus. Tapi aku hold sebab nak tunggu benda kat bawah neh muncul dulu ;


Bukti email. Bukti yang tidak boleh disangkal oleh penyokong2 tegar jamal yunus.

kah kah kah

Tau takut. Tapi sedar la sikit. Restoran ko diboikot bukan semata2 ko fanatik bantai bersih. Ataupun kerana ko fitnah bersih begitu begini. Sebaliknya ;

1. Makanan yang ko jual mahal nak mampos

2. Tak sedap plus tak fresh

3. Kualiti makanan tak setimpal dengan harga yang ditawarkan

4. Layanan pekerja ko low class

5. Lebih banyak bangla berbanding rakyat malaysia walhal ko cakap ko nak menaikkan ekonomi orang melayu sebab tue anti bersih [Err ada kaitan ka? Tah, dah hujah mereka kan. Hehehe]

Note : Bab pekerja asing maybe di cawangan2 restoran yang tertentu jek, contohnya cafe sekinchan ikan bakar di kilang vale tu. Review di atas berdasarkan ex pelanggan sekinchan ikar bakar yang diperolehi di internet.

Aku bagi foc jek untuk ko kenalpasti kelemahan ko. Kalau nak difikirkan benda neh seme berbayar. Boleh buat duit tau. Upah perunding untuk mengenalpasti masalah sesuatu product perniagaan ataupun perkhidmatan bagi tujuan menambahbaikkan perniagaan mereka. Tapi aku bagi ko foc jek. Bersyukurlah.

Wakaka..

Lepas kenalpasti kelemahan2 ko pergi repair. Lepas tue duduk dediam dan jangan suka menyampuk tak tentu hala. Ahli perniagaan boleh berpolitik, tiada masalah. Tetapi biar benda yang betul2. Jangan merepek dan meroyan jek. Tak salah ko nak sokong umno dan bn sekalipun tapi salah kalau ko ugut, warning, dan fitnah orang. Dah, p main jauh2.

kah kah kah

Sumber gambar dan info : sini dan sini.

Gambar Siti Nurhaliza dengan Nurul Izzah tersebar.


Masak la ko siti. Yang ko gegatal bergambar dengan nurul izzah buat apa? Satgi terkeluar seme citer pengikut yahudi la lesbian la anak dajal la sesat la freemason la talibarut israel la seme cukup. Almaklumlah sesiapa yang ada kaitan dan bergambar dengan pemimpin pembangkang kan tak boleh. 

Hanya dengan gambar jek dorang boleh reka dan cipta macam2 citer. Macam2 skrip dan konspirasi boleh dibongkarkan walaupun melalui gambar2 jek. Hebat ke tak hebat bloggers umno?

So siti bersedia lah ko. Lepas neh confirm perniagaan ko ada kaitan dengan yahudi. Jangan2 ko pun penerima dana yahudi untuk jatuhkan bn sebagai pemerintah di malaysia. Mana nak tahu. Mohon bloggers umno siasat segera.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Sumber gambar : rakan facebook.

Jumaat, 14 September 2012

Hot : Kate and William cemarkan kesucian Masjid - Bukti bergambar!

Siyes.

Bukan tuduhan melulu dari aku. Siap ada gambar lagi beb. Tengok sendiri kat bawah neh oke ;









Gini.

Seperti yang kita sedia maklum, masjid di malaysia neh hanya boleh dimasuki oleh orang2 islam sahaja. Orang bukan islam tak boleh masuk. Jangan tanya aku details kenapa apa seme tue sebab yang tahu, arif, pakar, hebat, pandai, cerdik, bijaksana dalam bab2 neh ialah ;

1. PERKASA

2. BLOGGERS UMNO

3. PEMIMPIN UMNO YANG ISLAMIK DAN WASATIYAH.

4. MUFTI ISLAMIK PRO KERAJAAN BN

Aku neh tak wasatiyah. So memang failed lah beb. Bab hukum jangan tanya aku. Sebaliknya tanya 4 kumpulan di atas. Sebab dorang paling islamik dan paling arif di malaysia. Nampak tak si kate pakai apa tue? Pakai skirtttttt tue wa cakap sama lueeee.

Adun dap yang pakai baju kurung pun kena serang. Elizabeth wong yang pakai seluar panjang pun kena maki dan hina. So tak kena naya si kate tue bakal dihambur oleh bloggers umno sebab masuk masjid pakai skirt jek? Atas tutup tak betul, bawah pula terdedah. Haiihzzhh.. kate2. Kalau ko kek boleh makan tapi ko tue kate. Nasib ko le.

Lepas neh mesti 

PERKASA
PEKIDA
JARINGAN MELAYU MALAYSIA
TAH HAPA2 NGO YANG PRO BN
BLOGGERS UMNO

Berdemo. Ko tunggu la kate. Pejuang islam akan bangkit. Aku tatau. Aku hanya mampu simpati jek dengan ko kate. Beza antara orang kaya dengan orang miskin ialah sama beza seperti orang bodoh dengan orang cerdik. Fikirkan.

kah kah kah

Gambar : Google.

Video Pengerusi JKKK mengamok marahkan PAS.

Lawak beb. Siyes lawak. Antara isi kandungan kemarahan dia ;

1. Bila orang kampung bukit palas susah, tersepit, saya yang uruskan. Orang kampung datang kat saya, tiada PAS.

2. Kurang ajar punya PAS.

3. Saya dah kasi peluang untuk buat ceramah, bukan hina, bukan kutuk.

4. PAS parti setan.

5. Sial betul PAS neh.

6. Saya berani ambik tindakan yang lebih keras lagi lepas neh. Jangan cabar saya.

7. Awak hidup kat sana akan lalu kat tempat saya.

8. Malam neh boleh jadi macam2 nanti.

kah kah kah

Lawak sadis.

Motif pengerusi JKKK tu marah?

==>  Ceramah 11/09/2012 (Isnin lalu) pengerusi JKKK mengamok apabila ahli-ahli UMNO keluar parti dan menyertai PAS. Seramai 30 orang ahli bangkit meninggalkan UMNO.

Padan la. Kalau aku, aku pun marah. Kat kanopi tu muat2 jek 30 orang ahli2 umno. Kalau dah 30 orang sekali harung keluar umno dan masuk pas dan2 malam tue juga, kat sapa nak potpet2? Last2 kat kerusi. Tapi kerusi tak boleh respon. So nak taknak terpaksa la mengamok juga.

kah kah kah

Saksikan video kat bawah neh sendiri. Ini baru namanya bukti. Penyokong umno yang taksub kat umno. 

Nah, tonton lah ;


Khamis, 13 September 2012

Respon balas Saiful Bukhari Azlan terhadap tindakan DSAI tarik balik saman fitnah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada 30hb Jun 2008, iaitu 2 hari setelah saya membuat laporan polis bahawa diri saya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim , beliau telah memfailkan saman fitnah ke atas saya atas dakwaan kononnya saya telah membuat satu laporan palsu.

Namun setelah 4 tahun, dan berulang kali ia dilengah dan ditangguh, semalam, beliau menarik balik saman ke atas saya, dengan alasan namanya sudah bersih. Sebenarnya dari awal lagi, saya amat bersetuju jika kes saman ini diteruskan, kerana ia dapat memperlihatkan kebenaran pada semua.

Pada pendapat saya, beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hanya disebabkan faktor-faktor teknikal. Ini kerana didalam penghakiman penuh, saya percaya bahawa kredibiliti dan keterangan saya adalah "intact".

Saya juga percaya bahawa bagi mana-mana perbicaraan saman sivil, plantif (dalam kes ini adalah DSAI) pada kebiasaannya perlu memberikan keterangan secara BERSUMPAH dari kandang saksi untuk disoal balas oleh pihak defendan. Adakah keadaan ini yang membuat beliau gusar dan takut?

Kebiasaannya, setiap langkah beliau ada muslihat disebaliknya. Semoga saya terus dibawah bimbingan dan perlindunganNya.

Apapun saya telah lama bersedia dan tidak gentar. Jauh sekali berganjak dari apa yang saya perjuangkan selama ini.

Yang pasti, saya akan terus berdoa, Istiqamah dan sabar.

Berani kerana benar

SAIFUL BUKHARI AZLAN
http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/

Elok sangat dsai teruskan saman tersebut. Nampaknya si saiful tak sedar dek untung. Orang dah tarik balik saman patutnya mulut dia berhenti la berbunyik. Nampaknya dia tak henti2 nak mengaitkan dsai dengan kes liwat walaupun dah terbukti dsai tak bersalah sepertimana yang dinyatakan oleh mahkamah beberapa bulan yang lepas.

So apa lagi anwar ibrahim, saman je la budak neh. Lepas tue bersumpah kuat2 dalam mahkamah. Rakam kalau boleh. Then buat vcd. Edarkan kat seluruh dunia. 

Nampaknya saiful dan geng2 umno teringin nak tengok dsai bersumpah dalam mahkamah. Tunjukkanlah dsai. Sampai merayu2 dalam belog. Punyalah ketagih nak tengok hang bersumpah. Risau aku. Takut lama2 boleh jadi gila akibat teringin nak tengok dsai bersumpah.
kah kah kah 

Debat TALAM : Pakatan rakyat kalah, MCA menang. 1-0.

Sapa nak tengok video mengenai kekecohan dalam majlis debat anjuran mca di antara mp labis Chua Tee Yong dengan Pakatan rakyat selangor dalam isu TALAM?

Bagi yang belum tengok meh tengok jap kat bawah neh. Ada dua video ;

Video pertama ;


 

Dan video kedua ; 


 

Kekecohan bermula begini ; 

1. Wakil MB selangor hadir ke majlis debat.

2. Dorang hadir on time.

3. Tapi majlis debat dilewatkan dari jam 8 malam ke 8.30 malam atas sebab2 yang tidak dapat dipastikan.

4. Then bila majlis nak mula, khalid ibrahim tak sampai2 lagi.

5. So MP Labis ketika itu pula berkata dia hanya nak berdebat dengan MB Selangor. Bukan nak berdebat dengan wakil2 MB.

6. Setelah berbincang dan apa seme, nampaknya MP Labis tetap bertegas mahukan Khalid Ibrahim dan bukan wakil2nya lalu MP2 dan wakil2 dari PR selangor keluarlah dari dewan. Nak buat macam mana. Dah orang taknak debat dengan kita, nak tunggu apa? Blah je la.

7. Keempat2 wakil dari PR  ialah ;

- Faekah

- Tony Pua

- Dr Dzul

- William  Leong

And time nak keluar tue la berlakunya kekecohan. Aku tatau kenapa ada sorang lelaki yang tiba2 mengamok. Tapi dia orang pakatan rakyat. Berdasarkan pemerhatian aku la. Nampaknya tiba2 dia marahkan sesuatu. Secara terperincinya aku tatau siapa yang dia marahkan.

Namun ada pula lelaki pro mca yang potpet2 cakap orang gila orang gila. Hak eney. Kalau aku kat situ mao kena teranjang dengan kaki aku tak pasal2. Saja nak kasi suasana havoc bertambah kacau.

8. Yang aku pelik, kain rentang dan banner seme terpampang muka khalid ibrahim. So mana khalid ibrahim? Ada atau tiada dia nyatakan persetujuan untuk berdebat?

9. Ikut berita yang pernah aku baca dulu then bila aku google2 aku tak jumpa, cuma jumpa petikan berita tersebut dari salah satu blog, rujuk sini, khalid pernah menolak untuk berdebat dalam isu TALAM. Pernah keluar di freemalaysiatoday tak silap aku.

10. So jika ini benar, ini bermaksud memang khalid taknak berdebat dari awal pun. Sebab tue dia hantar wakil dia.

11. Kenapa khalid taknak berdebat tu aku tak pasti. Tapi aku fikir dia rasa dia tak qualified untuk berdebat2 kot. Kalau suruh buat kerja pentadbiran dia oke. Tapi kalau nak suruh dia bercakap atas pentas dan pongpang2 dia mungkin tak mahu. Boleh jadi dia rasa dia tak berkebolehan untuk berbuat demikian.

12. Jika ini sebabnya aku fikir dia tak boleh terus bersikap begini. Sebagai MB, dia kena juga turun padang dan menjelaskan apa sebenarnya dalam isu TALAM.

13. So jika perdebatan ini boleh membuka minda rakyat untuk memahami apa sebenarnya yang PR selesaikan dalam isu TALAM, so why not?

14. Soal gagap ke apa ke itu belakang citer. Biarlah penyokong2 bn nak kutuk2 macam2. Mulut dorang kan mulut tempayan. Sama macam penyokong2 pr gak. Mulut tempayan. Dah tak boleh nak elak da dari kutuk mengutuk sesama kita.

kah kah kah

15. Sejujurnya sedikit sebanyak apa yang berlaku semalam agak memburukkan reputasi PR yang lantang berdebat. Meskipun rakyat boleh memahami kenapa wakil2 pr tarik diri dalam perdebatan semalam kerana wakil dari mca tidak mahu berdebat dengan mereka, tetapi susah nak fahamkan rakyat kenapa khalid tidak hadir dalam perdebatan semalam. 

Takan lah wakil dari mca tak diberitahu khalid ke bangkok?

Dan takan lah khalid tak alert himself ada perdebatan malam itu?

And kalau pun dia taknak berdebat kenapa dia tak warn awal2 jangan babitkan nama dia dan jangan bannerkan wajah dia?

Perkara mengenai perdebatan neh dah kecoh di media. Ia dah diwar2kan. Aku percaya team khalid ibrahim mesti dah alert dengan perkara tersebut awal2 sebelum majlis perdebatan itu bermula. Suka tak suka, kena terima juga. Dalam perdebatan mengenai TALAM neh pakatan rakyat kalah. 

Bukan kalah selepas berdebat. Tetapi kalah sebelum berdebat. Tak salah pun kalau khalid ibrahim sendiri turun padang dan berdebat. Tak petah bercakap macam dsai pun takpela. Janji berani datang berdebat, daripada tak muncul langsung. Kan, orang dah sangka macam2. Nak salahkan siapa? Persepsi rakyat bukan flat. Ikut topic juga. Cuba faham.

Pengawal peribadi DSAI terima ancaman melalui telefon.


Kan dah cakap dah. 

Dorang neh hapa pun tak boleh. Lepas neh mesti dorang cakap eley tue dsai sendiri yang upah orang suruh ugut. Cam insiden lempar cat merah. Dan2 dsai yang upah orang suruh lempar cat merah. Last2 bloggers umno yang terkantoi lempar cat merah. So adakah ini bermaksud ;

Bloggers umno = terima arahan dari dsai untuk lempar cat merah ke atas bas jelajah merdeka rakyat?

kah kah kah

Sengal. 

Belajar cari hujah yang relevant la beb.  Siapa pengawal peribadi dsai? Lihat antara portfolio dia kat bawah neh beb ;


Tengok sapa yang dia pernah jaga? Kalau ko dah provoke2 baling cat kat bas orang memang la ko kena. Ko baling bas yang sedang bergerak. Mana tahu mula2 ko baling cat lepas tue ko baling batu or bom. Itu bukan provokasi ka? So silap pengawal ka bila dia acukan senjata bila ko lakukan provokasi?

Yang aku heran. Ada juga penyokong2 pr yang dok bekap umno dalam isu acu senjata api neh. Aku raikan kebebasan pendapat. Aku terima. Tapi rasanya ada di antara korang yang tak faham situasi. Yang korang p bekap bloggers umno = pelempar cat = pencetus provokasi yang diacukan pistol tu kenapa?

Hey.. polis berdiri di lokasi yang berdekatan oke. Dan pengawal peribadi dsai berikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu siasatan. So, tolong la tak payah nak bekap2 sangat si blogger umno yang juga si pelempar cat. Si baling cat itu yang harus dipersalahkan bukan si bodyguard yang bertanggungjawab melindungi client dia. Bai.

Video Shabery Cheek menari Gangnam Style.

Wakaka..

Patutlah najib dok pongpang2 pasal gangnam style sejak 2 menjak neh. Memang tak aneh. Rupanya menteri2 kita dah dijangkiti dengan gangnam style. 

Tengok bawah beb ;


 

Aku marah dengan menteri belia dan sukan. Aku betul2 marah. Itu bukan cara tarian yang betul la weh. Ko ingat senang nak menari gangnam style? Kena practise dulu larh weh. Aku dah practise. Kena tengok step yang betul baru boleh buat.

Apa?

Tak boleh ke aku menari gangnam style? Wehh besty wehhhhh

kah kah kah

Aku selalu buat kat rumah neh. Dalam rumah je la. Luar rumah taknak aku. Malu bhai.

kah kah kah

Apa pun aku marah sangat pada shabery cheek. Itu bukan tarian yang betul la. Jangan rosakkan tarian tue. Datang rumah aku. Nanti aku ajar. Oke?

kah kah kah

Uncle sayang najib - Buat report untuk gambar ini juga.

Nah uncle.

Gambar neh khusus untuk uncle. Siap ada nama facebooker yang buat gambar edit neh lagi. Tatau la haramjadah mana yang babitkan kaabah apa bagai tapi buat lah report. Biar polis tukar kerja dia daripada menjaga keselamatan rakyat kepada menerima report2 mengenai politik.

Nah. 

Amek. Jangan lupa print sekali dan masuk dalam paper oke. 


Untuk rekod, gambar neh bukan hak milik aku. Aku amek dari sini. Dan apa2 yang dia tulis kat gambar neh tidak mewakili pendirian aku. Sejujurnya aku tatau siapa yang buat provokasi seperti neh. Sebab berlindung di sebalik facebook tambahan pula aku tak berpeluang memantau facebook dia so aku takmo ulas lebih2. 


Bai.

Rasulullah SAW Sokong Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri.

Itulah video yang sedang tersebar sekarang neh. Bagi yang belum tengok, dipersilakan tengok kat bawah neh terlebih dahulu ;


 

Video neh disediakan oleh blogger umno. Owhh ari tue dia larh yang potpet soh duduk depan pc sebab nak hebahkan berita besar. Aku ingatkan berita apa. Rupanya benda jadah neh. Tak besar pun? Bahkan langsung takde kaitan dengan pakatan rakyat. Boleh diabaikan 100%. 

Tapi akal manusia itu tetap suka nak menyibuk. Orang lain yang pongpang, orang lain pula dapat tempias. Aku mimpi najib jadi nabi. Aku yang cakap patut aku la yang dikenakan tindakan. Ini tidak. Yang bercakap aku, tapi yang kena najib, logik ka?

Same goes to this case la. Yang bercakap tue sapa? Yang kena balon heret dan kutuk sapa pula? Jadi manusia pandai, guna akal, tak pandai.

Mula2 aku berharap kita gunakan akal menyiasat sebelum melulu percaya. Video neh hanya berdasarkan suara. Korang yakin neh suara khatib yang dimaksudkan? Korang yakin ini ucapan dia? Wajah khatib yang dimaksudkan ;

 
Kalau tanya aku, aku siyes cakap tak yakin. Kenapa? Sebab benda neh datang dari blog umno. Benda yang datang dari blog umno perlu ditapis berulang2 kali sebelum kita boleh percaya. Bahkan, kalau ko tapis berulang2 kali pun belum tentu ko boleh percaya bulat2.

Sebab dorang suka melebih2. 

Contoh kat bawah neh hah ;

Inilah orangnya... namanya timangannya Mohd Hafizul...seorang khatib yang dikatakan totok PAS dan mendewa-dewakan Anwar Ibrahim. Dalam kata lain, dia taksub kepada "suami kedua Shamsidar" itu..!!!

Nama sebenar "khatib" berkenaan ialah Mohd Halizal Allias dan dia merupakan bekas guru tahfiz di Sekolah Tahfiz An-Najihin, di Kulim, Kedah. Ini bermaksud bahawa dia bukanlah anak qariah masjid berkenaan.

Mentang2lah khatib tu tengah citer pasal dsai, dan2 dia jadi totok pas plus dicop mendewa2kan dsai. Tak agak2 nak kaitkan dengan pakatan rakyat. Buktikan dulu. Buktikan memang dia tue totok pas. Buktikan yang dia memang mendewa2kan dsai. Buktikan dulu rakaman suara itu di petik dari khutbah jumaat yang dimaksudkan. 

Aku tak kata ia tipu oke. Tapi akal aku tak boleh terima melulu. Aku kena tengok sesuatu yang lebih menyakinkan dari ini untuk mengesahkan perkara tersebut benar2 berlaku.

Maaf.

Pasal aku sarat dengan persoalan. 

1. Kenapa ko rakam? Ko tahu ek khatib tu nak cakap macam tue pada hari tersebut?

2. Dah berapa kali ko dengar ceramah dia sampai ko boleh tahu pada hari tersebut dia akan mengeluarkan kata2 sebegitu?

3. Kalau ko rakam, napa tak rakam dalam bentuk video? Kenapa hanya ada audio? Mana visual?

4. Kenapa tak report polis beramai2 selepas mendengar khutbah tersebut, plus ada rakaman dan ada saksi. Rasanya tak susah bukan nak report polis selepas ramai2 mendengar khutbah jumaat kan?

Clearkan dulu persoalan2 neh. Jangan bagi video macam di atas lepas tue pongpang2. Mungkin la orang2 umno percaya terus. Tapi tidak bagi aku. Ia tak mampu nak membuatkan aku percaya tanpa memikirkan persoalan2 di atas.

Aku tunggu. Aku tunggu blogger umno berikan bukti yang lebih konkrit berbanding dengan rakaman suara di atas. Jika perkara di atas neh terbukti benar, maka report la pada mereka yang berkaitan. Aku setuju perkara neh perlu dibendung dan dicegah. Parah jika dibiarkan berleluasa. Tetapi first thing first, buktikan ia benar then kita sama2 proceed to the next step oke.

Rabu, 12 September 2012

Blogger umno trauma kerana di acu pistol.

Maaf.

Aku mulakan artikel dengan gelak2 terlebih dahulu.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Belum selesai. Tapi aku sambung di alam realiti. Kang sampai esok pagi tak habis sebab terlalu lucu. Perhatikan bawah neh ;



Trauma?

Ko citer pasal trauma? 

Apa?

TRAUMA?

Jap..

Aku tolong recall memori ko. Ko tengok video kat bawah neh sat ;

 

Masih tak jelas? Nak tengok gambar kat bawah neh tak? 


Sapa dia?

Apa dia buat dalam video tue? Owh..baling cat merah. Apa kaitan dia dengan ko wahai blogger umno yang trauma? Orang yang serupa ke?

kah kah kah

Betul ke tak betul apa yang aku cakapkan neh? Kalau taknak trauma kenapa buat jahat in the first place? Kenapa menipu dan tak memberitahu media bahawa korang juga ;

1. Provoke dengan banner

2. Provoke dengan bahasa kasar, kesat dan lucah

3. Provoke dengan berdiri tengah2 jalan sehingga membahayakan pengguna jalanraya

4. Provoke dengan baling cat

5. Buat kacau dan bising di majlis pr.

Pada bersih 2 aku kena balon dengan polis. Aku tak kisah sangat bab kena heret dan kena pukul kat badan dan kaki. Tapi aku paling fack gile bila main kepala dan halang aku dari merakam. Tapi sejak peristiwa tersebut berlaku aku jadi trauma dengan polis.

Aku pun tak sedar bila tapi bila nampak polis aku jadi risau semacam. Alamak.. kena bantai ke nanti? Perkara tersebut bertambah2 pada bersih 3 bila polis mai dengan trak fru nak sembur,  aku dah melilau lari. Lintang pukang. Sampaikan aku langgar seme barang kat depan termasuklah tong sampah.

Ini aku percaya, adalah trauma.

Perkara neh bermula pada bersih 2 yang mana polis menghalang pendemo2 bersih dari menunaikan solat. Jadi ketika itu, aku melawan polis kerana aku segeng dengan pendemo2 bersih yang mahu menunaikan solat tetapi dihalang oleh polis.

Berbeza dengan trauma yang ko hadapi. Trauma sebab diacukan pistol? Dan itu berlaku kerana ko lempar cat? Berbanggalah dengan jawapan itu. Depan Allah swt oke. Depan Allah swt. Bai.

Baca sini dan sini juga.

Updated ;

Aku dah lakukan padanan.

Jiwa paradox adalah pelempar cat. Betul atau tidak? Jika ini benar maka blogger umno = cetus kekacauan = lepas tue nak salahkan orang lain? Jangan begitu. Apa guna sembang kencang bab islam kalau tak amalkan... belog ada hadis, ada riwayat. Belog aku takde pun. Hehehe..
 


Kes bangang berlaku di Malaysia, MUHYIDDIN TOLONG CEPAT!


Ini kes bangang. Ini kes bahlol. Bagaimana pihak pengurusan sekolah terlalu menekankan nama dan reputasi berbanding perasan seorang murid? 




Kenapa dengan budak dalam gambar di atas neh? Owh.. dia..? Tak boleh amek UPSR. Pihak sekolah tak bagi sebab takut jejaskan imej dan reputasi sekolah. 

Jap.

Setahu aku, pihak sekolah = guru kan?

Guru = mengajar kan?

Kalau budak tue tak cerdik, ajar.

Kalau budak tu salah, betulkan.

Kalau budak tak pandai akedemik, tolong dia, bimbing dia, untuk terokai dan kenalpasti bakat dia. Tak pandai dalam akademik bukan bererti tak pandai dalam bidang lain juga.

Bukan asingkan dia. Bukan pulaukan dia. Dan larang dia amek UPSR semata2 nak jaga reputasi sekolah. Akai ada ka takdak? Lue kata lue guru besar tapi guru besar hapa macam neh? Guru bangang ka guru besar? Meh ajar aku sat. 

Kata kosmo ;

Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.
Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.
"Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.
Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.
Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk.
"Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan.
"Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR," tegasnya.


Untuk rekod, kes neh pernah berlaku di kedah dan sarawak. Nampaknya pengetua2 sekolah yang mementingkan reputasi tak takut langsung untuk berbuat demikian. Kerana apa? Kerana tidak dikenakan tindakan tegas kot.

Oleh itu aku cadangkan muhyiddin yasin selaku menteri pendidikan, tunjukkan kuasa anda, tanpa kompromi pecat jek guru besar tersebut. Ini perlu. Jangan2 ini bukan kali pertama dia bersikap bias dan kurang ajar terhadap pelajar2 sekolah. Pengetua macam neh jangan dibagi can. Pecat dan halau terus dari sekolah tersebut. Sama macam dia buat kat pelajar tersebut, kita buat balik kat dia. Tengok apa dia rasa.

Kebodohan boleh diubati. Cikgu2 hanya perlu luangkan masa untuk mengubati kebodohan tersebut. Bukan halau mereka kalau pelajar mereka bodoh. Cikgu yang halau pelajar mereka yang bodoh adalah lebih bodoh dari pelajar itu sendiri. 

Sekurang2nya pelajar yang bodoh itu sanggup ke sekolah dan berani amek upsr walaupun sedar diri tak pandai mana berbanding cikgu yang menghukum satu2 pelajar tanpa memberikan mereka peluang untuk mencuba. 

Sekarang siapa sebenarnya yang bodoh? Orang bodoh yang mahu berusaha untuk pandai atau orang pandai yang menghalang orang bodoh untuk berusaha? Lue fikirlah sendiri.

AWAS - SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT MESTI BACA.

Amek kaw.

Siap buat report polis lagi. Aku baca kat the star malam semalam. Tapi tak jumpa gambar uncle tue sebab the star tak update gambar plak. Tapi sebentar tadi aku dah berjaya jumpa gambar uncle yang sayangkan najib tu. 

Lihatkan gambar uncle yang sayangkan najib kat bawah neh ;


Nak tahu kenapa dengan uncle neh?

1. Dia nampak ada facebookers gunakan gambar najib dengan tapak kasut sebagai DP dan sebarkan di wall facebook.

2. Dia bengang sebab facebookers buat macam tue. Dia juga suspect facebookers tersebut adalah geng2 pr. Aku tak nafikan kenyataan uncle tersebut. 

3. So dia pun report polis. Lebih kurang 15 orang facebooker yang direport polis oleh uncle tersebut.

4. Dia siap print out pemilik2 facebook dan bawa ke PDRM untuk siasatan lanjut.

5. 15 individu terbabit kini sedang disiasat oleh PDRM. Dalam erti kata lain, pada bila2 masa mereka mungkin diburu. Bahkan uncle tersebut juga report page yang menyiarkan gambar tersebut. Peh.. uncleee... 

6. Untuk rekod, aku bukan nak banding membanding bagi merasionalkan perbuatan tapak kasut di muka najib, ia just aku nak bagitau, gambar2 yang direka oleh penyokong2 umno untuk menghina pemimpin pr adalah lebih teruk dari gambar di atas. Aku tak nampak penyokong2 pr sensitif pun dalam menghadapi provokasi tersebut.

Aku tak boleh nak cakap perbuatan facebookers tu betul tetapi aku juga tak nampak rasionalnya nak report polis. Sorry to say, polis banyak kerja lain. Mereka perlu tangkap penjenayah berat bukan melibatkan diri dengan pemain politik.

Pemain politik punya pelbagai ragam. Kalau nak di ikutkan kepala hotak uncle neh, seme pemain politik harus ditangkap. Ini termasuk aku, bloggers umno, penyokong kesemua pihak, bahkan seme menteri. Senang cakap tangkap seme orang.

Kenapa?

Tiada sesiapa pun yang benar2 mempertahankan prinsip moral apabila berpolitik. 

Sesama kita menyakitkan ahti sesama kita. Sesama kita walaupun mungkin tanpa niat, tetap cenderung menyakitkan ahti sesama kita. Ini kerana sudah tiada cara lain lagi menyebarkan sesuatu tanpa menyakiti or disakiti. 

Kalau kita bercerita pasal bn, walaupun ia fakta, ia tetap menyakitkan penyokong2 bn. Perkara yang sama goes to pr. Jadi kesan dari perbuatan tersebut menyebabkan kita cenderung buat perkara2 di atas. Nak zahirkan kemarahan dan ketidakpuasan ahti. Sama seperti najib cakap peneroka felda haramjadah. Najib dah marah. Sebab ditekan dan diasak.

Oleh kerana itu mereka juga sama. Marah. Kerana ditekan dan diasak. Tiada alasan untuk membenarkan tindakan mereka tetapi juga tiada alasan untuk merasionalkan tindakan pdrm ke atas mereka jika mereka benar2 ditahan. 

Fikirkan. Kita seme saling sakit menyakiti kerana ada yang tertindas. Kesan nya kita tertekan. Kita takan berbuat demikian kalau kita bahagia. Kita buat sebab kita sedang derita. Tolong faham. 

Sumber gambar : sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...