Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 24 September 2016

Kerana Melawan Najib, Mahathir Terpaksa Sewa Sendiri Jet Peribadi, Luahan Rakan Seperjuangan Mahathir - Sedihnya Baca..


Ini bukannya troll. Ini betul-betul luahan perasaan A.Kadir Jasin tentang kesusahan dan kepayahan yang ditempuhi oleh Mahathir dek berjuang melawan UMNO. 

Jika, bagi seseorang yang berpengaruh seperti Mahathir dan A. Kadir Jasin merasakan ianya suatu cabaran kepada mereka kerana terpaksa menyewa jet peribadi untuk kegunaan sendiri bagaimana pula agaknya perasaan yang dirasai oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang terpaksa gadai apa sahaja demi meneruskan kehidupan di Malaysia ini? 

Jangan buat-buat lupa meskipun Mahathir telah bersama pembangkang, jasa Mahathir tentang dasar penswastaan, dasar IPP, polisi percukaian kenderaan termasuk insurans, dasar mementingkan kapitalis sehingga kepentingan rakyat diabaikan, ianya masih berdiri tegak sebagai bukti dasar pemerintahan Najib adalah bertitik tolak dari apa yang Mahathir sendiri ajar/wariskan/amalkan.

Sekian.

Bacalah luahan penuh A. Kadir Jasin kat bawah neh dan nilaikan sendiri bagaimana orang2 kaya neh berfikir ;

SAYA tidak pasti sama ada Mohamed Nazri Abdul Aziz bersungguh-sungguh atau berjenaka apabila dia berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad akan diberikan apa saja yang diperlukannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Kalau sebaliknya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu mempersendakan Dr Mahathir sebagai percubaan menyeronokkan bosnya, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, saya rasa dia silap besar.

Dr Mahathir pastinya tidak berjenaka apabila beliau berkata beliau sedang berusaha menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau terpaksa berusaha menjatuhkan BN kerana parti gabungan itu enggan menyingkirkan Mohd Najib. Pada asalnya beliau tidak berhasrat menumbangkan BN. Beliau hanya mahu Mohd Najib berundur. Tetapi apabila BN, khususnya Umno, terus taat kepada Mohd Najib sebagai ketua parti dan Perdana Menteri, beliau mengubah matlamat kepada mengalahkan BN pada PRU akan datang.

Bagi Mohamed Nazri, kecualilah dia bebal kelas dedak, dia tentu tahu Dr Mahathir jarang berjenaka dalam hal-hal yang serius seperti kesejahteraan negara.

Berkenaan menghiburkan Mohd Najib pula, saya rasa amat sukar menyeronokkan beliau sekarang. Bayangkan, macam mana nak gembira kalau hendak ke Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pun tak selesa - takut ditanya bukan-bukan oleh kor media PBB atau kena ejek penunjuk perasaan di seberang jalan di hadapan bangunan PBB. Lagi menggerunkan adalah kemungkinan dikunjungi agensi penyiasatan jenayah Amerika yang ingin berbual-bual dengan “Malaysian Official 1”.

Tak cukup dengan itu, anugerah UNESCO kepada isterinya, (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno I Minasa Daeng Sunggu Karaeng Bonto Matene) Rosmah Mansor, berkaitan projek Permata Negara biayaan kerajaan dibatalkan pula oleh penganjur bersamanya "kerana laporan Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT)". Satu dunia sudah tahu pendedahan sensasi dua akhbar itu mengenai skandal berbilion ringgit membabitkan duit 1MDB.

Ramai orang tahu betapa besarnya pengorbanan Mohd Najib demi isterinya.
Kita pun tahu juga pasangan Mohd Najib-Rosmah amat menggemari pertemuan global berprofil tinggi serta peluang beristirahat serta membeli-belah di butik-butik berjenama tinggi.

Tapi tahun ini mereka sudah ketinggalan dua persidangan besar dalam diari antarabangsa, iaitu UNGA di New York dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland Januari lalu.


Mohd Najib berucap di UNGA tahun lalu
Secara kebetulan kedua-dua buah negara yang menjadi tuan rumah persidangan yang disebutkan itu – Amerika Syarikat dan Swirzerland - adalah juga antara negara yang sedang menyiasat dan bertindak ke atas skandal 1MDB. Seperti diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengarah Komunikasi Strategik BN, (Datuk), Abdul Rahman Dahlan, Mohd Najib adalah “Malaysian Official 1” (MO1) 1MDB.

Dr Mahathir Tak Lawak

Berkenaan Dr Mahathir, saya berasa saya boleh bercakap mengenai betapa sayang dan komitednya beliau kepada Umno.

Saya sangat yakin beliau pasti tidak meninggalkan Umno apatah lagi menentangnya kalau Mohd Najib mengundurkan diri atau disingkir.

Malangnya, seperti kita semua lihat, setiap hari yang berlalu Mohd Najib menjadi lebih kuat kerana dia serta konco-konconya bersedia menggunakan apa saja instrumen dan institusi negara untuk bergayut kepada kuasa.

Harapan kita hanyalah PRU. Itu pun kalau tidak disabotaj, dikhianati dan diselewengkan oleh instrumen dan institusi negara, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan para penghasut pro-Umno/BN.

Sejak tahun 1946, ketika masih belasan tahun, Dr Mahathir komited dan sayangkan Umno. Tetapi hari ini komitmen beliau adalah mengalahkan Umno. Seperti sering beliau ungkapkan, latihan perubatan mengajar beliau tidak terlalu emosi dan lebih praktikal. Kalau beliau perlu memotong kaki pesakit demi menyelamatkan nyawanya, itulah yang akan beliau lakukan.

Jadi kalau orang seperti Mohamed Nazri berasa bahawa dengan mempersendakan Dr Mahathir, mereka boleh melemahkan semangat beliau, mereka silap besar.

Meminjam ungkapan yang dipakai oleh (Datuk Seri) Adnan Mansor baru-baru ini, saya yakin ramai orang, termasuk pemandu TEKSI, tahu punca dendam kesumat Mohamed Nazri terhadap Dr Mahathir dan mengapa dia teramat sayang kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib.

Mohd Nazri dan Mohd Najib sepatutnya sedar bahawa setiap cabaran dan sindiran yang mereka tujukan kepada Dr Mahathir mengukuhkan lagi iltizam beliau untuk berjuang. Perjuangan adalah sinonim dengan Dr Mahathir.

Mohamed Nazri (bersama Lim Guan Eng) patut kenal siapa Dr Mahathir
Macai, balaci dan kamjat mereka mungkin tidak tahu kerana usia mereka baru setahun jagung dan kail mereka panjang sejengkal.

Maaflah kalau saya kata, saya boleh bercakap sedikit sebanyak mengenai Dr Mahathir kerana saya mengenali beliau agak lama – 52 tahun.

Dalam tempoh itu, ada ketika kita bersetuju untuk tidak bersetuju. Kita berbeza pendapat dan, dari sudut pandangan sesetengah orang, kita bergaduh. Suatu ketika, (Tan Sri) Sanusi Junid waktu menjadi Menteri Besar Kedah, beranggapan Dr Mahathir dan saya “bergaduh besar” sehingga dia membawa Dr Mahathir ke rumah ayah saya di Pendang, Kedah dan memberikan seekor lembu untuk dikorbankan. Bersetuju atau tidak, kita tetap berkawan. Itulah ikrar saya kepada beliau apabila saya meletakkan jawatan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP pada tahun 2000.

Kami berpisah jalan, tetapi kami tetap bersama dalam perjuangan.

Beberapa hari sebelum melancarkan kempen "Selamatkan Malaysia"/Deklarasi Rakyat” pada 4 Mac lalu, beliau memanggil saya ke rumahnya di Seri Kembangan bersama bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, untuk berbincang mengenai “legality” perisytiharan  itu.

Selesai berbincang, Dr Mahathir membisikkan kepada saya bahawa beliau terpaksa meninggalkan Umno sebelum melancarkan deklarasi itu. Saya memberitahu beliau yang saya tidak terperanjat kerana saya sendiri telah meninggalkan Umno lebih setahun. Saya keluar Umno secara rasmi pada 29 Jun 2015.

Beliau nampak terkejut tetapi mungkin berasa lega kerana orang lain yang beliau kenal lama pun telah meninggalkan Umno secara rasmi.

Saya mengenali Dr Mahathir pada 1964 apabila beliau datang ke kampung saya untuk bertanding kali pertama mewakili Perikatan dalam pilihan raya umum tahun itu. Waktu itu saya berusia 16 tahun dan rumah saya adalah antara tempat persinggahan beliau kerana ayah saya cergas dalam Umno.

Bahaya Cabar Dr Mahathir

Kesilapan besar sesiapa pun yang berdepan dengan Dr Mahathir adalah mencabar kegigihan beliau dan mempersendakan rancangannya.

Buat masa ini, rancangan nombor satu beliau adalah menjatuhkan BN dalam PRU akan datang melalui kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang.

Kalau beliau bukan seorang yang gigih, beliau sudah lama menyerah kalah, khususnya setelah bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 2003.

Pelbagai halangan, tembok dan ranjau didirikan untuk menghalang beliau daripada terus memainkan peranan sebagai mentor demi negara yang beliau cintai.

Ahad lalu beliau menceritakan bagaimana beliau terpaksa menyewa pesawat eksekutif untuk terbang ke Alor Setar bagi menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana kesuntukan masa.

Beberapa jam sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit, Kedah, beliau merasmikan mesyuarat agung Perkim di Kuala Lumpur.

Kata beliau, kawan-kawan yang ketika beliau menjadi Perdana Menteri dulu berlumba-lumba meminjamkan pesawat peribadi mereka, telah menghilangkan diri. Mereka takut dilihat bersama beliau.

Pada sebelah malamnya, Dr Mahathir bertolak ke London. Oleh kerana tidak ada pesawat peribadi untuk digunakan, beliau terbang dengan pesawat perdagangan.

Menurut kakitangan beliau, mereka mencadangkan beberapa syarikat penerbangan, tetapi Dr Mahathir bertegas mahu terbang dengan MAS.
Cintanya kepada negara mengatasi keselesaan diri. Bukanlah mudah bagi seorang yang berusia 92 tahun berkongsi pesawat raksasa (Airbus A380) dengan 500 penumpang lain untuk penerbangan 13 jam.

Perhubungan unik: Almarham Sultan Iskandar Johor bersama Dr Mahathir
Jadi kalau ada orang, tidak kira bangsa atau kedudukan – menteri, raja, temenggung, bendahara, syahbandar, blogger pelarian atau pemakan dedak - yang berasa mempersendakan beliau sebagai orang tua nyanyuk boleh mematahkan semangat beliau mereka silap besar.

Cacian dan jenaka murahan mereka mungkin membuatkan sesetengah orang ketawa berdekah-dekah, tetapi bagi Dr Mahathir ia umpama kuman yang menguatkan lagi daya tahan badannya. Azam dan iltizam beliau menjadi bertambah kukuh.

Itulah Dr Mahathir yang saya kenali dan dampingi sejak 52 tahun lalu. Beliau bukan insan yang gilakan sanjungan dan patah hati semata-mata kerana makian dan cacian. Hidup matinya berakar-umbikan perjuangan. 

----------------------

Sumber : A.Kadir Jasin.

Wallahuaklam. 

Pada tahun 2014, The Star melaporkan anak Mahathir memiliki pesawat peribadi sendiri. Rujukan (sini). Artikel itu melaporkan orang-orang kaya dan berpengaruh di Malaysia lebih gemar terbang menggunakan pesawat sendiri atas faktor masa, keselamatan dan privacy. Dan ya, sesungguhnya kehidupan Mahathir sememangnya serba serbi payah pada ketika ini.  Tak dapat terbang menggunakan pesawat peribadi memang merupakan cabaran yang perlu diperbesar-besarkan!

KAHKAHKAHKAHKAH! 

Wan Azizah Betul-Betul Memalukan PKR..


“Darell telah memaklumkan kepada kami bahawa beliau akan menyertai sebuah parti politik tempatan (di Sabah) dan bersatu dalam usaha menegakkan agenda (pembaharuan) pergerakan reformasi dan keadilan. 

“PKR menerima keputusan beliau kerana komitmen yang ditunjukkan untuk menentang Barisan Nasional. Kami percaya, dengan angin perubahan, ramai lagi akan turut serta dalam perjuangan Reformasi,” kata Wan Azizah.

Sumber.

Direct je la.

1. Minta tolong sesiapa yang terdekat dengan DSWA menasihati dia agar selepas ini bersara terus la dari dunia politik.

2. Politik memang bukan bidang kepakaran DSWA.

3. Tak aku sangka bahawanya parti boleh merelakan kepergian wakil rakyatnya ke parti lain.. 

4. PKR hilang satu wakil rakyat (minggu depan dijangka akan menjadi 2) dan wakil2 rakyat ini akan menguatkan kedudukan parti baru yang disertai mereka. 

5. Ini bermaksud PKR akan menjadi bertambah lemah disebabkan kehilangan wakil2 rakyat tersebut. Pengaruh, kuasa, kedudukan susut berbanding sebelumnya.

6. PRU ke 14 bukan lama lagi. Kenapa wakil2 rakyat ini menjadi begitu tidak sabar untuk melompat parti. Tidak kah mereka takut akan dihukum oleh pengundi2 lepas mereka? 

7. Atau mungkin hasil tinjauan menunjukkan keputusan yang tidak menyebelahi PKR? PKR semakin kehilangan pengaruh di Sabah?

8. Situasi politik setempat di Sabah dan Sarawak berbeza dari Semenanjung. Sungguhpun mereka terbuka tetapi mereka masih bersikap berpuak-puak. Yakni, kepercayaan mereka hanya parti tempatan yang patutnya mentadbir dan memerintah negeri2 itu.

9. PKR, DAP dan AMANAH sepatutnya tumpukan usaha bagaimana nak menawan pengundi2 Sabah dengan cara mendidik mereka bahawanya pemimpin yang baik dan menjaga kebajikan rakyat merentasi kaum, agama, kenegerian, suku-kaum, bahasa dan juga parti.

10. Lagipun kepercayaan yang DSWA berikan kepada wakil rakyat lompat ini sebenarnya boleh mengundang padah.

11. Bayangkan, jika parti baru Shafie mendapat sokongan publik, dalam PRN dapat pula kerusi.. tak pasal-pasal jadi pesaing kepada PKR. Apakah PKR yakin Shafie dan parti barunya akan tetap taat setia bersama pembangkang?

12. Silap2 UMNO Sabah deal belakang-belakang dengan Shafie dan mereka bersatu semula, tak risau ka kena tikam belakang?

13. Mahathir demi nak mengalahkan Najib sanggup berpakat dengan Anwar, musuh ketat dia no 1. Siapa yang dalam Malaysia neh tatau tentang permusuhan Anwar-Mahathir? Semua tahu la!

14. Dan andai parti Mahathir juga mendapat sokongan publik dalam PRU kelak, mungkin beberapa buah kerusi katakanlah, UMNO akan berdiam diri ke? Boleh jadi mereka akan deal belakang2. Kau dapat apa yang kau nak, aku dapat apa yang aku nak. Kita sedang bercakap tentang politik kot.

15. Kepercayaan yang seakan absolute kepada parti Mahathir dan Shafie tak sepatutnya terjadi. Tambahan pula, mp-mp lompat itu khianat pada pengundi. Apakah pengundi PKR bersetuju dengan perlompatan tersebut? Apakah PKR telah berbincang sebulat suara sebelum itu ketika DSWA seakan meraikan tindakan Darell?

16. Semacam tak percaya aku presiden sebuah parti boleh menjadi begitu relax-relax bahkan tersangatnya terbuka meraikan ahli parlimennya lompat parti.

17. Andai bukan kerana bangang, boleh jadi wakil rakyat tu berperanan sebagai SPY kot. Tu pasal presiden PKR terbuka sangat. Sangka baik je la.

KAHKAHKAHKAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...