Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 September 2016

Saya Tak Ugut Maria, Media Salah Lapor - Ini Bukti Rakaman, Ali Tinju Kantoi KAW2, PDRM Dah Boleh Ambil Tindakan!

Sebelum ini ; 


 "Saya tak bersalah, saya tak habiskan pun percakapan saya tu. Pihak media pun takde bukti rakaman atau video yang membuktikan saya mengeluarkan apa-apa ugutan terhadap Maria Chin". 

"Kenyataan saya bukanlah suatu jenayah, saya tidak akan tarik balik apatah lagi meminta maaf". 

Itu kenyataan penafian dari Ali Tinju susulan kontroversi membuat ugutan secara terbuka terhadap Maria Chin. PDRM sebelum ini mengeluarkan kenyataan akan menyiasat Ali Tinju atas tuduhan berbuat ugutan dan mengacam keselamatan seseorang secara terbuka. 

Maria Chin turut dilaporkan meluahkan rasa ketakutan selepas kenyataan berbaur ugutan oleh Ali Tinju yang dilaporkan secara berleluasa di media-media sosial. Sejurus dengan penafian tersebut, wartawan yang dipersalahkan dalam laporan pemberitaan berkenaan tampil menjawab dakwaan Ali Tinju. 

Kali ini disertakan dengan bukti rakaman audio untuk pembaca membuat penilaian sendiri. Siapa sebenarnya yang berbohong dan siapa sebenarnya yang telah menulis berita berdasarkan kenyataan sebenar. Apa-apa pun Ali Tinju dah kantoi kaw-kaw. Bukti sudah ada. Sekarang mana mao lari? 



Nilaikanlah sendiri ya, ini bukti yang disediakan oleh wartawan Free Malaysia Today ; 

Pemimpin Gerakan Merah Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju, telah membuat pusingan U berhubung "ancaman" beliau terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. 

Ali dipetik menerusi akhbar The Sun, menafikan telah berbuat ugutan terhadap Maria Chin berikutan pengumuman polis bahawa Ali akan disiasat kerana melakukan ugutan jenayah, sebagai tindak balas kepada artikel FMT pada 14 September, bertajuk "Jaga belakang anda, Ali Tinju memberi amaran Maria Chin." Dalam penafian itu, Ali mendakwa beliau telah disalah petik dalam laporan awal dan digambarkan seperti "samseng dan orang yang ganas." 

Ali memberitahu akhbar harian berbahasa Inggeris yang saya, Nawar Firdaus, wartawan yang menulis artikel berita tersebut, tidak memiliki apa-apa bukti video ataupun rakaman audio di mana beliau berkata beliau merancang untuk melakukan "serangan hendap" terhadap Maria Chin dan dia (Maria Chin) "tidak lagi boleh berjalan di atas muka bumi ini." Sebelum menulis artikel itu, saya telah meminta Ali mengulas mengenai pengumuman Maria Chin bahawa perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November, dan jika dia merancang untuk mengadakan perhimpunan balas pada masa,hari yang sama. 

Beliau menjawab dengan nada tegas dan memberi amaran kepada Maria Chin jangan mewujudkan "huru-hara" di negara ini. Beliau juga memberitahu Maria Chin agar sentiasa berwaspada (jaga2 belakang anda) dan berikrar walaupun Maria diiringi oleh 10 atau 20 pengawal peribadi, beliau, seorang bekas tentera, akan membawa mereka ke bawah. 

Di bawah adalah petikan temuramah telefon saya dengan Ali: 

Journalist: Will you hold a counter-rally (to Bersih 5)? 

Ali Tinju: Saya akan adakan dalam masa terdekat ini, dan kita akan perhatikan perjalanan beliau. Itu kita punya, kita akan buat serang hendap lah. 

Journalist: Serang hendap? Dalam bentuk satu lagi perhimpunan jalanan juga ataupun exercise pinggang? 

Ali Tinju: Itu you perhatikan lah. Di rumah, ataupun (inaudible) kita tengok dia. Dia jangan cuba buat kacau-bilau dalam Malaysia ni. Kita punya ahli ni banyak ahli-ahli perniagaan di Kuala Lumpur. Peniaga-peniaga di Kuala Lumpur ni banyak menjadi ahli Gerakan Merah. So mereka mempertikaikan lah kenapa di Kuala Lumpur, kenapa tak nak buat di Pulau Pinang, kenapa dia tak nak buat di Selangor? Kita akan serang hendap dia la. Tunggu masa serang hendap la. Saya tak kisah masuk penjara 10 tahun pun tak kisah. 

Journalist: Nak confirm, Tuan ada rancang untuk buat counter-perhimpunan jalanan tak? Mungkin pada hari sama dengan Bersih 5? 

Ali Tinju: Kita akan turunkan orang-orang kita, kita membuat protes terhadap kuning pada hari yang sama. Tetapi dalam masa terdekat ni saya akan serang hendap Maria Chin. 

Journalist: Dekat rumah? 

Ali Tinju: Mungkin dekat rumah, mungkin kat kedai, mungkin kat mana-mana. 

Journalist: Tapi serang hendap tu untuk buat exercise pinggang ke macam mana? 

Ali Tinju: Tunggu jelah. Tunggu dan lihat lah. 

Journalist: Tapi exercise pinggang tu akan diadakan di depan rumah Maria Chin? 

Ali Tinju: Dia akan rasa tidak akan aman. Dia tidak akan senang duduklah selepas ini. Mungkin dia akan bawa bodyguard dua tiga orang ke, enam orang ke, 10 orang ke untuk kawal dia. Tapi mereka ingat, 10 orang pun kita datang sebat la. Walaupun bodyguard dia 10 ke 20, kita akan sebat lah. Tunggu lah, kita akan serang hendap dia. Dia tidak aman, orang yang berniaga pun sama dengan dia tidak aman. 

Journalist: Kenapa? 

Ali Tinju: Dia melakukan perbuatan pada 19 haribulan 11 untuk membuat himpunan akan menyusahkan orang-orang Kuala Lumpur meniaga, orang nak beli-belah, pelancong pun rasa takut nak datang, dan rasa negara ini seperti tidak aman dan tidak selamat. So Maria Chin pun tidak akan selamat selepas ini. 

Journalist: Maria Chin cakap kalau Tuan buat exercise pinggang dia akan sediakan air untuk Tuan. Boleh saya dapatkan comment? 

Ali Tinju: Dia kena ingat, saya takut dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera. Jangan cabar kami nanti kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala ke bawah jalan. 

Journalist: Maknanya macam angkat mayat? 

Ali Tinju: Itu you saksikan akan terjadi dalam masa terdekat. 

Journalist: Tuan tak takut penjara? Atau tindakan polis? 

Ali Tinju: Tak apa, itu undang-undang mahkamah menjatuhkan hukuman bukan dia yang menjatuhkan hukuman. Tetapi, Maria akan bertanggungjawab segala-galanya. 

Journalist: (Maknanya) Dia akan menerima balasan? 

Ali Tinju: Dia pasang 10 commando pun, 10 bodyguard pun, bodyguard dia akan tumbang. Ini serang hendap. 

Journalist: Jadi Tuan bagi amaran kepada Maria Chin untuk berhati-hatilah maknanya? 

Ali Tinju: Yes, yes, yes, yes. Jangan rasa seorang hero untuk membuat kacau-bilau dalam negara. Kami menentang sehabis-habis keras. 

Journalist: Ada apa-apa lagi Tuan nak tambah? Ali Tinju: Takpe, saya ingat saya akan bagi dia satu pil untuk dia insaf. 

Journalist: Satu pil untuk dia insaf? Pil apa Tuan? 

Ali Tinju: Yes. Tunggu, warna merah. Journalist: Pil warna merah? Baju merah la maknanya? 

Ali Tinju: Pil warna merah dia akan tahu itu pil. 

Journalist: Pil tu baju merah ye? 

Ali Tinju: Pil tu warna merah. 

Journalist: Dalam bentuk Gerakan baju merah ke macam mana? 

Ali Tinju: Takde, Takde. Pil tu warna merah, dia akan ingat sampai mati.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...