Rabu, 21 September 2016

Sah, PATI Masuk Beramai2 Ikut TAWAU Setiap Hari, Bila Nak Dakwa Pegawai Rasuah, Jangan Ingat Kami Buat2 Lupa!

Bukannya berita fitnah.

Sejak semalam tersebarnya satu video (lihat bawah) kononnya di salah satu kawasan di dalam daerah Tawau, pendatang tanpa izin dari Indonesia boleh keluar masuk ke Malaysia sesuka ahti mereka tanpa rasa takut dan sebagainya. Mereka hanya perlu bayar rasuah di antara 50 ke 100 bagi memudahkan proses perjalanan. Selepas menonton video tersebut aku ada juga terfikir.

Takan 50 sekepala bhai?
Bapak gile murah.
Kalau aku jadi anggota penguatkuasa. Tak mahu la aku makan rasuah 50. Takde standard. Kalau kantoi kena buang kerja. Kena dakwa lagi. Ada rekod buruk. Tak berbaloi nak charge 5o ringgit sekepala. Kurang2 50,000 satu kepala. Baru untung wo. Saham neraka mao melonjak2 naik tu.

KAHKAHKAHKAH!

Video yang dimaksudkan ;


Dan selepas aku membaca laporan dari portal BH ;

Pihak berkuasa sudah menempatkan anggota bagi membuat pemeriksaan terperinci terhadap semua individu yang tiba dengan bot di kawasan Batu-Batu, dekat sini, mulai hari ini. Langkah itu bagi memantau lebih teliti proses keluar masuk penumpang bot, terutama memastikan tiada aktiviti penyeludupan manusia dan barangan bersubsidi, khususnya kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia. 

Ia susulan laporan sebuah program televisyen di Indonesia yang mendakwa kawasan Batu-Batu berhampiran Pasar Besar serta Pusat Kuarantin, Kastam dan Imigresen (CIQ) Tawau, antara lokasi pendaratan ratusan PATI dari negara jiran itu setiap hari. Tinjauan BH mendapati, anggota polis dan agensi seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat pemeriksaan dokumen serta barangan dibawa penumpang di daratan serta di dalam bot. 

Penduduk Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik, Taslim Maarufi, 59, mengalu-alukan langkah polis membuat pemeriksaan bagi memantau aktiviti serta pergerakan keluar masuk di kawasan Batu-Batu. 

"Pemeriksaan teliti di kawasan ini membolehkan pihak berkuasa memastikan hanya mereka yang ada dokumen sah boleh masuk. Ia juga dapat meningkatkan tahap keselamatan di perairan dan kawasan pendaratan," katanya. Penduduk Kampung Mentadak Baru di Pulau Sebatik, Ambi Sulaiman, 60, berharap pihak berkuasa meletakkan anggota secara tetap sekali gus memastikan aktiviti keluar masuk orang ramai di kawasan berkenaan lebih teratur. 

"Kalau ada dokumen dan masuk atau keluar secara sah, tiada apa perlu dibimbangkan," katanya. Beberapa hari lalu, beberapa portal berkongsi pautan serta rakaman sebuah program televisyen berbentuk siasatan di Indonesia yang mendedahkan bagaimana ratusan PATI mendarat di daerah ini, setiap hari. 

Wartawan Indonesia itu juga menyamar sebagai tenaga kerja Indonesia (TKI) untuk masuk secara haram ke Malaysia melalui Tawau, selain menyelongkar bagaimana perjalanan PATI dari negara jiran itu dipermudahkan dengan memberi rasuah antara RM50 hingga RM100 kepada pihak berkuasa negara ini. 

-------------------

Okay. Ringkasannya begini aje.

1. Wartawan Indonesia menyamar sebagai pendatang tanpa izin dan menaiki bot untuk masuk ke Malaysia secara haram.

2. Dia kemudiannya berjaya lolos dengan rakaman sepanjang proses kemasukan haram ke Malaysia. 

3. Hasil siasatan didedahkan menerusi satu laporan khas.

4. Ia turut menyebut bagaimana penguatkuasa Malaysia begitu mudah diperkotak-katikan. Nilai suapan yang diterima pihak berkuasa serendah rm50.00. Baybee. Takde standard. Elok p mati saja kau semua. Mati.

5. Kemudiannya laporan tersebut viral. Viral di Malaysia dan Indonesia.

6. Kerajaan aware penyebaran tersebut. Sebab itu mereka tambahkan penguatkuasaan disitu dan terus lakukan pemantauan. Mereka akui pendedahan oleh wartawan berkenaan dan sekarang sedang dalam proses banteras penyeludupan.

7. Apa logik ke tak logik tak beb? Orang luar boleh masuk sempadan negara kau macam tu aje? Kalau pun ada pegawai rasuah apakah melibatkan semua jenis pegawai? Ke semua terima rasuah secara beramai2?

8. Pendedahan ini cukup memalukan. Syial la. Geram plak aku tetiba. 

9. Dan tidak kah patut kerajaan lakukan operasi cantas pegawai2 rasuah yang memalukan negara kita neh?

10. Kalau tak sampai bila masalah neh nak selesai? Ke yang makan rasuah neh pun ada dalang atasnya? Tapi macam pelik. Takan orang atas nak makan 50 - 100 je beb? Ke tekong kapal cas lain. Ntah la. Benda2 neh tak mustahil. Sebab tu kerajaan kena siasat. Kemasukan PATI ke Malaysia secara beramai2 secara mudah ini membuktikan penguatkuasa kita sambil makan gaji buta sambil makan gaji rasuah. Satu sen tarak guna. Nakharom. Padan la senang2 je Lahad Datu kena tawan. Ini kalau perang, masuk ikut Tawau aje dah collapse aku rasa kita neh. Mudah sangat.

11. Untuk rekod, dalam video berkenaan, dikatakan ada 4 kawasan/lokasi warga asing masuk ke Malaysia secara mudah. Bukannya satu. Tapi 4 tu beb. Gila! Kalau di Indonesia, kita termasuk sikit perairan dia, kapal kita selamat la masuk kubur. Kat Malaysia kita siap lai lai meh la masuk ramai2 lagi. Jilake betul.

12. Dengan terbongkarnya berita yang begitu memalukan ini, Ketua Menteri Sabah perlu meletak jawatan. Zahid Hamidi perlu tampil beri penjelasan dan ESSCOM serta semua penguatkuasa di kawasan tersebut perlu bertanggungjawab. Jangan ingat nak diam2 dan tutup kes dengan buat2 sibuk citer lain pula. Kita orang tak lupa, hokayy.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...