Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 19 September 2016

Alias Ahmad Dalang Disebalik Laporan Salah Oleh Wartawan Bernama Tentang Isu Rosmah Mansur.


Lepas buat salah diam-diam je. Tak pasal-pasal wartawan BERNAMA yang terpaksa serap semua sumpah seranah dan sindiran umum. Betul-betul jenis jantan takde kayy o en yiii kay punya orang.

BERNAMA pada sabtu lepas melaporkan ;

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad berkata anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.

"Pengiktirafan ini sekali gus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik kanak-kanak," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.


------

Fakta pertama -> KSU kementerian pendidikan yang bernama Alias Ahmad yang feed info kepada wartawan untuk dilaporkan.

Fakta kedua -> KSU yang sama turut menjawat jawatan Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia.

Fakta ketiga -> Penganjuran penganugerah tersebut ialah majlis bersama UNESCO tetapi anugerah itu bukannya datang dari UNESCO.

Fakta keempat -> Majlis itu diadakan bersempena dengan persidangan agung PBB yang ke 71. Dan ianya julung2 kali diadakan. Maksudnya baru pertama kali nak anjur le tu.

Fakta kelima -> Anugerah yang bakal Rosmah terima pengiktirafannya datang dari Antiquities Coaliation (rujuk sini).

Pun begitu pada last minute, sejurus kontroversi laporan secara salah oleh BERNAMA itu, Antiquities Coaliation menarik balik penganugerahan tersebut. Ini bermaksud nama Rosmah Mansur dikeluarkan dari senarai penerima anugerah pada khamis ini. Dalam kenyataan kepada media, Antiquities menjelaskan penganugerahan tersebut sama sekali tidak berkait dengan UNESCO. Sama sekali tidak.

Sekarang berbalik kepada fakta laporan.

Alias Ahmad > ada kaitan dengan UNESCO > beri maklumat kepada wartawan > wartawan lapor kerana individu berpengaruh yang feed info.

Selepas kecoh bagai > Antiquities Coalition terpaksa emel media Malaysia menjelaskan situasi > Dan anugerah yang nak diberi, ditarik balik.

Kenapa?

Cukup sekadar betulkan siapa yang mengiktiraf jasa masa Rosmah Mansur kau neh. Kenapa sampai perlu tarik balik? Why? Why? Whyy?

Mungkin wujudnya unsur-unsur yang meragukan disitu.

Dia tu KSU seseorang.
Dia bekerja dengan seseorang..
Dia ada kaitan dengan agensi tertentu..

Rosmah dimalukan satu hal.
Wartawan BERNAMA dapat makian satu hal.
Yang KSU tu kenapa diam-diam je selepas feed info salah? Err yeke feed info salah semata-mata. Ke ada citer lain sampai Antiquities Coalition tarik semula penganugerahan tersebut?

Jeng.. jeng jeng..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...