Isnin, 19 September 2016

95% Tidak Yakin Penerangan Khazanah, Mereka Tolak Projek Tugu Negara 650j - Mana Najib Nak Letak Muka?


Saya telah dapat kembali maklumbalas rakyat mengenai cadangan membelanjakan RM650 juta untuk Taman Tugu. 95% tolak dan 95% tidak percaya penerangan Khazanah. Yang lagi lawaknya bila ditanya apa yang Khazanah patut buat dengan RM650 juta itu, hanya 10+% yang mahu ia diberi kepada Menteri Kewangan untuk diuruskan. Saya akan bawa perkara ini ke perhatian Khazanah minggu ini.

95% TOLAK TAMAN TUGU

Saya sertakan hasil kajiselidik untuk mengukur sentimen awam mengenai cadangan menaiktaraf Taman Tugu yang dianggarkan bernilai RM650 juta.

http://rafiziramli.com/2016/09/kajiselidik-taman-tugu-95-dari-responden-tidak-bersetuju-dengan-taman-tugu-56-sukarela-mendaftar/

Setakat hari ini, kajiselidik itu telah disertai oleh 1,049 responden dan keputusannya disertakan di lampiran. Seramai 56 orang telah mendaftar sebagai sukarelawan untuk menyertai pasukan penyelidik kos yang terdiri dari jurutera, juru ukur bahan, arkitek dan lain-lain.

Dengan 95% dari responden tidak bersetuju dengan cadangan ini dan 95% dari responden yang telah membaca penjelasan Tan Sri Azman Mokhtar juga tidak yakin dengan penerangan tersebut, saya percaya mesej itu jelas bahawa rakyat menolak projek Taman Tugu ini.

Langkah saya yang seterusnya pada hari ini adalah seperti berikut:
1. Menulis secara rasmi kepada Tan Sri Azman Mokhtar untuk mengemukakan dapatan kaji selidik ini

2. Memohon satu perbincangan rasmi di antara ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dan wakil dari pasukan penyelidik kos

3. Menyatakan kesediaan kami untuk menandatangani non-disclosure agreement (perjanjian kerahsiaan) untuk membolehkan kami meneliti secara terperinci skop kerja untuk membuat anggaran yang bebas 

4. Mendapatkan maklumbalas awam untuk membangunkan satu cadangan naiktaraf alternative yang tidak menelan belanja sedemikian rupa untuk dikemukakan kepada Khazanah

Saya percaya Tan Sri Azman Mokhtar prihatin dengan pandangan umum terhadap Khazanah dan menyampaikan perkara ini kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak, sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...