Khamis, 22 September 2016

Ramai Sokong Kenaikan Caj Parking, Kita Dapat 700k - 1j Sebulan Kata Datuk Bandar - Rakyat Cabar DBKL Buktikan Ramai Sokong Kenaikan.


11,000. 

11,000 ribu ialah jumlah mereka yang membantah atas talian tentang kenaikan caj parking yang dilaksanakan oleh DBKL baru-baru ini. Kenaikan itu merangkumi keseluruhan tempat letak kereta di Kuala Lumpur. 

11,000 yang membantah itu ada identitinya. 

Ada namanya, lokasinya, jantinanya dan kad pengenalannya. Maka, memorandum bantahan kenaikan kadar parking di KL yang dilaksanakan oleh DBKL baru-baru ini ada asasnya. Dalam erti kata lain, pembangkang ada bukti bahawanya 11,000 manusia yang benar-benar wujud telah membantah kenaikan tersebut. 

Pagi tadi Malaysiakini melaporkan kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz & Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Bala Mohan secara ringkasannya ; 

1. Orang ramai terima kenaikan kadar parking yang baru. 

2. Pembangkang saja nak tunjuk mereka buat kerja dengan menghantar memorandum bantahan tersebut. 

3. Respon yang kita terima orang ramai suka dengan kenaikan kadar parking yang baru dan ianya akan diteruskan. 

4. Selepas penerangan dilakukan, orang ramai setuju dengan kenaikan kadar parking yang baru. 

5. Hasil tinjauan di beberapa lokasi mendapati orang ramai sokong kenaikan kadar parking. 

6. Akhbar pula tidak sokong. Mungkin mereka sebelah sana (pembangkang). 

7. DBKL tak keluarkan satu sen pun dengan pelaksanaan sistem parking baru. 

8. Sebaliknya mereka menerima di antara 700k hingga ke 1 juta sebulan. 

---------------------- 

Jadi. DBKL terima 700k hingga ke satu juta sebulan. 
Maka, kesimpulannya rakyat sokong kenaikan kadar parking yang baru? 

Sesiapa pun boleh predict ini sebab utama DBKL enggan peduli kepada aduan, bukan? Selepas tersebarnya laporan dari Malaysiakini itu, orang ramai juga meminta DBKL membuktikan kenyataan mereka. 

Ia boleh dibaca menerusi ruangan komen di portal Malaysiakini yang melaporkan berita tentang ini. Respon2 netizens meminta dan mencabar Datuk Bandar dan DBKL agar membuktikan secara fakta iaitu dengan menghadirkan memorandum sokongan kenaikan kadar parking pula. Pembangkang ada bukti memorandum yang rakyat tidak bersetuju dengan kenaikan. 

Dan, apakah DBKL ada bukti dengan memorandum rakyat sokong kenaikan? Kalau ada sila bentangkan. Sebab kita nak tengok bukti bercakap bagi pihak mereka. Bukan nak dengar percakapan Datuk Bandar yang jelas berpihak. 

Ini kan satu sistem yang DBKL sendiri sokong apatah lagi Datuk Bandar sendiri sebut dapat 700k hingga ke sejuta dalam masa sebulan. Takan korang bodoh2 nak tolak duit melainkan dapat habuan yang lagi banyak dari ini. Tak gitu ke? Tambahan, Loga kata pembangkang hantar memorandum konon2 nak tunjukkan yang dorang buat kerja = wakil rakyat = bawa suara rakyat = buat kerja? Tapi sebelum tu dorang cakap banyak yang sokong kenaikan? Apa cer?? Bangang. Statement contradiks antara satu sama lain kot.

Sementara itu, kita orang nak makan popcorn dulu sambil-sambil tunggu DBKL bagi bukti rakyat sokong kenaikan. Harap cepat sikit ya. Banyak lagi isu lain nak mengata kerajaan biol neh. 

KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH! 

Ini laporan Malaysiakini berserta rujukan video ;


 

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata beliau mendapat maklum balas bahawa orang ramai menyokong kadar harga baru tempat letak kereta di ibu kota. Katanya, maklum balas itu diperoleh daripada penduduk di Bangsar dan Taman Tun Dr Ismail. 

“Banyak orang awam yang menyokong kenaikan harga temapt letak kereta ini tetapi press (akhbar) pula tak sokong, mungkin sebelah sana saya tak tahulah. 

“Tapi hakikatnya ada peluang orang nak masuk parkir itu yang kedua. “Bila parkir itu meningkat dan kita kawal, banyak peluang orang parkir terutamanya di Bangsar. “Dulu double parking, sekarang dah ada ruang untuk orang parkir. Penduduk Bangsar suka dan juga penduduk TTDI,” katanya. Amin berkata kepada pemberita dalam sidang media Perbarisan Hari Penguat Kuasa ke-47 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang menghantar memorandum bantahan kepada DBKL berkenaan bayaran baru tempat letak kereta di ibu kota yang disifatkan terlalu mahal. Memorandum itu berserta 11,000 tanda tangan petisyen rakyat Malaysia yang dikumpul melalui laman atas talian. Memorandum itu antara lain menyebut orang ramai mengadu bahawa mesin parkir hanya menerima duit syiling bagi bayaran selama satu jam dan pengguna tidak boleh menetapkannya melalui pecahan waktu. 

Mengulas lanjut Amin berkata DBKL kini mengaut keuntungan sehingga sejuta ringgit hasil keuntungan parkir baru itu dan bukan seperti didakwa pembangkang. “Hasilnya pembangkang kata kita membazir duit dengan parkir baru ini, sebenarnya kita tak keluarkan satu sen pun. “Kita dapat sebulan antara 700,000 hingga sejuta dengan sistem baru ini,” katanya. 

Sementara itu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Bala Mohan pula berkata rakyat boleh menerima berita itu setelah penjelasan dibuat. Loga berkata, pembangkang menghantar memorandum bantahan kepada pihak DBKL hanya bagi “menunjukkan bahawa mereka membuat kerja”. 

“Kira dah beritahu rakyat kenapa kita perlu naikkan harga parkir dan mereka setuju serta terima. “Harga parkir baru ini telah pun dikekalkan. Jadi memanglah dia (pembangkang) nak kena buat kerja sikit. Dia nak bagi memorandum, bagilah,” katanya. 

DBKL meningkatkan kadar parkir kepada hampir 150 peratus di kawasan pusat perniagaan (CBD) mulai 8 Julai lalu. Ia menjejaskan kawasan-kawasan seperti Bukit Bintang, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Bukit Damansara, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar. Berikutan bantahan orang ramai, DBKL kemudiannya menyelaraskan kadar letak kereta mengikut jam di kawasan-kawasan berkenaan dari RM2 sejam kepada RM1.50 untuk jam yang pertama, dan RM3 kepada RM2.50 untuk jam kedua dan seterusnya. 

Bagi kawasan di luar pusat bandar tetapi mempunyai aktiviti tinggi seperti Sentul, Bangsar dan Brickfields, caj yang dikenakan untuk jam pertama dan seterusnya adalah RM1. Manakala bagi kawasan di luar pusat bandar seperti Segambut, Taman Tun Dr Ismail, Setiawangsa, Sungai Besi dan Bandar Tun Razak, kadar untuk jam pertama dan seterusnya adalah RM0.80. 

Tahun lalu, DBKL telah melantik Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), cabang kebajikan Kementerian Wilayah Persekutuan, untuk menguruskan sistem letak kereta di Kuala Lumpur. Bawah perjanjian itu, YWP akan membayar 35 peratus atau RM600,000 daripada pendapatan kasar kutipan letak kereta kepada DBKL setiap bulan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...