Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Mac 2020

Pelobi Mahu Hishamuddin Jadi TPM Bukannya Zahid.

SHAHBUDIN HUSIN | RUNDINGAN UMNO DENGAN MUHYIDDIN TIADA KEPASTIAN, ZAHID HAMIDI SUKAR JADI TPM

Harapan UMNO untuk melihat Presiden parti itu, Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM mungkin tidak kesampaian.

Beberapa siri rundingan antara UMNO dengan Muhyiddin Yassin bagi pembahagian jawatan untuk parti itu dilaporkan masih lagi tiada keputusan yang pasti.

Ketidakpastian itu bukan saja berkaitan jawatan TPM untuk Zahid Hamidi, bahkan juga jawatan menteri-menteri tertentu untuk UMNO.

Sebagai pemegang blok terbesar Ahli Parlimen dalam Perikatan Nasional atau PN, UMNO telah menyuarakan pandangan agar selain kerusi TPM, kementerian-kementerian kanan seperti Kewangan, Pendidikan, MITI dan lain-lainnya juga diserahkan kepada wakil daripada parti itu.

Bagaimanapun, Muhyiddin dilaporkan menolak pandangan itu dengan mengatakan adalah hak beliau sebagai Perdana Menteri menentukannya.

Muhyiddin dikatakan hanya mahu UMNO menyenaraikan nama-nama pemimpinnya yang difikirkan layak untuk dilantik sebagai menteri saja, tetapi penentuan kementerian adalah hak beliau untuk membuat keputusan.

Lantaran sikap Muhyiddin itulah Zahid Hamidi dikatakan seperti sudah tawar hati dengan semalam mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak pernah melobi untuk jawatan TPM.

Hakikatnya, memandangkan UMNO adalah kumpulan terbesar Ahli Parlimen dan Zahid Hamidi pula berjawatan Presiden, sepatutnya Muhyiddin tidak perlu beralasan lagi daripada menyerahkan jawatan nombor dua dalam kerajaan kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Kekangan utama Muhyiddin untuk melantik Zahid Hamidi, bukan saja sebagai TPM, bahkan juga sebagai menteri, adalah kerana perbicaraan kes mahkamahnya sedang berjalan ketika ini.

Walaupun duluan sudah ada di mana Tun Mahathir pernah melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan kemudian kes mahkamah beliau yang sedang dibicarakan digugurkan, Muhyiddin sebaliknya dilaporkan tiada keberanian untuk menuruti jejak langkah itu.

Kebimbangan Muhyiddin ialah jika beliau menuruti langkah Tun Mahathir dengan melantik Zahid Hamidi yang dianggapnya tidak cukup bersih sebagai anggota kabinetnya lantaran kesnya sedang dibicarakan, bukan saja serangan terhadapnya akan berlipat kali ganda, malah kes-kes lama yang pernah dikaitkan dengannya seperti Bestarinet dan pengambilan tanah ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor dahulu akan turut diungkit semula.

Dalam keadaan kesihatannya yang tidak begitu mengizinkan, di samping perpecahan dalam Bersatu serta tekanan daripada PH dan Tun Mahathir selepas ini, Muhyiddin mungkin tidak cukup kekuatan untuk berhadapan semua cabaran itu.

Dikatakan, kecenderungan Muhyiddin lebih untuk menyerahkan jawatan TPM kepada Hishammuddin Hussein, walaupun anak Hussein Onn itu tiada jawatan dalam parti di peringkat pusat dan sama-sama berasal dari Johor.

Yang penting bagi Muhyiddin, melantik Hishammuddin membuatkannya kurang tertekan menguruskan kerajaan.

Untuk itu, beberapa pelobi UMNO yang dikenali sebagai “orang Muhyiddin” telah mengunjungi Zahid Hamidi dengan memintanya mengendurkan tekanan untuk mendapatkan jawatan TPM, sebaliknya memberi laluan kepada Hishammuddin untuk memegang jawatan nombor dua itu.

Pelobi-pelobi yang berjawatan di peringkat UMNO bahagian itu berpendapat hanya dengan Zahid Hamidi sedia memberi laluan secara sukarela kepada Hishammuddin saja akan memudahkan Muhyiddin melantik barisan kabinetnya dalam waktu terdekat ini.

Bagaimanapun, Zahid Hamidi dikatakan tidak memberi kata putus kepada tekanan pelobi-pelobi yang mengunjunginya itu dengan alasan soal kedudukan kabinet bukan boleh diputuskan olehnya secara sendirian, sebaliknya ia merupakan urusan UMNO secara kolektif.

Yang pasti, dengan kelewatan melantik kabinet sudah berlanjutan hampir seminggu dan pelobi-pelobi sudah dihantar untuk memujuk Zahid Hamidi, gambaran jelasnya ialah Muhyiddin sedaya upaya tidak mahu bergandingan dengan Presiden UMNO itu dalam menguruskan kerajaan pintu belakang yang sedang dipimpinnya.

Kecuali jika Muhyiddin benar-benar sudah tiada pilihan dan tidak mampu lagi untuk melawan, barangkali ketika itu barulah ada peluang Zahid Hamidi menduduki semula kerusi TPM, jawatan yang pernah disandangnya sebelum tumbangnya BN dalam PRU14 lalu - 7 Mac 2020.

Pensyarah UKM Mohon Maaf Kepada Lim Guan Eng & DAP Kerana Menfitnah.

SOSMED | Pensyarah UKM, Abdul Muein Abadi yang lantang mengkritik Pakatan Harapan, khususnya DAP hari ini membuat kenyataan maaf kepada Lim Guan Eng kerana menfitnah pemimpin itu dan mengaitkannya dengan LTTE.


Muein sebelum ini mendakwa DAP mempunyai hubungan sulit dengan pengganas LTTE dan zionis Israel dalam artikel yang bertajuk : “Hubungan sulit DAP, Pengganas LTTE dan Zionist Israel”.

Penulisan itu tersiar di Facebook dan menjadi tular.

Berikut adalah kenyataan penuh;

PERNYATAAN MAAF


Saya, Abdul Muein Bin Abadi, seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan ini mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada Y.B. Tuan Lim Guan Eng , dalam kapasiti peribadi beliau dan juga kapasiti rasmi beliau sebagai :

1. Menteri Kewangan Malaysia ;

2. Ahli Parlimen bagi kawasan Parlimen Bagan ; dan

3. Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Air Puteh dan juga kepada parti Democratic Action Party [“DAP”] atas pernyataan-pernyataan fitnah yang telah saya buat melalui artikel/rencana yang telah saya karangkan dan terbitkan melalui laman Facebook saya dan media social di bawah tajuk: “Hubungan sulit DAP, Pengganas LTTE dan Zionist Israel”.

Pernyataan maaf saya kepada Y.B. Tuan Lim Guan Eng dan parti DAP adalah tanpa sebarang syarat dan dengan penuh kekesalan.

Saya juga amat kesal dan kecewa atas sebarang kelukaan kepada perasaan Y.B. Tuan Lim Guan Eng dan ahli-ahli parti DAP yang diakibatkan oleh pernyataan-pernyataan tersebut.

Maka dengan itu, saya juga dengan penuh kerelaan dan tanpa sebarang syarat menarik balik keseluruhan rencana/artikel tersebut yang mana kandungannya saya akui adalah tidak berasas dan tidak benar langsung.

Dan akhirnya, saya umumkan bahawa saya telahpun membayar sejumlah RM3,500-00 sahaja sebagai kos guaman Y.B. Tuan Lim Guan Eng.

Sekian.

Bertarikh pada 7 haribulan Mac 2020
Abdul Muein Abadi

Jumaat, 6 Mac 2020

"Penat Ada Melayu Macam Ni," - UMNO Perak Bengang Kena Ugut Bincang Gabungan Baru.

POLITIK | Kecoh di laman sosial mengenai kenyataan Setiausaha Umno Perak, Dato’ Azian Osman yang juga Ahli Majlis Tertinggi mempersoalkan merit 'mereka' yang mahukan jawatan menteri besar.


Meskipun tidak menyebutkan sebarang nama dalam kenyataan itu, ramai percaya ia ditujukan kepada PPBM dan Peja.

“Apa merit mereka nak MB, KM tu? Mai bagi tau sat??? Siapa tamak???.

“Kecik aja dapat PM, jawatan paling besaq, lain pun sapu jugak? Partnership apa ni?

“Yang kecik modai pulak nak sapu share semua? Siapa tamak? Guna akai sikit?,”
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Azian turut menjelaskan perundingan UMNO adalah berdasarkan atas merit.

“Mengapa Umno dikata tamak? Umno minta ikut merit, mereka beriya iya nak juga merit apa?

“Orang yang nak sangat tak peduli merit ini yang tamak,”
katanya lagi.

Ketika berbalas komen dengan pengikutnya, Azian turut menyatakan partinya, UMNO diugut ketika berbincang mengenai rundingan kerjasama.

“Diaorang tau kita takkan bersama DAP tapi diaorang boleh bersama DAP.

“Itulah senjata mereka gertak kami jika tak setuju, penat ada Melayu macam ini,”
katanya.

Di Perak, terdapat ura-ura kerajaan PH akan jatuh dengan PPBM, UMNO dan PAS akan membentuk gabungan baru. - 6 Mac 2020.

Seru Belajar Di Sekolah Menengah Cina, Prof. Teo Kok Seong Mahu Dong Zong Diharamkan.

SEMASA | Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong dipetik sebagai berkata Dong Zong wajar diharamkan jika berterusan mencabar kepentingan negara menafikan aspirasi nasional.



Kenyataan Kok Seong disiarkan dalam portal Ismaweb pada 5 Mac.

“Mereka memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan aspirasi dan kepentingan negara.

“Kepentingan negara iaitu bahasa Melayu, mereka sepatutnya mendukung. Tapi daripada isu tulisan jawi dahulu, Dong Zong seolah-olah menentang kepentingan negara dan aspirasi nasional untuk menyatupadukan rakyat,”
katanya, memetik laporan itu.

Kok Seong dilaporkan berkata demikian kerana mengulas kenyataan beberapa pemimpin Dong Zong yang bertegas untuk terus menjuarai isu pendidikan Cina.

Sebelum ini akhbar berbahasa Cina, melaporkan Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, pertubuhan itu akan terus memperjuang beberapa isu berkaitan pendidikan Cina sebagai mana ketika pemerintahan PH sebelum ini, dan turut mahukan kerajaan baharu bertindak adil terhadap mereka.

Manakala Timbalan Presidennya, Datuk Tan Yew Sing berkata, terdapat sebahagian besar orang bukan Cina salah faham terhadap pendidikan Cina yang sedia ada.

“Kami berharap pelajar bukan Cina selepas tamat SJKC, akan meneruskan pelajaran di sekolah menengah persendirian Cina atau SMJKC, teruskan mengambil peperiksaan dan mencintai bahasa Cina.

“Kami juga berharap pelajar sekolah menengah Cina dan sekolah menengah kebangsaan menganggap gerakan pendidikan Cina bukan sebuah gerakan asing, agar jangkauan gerakan pendidikan Cina ini melepasi sekolah menengah persendirian Cina, dalam erti mencapai jangkauan seluas mungkin,”
katanya, dipetik laporan itu.

Bagi Teo Kok Seong, perkara sedemikian sebagai sesuatu perkara tidak sihat untuk negara.

“Saya kira seruan itu sesuatu yang tidak selari dengan aspirasi nasional. Selepas anak bangsa kita belajar di SJKC selama enam tahun, kalau ikut aspirasi nasional mereka perlu meneruskan pelajaran di sekolah kerajaan.

“Kalau sudah menjadi pilihan pelajar untuk belajar di sekolah persendirian Cina, itu hak mereka. Tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai satu seruan,”
katanya lagi. - 6 Mac 2020.

Rabu, 4 Mac 2020

Konspirasi Bawa PPBM Keluar PH Sudah Dirancang Lama - A.Kadir Jasin.

A. KADIR JASIN | 1. Apabila Tun Dr Mahathir memberitahu saya yang Tan Sri Muhyiddin mengaku dia anak orang alim bagi membuktikan yang dia orang baik, jawapan saya mudah saja.
 


2. Hanya syaitan bodoh saja merasuk anak orang jahat atau orang yang tidak ada pengaruh.

3. Tapi tidak ada syaitan yang bodoh. Syaitan cerdik cuma derhaka kepada Allah. Jadi syaitan akan rasuk orang yang berpengaruh yang boleh mempengaruhi ramai orang.

4. Justeru itu, Tok Guru dan anak-anak Tok Guru yang berpengaruh adalah sasaran yang unggul bagi syaitan.

5. Maaf cakaplah kalau saya kata, majoriti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu (MPT) yang bersidang pada hari Ahad 23 Februari lalu, seolah-olah dirasuk syaitan kerana bertubi-tubi mengasak Dr Mahathir supaya bersetuju dengan mereka untuk menarik Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan menyertai Umno dan Pas.

6. Bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Zahid Mat Arip, sampai menghentak meja dan berkata buat kali pertama dia menyokong Muhyiddin. Yang saya tahu dia sebelum ini sangat benci kepada Muhyiddin.

7. Turut penyokong dengan lantang sampai tidak sedikit pun mempedulikan rayuan Dr Mahathir ada Ahli MPT yang diketahui bercita-cita tinggi seperti Rafiq, Redzuan dan Wan Saiful.

8. Yang bercakap mempertahankan Dr Mahathir adalah minoriti dan terdiri daripada ahli MPT yang tidak bercita-cita politik.

9. Tapi ada juga yang hipokrit dan tikam belakang. Di depan Dr Mahathir sokong tapi sebenarnya mengkhianati beliau. Dalam hal ini saya, secara peribadi, amat kecewa dengan mainan Ahmad Faizal aka Peja.

10. Jelas daripada asakan dan penderhakaan pada 23 Februari itu bahawa konspirasi keluar PH dan bergabung dengan Umno itu sudah dirancang dengan teliti untuk satu jangka masa yang panjang melibatkan watak-watak dalam Bersatu, Umno, PKR dan Pas.

11. Ternyata Dr Mahathir juga dihampakan oleh watak-watak Umno yang beliau alu-alukan ke dalam Bersatu seperti Hamzah Zainuddin dan Mustapha Mohamed. Nampak seolah-olah ada usaha mengambil alih Bersatu oleh pendatang Umno ini.

12. Ini terbukti apabila Adun Umno dilantik menjadi MB Johor mengganti wakil Bersatu. Hal yang sama mungkin berlaku di negeri-negeri lain. Muhyiddin orang mulia, tapi kalau ini bukan pengkhianatan, apa lagi?

13. Inilah apa yang boleh saya simpulkan hasil daripada apa yang saya sendiri lihat dan apa yang saya dengar daripada Dr Mahathir.

14. Jadi apabila Muhyiddin berkata dia tidak mengkhianati Dr Mahathir, ia hanyalah simantik - antara yang tersurat dengan yang tersirat.

15. Sekali lagi Dr Mahathir telah dikhianati dan diderhakai oleh orang-orang yang dipercayainya.

Wallahuaklam.Terima kasih.

Lantik Zahid Sebagai TPM, UMNO Perlu Ikut Kata Tuan, Bukan Jadi Tuan - ARMADA..

Kenyataan Media | Kompas Perikatan Nasional ini harus terletak di atas keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Semalam (3 Mac 2020) sahaja, UMNO Kedah telah menetapkan pendirian supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menganggotai barisan Kabinet baru.

Ini benar-benar melampau. Zahid Hamidi ini dikenali ramai bukan kerana pencapaian beliau mengemudi negara dahulu.Tetapi, Zahid Hamidi paling terkenal dengan 47 pertuduhan (12 pecah amanah jenayah, 8 rasuah, 27 penggubahan wang haram) terhadap dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM 31 Juta.

UMNO Kedah sepatutnya hormat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ! Adakah UMNO berfikir Perikatan Nasional ini mampu dibentuk tanpa kerusi “emas” Bersatu? UMNO perlu dengar kata tuan, bukan cuba menjadi tuan.

Kebanyakan negeri akan/sudah jatuh ke tangan Perikatan Nasional. Saya melihat ini sebagai satu langkah memperkasakan Bersatu di peringkat Negeri. Jika Perdana Menteri adalah dari Bersatu, jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri juga harus letaknya kepada Bersatu.

Tetapi, belum sempat Tan Sri Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai PM8, Pengerusi Barisan Nasional merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Johor sudah diangkat sebagai Menteri Besar Johor! Ini tidak adil kepada Bersatu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perikatan Nasional tidak akan terbentuk tanpa keizinan dan ehsan dari Bersatu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. UMNO, PAS dan mana-mana lagi parti yang berlindung di bawah Perikatan Nasional harus hormat dan akur dengan kami. Ini paling jelas.

Bersatu. Beramanah. Bermaruah.
Bukannya bersatu, bersetia, berkhidmat.

ABDUL HANNAAN KHAIRY
EXCO ARMADA BERSATU MALAYSIA

UMNO Mahukan Jawatan Timbalan Perdana Menteri Untuk Zahid Hamidi.

Shahbudin Husin | UMNO TERSINGGUNG DENGAN MUHYIDDIN, BERKERAS TETAP MAHU ZAHID HAMIDI SEBAGAI TPM

Sama ada disengajakan atau tidak, perutusan Muhyiddin Yassin yang menyebut hanya mahu melantik mereka yang bersih, berkaliber dan berintergiti sebagai anggota jemaah menterinya telah membuatkan UMNO mula tersinggung dan berkecil hati.


UMNO melihat kenyataan Muhyiddin itu sebagai isyarat beliau hampir pasti akan mengenepikan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sedang berdepan perbicaraan di mahkamah dalam barisan kabinet yang bakal dilantiknya.

Hakikatnya, UMNO dengan sumbangan sebanyak 41 kerusi Parlimen untuk menyokong Muhyiddin melakukan rampasan kuasa menumbangkan PH, bukan saja mahukan Zahid Hamidi dilantik sebagai menteri, bahkan untuk menduduki kerusi TPM.

Beberapa sumber yang rapat dengan PWTC memberitahu, UMNO tidak ragu-ragu mengatakan Zahid Hamidi perlu diberikan jawatan TPM atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO.

Mereka berhujah bahawa UMNO berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah serta mahu Muhyiddin yang kini bersama dalam Perikatan Nasional turut berpegang kepada prinsip yang sama.

Jika Muhyiddin mengenepikan Zahid Hamidi, beliau dilihat bukan saja tidak berpegang kepada prinsip itu, malah menunjukkan sikap setujunya terhadap Tun Mahathir Mohamad yang sebelum ini telah mengenakan pendakwan ternadap Presiden UMNO itu.

Dalam hal ini, kata sumber itu, apakah Muhyiddin tidak meyakini kata-kata Zahid Hamidi yang bertegas mengatakan pendakwaan terhadapnya adalah palsu, bersifat politik dan terpilih atau beliau secara diam bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir?

Lantaran itu, meski tersinggung, UMNO dilaporkan tidak berputus asa untuk terus memberi tekanan kepada Muhyiddin agar akhirnya akur untuk memberikan jawatan nombor dua dalam kerajaan kepada Zahid Hamidi.

Bagi tujuan itu, Zahid Hamidi bersama Presiden Pas, Hadi Awang telah mengadakan pertemuan di rumah Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa malam tadi.

Pertemuan itu yang turut disertai Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, Bendahari BN, Tengku Adnan Tengku Mansor serta beberapa yang lain itu adalah dipercayai untuk membincangkan kedudukan kabinet Perikatan Nasional serta memohon sokongan Pas berhubung kewajaran Zahid Hamidi diletakkan sebagai TPM.

Berdasarkan kenyataan Hadi Awang dua hari lalu yang mengatakan PH juga pernah menggugurkan kes Lim Guan Eng selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Tun Mahathir, parti itu bukan saja setuju Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM, malah seperti memberi bayangan perlunya Muhyiddin melalui arahan kepada Peguam Negara yang bakal dilantiknya menggantikan Tommy Thomas selepas ini agar bertindak serupa menggugurkan kes terhadap Zahid Hamidi.

Dalam kes pembentukan kabinet, selain bertegas mahu Zahid Hamidi diberi jawatan TPM, UMNO juga dilaporkan ingin suara dan cadangan mereka diambil kira dalam perlantikan menteri daripada parti itu oleh Muhyiddin.

UMNO sama sekali tidak mahu Muhyiddin bertindak seperti Tun Mahathir ketika mengetuai PH yang melantik sesuka hati menteri-menteri daripada PKR dan membelakangkan cadangan nama yang diberikan oleh parti pimpinan Anwar Ibrahim.

Jika itu berlaku, Muhyiddin bukan saja dianggap telah melukakan hati UMNO, malah mungkin berdepan tindakbalas daripada UMNO dan Pas yang memang sebelumnya telah bergabung dalam Muafakat Nasional yang memiliki 59 kerusi Parlimen dalam Perikatan Nasional.

Bagi UMNO, wakil parti itu yang mahu dilantik sebagai menteri oleh Muhyiddin mesti datang daripada cadangan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sahaja dan bukan daripada pihak-pihak lain.

Akhirnya, apakah Muhyiddin berani mengenepikan Zahid Hamidi dan cadangan nama yang bakal dibawa oleh Presiden UMNO itu atau beliau terpaksa akur kerana kedudukannya yang masih tidak menentu? - 4 Mac 2020.

Selasa, 3 Mac 2020

Aktivis Jawab Pendedahan ZF Zamir.

Wan Zamzahidi Wan Zahid | Hari ini beberapa orang sahabat tag aku pada satu status oleh ZF Zamir yang merupakan salah seorang pegawai khas kepada Dr Maszlee Malek sewaktu beliau menjadi Menteri Pendidikan. 


Aku sebenarnya dah tahu tentang perkara ini lama dahulu, kerana bersama beberapa orang sahabat di PSM, kami yang mengendalikan kes pekerja kebersihan sekolah yang kehilangan sumber pendapatan dalam sekelip mata apabila kontrak baru dilaksanakan pada Jun 2019.

Ya, kami yang membawa mereka ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. Ya, kami parti nyamuk yang dihina kalah hilang deposit ini lah yang bersusah payah membawa mereka ke hulu ke hilir dari JPP, bawa ke Socso, bawa ke Mahkamah Perusahaan di Putrajaya. Kami yang dikutuk sebagai sesat dan tidak beragama ini lah.

Aku ingat lagi masa kali kedua aku bawa sebahagian mereka ke JPP di Wisma Persekutuan di Kuantan ni, aku terpaksa naik bas kerana duit dalam poket aku hanya ada sekitar RM20. Minyak kereta dari rumah aku di Pekan nak ke Kuantan, pergi balik mungkin lebih dari RM20.

Aku yang kemudiannya terpaksa belanja duit Grab dari baki tolak tambang bas tu untuk ke Socso pulak sebab ada seorang pekerja kebersihan 'sangkut' tak boleh nak buat aduan ke Socso. Aku rasa sendiri ni. Bukan tulis atas dengar cakap dari orang lain.

Kenapa aku cerita semua ni hari ni? Sebab hari ni baru ZF Zamir nak bercerita tentang masalah sebenar yang berlaku bila MOF potong peruntukan untuk kontrak kebersihan dan kawalan keselamatan sekolah. Butohlah kau ZF Zamir!!!

Kenapa hari ni baru kau nak cerita semua benda ni? Kenapa tidak sewaktu aku mesej kau tiap-tiap hari bertanya benda ni dulu? Kenapa? Kenapa kau bagi 'bluetick' saj apada pertanyaan aku? Apa faedahnya kau cerita sekarang sewaktu apa yang kau luahkan tu sudah tidak bermakna satu sen pun pada golongan yang hilang mata pencarian ni?

Dari bulan Mac 2019 kami ke Putrajaya, jumpa sendiri Dr Maszlee, masa tu kau buat apa? Garu telor dalam pejabat berhawa dingin?

Dari bulan Jun 2019 kami mengusung kelompok demi kelompok pekerja yang kehilangan mata pencarian untuk ke JPP, ke SOCSO dan ke mana lagi bagi menuntut hak, masa tu kau buat apa wahai ZF Zamir?

Kenapa waktu kau ada dalam pejabat kau tak cakap perkara ni? Syok sangat garu telor dalam pejabat berhawa dingin sampai lupa semuanya?

Kau jangan nak salahkan DAP semata-mata, sedangkan orang macam kau yang jadi kaduk naik junjung juga menyumbang kepada semua kesusahan ini. Aku tak sentuh lah tentang kejatuhan kerajaan PH sebab lantaklah, semua sama saja, tapi aku salahkan kau sebab kau adalah orang yang tahu tentang benda ni tapi kau tak buat apa-apa. Tak buat apa-apa. Kau tahu bahawa lebih kurang 50 ribu pekerja kehilangan mata pencarian tapi sebab kau sayangkan jawatan kau dalam pejabat berhawa dingin tu, kau diamkan semuanya.

Aku tak nak babikan kau ZF Zamir sebab manusia macam aku tahu bahawa babi pun tak seteruk manusia macam kau ni ZF Zamir. Mungkin manusia macam kau tak pernah tahu sebab manusia macam kau sebenarnya lebih hina dari babi.

Salam jari tengah untuk manusia macam kau ni ZF Zamir. - 3 Mac 2020.

Bekas Pegawai Maszlee Dedah Rahsia Yang Berlaku Antara MOF Dan MOE..

ZF Zamir | ADA sebuah mesyuarat yang sering dijadikan bahan percakapan dalam kalangan penjawat awam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kisah ini agak popular sehingga saya sendiri pernah diminta kepastian mengenai kesahihannya oleh beberapa teman.
 


Kisah ini berlaku di sebuah mesyuarat di Kementerian Kewangan (MOF) antara dua menteri iaitu menteri pendidikan dan menteri kewangan. Bersama-sama di dalam bilik mesyuarat adalah pegawai tertinggi kedua-dua kementerian termasuk ketua setiausaha (KSU) KPM dan KSU MOF.

Mesyuarat tersebut terpaksa dilakukan setelah pelbagai usaha KPM untuk meneruskan bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan & Keselamatan (KBK) seperti tahun-tahun sebelumnya menemui jalan buntu.

MOF telah menetapkan mahu mengurangkan bajet PKK sebanyak RM50.7 juta dan bajet BKK sebanyak RM427.3 juta untuk 2019 berbanding bajet yang diterima secara normal pada 2018 sebelumnya atau pengurangan RM478 juta keseluruhannya.

Ini menyebabkan hampir 1,382 syarikat terjejas berbanding jumlah keseluruhan 1,953 kontrak yang dikeluarkan. Lebih menyedihkan, keputusan ini akan menyebabkan seramai 10,406 pekerjaan dikurangkan dalam dua fasa.

Dalam dua mesyuarat bersama-sama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) pada 31 Januari 2019 dan 27 Mac 2019 yang dibawa oleh saudara Arul dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Maszlee Malik telah berjanji bahawa apa juga keputusan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pekerja kontrak di sekolah kerana mereka kebanyakannya adalah warga B40 yang bergantung hidup kepada gaji sekecil RM900 sehingga RM1500 sahaja.

Malangnya di dalam mesyuarat tersebut, permintaan KPM untuk mendapatkan jumlah bajet seperti yang diminta ditolak mentah-mentah. Diceritakan komen sinis salah seorang ahli mesyuarat: “Jaga sekolah ni tak perlulah ramai-ramai. Sekolah-sekolah kampung carilah ‘volunteer’ (sukarelawan), mak bapa yang tak ada kerja tu boleh volunteer.”

Inilah sebab mengapa kisah mesyuarat ini menjadi bahan percakapan di kalangan warga KPM.

Apakah maknanya ‘volunteer’? Bagaimana dengan tanggungjawab untuk pastikan barangan dalam bangunan sekolah tidak dicerobohi? Adakah PIBG perlu cari ‘volunteer’ untuk jadi ‘guard’ (jaga) sekolah pula?

Salah seorang pegawai di KPM pernah menyatakan kepada saya dalam nada marah setelah mengetahui kisah ini: “Kita tak boleh suka-suka ubah sistem yang dah ada. Apa maksud ‘volunteer’? Di sekolah ada barang seperti laptop, LCD dan banyak fail Sulit, siapa akan bertanggungjawab jika dicerobohi? Kalau ibu bapa yang ‘volunteer’ diserang pencuri, siapa akan bertanggungjawab terhadap mereka? Kalau kena tembak atau ditikam, siapa akan bayar kos perubatan?”

Pandang mudah

Kisah di atas adalah cebisan dari ratusan kisah yang kita semua biasa dengar di KPM. MOF seperti biasa, mengambil pendirian pandang mudah dan meneruskan agenda penjimatan seperti yang mereka mahukan.

Pekerja kontrak keselamatan dan kebersihan yang terlibat dalam program penjimatan mereka terus ditamatkan dalam dua fasa seperti dirancang. Kami di KPM setiap hari menerima panggilan, WhatsApp, mesej dan emel tentang perkara ini namun tidak mampu melakukan apa-apa kerana bajet yang diminta tidak diluluskan MOF.

Malah liputan turut disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Rakyat pada amnya melihat yang jahat adalah Dr Maszlee dan KPM, tanpa mengetahui punca sebenar mengapa sehingga 10,000 pekerja diberhentikan, atau seperti dilaporkan Utusan, 27,000 orang terjejas.

Banyak lagi kisah-kisah lain yang tidak perlu saya tuliskan secara terperinci butirannya. MOF membuat keputusan-keputusan mereka sendiri tanpa melakukan libat urus yang mendalam dengan pihak yang akan menerima kesannya.

Beberapa agensi di bawah KPM diarahkan tutup dalam sela masa yang kadangkala tidak masuk akal, ada di antaranya diarahkan tutup dalam masa 3 bulan.

Institut Terjemahan Buku Negara (ITMB) misalnya diarahkan tutup oleh Jawatankuasa Rasionalisasi kerana kononnya tidak penting. 96% pekerja ITBM adalah orang Melayu. Hari ini ITBM masih beroperasi setelah Maszlee membawa isu ini masuk ke dalam Kabinet, dan MOF masih tidak mengeluarkan sebarang bajet untuk membantu.

PADU diarahkan tutup walaupun sedang melaksanakan agenda dalam rangka tindakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. 90% pekerja mereka hari ini saya difahamkan sudah keluar mencari kerja lain dan saya tidak pasti apa akan berlaku kepada agenda pelan itu yang masih mempunyai baki 5 tahun.

Tidak penting

Dan yang paling tidak masuk akal, Institut Pendidikan Guru (IPG) juga termasuk dalam senarai rasionalisasi (tutup dan tamatkan) oleh MOF. Menurut pandangan mereka, penjimatan sehingga RM213 juta boleh dilaksanakan kerana Kerajaan tidak lagi perlu membayar elaun pelatih guru.

Saya menentang keras kerana dalam banyak perkara, mengapa kerajaan (melalui MOF) tergamak memotong bajet pendidikan dan elaun pelatih guru? Apakah sudah tidak ada cara lain sehingga bajet untuk pembinaan guru yang sangat penting ini perlu diusik juga?

Malah mereka secara sinis mencadangkan agar semua pelajar yang mahu masuk ke dalam sistem perguruan boleh membuat permohonan di Fakulti Pendidikan di mana-mana Universiti Awam yang ada dan perlu memohon tabung PTPTN.

Berita penutupan 27 IPG ini akhirnya meletup juga, disiarkan secara eksklusif oleh Berita Harian (BH). Sekali lagi, Maszlee terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa berita tersebut tidak benar dan ketika dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, perdana menteri setuju IPG dikekalkan.

Pada hari yang sama keputusan Kabinet ini dibuat, saya terpaksa bertegang urat dengan ketua editor BH semata-mata kerana mahu menutup kejahatan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh MOF ini.

Pengalaman rakyat

Saya percaya, rakyat tidak akan mudah melupakan ini. Pekerja paling bawah, warga B40 yang setelah bertahun-tahun bekerja kontrak dengan gaji tidak lebih RM 1500 diberhentikan setelah Pakatan Harapan (PH) naik.

Di sekolah pula, bajet ko-kurikulum tidak lagi turun. Sekolah tidak lagi mempunyai wang untuk membuat program keagamaan seperti Maulidur Rasul atau untuk membeli air mineral untuk murid yang akan mewakili sekolah ke kejohanan olahraga. Ribuan program badan beruniform seperti kawad kaki dan program sukan di sekolah dibatalkan.

Ini semua hanya berlaku setelah kerajaan PH naik.

Dalam masa yang sama, hanya pegawai kementerian sahaja yang tahu berapa banyak surat dari Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan yang sampai di Pejabat Menteri Kewangan tanpa melalui menteri pendidikan. Berapakah peruntukan yang diberikan oleh menteri kewangan kepada timbalan menteri pendidikan sepanjang tempoh 22 bulan ini agaknya?

Rakyat juga tidak akan lupa peruntukan RM60 juta kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, serta betapa megahnya parti DAP dan Lim Guan Eng ketika merasmikan kelulusan pentadbiran tunggal SMJK Heng Ee 2. Sekolah jenis kebangsaan Cina boleh dibuka sesuka hati, tanpa memerlukan bacaan semula Perlembagaan.

Ini semua hanya berlaku setelah kerajaan PH naik.

Dan paling terbaru, ketika beribu alasan diberikan untuk mengurangkan bajet pendidikan sebanyak beratus-ratus juta, sebanyak RM 450 juta diberikan kepada teman-teman rapat mereka untuk membantu usahawan e-wallet. Apakah ini?

PH naik sebab apa?

Ketika kita mula berkempen untuk memenangkan PH sebelum PRU14 yang lalu, kita hanya punya satu tujuan iaitu menewaskan koruptor.

Ketika itu kita semua bersatu padu dan belum belajar untuk menikmati kuasa dan kekuasaan. Namun seperti kata Lord Acton: “Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely. Great men are almost always bad men…”

Namun hari-hari saya di KPM nampaknya dihabiskan untuk mengawal tindak tanduk ahli politik yang sudah mulai korup untuk memuaskan hati sebilangan pengundi mereka sahaja.

Bermula dengan isu matrikulasi, yang menurut mereka perlu diluaskan 100% mengikut meritokrasi, kemudiannya memburuk dengan isu kemasukan ke jurusan kritikal di IPTA yang juga menurut mereka, perlu dibuka seluas-luasnya.

Semua semakin memburuk dengan adanya pemimpin DAP yang semakin besar kepala dan menteri yang mengambil 99% staf di pejabat yang menjaga hal ehwal perpaduan dari satu kaum sahaja. Isu seperti arwah Adib dan tulisan Jawi dicampur aduk sebagai perencah oleh golongan liberal seperti Siti Kasim untuk menekan kerajaan menjadi kerajaan yang pro-bukan Melayu. Kemudian hadir isu komik pro negara China oleh Superman Hew.

Tidak cukup buruk, keputusan Peguam Negara Tommy Thomas dalam kes LTTE keluar pula. Tidak dapat dielakkan persepsi kaum Melayu umum pada hari ini percaya kerajaan PH adalah kerajaan tunggangan DAP. Kerajaan PH pro Cina. Kerajaan PH anti Melayu-Muslim.

Polarisasi struktural-kultural

PH masuk pada awalnya dengan imej sebagai kerajaan yang bersih. Namun 22 bulan setelah gagal mengurus kemenangan, PH keluar sebagai kerajaan yang paling rasis, paling perkauman dan paling teruk, paling anti Melayu dan Muslim.

Rupa-rupanya, seperti kata Kuntowijoyo, koalisi PH yang terbentuk akibat integrasi vertikal Bersatu, Amanah dan DAP tidak membuktikan integrasi horizontol terwujud. Gerakan sosial-politik kita terbahagi secara kaku mengikut acuan budaya yang diterjemah mengikut acuan bangsa.

Semuanya terbias melalui tindak tanduk satu parti yang terlalu gopoh mahukan perubahan, dalam masa yang singkat tanpa mempedulikan psiki warga majoriti di negara ini.

DAP, anda bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kejatuhan PH, namun kebangkitan semula para koruptor hari ini. – 3 Mac 2020.

Isnin, 2 Mac 2020

Perbicaraan Ditangguhkan, Zahid Beri Penjelasan.

POLITIK | Portal News Strait Times melaporkan perbicaraan Zahid Hamidi yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan.

Menurut portal itu, ia adalah kerana Zahid memohon penangguhan berikutan perlu menghadiri satu mesyuarat dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi membincangkan pembentukan kerajaan baru.

Zahid juga mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan situasi semasa kepada orang ramai;


Menurut Zahid, kesnya hanya ditangguhkan pada 2 Mac dan akan bersambung pada 3 Mac.

Menurutnya lagi, kesnya TIDAK akan digugurkan seperti kes-kes lainnya.
 
"Insya-Allah saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes. Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini pendakwaan politik dan terpilih," jelas Zahid dalam kenyataan itu. - 2 Mac 2020.

Pak Wan, Hatta, Dikaitkan Dengan Pesakit Positif Covid-19, Wong Chen Kuarantinkan Diri.

SOSMED | Semalam beberapa laporan media menyebut bekas menteri dan timbalan perdana menteri dikaitkan mempunyai contact dengan pesakit positif Covid-19 kerana menghadiri majlis yang sama sebelum ini.

Pesakit itu, ialah Datuk Hisham Hamdan, Pengerusi UDA Holdings. Identiti pesakit didedahkan oleh portal Free Malaysia Today pagi tadi.

Laporan yang sama turut memetik kenyataan dari sumber yang enggan dinamakan, yang mengesahkan Datuk Hisham sedang dirawat di salah sebuah hospital kerajaan.

Khazanah juga dilaporkan bekerjasama dengan pihak kesihatan dan pihak pengurusan dengan melaksanakan beberapa langkah dan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua kakitangannya.  

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Kangar, mendedahkan salah seorang bekas menteri yang dimaksudkan oleh media tempatan ialah merujuk kepada Pak Wan ataupun nama sebenarnya Datuk Seri Redzuan Yusof.

"Diberitahu Datuk Hisham duduk semeja dengan Pak Wan kereta terbang pada 27 Feb. Harapnya mesej ini sampai ke pengetahuan keluarga Pak Wan memandangkan Pak Wan dilihat berada di rumah Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Istana," tulisnya. 

Netizens pula menyebarkan gambar Pak Wan dan Dr. Hatta Ramli bagi mengesahkan dakwaan Amin Iskandar itu.


Sementara itu, Wong Chen, Ahli Parlimen Subang mempunyai beberapa perkembangan mengenai insiden ini. Menurutnya;

1. Kakitangan Khazanah disahkan positif Covid-19.

2. Tiga hari lepas, menteri dan timbalan menteri mempunyai kontak dengan individu tersebut. Mereka juga telah menghadiri banyak majlis-majlis politik dan ditempat orang ramai.

3. Langkah berjaga-jaga telah diambil.

4. Ujian telah dilakukan terhadap bekas menteri dan timbalan menteri.

5. Sila maklum, ketika ini tiada tanda kedua-duanya telah dijangkiti dan ujian akan tetap diteruskan.

6. Berdasarkan nasihat pegawai kesihatan, jika anda mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19, langkah yang patut dibuat ialah kuarantinkan diri sendiri.

7. Oleh itu Wong Chen akan kuarantinkan dirinya selama dua hari, bermula hari ini dan esok, sehingga mendapat keputusan ujian terhadap bekas menteri dan timbalannya.

8. Wong Chen juga meminta semua pihak jangan panik. Tujuannya melaporkan untuk mengekang penyebaran wabak.

9. Dan nasihatnya, jika ada sesiapa merasa sakit dan tanda-tanda Covid-19, segeralah mendapatkan rawatan. - 2 Mac 2020.

Ahad, 1 Mac 2020

Cerita Sebenar Di Malam Mesyuarat Majlis Presiden PH Hinggalah Tertumbangnya Kerajaan.

Adam Mukriz Mohd Muhayeddin | Bila dah bukan habis kemelut ni, boleh la saya cerita apa yang berlaku sebenarnya. Sebab banyak versi sangat dah, teori konspirasi semua keluar. Maka boleh lah saya cerita apa yang berlaku sebenarnya.

Ingat tak Jumaat minggu lepas masa Mesyuarat Majlis Presiden? 


Dalam mesyuarat tu walaupun ada tegang sikit apa semua, akhirnya bersetuju untuk bagi Tun M pilih bila dia nak jadi PM. Ini jelas dalam PC tadi. Tak ada krisis langsung yang berlaku sperti yang mereka expect.

Kemudian tenang. Tak ada apa.

Pagi Ahad tu bermula segalanya. Azmin punya team kartel meeting kat Sheraton. BERSATU pulak ada meeting Majlis Pimpinan Tertinggi. Dalam mesyuarat tu, Tun M tak setuju kalau nak ambik UMNO (satu blok) sebagai sebuah parti. Tun M tak nak Zahid, Azeez semua masuk. Kau gila. Penat penat kita berjuang lawan dorang. Ada yang masuk jel apa semua akhirnya nak terima dorang balik dan ambik jadi kerajaan? Atas dasar prinsip. Tun tolak. Nak terima Ahli Parlimen sikit sikit boleh. Bukan satu parti sekaligus macam tu.

Antara yang sokong Tun M hanya lah beberapa orang dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) je. Syed Saddiq, Dr Maszlee, Akhramshah, Mukhriz, Kadir Jasin dan ABY. Tun M siap menahan sebak "Jangan paksa saya langgar prinsip saya". Dalam mesyuarat ni paling kurang ajar, Setiausaha Politik dia sendiri, Zahid Mat Arip. Tun M nyatakan sekarang tolonglah fikir pasal masalah negara yang banyak. Dengan coronavirusnya dan ekonomi apa semua.

Keputusan tergantung dan beri masa untuk Tun M decide. Azmin waktu tu pun sama nak berharap Tun ubah fikiran. Tun pun balik rumah. Dekat rumah, Haji Hadi, Azmin, Fadilah GPS, Zahid Hamidi, Abang Johari, Tan Sri Muhyiddin semua datang bincang kat rumah pulak next plan. Masa ni la Zahid keluar kan syarat syarat dia antara jawatan kanan kabinet, kena ambik semua sekali atau tak nak terus, dan mintak buat keputusan sekarang jugak.

Kenapa mereka paksa buat keputusan sekarang? Sebab Najib punya kes, Zahid punya kes akan ada keputusan tak lama lagi. Maka mereka perlu keputuaan segera!

Tun kata kerja bodo. Belum apa apa dah ugut.

Okay lah. Malam tu berlaku la Langkah Sheraton. Berpeluk gila sakan. Ku nan datang macam Menteri orang tolong bukak laluan, semua yang ada malam tu dah berangan pilih nak kementerian itu ini.

Gila! No way!

Pagi Isnin, Tun M tak masuk office. Wan Azizah, Anwar, Mat Sabu, Guan Eng semua datang jumpa Tun. Tun tak ada kat office then tahu Tun kat rumah, mereka pergi kat rumah. Ingat tak yang mereka tunggu kat luar? Tun tak sihat. Yelah stress fikir.

Lepas dari tu baru lah sorang demi sorang jumpa Tun M dalam rumah. Sebelum jumpa ni, mereka ni anggap Tun M la orang paling jahat. Bagi mereka Tun M lah orang yang merencanakan semua ni. Kerajaan Pintu Belakang atau Langkah Sheraton ke apa.

Selepas jumpa seorang demi seorang jumpa Tun, mereka dah diexplain apa semua. Mereka sedar yang Tun M adalah orang yang ikhlas dan berprinsip sebab Tun M boleh jadi PM kepada coalition kepada semua parti tapi waktu tu dah terlambat. Tun M telah pun letak jawatan.

Orang tanya saya habis tu kalau nak jadi PM balik, buat apa dia letak jawatan? Actually Tun M tak nak jadi PM di bawah coalition ni. Sebab BERSATU dah keluar dari Pakatan Harapan. Actually kerajaan PH dah tumbang. Jadi Tun M tak nak jadi PM dalam kerajaan UMNO ni tadi. Tun jugak letak jawatan Pengerusi Bersatu sebab tak setuju dengan pendirian bersatu yang dibuat Tan Sri Muhydidin.

So Tun M pergi lah jumpa Agong dan jadi PM Interim. And Agong kata nak jumpa sorang sorang. Malam tu PH buat Majlis Presiden tanpa Tun M. Sebab Tun M bukan lagi Pengerusi Bersatu dia tak boleh hadir. Bagi PH pulak mungkin ingat Tun M tak ikhlas sebab tak datang. Maka mereka calonkan Anwar sebagai PM.

Bila habis jumpa semua MP. Agong pun panggil Tun M cakap takde sape ada majoriti. Sebab apa? Sebab ada nama lain selain Tun M dan Anwar. So, suggest bawak sidang parlimen yang kemudiannya kata speaker kata tak boleh.

Habis bab tu. So sebelum ketua ketua parti jumpa Agong, PH datang jumpa Tun, dan Tun setuju untuk jadi PM balik dengan beberapa syarat yang mana mereka pun bersetuju. Sebelum tu, BERSATU buat ketetapan untuk namakan TS Muhyiddin sebagai PM dan bersetuju dnegan UMNO dan PAS secara blok. Which is Tun M tak nak.

Jadi bila pergi ke Istana pagi tu, semua dah bawak nama. BERSATU, PAS, UMNO sokong TSMY dan PH sokong Tun M. Warisan datang kemudian.

Paling menyedihkan Tun M hilang ramai orang kepercayaan dia termasuk bebrapa ahli Parlimen yang dia ingat kawan. Itu yang Tun M kata dia dikhianati. Ya. Pengkhianatan yang terbesar. Tun M nyatakan TSMY adalah pengkhianat beliau.

Banyak pengajaran kita dapat dari cerita ni.

Tamak dan gelojoh. Bila ada pemimpin yang mahu itu ini tapi tak reti sabar gini la jadinya. Hati hati dengan orang kita percaya. Kita tak tahu bila dia akan tikam kita bila ada peluang depan kita. Saya sendiri pun tak tahu siapa lah nak percaya sekarang ni.

Itulah cerita sedikit sebanyak yang sudah pun diringkaskan. Namun kemelut ini mengajar aku banyak perkara. Tun M pun akan terus berjuang dengan prinsipnya dengam beberapa orang lagi.

Saya tidak sedih dia letak jawatan. Cuma saya rasa ini bukan pengakhiran yang baik untuk insan bernama Dr Mahathir bin Mohamad. Itu juga kata Tun Siti Hasmah, isterinya.

Kita bina parti BERSATU sama sama. Agak sedih bila jadi macam ni sebab kuasa. I lost a lot of my friends too. Yang tetiba boleh maki hamun Tun. So entahlah. Dunia ini bulat, bagi saya, saya kan kekal berprinsip. Lagipun rezeki Allah tentukan. Itu je selalu percaya. - 1 Mac 2019.

Maszlee Sokong Tun Atau Muhyiddin? Ini Penjelasan MP Simpang Renggam.

Kenyataan Media | Ramai yang bertanya di manakah pendirian saya? Di manakah saya selama ini?

Saya akui, saya memang mentaati disiplin parti dan bersama Presiden sehinggalah saat beliau bertolak dan pulang dari istana semalam.


Saya cuba untuk menjadi seorang ‘party-man’, seorang yang teguh dengan parti kerana saya sering ditegur oleh Kepimpinan parti yang saya tidak pandai menjadi ‘team player’, saya tidak pandai berpolitik.

Namun, setelah duduk bersama dengan para pemimpin UMNO yang turut hadir dan akan membentuk kerajaan bersama yang baru, hati saya mula merasa berat. Sangat berat.

Ada di antara mereka yang masih diselaputi isu-isu rasuah dan penyelewengan termasuk di Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri, yang dahulunya puas saya berusaha membersihkan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.

Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah saya bersedia untuk menerima semula mereka?

Lalu menjadikan mereka pemimpin negara semula setelah mereka ditolak oleh rakyat dan ada di antara mereka yang sedang menghadapi proses pengadilan?

Saya dihubungi oleh keluarga, rakan-rakan, para pengundi dari Simpang Renggam, dan juga semua para penyokong.

Suara mereka satu sahaja, “Jangan khianati pengorbanan dan undi yang telah kami berikan kepada YB sehingga meletakkan YB sebagai wakil kami di parlimen.”

Saya berbincang dengan mereka yang dekat dengan saya, dan saya telah melakukan istikharah memohon petunjuk Allah.

Akhirnya pada jam 4 petang semalam, saya tekad untuk membuat keputusan yang amat berat.

Saya akui saya sayang dan bersama Tan Sri Presiden sejak dari awal, malah membulatkan tekad bersama beliau dan meyakini beliau adalah calon PM bagi parti.

Namun bukanlah sehingga menghampakan undi rakyat yang telah meletakkan kita di kedudukan kita pada hari ini. Rakyat pulang mengundi pada PRU 14 yang lalu untuk tumbangkan regim kleptokrasi UMNO-BN. Itu pasti.

Apabila keadaan sudah semakin rumit, dan saya terpaksa memilih antara ketaatan dan prinsip, maka saya telah membuat keputusan yang besar dan penting, iaitu kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan.

Kembali kepada prinsip perjuangan yang sebenar.

Mereka mengingatkan siapa saya, kenapa saya ceburi politik, dan kenapa rakyat Simpang Renggam memilih untuk mengundi saya dahulu.

Mereka tidak akan redha untuk saya bekerjasama dengan watak-watak yang sama-sama kami jatuhkan sewaktu PRU14, lantas meninggalkan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berkorban dari awal.

Keputusan ini adalah muktamad, kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan politik.

Sebagai seorang manusia biasa, saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Banyak yang berlaku dalam hidup saya sepanjang dua bulan ini. Ditendang, disalahfahami, dikecam, dimusuhi kerana isu-isu yang saya sendiri tidak pilih.

Di dalam politik, saya orang baharu. Tetapi prinsip sayangkan negara, letakkan kepentingan negara melebihi kepentingan politik, telah lama ada.

Saya memohon maaf atas kekhilafan saya selama ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menegur.

Demi rakyat, demi negara. Biar putih tulang, jangan putih mata. Membujur lalu melintang patah.

Terus berjuang dan kekal berprinsip.

Dari rakyat kita datang, kepada rakyat kita kembali.

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam
1 Mac 2020
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...