Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Mac 2020

Seru Belajar Di Sekolah Menengah Cina, Prof. Teo Kok Seong Mahu Dong Zong Diharamkan.

SEMASA | Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong dipetik sebagai berkata Dong Zong wajar diharamkan jika berterusan mencabar kepentingan negara menafikan aspirasi nasional.



Kenyataan Kok Seong disiarkan dalam portal Ismaweb pada 5 Mac.

“Mereka memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan aspirasi dan kepentingan negara.

“Kepentingan negara iaitu bahasa Melayu, mereka sepatutnya mendukung. Tapi daripada isu tulisan jawi dahulu, Dong Zong seolah-olah menentang kepentingan negara dan aspirasi nasional untuk menyatupadukan rakyat,”
katanya, memetik laporan itu.

Kok Seong dilaporkan berkata demikian kerana mengulas kenyataan beberapa pemimpin Dong Zong yang bertegas untuk terus menjuarai isu pendidikan Cina.

Sebelum ini akhbar berbahasa Cina, melaporkan Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, pertubuhan itu akan terus memperjuang beberapa isu berkaitan pendidikan Cina sebagai mana ketika pemerintahan PH sebelum ini, dan turut mahukan kerajaan baharu bertindak adil terhadap mereka.

Manakala Timbalan Presidennya, Datuk Tan Yew Sing berkata, terdapat sebahagian besar orang bukan Cina salah faham terhadap pendidikan Cina yang sedia ada.

“Kami berharap pelajar bukan Cina selepas tamat SJKC, akan meneruskan pelajaran di sekolah menengah persendirian Cina atau SMJKC, teruskan mengambil peperiksaan dan mencintai bahasa Cina.

“Kami juga berharap pelajar sekolah menengah Cina dan sekolah menengah kebangsaan menganggap gerakan pendidikan Cina bukan sebuah gerakan asing, agar jangkauan gerakan pendidikan Cina ini melepasi sekolah menengah persendirian Cina, dalam erti mencapai jangkauan seluas mungkin,”
katanya, dipetik laporan itu.

Bagi Teo Kok Seong, perkara sedemikian sebagai sesuatu perkara tidak sihat untuk negara.

“Saya kira seruan itu sesuatu yang tidak selari dengan aspirasi nasional. Selepas anak bangsa kita belajar di SJKC selama enam tahun, kalau ikut aspirasi nasional mereka perlu meneruskan pelajaran di sekolah kerajaan.

“Kalau sudah menjadi pilihan pelajar untuk belajar di sekolah persendirian Cina, itu hak mereka. Tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai satu seruan,”
katanya lagi. - 6 Mac 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...