Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 Mac 2020

Pak Wan, Hatta, Dikaitkan Dengan Pesakit Positif Covid-19, Wong Chen Kuarantinkan Diri.

SOSMED | Semalam beberapa laporan media menyebut bekas menteri dan timbalan perdana menteri dikaitkan mempunyai contact dengan pesakit positif Covid-19 kerana menghadiri majlis yang sama sebelum ini.

Pesakit itu, ialah Datuk Hisham Hamdan, Pengerusi UDA Holdings. Identiti pesakit didedahkan oleh portal Free Malaysia Today pagi tadi.

Laporan yang sama turut memetik kenyataan dari sumber yang enggan dinamakan, yang mengesahkan Datuk Hisham sedang dirawat di salah sebuah hospital kerajaan.

Khazanah juga dilaporkan bekerjasama dengan pihak kesihatan dan pihak pengurusan dengan melaksanakan beberapa langkah dan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua kakitangannya.  

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Kangar, mendedahkan salah seorang bekas menteri yang dimaksudkan oleh media tempatan ialah merujuk kepada Pak Wan ataupun nama sebenarnya Datuk Seri Redzuan Yusof.

"Diberitahu Datuk Hisham duduk semeja dengan Pak Wan kereta terbang pada 27 Feb. Harapnya mesej ini sampai ke pengetahuan keluarga Pak Wan memandangkan Pak Wan dilihat berada di rumah Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Istana," tulisnya. 

Netizens pula menyebarkan gambar Pak Wan dan Dr. Hatta Ramli bagi mengesahkan dakwaan Amin Iskandar itu.


Sementara itu, Wong Chen, Ahli Parlimen Subang mempunyai beberapa perkembangan mengenai insiden ini. Menurutnya;

1. Kakitangan Khazanah disahkan positif Covid-19.

2. Tiga hari lepas, menteri dan timbalan menteri mempunyai kontak dengan individu tersebut. Mereka juga telah menghadiri banyak majlis-majlis politik dan ditempat orang ramai.

3. Langkah berjaga-jaga telah diambil.

4. Ujian telah dilakukan terhadap bekas menteri dan timbalan menteri.

5. Sila maklum, ketika ini tiada tanda kedua-duanya telah dijangkiti dan ujian akan tetap diteruskan.

6. Berdasarkan nasihat pegawai kesihatan, jika anda mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19, langkah yang patut dibuat ialah kuarantinkan diri sendiri.

7. Oleh itu Wong Chen akan kuarantinkan dirinya selama dua hari, bermula hari ini dan esok, sehingga mendapat keputusan ujian terhadap bekas menteri dan timbalannya.

8. Wong Chen juga meminta semua pihak jangan panik. Tujuannya melaporkan untuk mengekang penyebaran wabak.

9. Dan nasihatnya, jika ada sesiapa merasa sakit dan tanda-tanda Covid-19, segeralah mendapatkan rawatan. - 2 Mac 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...