Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 31 Mei 2014

Mayat Dipercayai Pembunuh Kejam Kanak2 2 Tahun Ditemui (Video Inside).

Orang gila yang cuba merogol kanak2 2 tahun. Masih ingat kes yang tengah kecoh dalam 2 hari yang lepas?

Sekarang neh depa sebut dah jumpa mayat individu terbabit.

Lihat gambar ;



Yang sebenarnya depa sebar tanpa blur kat mana2 part. Aku blurkan sebab ia agak menakutkan untuk ditengok dan bagi menghormati saudara mangsa. Ketika neh dia suspect penjenayah. Polis pun belum bagi kata putus lagi. Mungkin ya, mungkin tidak. Kita tengok macam mana nanti. Tapi dari rakaman CCTV yang disebarkan semalam, baju dah sama dah. Warna merah.

Gambar lagi ;



Sebelum tue siang tadi kecoh satu video yang merakamkan mayat tersebut melalui sungai apa tah.. 

Harap2 kita semua ambil iktibar dan pengajaran yang berguna dari kes neh. Belajar macam mana nak membantu golongan gelandangan jangan sampai terjadi lagi kes2 yang mengundang bahaya kanak2 yang tidak berdosa. Anak2 orang ataupun anak2 kita, jangan berkira sangat bab keselamatan dorang tue semua.. 

Lihat rakaman video kat bawah neh sama ;

Gambar DAP Kempen Anti Hudud Kaw2 Di Teluk Intan Tersebar !!!

Terkini.

Live dari Teluk Intan. Ketika ini DAP sedang kaw2 menolak hukum hudud sampai buat iklan kat lori2 bagai untuk mengajak orang ramai agar bersama2 tolak hudud bagi mengangkat apa yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

Lihat kat bawah neh ;


Dah tengok bukti di atas?

Dah bersedia nak gelak kaw2?

Jom.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Kelakar nak mampos. Nak menipu tak agak2. Hakikatnya bukan macam tue sebenarnya. Ingat tak masa kontroversi isu hudud dulu? Hah masa tue la lori neh muncul. Actually lori tue sekadar sebuah lori aje. Yang ditempekkan iklan menolak hudud. Lori ini ditemui di sekitar KL ataupun Johor. Aku pun dah tak ingat dah masa satu. Sapa tahu tolong info2 kat ruangan komen ye.

Lihat gambar2 ;




Masa tue GERAKAN dan MCA ada sebut. Dorang akan berkempen habis2an supaya rakyat sedar apa itu perlembagaan dan kenapa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia. Dan aku rasa, tak mustahil juga GERAKAN dan MCA boleh dikaitkan dengan iklan pada badan lori tersebut. Nak tahu kenapa? Sebab masa tue juga la geng2 neh dok sebarkan risalah tolak hudud. Nak saman PAS sebab buat usul hudud untuk dibentangkan di parlimen. Siap nak buat bentang orang supaya ahli parlimen PAS tak dibenarkan masuk untuk bahas isu usul. Tak lupa juga iklan2 di kedai tertentu yang mengajak orang ramai tolak hudud. Kalau bukan GERAKAN dan MCA, takan kerja UMNO kot?

Haha.. 

Tapi apa pun kepada cybertroopers UMNO.

Teruskan buat lawak bangang lagi ek.

Kita orang nak gelak neh.

KAH KAH KAH

Dyana Dan Mah Siew Keong Akan Hilang Dari Teluk Intan Samada Kalah Ataupun Menang.


Bai bai pengundi-pengundi ku..

Masa untuk aku berbuat baik sudah tamat. Masa untuk aku berselfie dengan kamu sudah tamat. Masa untuk aku melawat pasar pagi, petang dan malam juga sudah tamat. Masa untuk aku buat roti jala pun dah tamat. Masa untuk aku melawat kawasan pun dah tamat. Masa untuk aku berbaik2 dengan pengundi pun dah tamat. Masa untuk aku memahami dan mendengar masalah2 kamu semua juga dah tamat. Mengikuti apa yang SERING berlaku di kawasan2 lain, aku juga akan lari meninggalkan kamu. Dan, kamu sebagai pengundi walaupun di mana2 sahaja kamu berada akan selalu ditipu dan diperdayakan oleh aku (wakil rakyat) dengan penuh jayanya.

Aku tak cakap sesuatu yang salah. Aku hanya sampaikan apa yang sedang berlaku. Sesuatu yang ramai penyokong2 parti tidak mahu sebut atas nama menjaga ahti.

Aku tidak tahu sejak bila. Tetapi paternnya begitulah di negara neh. Penyokong perlu menjaga ahti parti. Ahli perlu menjaga ahti pemimpin. Orang bawah menjaga ahti orang atas. Kita terikat dengan satu sistem yang memperbodohkan orang miskin, orang biasa, orang yang tak punya apa2 pangkat dan kuasa.

Review kempen PRK di Teluk Intan.

Aku takan cakap sesuatu yang aku sendiri tak turun padang dan pantau. 2 ceramah PR. 2 ceramah BN. Aku turun dan tinjau. Apa yang berlaku ialah PR kutuk BN. Dan BN kutuk PR. Mereka tak bawa masalah rakyat di Teluk Intan. Mereka bawa masalah peribadi parti masing2 di Teluk Intan ketika berkempen. Bukan semua tetapi ada. Sedikit darinya ambil tahu apa masalah yang dihadapi oleh rakyat di Teluk Intan tetapi kebanyakkan ceramah membuatkan rakyat terkejar2 pemimpin.

Contoh.

Dyana datang ke setiap tempat ceramah berucap selama 10 hingga 15 minit dan kemudian rushing pulang untuk menuju ke tempat ceramah yang lain. Alasan. Jadual pack. Jadi dia perlu rushing. Persoalannya, kenapa buat corak kempen yang sebegini? Kenapa buat corak kempen, korang berceramah dan rakyat mendengar? Sepatutnya korang revert semua corak2 kempen yang BODOH lagi memBODOHKAN umat.

Ini bukan masa untuk pengundi dengar korang punya sembang kencang ataupun saling kutuk mengutuk parti lawan. Ini adalah masa untuk korang bawa nota, bawa rakaman, salin, catit, cari, dengar, faham, tinjau, analisis, dekati, ambiltahu apa yang pengundi2 di Teluk Intan mahukan. Tanya setiap satu penduduk di Teluk Intan. Pergi dari satu kawasan ke satu kawasan. Salin nota dengar apa yang penduduk sebut. 

Makcik. Kat sini makcik rasa kan. Apa perubahan yang perlu saya bawakan ye makcik. 

Pakcik, kat sini kan saya tengok kampung neh agak tak tersusun. Pakcik ada apa2 masalah ke kat sini yang saya boleh selesaikan?

Hi adik. Berumur 21 tahun sudah. Adik boleh tak berikan sedikit pandangan adik tentang masalah2 yang dihadapi oleh penduduk disini atas pemerhatian dari kaca mata seorang remaja di daerah neh?

Tahu tak apa itu bancian?

Maka itulah yang korang calon wakil rakyat kena buat sebenarnya. Selepas itu susun cantik2. Ikut keutamaan dan selesaikan jika menang. Jika kalah, tiada masalah. Susun juga cantik2 dan sentiasa serang pihak lawan tentang masalah2 yang penduduk hadapi. Ko buat banner sana sini tue semua BUANG DUIT. Dari dulu lagi aku beranggapan banner yang meletakkan calon2 kempen ini BUANG DUIT. Dengan duit2 yang ada ko lantik kakitangan untuk buat bancian bagi merungkai masalah penduduk lagi bagus.

Melawat pasar dan semua tempat dengan tiada apa2 pelan tindakan yang terancang juga buang masa. Hanya nak tunjuk muka dengan pengundi. Nak buat apa? Hiiii chakkkkk sayalah calon pengundi wakil bagi parti BN or DAP disini.. tadaadaaaaa nak selfie tak?

Nampak tak begitu teruknya taraf pengundi2 di negara neh di semua tempat cara kita dilayan? Kita diperbodohkan bukan kerana kita BODOH nak mampos ataupun kerana wakil rakyat bijak gila babi. Tetapi kerana kita mahu diri kita diperbodohkan. 

Dan yang peliknya. Takde ke mana2 ahli2 dalam parti korang yang mahu berfikir secara berbeza bagi mendekati pengundi? 

Ya ya. Menongkah arus bukan mudah. Aku bentuk dengan penulisan agar orang faham. Bila orang faham ada kemungkinan dorang setuju. Bila ada yang tak setuju ada kemungkinan dorang debate. Bila dorang debate dorang memperkatakan ia. Bila ia diperkatakan ada kemungkinan ia dipertimbangkan. Aku sedang menongkah arus. Cuma tindakan yang diambil adalah melalui penulisan.

Dan perkara yang sama juga boleh diambil oleh ahli2 parti sebenarnya. Korang boleh bentuk dalam tindakan disebabkan kerja berkumpulan. Dia antara mahu dengan tidak mahu.

Landskap politik di negara neh memang perlu diubah. Ada banyak benda2 bodoh yang pemimpin2 lakukan dari kedua2 belah parti politik ketika berkempen.

Aku suka bila BN mahu memberikan peluang kepada pengundi2 untuk bercakap dengan pemimpin. Tetapi aku rasa BULLSHIT bila Hishammudin dan Mah datang ke sesetengah tempat semata2 nak bergambar kemudian bergegas pergi ke tempat lain sebab ada urusan lagi. Bukan kah itu BULLSHIT namanya tue? Kenapa ko perlu datang sekalipun sebenarnya? Baik ko jangan datang langsung. Jika nak tunjuk muka baik ko jangan tunjuk langsung. Ia bukan la best untuk tengok muka ko dan tengok korang klik2 bergambar. Kenapa tak buka ruang perbincangan untuk meninjau masalah rakyat di sekitar Teluk Intan? Lepas habis berbincang nak bergambar ke apa ke lantakla disitu. 

Yang terjadi adalah sebaliknya. Rakyat perlu merayu untuk berbincang. Tetapi untuk bergambar laju kemain.

Inila yang aku tak pernah faham2 dari dulu lagi. Corak kempen yang sangat bangang sebenarnya. Sepertimana bangangnya bila ko masuk pasar malam, pasar pagi ataupun pasar petang. Ko masuk pasar, dengan niat nak berbual mesra dengan pengundi kononnya. Tapi lepas ko menang adakah ko akan masuk pasar lagi? JANGAN HARAP la. Mesti bagi alasan. Helloo.. kami dah menang okayyyyy. Kami kena buat kerja. Buat kerja KEPALA HOTAK korang la. Kalau masuk pasar itu dianggap sebagai salah satu cara korang buat kerja sebelum KEMPEN, korang pasti akan masuk pasar lagi SELEPAS KEMPEN. Tapi tak masuk pasar lagi. Lepas 5 tahun baru masuk pasar lagi. Berlakon lagi. Bila menang, hilang lagi. Bila kalah pulak terus mati. Inila sikap calon2 dan wakil rakyat di negara neh.

Suasana neh berlaku hampir di kebanyakkan tempat. Benda yang perlu diubah sebenarnya. Yang patut calon2 parti neh buat ialah PAMPANGKAN NO TELEFON, ALAMAT, EMAIL, DAN APA SAHAJA CARA yang rakyat boleh hubungi dorang tanpa PROTOKOL.

Buat banner. Letak no telefon korang. Ada berani?

Tak berani punya.

Takan berani sebab dorang akan tahu itu adalah hak privacy dorang. Rungsing la masyarakat dok call adu2 masalah. Selalu pun macam tue. Kita kan ada security. Biarlah dia yang entertain. Tapi buat apa ko jadi wakil rakyat disitu? Gaji mao. Kerja takmao. Inila wakil2 rakyat yang rakyat perlu kenal. Kita sudah terlalu lama dihadapkan dengan cara berpolitik yang salah oleh parti2 di negara neh. Sangat salah. Kita la yang perlu betulkan kesalahan neh sebab ahli2 politik tidak akan mengubah kesalahan tersebut. Kefahaman rakyat secara salah sebenarnya melegakan mereka. Ini kerana mereka boleh manipulate keadaan itu untuk perbodohkan rakyat. Tak kirala PR mahupun BN. 

Contoh macam Najib manipulate Mah untuk jadi menteri jika menang di Teluk Intan. Sekalipun dia yang jadi menteri apa pengundi2 akan dapat? Mah dapat jawatan, kuasa dan gaji. Maka apa pula yang rakyat dapat? Itu focusnya. 

Percayalah kata2 aku. Ia berlaku hampir di kebanyakkan kawasan. Mah ataupun Dyana yang menang dorang akan lari dari Teluk Intan. Ramkarpal yang menang pun sudah lari dari Bukit Gelugor. Tiada lagi yang melawat kawasan. Tiada lagi senyum manis dan mendengar masalah rakyat. Politik kita sudah rosak. Rosak kerana mahu menjaga ahti. Rosak kerana kita tatau apa yang patut dibuat dan apa yang tak patut dibuat. Rosak kerana kita cenderung berfikir sepertimana yang orang lain mahu kita fikir. Rosak kerana rakyat lebih selesa jadi pak turut. Rosak kerana diperbodohkan sejak sekian lama. Rosak. 

Apa yang ada bukan la samada BN ataupun PR yang menang.

Sebaliknya sejauh mana rakyat mahu mengubah landskap yang rosak ini tanpa peduli siapa pun yang menang.

Ringkasannya. Jadilah pengundi yang bijak. Bukan sebelum dan semasa memangkah atas kertas. Jadilah pengundi yang bijak selepas mana2 wakil rakyat yang menang kita kejar dorang sampai dapat untuk didik, ajar dan tarbiah dorang macam mana nak jadi wakil rakyat di satu2 kawasan. Nampaknya wakil rakyat kita banyak yang terlupa maksud sebenar WAKIL RAKYAT. Itu pasal kerja dorang banyak yang kelam kabut. 

Kbai.

Jumaat, 30 Mei 2014

Hot : Kanak2 2 Tahun Yang Mati Dibunuh Dengan Kejam Ialah Gelandangan !!!!!!!


Aku rasa ramai yang dah alert mengenai kematian kejam yang di alami oleh adik kita Siti Sofea. Umur 2 tahun 6 bulan. Kisah tersebut mendapat simpati orang ramai. Macam mana tak rasa simpati?

Kena culik dengan niat si penculik nak merogol.

Last2 penculik membunuh mangsa dengan kejam apabila terkantoi.

Bunuh pun dengan kejam. Sampai dipenggalnya kepala budak yang tak berdosa tue.

SIAL!!!!!

Episode pertama disini.

Menteri dok pertikai sikap rakyat Malaysia yang dermawan menghasilkan gelandangan disini.

 Dan tahu kah anda siasatan mendapati adik kita yang malang itu sebenarnya adalah GELANDANGAN?

Inila masalahnya. Duduk luar rumah. Takde keselamatan. Jadi perhatian penjenayah. Banyak mata2 yang memerhati. Dan selalunya mesti ada orang yang akan salahkan ibu mangsa kalau jadi macam neh. Takde rumah, takde pekerjaan, takde pula pihak2 yang berperanan untuk membantu menyelesaikan kemelut maka jadilah kita manusia yang pentingkan diri sendiri.

Ringkasan la senang nak citer.

1. Kanak2 malang diculik semasa ibunya pergi ke tandas dalam masa 5 minit lebih kurang.

2. Dia diculik berhampiran sebuah pasaraya yang mana menempatkan pegawal keselamatan disitu.

3. Dikatakan pegawal keselamatan sepatutnya nampak tindak tanduk individu yang menculik mangsa namun tidak berbuat apa2.

4. Perkara ini diketahui selepas rakaman CCTV mendedahkan bagaimana adik malang kita diculik sebelum dibunuh dengan kejam. Ini didedahkan oleh pegawai polis kepada wartawan TMI.

5. Pengawal keselamatan tersebut aku nak tanya. Warga asing ke dia? Itu je yang aku nak tahu sekarang.

6. Hasil siasatan polis juga mendapati ibu kepada adik malang Siti Sofea ialah seorang gelandangan. Bersama anak bongsunya. 2 anaknya yang lain tinggal bersama saudara mara. Manakala siti sofea ikut ibunya. Mungkin kerana anak bongsu jadi belum mahu berpisah dari ibunya. 

7. Siti Salmy (ibu kandung kepada Siti Sofea) tiada rumah, tiada pekerjaan. Hidup bersandarkan simpati orang ramai di sekitar ibu kota.

8. Suami kepada Siti Salmy sekarang di penjara.

9. Dalam kejadian semalam, sedikit berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh berita rupanya. Yang nampak kejadian cubaan rogol ialah 2 lelaki Sabahan (orang sabah).

10. Pasangan itu nampak lelaki yang menculik itu cuba melarikan diri dibalik semak samun untuk lakukan perbuatan terkutuk.

11. Kemudian mereka meminta lelaki tersebut hentikan tindakan dengan memanggil polis bantuan yang berada berhampiran lokasi kejadian.

12. Namun segala2nya sudah terlewat apabila si penjenayah bertindak membunuh mangsa culik dan terjun melalui sungai.

13. Polis bagaimana pun mempercayai perbuatan ini dilakukan oleh warga tempatan berbanding warga asing. Lelaki tersebut mungkin seseorang yang terlibat dengan dadah.

14. Polis percaya penjenayah mungkin lemas dan akan teruskan pencarian.

Dan aku. Aku dah tak boleh nak baca dah citer2 macam neh. Kenapa la kita takde usaha yang lebih progesif untuk bantu golongan gelandangan. Aku bukan nak citer pasal aktivis2 kebajikan. Ada banyak NGO2 yang sangat aktif membantu mereka. Tapi aku persoalkan tindakan kerajaan dan menteri. Apa yang buat korang susah sangat, liat sangat nak bantu gelandangan dengan menyediakan rumah2 untuk dorang berteduh?

Anjung singgah?

Yela tue. Mana pihak2 yang sepatutnya memainkan peranan dengan mencari dan membantu? Mungkin tak kena kat lagi kat anak2 menteri neh. Almaklumla. Body guard sesaja. Cermin gelap sesaja. Nyawa rakyat ibarat sampah. 

Kbai.

Rujukan : sini

Buruknya Muka Akak Kata Dyana Sofya


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Menjelang hari terakhir kempen di PRK Teluk Intan. Esok, 31 Mei undian akan bermula sebelum keputusan dijangka akan diumumkan pada 9 malam menurut SPR.

Agaknya BN rasa dorang ada harapan besar nak menang setelah tinjauan menyatakan mereka ada peluang sehingga 49% untuk menang. Masa2 akhir neh la nak buat citer merapu.

Untuk rekod, pemerhati menyatakan bahawa kaum india ialah adalah faktor penentu kemenangan bagi BN ataupun PR disini. Dengan menyumbang kepada 19% jumlah undian. Itu sebab BN beria2 ambil ahti orang india sekarang neh.

Haha.

Di kampung2 melayu sebenarnya, kat mana2 pun sama. Kat Johor, kat Perak, kat Melaka, kat N9, penerimaan terhadap DAP memang hancur. BN kuat di kebanyakkan kampung melayu menurut kata kawan aku yang bertugas analisis data. Cuma 2 kampung aje depa tak conquer. Itupun DAP tak pula cuba usaha untuk conquer pengundi melayu disitu. Pendek kata DAP pun menyumbang kepada faktor2 kenapa dorang sukar diterima melayu. 50% kerana manipulasi media dan pengaruh BN. 50% disebabkan kelemahan kempen DAP.

Apa pun. Berbalik kepada kata2 makcik di atas. Aku siyes tak percaya Dyana akan cakap macam tue. Ini jelas satu wayang yang terbukti. Bukan aku nak sokong Dyana melulu tapi fikirla guna akal. Takan la si Dyana nak merepek tengah2 orang ramai perhatikan dia.

Betul tak?

Dah la dia calon. Takan dia nak merugikan diri dia pula? Agak2 la nak merepek pun.  BN oo BN macam dah takde modal lain..

KAH KAH KAH

Lihat video ;

Rakyat Malaysia Dermawan Punca Gelandangan Bertambah Kata Menteri.

Ya.

Sila pergi ke babak sebelumnya. Jika kebaikan ahti rakyat menjadi punca kenapa gelandangan membiak maka apa pula punca yang menyebabkan rakyat menjadi sangat pemurah terhadap golongan2 gelandangan neh? There must be a reason kan, betul tak?

Babak itulah key kepada kenapa golongan2 dermawan hadir bagi membantu gelandangan.


Rakyat Malaysia terdorong untuk hulurkan pertolongan kerana kegagalan kerajaan kita membentuk sistem yang effisen bagi membantu golongan yang memerlukan. Kalaupun sistem yang effisien itu sudah terbentuk maka orang2 yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan perkara itu pula tidak amanah.

If system bantuan itu sudah berperanan membantu mereka2 yang memerlukan siapa pula yang nak sibuk2 sendiri buat bantuan berlapis2 ye tak? 

So menteri kita tak faham punca kepada masalah.

Adakah rakyat Malaysia perlu bersikap kejam sesama rakyat dan biarkan sahaja orang2 yang kesusahan?

Adakah dengan membiarkan mereka mampos kelaparan akan menyelesaikan masalah gelandangan?

Orang yang gelandangan neh ada 3 puncanya. Kalau kita selalu lepak dengan aktivis2 kebajikan kita tahu dorang akan bagitau ;

1. Masalah keluarga. Terbiar. Ataupun dibiarkan. Lari dari masalah ataupun tak mampu nak selesaikan masalah. Masalah mental masuk dalam kategori neh bila mereka tiada ahli keluarga ataupun terputus hubungan ataupun seseorang gelandangan larikan/jauhkan diri dari keluarga masing2 atas sebab tertentu. Sakit seperti dadah. Arak. Aids.

2. Masalah kewangan. Tak mampu nak sewa rumah. Tak mampu nak hidup dengan lebih baik disebabkan masalah hutang. Along cari. Kadang2 jadi buruan. Tatau nak pergi mana sampai terpaksa merempat.

3. Putus harapan. Putus harapan ada macam2 sebab. Setiap dari kita berbeza cara kita menyerap masalah. Ada sesetengah sampai tak mampu serap sehingga putus harapan.

Kita dah tahu punca. Dan banyak kali kita dengar keluhan aktivis2 kebajikan. Andaikata golongan2 ini disediakan penempatan khas baginya untuk dijaga dan dirawat kan bagus. Macam kita merawat pesakit2 mental di hospital sakit jiwa la.

Setiap dari mereka ada masalah yang berbeza dan perlukan rawatan yang berbeza. Oleh kerana keterbatasan rakyat untuk membantu dorang maka tindakan seperti menghulurkan makanan dan pakaian, ialah tindakan paling mudah dan paling mampu rakyat buat untuk sampaikan kepada mereka bahawa RAKYAT PRIHATIN DENGAN KAMU.

RAKYAT NAMPAK KAMU (GELANDANGAN) BERMASALAH. Maka rakyat bantu dari segi pakaian dan makanan supaya kamu tidak merasa kamu disisihkan oleh kami.

Berus gigi. Ubat gigi. Cawan. Pinggan. Sudu. Yang neh pun ada rakan2 aku yang sediakan. Ada aktivis2 yang sediakan tuala. Ini kerja masyarakat. Berkumpulan kecik yang dananya terhad. Dana datang apabila kami saling kongsi berkongsi kerja2 kebajikan di blog, facebook dan twitter. Kalau takde rasa murah ahti, rasa dermawan, rasa baik ahti maka kami pun akan pinggirkan diri kami sepertimana yang menteri2 sedang buat sekarang.

Sebenarnya untuk bantu gelandangan neh kita perlu bekerjasama dengan aktivis2 yang focusing dia memang berperanan untuk bantu gelandangan. Yang pergi jumpa NGO2 populis buat apa. Dorang tak turun tiap2 minggu untuk jumpa gelandangan pun. Dan bukan dorang tahu pun apa masalah sebenar gelandangan2 neh. Tak dinafikan. Ada gelandangan yang memang malas. Tunggu makan tiap2 hari sampai. Yang neh pun sebenarnya masalah. Sebab itu kita perlu cari jalan. Macam mana nak buang sikap malas dia. Patutnya benda2 gini tak payah kita sebut. Menteri dulu dah terlebih laju buat kerja. Kita pula ikut je. Ini tidak. Terbalik. Kita pula yang kena laju nak ingatkan itu neh. Depa dok kat kerusi kerusi empuk dok kutuk mengutuk tindakan rakyat aje 25 jam sehari.

Tapi masalahnya. Menteri2 kita tak laju dalam bab bantu membantu. Dorang laju dalam bab songlap menyonglap. Rasuah merasuah. Merepek2 tue semua depa laju no 1.

Dan please bear in your mind la Puan Rohani oi. Kebanyakkan gelandangan yang dapat coverage wartawan2 arus perdana neh  sebenarnya ada masalah mendapatkan tempat tinggal disebabkan tidak mampu membeli dan menyewa rumah dengan gaji yang kecik. Yakni, sudah susah bertambah2 susah. Disebabkan kadar gaji pula rendah. Nak apply rumah DBKL pun susah nak mampos. Kena ada kroni. Ada tue harap je rumah kecik tapi kereta import 2,3 biji. Cuba la korang sendiri turun dan dapatkan jawapan sebenar dari gelandangan2 ini. Tak payah suruh orang kau la BODOH. Ko sendiri turun sebab ko tue yang menteri. Baru ko buka mata dengan keadaan sebenar. Sampai bila nak jadi menteri dengar apa yang orang2 ko cakap. Entah betul entahkan tidak.

Oke bai.

Khamis, 29 Mei 2014

Ahmad Maslan Lari Dari Wartawan Oii - Dasar Menteri Penakut!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH


 

Menurut Malaysiakini ;


Nama aje menteri. Tapi pengecut. Dah buat benda merapu dia lari sebab takut kantoi. Dah termalu la katakan. Ini semua disebabkan satu majlis yang konon2nya ahli dap isytihar keluar dap dan masuk BN. Sungguhpun aku tak percaya kepada individu yang kata dia tatau apa2 dan hadir ke majlis tue disebabkan orang suruh (aku ada sebab kenapa aku tak percaya) namun insiden tersebut memang agak memalukan Ahmad Maslan la juga disebabkan ramai yang lebih percayakan kata2 individu tersebut berbanding Ahmad Maslan. Macam mana orang nak percayakan Ahmad Maslan. Dah selalu sangat dia keluarkan kenyataan BANGANG. Itu sebab orang hilang respect.

Apa pun tindakan dia lari dari wartawan memang tindakan kebudak-budakan. Sesuai la dengan idola dia si Najib Razak tue. Sapa2 takde telur.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH 

Rabu, 28 Mei 2014

Berkabung 40 Hari Bukan Ajaran Islam.

Nak tanya.

Ketika Nabi Muhammad SAW meninggal. Berapa lama masa yang digunakan untuk berkabung? Ada ikat lilit merah ke hitam ke apa ke tak kat lengan sesiapa? Just nak tanya je la. Sebab aku tatau benda2 macam neh. Kot2 sapa tahu sudi2kanla share cerita mengenainya kat aku okay.

BTW.

Ini apa yang MAZA sebut okay.

Baca ;


Actually.

Bagus juga la MAZA buat macam neh. Dok terangkan kepada masyarakat maksud sebenar tempoh berkabung dalam Islam. Nak harapkan Ustaz Kazim Elias? Takpela. Tunggulah sampai hari kiamat. Mungkin masa tue baru tergerak ahti dia nak bagitau kepada kita semua.

KAH KAH KAH

Jangan marah ahhhhhh..

Gurau sesajaa..

So, bila bermaksud tempoh berkabung 40 hari untuk mana2 pembesar bukan ajaran Islam makanya tak boleh la diamalkan ataupun diseru untuk amalkan. Ye tak?

Hehhehe..

Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Surat Utusan Polis Mengenai Kemangkatan Sultan Perak Pada 27 Mei Pula Tersebar..

Haiya..

Macam2.

Sejak beberapa hari yang lepas kita dikhabarkan dengan berita kemangkatan sultan Perak.  Kejap kata dah mangkat. Kemudian ada yang menafikan. Kata belum. Sudah stabil. Kejap kata dah mangkat lagi. Kang kejap nafikan lagi. Kejap kata dah mangkat. Kali neh betul2 pula dah mangkat. 

Alfatihah diucapkan kepada Sultan Perak dan salam takziah untuk ahli keluarga sultan Perak.

Kali neh.

Lepas dah mangkat pun tak habis cerita.

Lihat ;


Mula2 perkara di atas tersebar sejak semalam. Bila dah tersebar tue macam2 la komen yang timbul. Antaranya ada yang menafikan penyebaran di atas dengan merujuk kepada tiadanya laporan rasmi berhubung kemangkatan Sultan Perak.

Bahkan ada juga yang memberitahu. Sedara mara mereka terlibat dalam merawat Sultan Perak. Memang sah tiada kematian. 

Namun. Hari neh yang lain pula tersebar.

Lihat ;


Yang ini juga disebarkan secara meluas melalui ;

- Wassap

- Facebook

- Twitter

Surat utusan POLIS yang sedang mengarahkan persiapan untuk menguruskan jenazah Sultan Perak. Surat bertarikh semalam. 27/5. Salah tarikh ke? Dan lagi satu, kalau nak kata persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan kenapa diletakkan JENAZAH bagi mengambarkan Sultan Perak?

Aku pun tak nak la sebut panjang2 sebab tatau apa2 pun.

Benda2 macam neh POLIS je yang boleh bagi jawapan. Kita tunggu aje la respon polis berhubung penyebaran surat ini. Dan suka diingatkan. Surat neh sepatutnya rahsia kan? Macam mana boleh tersebar di media sosial? Surat2 macam neh polis dan orang2 yang berkenaan aje ada akses wei. Kita rakyat biasa mana ada..

So lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Chegu Bard Digantung, Kongsi Gelap Kacau Pemilihan - Bukti PKR Makin Bangang!

Aku nak tengok puak2 PKR kutuk PKR kaw2 macam dorang kutuk parti2 dalam BN. Macam dorang kutuk pemilihan MCA. Macam dorang kutuk pemilihan UMNO. Macam dorang kutuk muktamar PAS. Kutuk selagi boleh kutuk. Bila terkena kat parti sendiri, adakah akan kutuk sepertimana yang dorang kutuk kat parti lawan?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Baikla.

Chegu Bard baru sahaja digantung keahlian PKR kerana mengkritik pemilihan PKR yang tidak bersih, tidak telus. Ini bukan cakap kosong. Jangan tipu diri sendiri. Buang masa semua itu. Aku tahu, ko tahu  bahkan Allah lagi tahu ini adalah KEBENARAN, HAKIKAT, FAKTA, proses pemilihan PKR memang kelam kabut.

Setakat video2 baling kerusi orang dah tak heran dah.
Setakat video panjat meja, larikan peti undi orang pun dah tak heran dah.
Setakat video bertumbuk pun orang tak kisah sangat dah.
Bahkan, orang malu nak sebarkan dari fb ke fb sebab ia babitkan maruah parti.
Lainla kalau video yang memalukan UMNO. 

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Tak payah cakap. Laju aje sebarkan masing2 ye.

KAH KAH KAH

Baca ;

 
Sebenarnya. Ini adalah proses 'courtesy'. Tak perlu meriah dengan maki hamun apa bagai. Sebab semua itu buang masa. Akhirnya masa akan menyelesaikan hubungan Chegu Bard dengan PKR juga. Samada dia bertahan, keluar ataupun apa2 itu bukan urusan kita nak menyemak dalam2.

Itu urusan peribadi Chegu Bard dengan PKR.

Namun aku nak mengajak kita semua berfikir kepada proses keadilan dan keterbukaan yang terdapat dalam PKR. Hancur beb. Hancur.

Biarpun sesiapa sekalipun yang digantung bukan isu, isunya apakah tujuan pengantungan itu tepat?

Kita tahu sangat proses pemilihan PKR memang caca marba. Demo demi demo, suara demi suara, bantahan demi bantahan dinyatakan bukan untuk burukkan dan aibkan PKR. Tetapi mendesak PKR untuk reformat cara mereka menguruskan pemilihan. Supaya pemilihan parti lebih bersih, lebih terbuka dan lebih telus. Itu sahaja.

Yang paling tak boleh blah ia tetiba aje kongsi gelap masuk citer dalam drama neh. Siyes. Kelakar nak mampos doe.

KAH KAH KAH

Baca ;

 

Dengan alasan di atas, mampu la aku selama 10 hari. Gelak non stop. Sebab KELAKAR NAK MAMPOS.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Ini bukan penyokong2 totok BN beb. Lue nak bagi alasan apa pun lue mesti bagi dengan hujah yang konkrit. Aku siyes tak termakan dengan alasan2 ini melainkan korang kuatkan dakwaan dengan ;

1. Tunjukkan bukti. Satu persatu satu wajah2 individu yang dikatakan kongsi gelap.

2. Dedahkan nama, lokasi dan kenapa korang kata dorang kongsi gelap.

3. Laporkan pada polis kerana geng2 kongsi gelap buat kacau.

4. Dedahkan juga individu2 yang dikatakan orang luar yang buat kacau.

Jangan cakap saja.

Setakat cakap aku pun reti. Hah, PKR tue. Dia dapat dana juta2 dari UMNO untuk buat lawak bangang. Bukti? Tak payah la. Cakap aje ma. Orang kan pasti percaya dengan modal air liur basi aku.


KAH KAH KAH

Itu sebabnya. Nak cakap apa2, nak dakwa apa2 bak sini bukti. Bagi orang teliti. Biar orang perhalusi. Betul ke tak betul nanti orang bagi jawapan lepas orang perhatikan semua hujah2 yang wujud.

Siyes aku cakap.

Pemilihan PKR memang haprak. Betul2 haprak.

Hanya ahli2 PKR aje yang boleh bangkit melawan kehaprakkan itu. Aku orang luar. Ramai pembaca2 aku orang luar (bebas parti) dan orang BN. Sedikit darinya ahli2 PKR. Orang2 PKR memang haram la suka baca apa yang aku tulis pasal dorang. Tapi ingat. PKR akan terkubur sejurus Anwar Ibrahim lenyap dari dunia ini jika inila prinsip parti korang. Ubah. Sebelum suruh BN ubah, sebelum desak UMNO ubah, ubah dulu cara korang buat kerja. Cara korang kendalikan parti, pemilihan dan cara korang urus pentadbiran negeri. Baru sembang kencang dengan BN.

Kbai.

Rujukan : sini dan sini.

Kos Ganti Papan Tanda Huruf 'K' RM20,000.

Pelik.

Hanya huruf K sahaja yang digantikan. Kenapa pula perlu sampai mencecah 20,000 pula?

Baca ;


Point di atas.

1. Huruf K pada KUANTAN rosak.

2. Kos untuk gantikan huruf K semata2 ialah RM20,000.

3. Pada tahun 2012, huruf K dan N pernah rosak akibat ditiup angin kencang.

4. Dan kos untuk membaikpulih huruf K dan N pula berjumlah RM40,000.

5. Papan tanda KUANTAN mula dipasang pada tahun 2005. Tujuannya untuk mencantikkan pemandangan Sungai Kuantan.

6. Kos keseluruhan papan tanda itu pada tahun tersebut ialah RM300,000 banyaknya.

Ada 7 huruf dalam ejaan KUANTAN.

1 huruf 20,000.

7 huruf x 20,000 = RM140,000.00

Bila buat sekaligus. Kos keseluruhannya ialah RM300,000.00

Bila buat satu persatu maka kosnya menjadi 20,000 seunit huruf.


Apa ke bangangnya MPK buat calculation macam neh?

Aku tatau apa specialnya huruf tersebut. Kos perlu mengambilkira ;

- Jenis material

- Saiz

- Lampu

- Ketebalan

- Tahan hujan, panas (luntur warna)

- Berat

- Pekerja yang mengangkat, memasang.

So aku takmo hujahkan samada benda neh berbaloi ke tak berbaloi ke selagi mana tak dapat pegang dan tengok sendiri depan mata apa kebendanya special sangat dengan papan tanda KUANTAN tue.

Tapi aku nampak ada sesuatu yang mengarut dari segi calculation kos keseluruhan dengan kos sebijik2 huruf. Biasanya. Kalau kita beli lumpsum harga dia lebih murah berbanding kita beli satu2. Macam mana tah si MPK buat kerja sehinggakan harga beli satu persatu huruf lebih murah dari lumpsum. Memang kelakar nak mampos doe.

Lue fikirlah sendiri.

Oke bai. 

Selasa, 27 Mei 2014

Rumah2 Rakyat Yang Najib Perlu Lawat Selepas Melawat Panda.

Baru2 neh media massa telah melaporkan bahawa Najib melawat panda.

Lihat kat bawah neh jap ;


Penyayangnya Najib korang neh. Tapi sayangnya ini hanyalah hipokrit yang jelas lagi terbukti. 

Apa? 

Nak marah dan kutuk aku kaw2 lepas neh? Boleh je. Tapi tunggu la lepas aku kutuk Najib kaw2 dulu. Setakat melawat panda pun nak masuk berita memang bengap juga la kan laporan akhbar ini. Takde masa nak respect citer2 bodoh yang sampai wartawan nak up masuk berita. 

Siapa peduli piem melawat panda yang ;

- Makan minum terjaga

- Dibelai dalam rumah yang mahal nak mampos kosnya

- Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh pekerja2 yang memang dilantik khas untuk menjaga kebajikan panda.

Panda dah tentu terjaga kebajikan dia walaupun binatang2 lagi protes layanan double standard yang kerajaan tunjukkan.

Jika binatang2 pun protes apatah lagi manusia yang ada ahti dan akal. Sudah tentu terlebih2  lagi protesnya.

Aku sekarang neh menjemput Najib Razak secara terbuka untuk melawat rumah2 rakyat kat bawah neh. Cakap banyak tak mau. Hadir dengan tak hadir je yang aku peduli. Ko melawatla rumah2 rakyat. Tahu la hidup ko asyik pandang atas aje. Tapi tak bermaksud ko tak boleh pandang bawah. Inila masanya untuk ko belajar2 pandang bawah.

Lai lai Najib.

Mari lawat rumah kami semua.

Rumah yang harapkan kedatangan ko untuk melihat sendiri masalah dan penderitaan rakyat yang terpinggir dek polisi2 bodoh nak mampos yang diamalkan oleh pentadbiran Barisan Nasional.

 


 


Sejak 2013 duduk bawah jambatan. 2013. Ini tahun 2014. Tahu tak? Apa yang masyarakat kita buat bila lalu lalang di kawasan tersebut?

Kita hilang rasa simpati sebab kita juga susah.

Kita hilang rasa prihatin sebab kita fikir kita tak mampu dan takde kudrat nak tolong.

Kita hilang rasa simpati sebab kita fikir apa sahaja tindakan yang kita buat takan membuahkan hasil.

Duduk bawah jambatan. Mandi air longkang. Anak2 tak sekolah. Tidur malam berbumbungkan langit. Siang hari duduk berlantaikan simen. Kita baru aje habiskan 25 juta untuk buat rumah panda. Di saat ada manusia lain yang lebih memerlukan rumah dimana kosnya tak sampai pun 100 ribu untuk dapatkan rumah yang selesa bagi melindungi diri dari hujan dan panas.

Bukan hanya kisah keluarga ini. Bahkan ramai lagi rakyat lain yang menghadapi situasi sama seperti dia. Jangan tipu diri kita. Di setiap tempat kita berjalan kita akan dapat perhatikan. Ada keluarga2 yang susah dan memerlukan bantuan. Namun setiap kali itulah kita akan ditanamkan dengan persepsi dan alasan. 

A tak buat kerja. Bukan salah Najib. Bukan salah pemimpin.

B tak buat kerja. Bukan salah BN. Bukan salah parti pemerintah.

A gagal jalankan amanah. Bukan salah Najib. Bukan salah Muhyiddin.

Masyarakat tak mengadu ada orang susah disitu.
Ketua kampung tak bertanggungjawab abaikan orang2 susah disekitar situ.
Pegawai2 dari agensi kerajaan buat kerja tak betul. Itu sebab ada rakyat yang terpinggir.

Betul ke itu punca masalah yang utama?

Masalah2 di atas wujud. Tapi punca utama ialah Najib dan pemimpin2 negara malas nak berfikir. Malas nak mampos. Malas nak cari idea macam mana orang2 susah boleh dibantu tanpa dipinggirkan lagi seperti sebelum2nya.

BILA KO RASA ORANG KERAJAAN TAK BOLEH NAK BUAT KERJA DENGAN CEKAP, KO FIKIR. FIKIR MACAM MANA NAK ATASI BENDA TUE.

KO ADA OTAK. AKAL PUN ADA. KUASA PUN ADA. 

Tinggal lagi nak fikir je macam mana nak pastikan ko mampu melawan ketidakadilan yang wujud dalam agensi kerajaan.

Aku suka tengok citer2 politik.

Antara yang aku tertarik bilamana ada raja dari Joseon (korea, kisah dulu2) macam mana dia nak atasi karenah biokrasi, kroni, dan juga ketidakadilan yang wujud dalam pentadbiran kerajaan ialah melantik musuh dia secara sembunyik2 untuk kumpul bukti dan bawa masalah2 yang dihadapi oleh rakyat untuk dikemukakan padanya.

Apabila kawan2 sudah tidak boleh dipercayai. Kaki bodek dan jilat. Maka kepada siapa kita nak letakkan kepercayaan kita?

Datangla kepada rakyat, Najib.

Datang kepada rakyat, minta buah fikiran.

Kita akan sama2 mencari jalan macam mana nak bantu orang susah di negara ini.

Kita boleh tubuhkan skuad khas yang kerja dia pusing satu negara, satu negeri ke satu negeri, satu daerah ke satu daerah, satu rumah ke satu rumah untuk amek tahu masalah2 rakyat dan bantu dorang selesaikan.

Masalahnya. Najib dan BN takan buat.

Bahkan. PR juga takan buat.

Mana2 partisan di negara ini takan buat.

Persaingan politik yang wujud sesama mereka lebih penting dari menyelesaikan masalah rakyat.

Buktinya. BN pernah pegang kesemua negeri. Mereka juga tak buat. Apatah lagi PR yang paling banyak pernah pegang 5 negeri. Mereka juga tak pernah buat.

Apa yang mereka buat ialah setiap kali PRK ataupun PRU pemimpin2 akan buat muka manis dan berjanji macam2 perkara.

Dan tinggallah rakyat disitu.

Diperbodohkan. Ditipu. Ditinggalkan. Macam selalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...