Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 Mei 2014

Rakyat Malaysia Dermawan Punca Gelandangan Bertambah Kata Menteri.

Ya.

Sila pergi ke babak sebelumnya. Jika kebaikan ahti rakyat menjadi punca kenapa gelandangan membiak maka apa pula punca yang menyebabkan rakyat menjadi sangat pemurah terhadap golongan2 gelandangan neh? There must be a reason kan, betul tak?

Babak itulah key kepada kenapa golongan2 dermawan hadir bagi membantu gelandangan.


Rakyat Malaysia terdorong untuk hulurkan pertolongan kerana kegagalan kerajaan kita membentuk sistem yang effisen bagi membantu golongan yang memerlukan. Kalaupun sistem yang effisien itu sudah terbentuk maka orang2 yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan perkara itu pula tidak amanah.

If system bantuan itu sudah berperanan membantu mereka2 yang memerlukan siapa pula yang nak sibuk2 sendiri buat bantuan berlapis2 ye tak? 

So menteri kita tak faham punca kepada masalah.

Adakah rakyat Malaysia perlu bersikap kejam sesama rakyat dan biarkan sahaja orang2 yang kesusahan?

Adakah dengan membiarkan mereka mampos kelaparan akan menyelesaikan masalah gelandangan?

Orang yang gelandangan neh ada 3 puncanya. Kalau kita selalu lepak dengan aktivis2 kebajikan kita tahu dorang akan bagitau ;

1. Masalah keluarga. Terbiar. Ataupun dibiarkan. Lari dari masalah ataupun tak mampu nak selesaikan masalah. Masalah mental masuk dalam kategori neh bila mereka tiada ahli keluarga ataupun terputus hubungan ataupun seseorang gelandangan larikan/jauhkan diri dari keluarga masing2 atas sebab tertentu. Sakit seperti dadah. Arak. Aids.

2. Masalah kewangan. Tak mampu nak sewa rumah. Tak mampu nak hidup dengan lebih baik disebabkan masalah hutang. Along cari. Kadang2 jadi buruan. Tatau nak pergi mana sampai terpaksa merempat.

3. Putus harapan. Putus harapan ada macam2 sebab. Setiap dari kita berbeza cara kita menyerap masalah. Ada sesetengah sampai tak mampu serap sehingga putus harapan.

Kita dah tahu punca. Dan banyak kali kita dengar keluhan aktivis2 kebajikan. Andaikata golongan2 ini disediakan penempatan khas baginya untuk dijaga dan dirawat kan bagus. Macam kita merawat pesakit2 mental di hospital sakit jiwa la.

Setiap dari mereka ada masalah yang berbeza dan perlukan rawatan yang berbeza. Oleh kerana keterbatasan rakyat untuk membantu dorang maka tindakan seperti menghulurkan makanan dan pakaian, ialah tindakan paling mudah dan paling mampu rakyat buat untuk sampaikan kepada mereka bahawa RAKYAT PRIHATIN DENGAN KAMU.

RAKYAT NAMPAK KAMU (GELANDANGAN) BERMASALAH. Maka rakyat bantu dari segi pakaian dan makanan supaya kamu tidak merasa kamu disisihkan oleh kami.

Berus gigi. Ubat gigi. Cawan. Pinggan. Sudu. Yang neh pun ada rakan2 aku yang sediakan. Ada aktivis2 yang sediakan tuala. Ini kerja masyarakat. Berkumpulan kecik yang dananya terhad. Dana datang apabila kami saling kongsi berkongsi kerja2 kebajikan di blog, facebook dan twitter. Kalau takde rasa murah ahti, rasa dermawan, rasa baik ahti maka kami pun akan pinggirkan diri kami sepertimana yang menteri2 sedang buat sekarang.

Sebenarnya untuk bantu gelandangan neh kita perlu bekerjasama dengan aktivis2 yang focusing dia memang berperanan untuk bantu gelandangan. Yang pergi jumpa NGO2 populis buat apa. Dorang tak turun tiap2 minggu untuk jumpa gelandangan pun. Dan bukan dorang tahu pun apa masalah sebenar gelandangan2 neh. Tak dinafikan. Ada gelandangan yang memang malas. Tunggu makan tiap2 hari sampai. Yang neh pun sebenarnya masalah. Sebab itu kita perlu cari jalan. Macam mana nak buang sikap malas dia. Patutnya benda2 gini tak payah kita sebut. Menteri dulu dah terlebih laju buat kerja. Kita pula ikut je. Ini tidak. Terbalik. Kita pula yang kena laju nak ingatkan itu neh. Depa dok kat kerusi kerusi empuk dok kutuk mengutuk tindakan rakyat aje 25 jam sehari.

Tapi masalahnya. Menteri2 kita tak laju dalam bab bantu membantu. Dorang laju dalam bab songlap menyonglap. Rasuah merasuah. Merepek2 tue semua depa laju no 1.

Dan please bear in your mind la Puan Rohani oi. Kebanyakkan gelandangan yang dapat coverage wartawan2 arus perdana neh  sebenarnya ada masalah mendapatkan tempat tinggal disebabkan tidak mampu membeli dan menyewa rumah dengan gaji yang kecik. Yakni, sudah susah bertambah2 susah. Disebabkan kadar gaji pula rendah. Nak apply rumah DBKL pun susah nak mampos. Kena ada kroni. Ada tue harap je rumah kecik tapi kereta import 2,3 biji. Cuba la korang sendiri turun dan dapatkan jawapan sebenar dari gelandangan2 ini. Tak payah suruh orang kau la BODOH. Ko sendiri turun sebab ko tue yang menteri. Baru ko buka mata dengan keadaan sebenar. Sampai bila nak jadi menteri dengar apa yang orang2 ko cakap. Entah betul entahkan tidak.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...