Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 27 Mei 2014

Isu Pinjam 40juta Tanpa Riba - Mana SPRM dan PDRM? Kenapa Tak Siasat Hasan Malek?


Inila nasib rakyat kat negara neh. Disampah2kan selagi boleh. Yang lebih menyakitkan ahti bila sesama rakyat sanggup bersama2 pemimpin untuk sampah2kan hak rakyat yang lain.

Gila agaknya.

Aku nak tanya.

Korang yang sokong caj pentadbiran PTPTN dapat ke pinjaman tanpa faedah macam si Deepak tue dapat?

Yang dok bekap baik punya dah kenapa?

KAH KAH KAH

Memang bodoh la korang. Ehh staff PTPTN diminta terasa. Tolong ek. Aku minta tolong neh. PTPTN kan suka tolong orang.

KAH KAH KAH

Semalam telah tersebarnya mengenai satu pengakuan bekas pengerusi Bank Rakyat. Iaitu Datuk Shabaruddin Chik. 

Dia bagitau.

1. Dia dipecat dari Bank Rakyat kerana tak bersetuju tindakan Hasan Malek untuk biarkan Deepak bayar pinjaman 40juta tanpa dikenakan sebarang faedah selama 30 tahun lamanya.

2. 40 juta tue ialah jumlah yang telah dipinjam.

3. Baki yang belum dilangsaikan ialah 32 juta.

4. Dan 32 juta itulah yang mana Deepak gunakan rangkaian politiknya dengan meminta pengaruh dari ahli2 politik berstatus menteri agar mempengaruhi Bank Rakyat untuk membenarkan dia membayar pinjaman sehingga 30 tahun lamanya tetapi tanpa dikenakan sebarang faedah.

5. Apa yang berlaku ialah Bank Rakyat enggan menurut permintaan tersebut kerana ini merugikan bank.

6. Disebabkan itulah pengerusi Bank Rakyat dipecat dan sampai sekarang BANK RAKYAT takde pengerusi lagi bagi mengantikan Datuk Sabaruddin Chik.

7. Sabaruddin mempersoalkan tindakan menteri. Kenapa masuk campur urusan pentadbiran Bank Rakyat?

8. Untuk rekod, walaupun bekas pengerusi Bank Rakyat tak bersetuju tetapi tindakan Deepak untuk berbuat demikian tetap berjaya dilakukan.

9. Deepak inila nama ahli perniagaan yang disebut2 ada kaitan dengan Najib dan Rosmah.

Itulah serba ringkas cerita yang berlaku.

Persoalannya.

Bekas pengerusi Bank Rakyat secara terangan2 mendedahkan campurtangan menteri dalam urusan perjalanan operasi bank menerusi laporan berita. Rujuk sini.

Kenapa SPRM dan PDRM tak bertindak? Bukan kah dorang sendiri yang sebut based on laporan akhbar, siasatan tetap boleh dijalankan macam kes siasatan kek yang dihadiahkan kepada Tuk Guru Nik Aziz dan kes2 yang lain bila ia melibatkan pembangkang.

Bukan kita nak tuduh2 Hasan Malek tue pun. Muka macam bengap, kenyataan lagi la bengap tapi tak sangka pula aku sebengap2 dia, tak pula bengap dalam melibatkan diri dengan skandal.

Yang rakyat mahu tahu sangat. Apsal si Hasan Malek beria2 nak tolong Deepak bayar pinjaman tanpa faedah. Riba takde. Keuntungan pun takde. Bayar pokok aje. Itupun masa dipanjangkan sehingga 30 tahun lamanya guna cheque hadapan.

Yang rakyat sakit ahti sangat. Si Hasan Malek sanggup tolong ahli perniagaan yang kaya raya untuk bebaskan diri dari riba tapi peniaga2 kecik semua dikenakan riba dia bukan nak peduli pun. Mahasiswa perlu bayar caj pentadbiran PTPTN dia bukan nak heran pun. Bila dah berlaku macam neh takan rakyat macam aku BODOH2 nak pergi sokong BN lagi? Tak kecik ahti ke kita bila kepentingan berkaitan rakyat semua diabaikan tetapi orang2 kaya siap dapat macam2 kemudahan lagi padahal dah kaya nak mampos. Takde pula orang nak bising dah pandai pinjam pandai la bayar balik dengan bunga ek? Kalau rakyat kemain lagi kena kutuk kan? Pinjam untuk bayar rumah pun ada riba. Yang si Deepak pinjam untuk meniaga takde bunga. Ini adil ke buat rakyat?

Korang neh memang nak makan sumpah seranah rakyat kalau tak siasat hal ini hingga ke akar umbinya. Mesti ada sebab yang khusus kenapa Hasan Malek sanggup risikokan diri dia demi membantu Deepak. Mesti ada risikonya kenapa Datuk Sabaruddin sanggup bahayakan diri dia dedahkan kisah sebenar yang hingga menyebabkan dia dipecat.

Itu sebab SPRM dan PDRM kena ambil inisiatif untuk siasat.

Ke, juga ada sebab yang khusus kenapa SPRM dan PDRM tak bertindak?

Kalau macam tue, jika rakyat ambil tindakan sendiri jangan la marah pula ye. Ingat. Orang yang hari2 kena pijak juga akan bangun menolak kaki yang pijak dia tau. Masa tue kalau korang terjatuh dan luka jangan lupa yang korang terlebih dahulu telah memijak kepala kami hingga berdarah. Faham? Jika Putrajaya itu kami rempuh pun, kami tak buat demi kuasa. Kami buat kerana mahu mendapatkan kembali hak2 kami sebagai rakyat. Kepada SPRM dan PDRM. Lebih baik korang siasat hal tersebut sebelum marah kami bertukar menjadi sebuah dendam. Ingat, mati tak menyekat pun langkah rakyat.

Fikir2kan ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...