Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 25 Mei 2014

Malaysia Gagal Menangi Piala Thomas.


Gagal. Kalah. Frustated la pula.

Aku sakit ahti dengan Darren Liew. Tapi aku cuba faham. Ini adalah pertandingan. Kalah menang perkara biasa. Dah corak permainan Jepun lebih baik dari Malaysia maka sudah tentula mereka layak menang. Ueda bermain lebih kemas berbanding Darren maka tak aneh la kenapa Jepun mampu memenangi piala Thomas kali neh. Kelemahan Darren tue memang jelas kat sana sini. Tapi aku rasa dia pun tertekan juga. Bermain dalam keadaan santai dengan tertekan memang jauh bezanya. Satu lagi bermain dengan pengalaman luas dengan kurang pengalaman pun jauh bezanya. Ini first time dia masuk final. Dia perlu kumpul pengalaman2 lagi. Bagi masa. Untuk masa2 akan datang insya-Allah peluang sentiasa ada untuk Malaysia.

Dan, tahniah kepada Jepun.

Untuk pasukan Malaysia, sudah kalah buat cara kalah dan cuba lagi. Hehe.

Kaji kesilapan sendiri dan perbaiki pada masa hadapan. Insya-Allah untuk masa akan datang mungkin ada peluang untuk kita membawa pulang piala Thomas.

Sedikit info semasa.

Kali terakhir kita layak ke final PIALA THOMAS ialah 12 tahun lepas.
Kali terakhir kita menang PIALA THOMAS ialah 22 tahun yang lepas.
Piala Thomas dan piala Uber diadakan 2 tahun sekali.
Lokasi penganjuran kali neh ialah di New Delhi, India.

Kita gagal mendapatkan piala itu selepas Darren Liew kalah dalam set penentuan.

Set pertama : Ueda menang.
Set kedua : Darren menang.
Set ketiga : Ueda menang.

Sebelum neh ;

Lee Chong Wei (M'sia) lwn Kenichi Tago
Malaysia menang 21-12, 21-16.
 
Tan Boon Heong/Hoon Thien How lwn Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo
Malaysia tewas 21-12, 17-21, 19-21.
 
Chong Wei Feng lwn  Kento Momota
Malaysia tewas 5-21, 17-21.
 
Goh V Shem/Tan Wee Kiong lwn Keigo Sonoda/Takeshi Kamura
Malaysia menang 19-21, 21-17, 21-12.
 
Daren Liew (MAS) kalah kepada Takuma Ueda (JPN) 12-21, 21-18, 21-17

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...