Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 31 Mei 2014

Dyana Dan Mah Siew Keong Akan Hilang Dari Teluk Intan Samada Kalah Ataupun Menang.


Bai bai pengundi-pengundi ku..

Masa untuk aku berbuat baik sudah tamat. Masa untuk aku berselfie dengan kamu sudah tamat. Masa untuk aku melawat pasar pagi, petang dan malam juga sudah tamat. Masa untuk aku buat roti jala pun dah tamat. Masa untuk aku melawat kawasan pun dah tamat. Masa untuk aku berbaik2 dengan pengundi pun dah tamat. Masa untuk aku memahami dan mendengar masalah2 kamu semua juga dah tamat. Mengikuti apa yang SERING berlaku di kawasan2 lain, aku juga akan lari meninggalkan kamu. Dan, kamu sebagai pengundi walaupun di mana2 sahaja kamu berada akan selalu ditipu dan diperdayakan oleh aku (wakil rakyat) dengan penuh jayanya.

Aku tak cakap sesuatu yang salah. Aku hanya sampaikan apa yang sedang berlaku. Sesuatu yang ramai penyokong2 parti tidak mahu sebut atas nama menjaga ahti.

Aku tidak tahu sejak bila. Tetapi paternnya begitulah di negara neh. Penyokong perlu menjaga ahti parti. Ahli perlu menjaga ahti pemimpin. Orang bawah menjaga ahti orang atas. Kita terikat dengan satu sistem yang memperbodohkan orang miskin, orang biasa, orang yang tak punya apa2 pangkat dan kuasa.

Review kempen PRK di Teluk Intan.

Aku takan cakap sesuatu yang aku sendiri tak turun padang dan pantau. 2 ceramah PR. 2 ceramah BN. Aku turun dan tinjau. Apa yang berlaku ialah PR kutuk BN. Dan BN kutuk PR. Mereka tak bawa masalah rakyat di Teluk Intan. Mereka bawa masalah peribadi parti masing2 di Teluk Intan ketika berkempen. Bukan semua tetapi ada. Sedikit darinya ambil tahu apa masalah yang dihadapi oleh rakyat di Teluk Intan tetapi kebanyakkan ceramah membuatkan rakyat terkejar2 pemimpin.

Contoh.

Dyana datang ke setiap tempat ceramah berucap selama 10 hingga 15 minit dan kemudian rushing pulang untuk menuju ke tempat ceramah yang lain. Alasan. Jadual pack. Jadi dia perlu rushing. Persoalannya, kenapa buat corak kempen yang sebegini? Kenapa buat corak kempen, korang berceramah dan rakyat mendengar? Sepatutnya korang revert semua corak2 kempen yang BODOH lagi memBODOHKAN umat.

Ini bukan masa untuk pengundi dengar korang punya sembang kencang ataupun saling kutuk mengutuk parti lawan. Ini adalah masa untuk korang bawa nota, bawa rakaman, salin, catit, cari, dengar, faham, tinjau, analisis, dekati, ambiltahu apa yang pengundi2 di Teluk Intan mahukan. Tanya setiap satu penduduk di Teluk Intan. Pergi dari satu kawasan ke satu kawasan. Salin nota dengar apa yang penduduk sebut. 

Makcik. Kat sini makcik rasa kan. Apa perubahan yang perlu saya bawakan ye makcik. 

Pakcik, kat sini kan saya tengok kampung neh agak tak tersusun. Pakcik ada apa2 masalah ke kat sini yang saya boleh selesaikan?

Hi adik. Berumur 21 tahun sudah. Adik boleh tak berikan sedikit pandangan adik tentang masalah2 yang dihadapi oleh penduduk disini atas pemerhatian dari kaca mata seorang remaja di daerah neh?

Tahu tak apa itu bancian?

Maka itulah yang korang calon wakil rakyat kena buat sebenarnya. Selepas itu susun cantik2. Ikut keutamaan dan selesaikan jika menang. Jika kalah, tiada masalah. Susun juga cantik2 dan sentiasa serang pihak lawan tentang masalah2 yang penduduk hadapi. Ko buat banner sana sini tue semua BUANG DUIT. Dari dulu lagi aku beranggapan banner yang meletakkan calon2 kempen ini BUANG DUIT. Dengan duit2 yang ada ko lantik kakitangan untuk buat bancian bagi merungkai masalah penduduk lagi bagus.

Melawat pasar dan semua tempat dengan tiada apa2 pelan tindakan yang terancang juga buang masa. Hanya nak tunjuk muka dengan pengundi. Nak buat apa? Hiiii chakkkkk sayalah calon pengundi wakil bagi parti BN or DAP disini.. tadaadaaaaa nak selfie tak?

Nampak tak begitu teruknya taraf pengundi2 di negara neh di semua tempat cara kita dilayan? Kita diperbodohkan bukan kerana kita BODOH nak mampos ataupun kerana wakil rakyat bijak gila babi. Tetapi kerana kita mahu diri kita diperbodohkan. 

Dan yang peliknya. Takde ke mana2 ahli2 dalam parti korang yang mahu berfikir secara berbeza bagi mendekati pengundi? 

Ya ya. Menongkah arus bukan mudah. Aku bentuk dengan penulisan agar orang faham. Bila orang faham ada kemungkinan dorang setuju. Bila ada yang tak setuju ada kemungkinan dorang debate. Bila dorang debate dorang memperkatakan ia. Bila ia diperkatakan ada kemungkinan ia dipertimbangkan. Aku sedang menongkah arus. Cuma tindakan yang diambil adalah melalui penulisan.

Dan perkara yang sama juga boleh diambil oleh ahli2 parti sebenarnya. Korang boleh bentuk dalam tindakan disebabkan kerja berkumpulan. Dia antara mahu dengan tidak mahu.

Landskap politik di negara neh memang perlu diubah. Ada banyak benda2 bodoh yang pemimpin2 lakukan dari kedua2 belah parti politik ketika berkempen.

Aku suka bila BN mahu memberikan peluang kepada pengundi2 untuk bercakap dengan pemimpin. Tetapi aku rasa BULLSHIT bila Hishammudin dan Mah datang ke sesetengah tempat semata2 nak bergambar kemudian bergegas pergi ke tempat lain sebab ada urusan lagi. Bukan kah itu BULLSHIT namanya tue? Kenapa ko perlu datang sekalipun sebenarnya? Baik ko jangan datang langsung. Jika nak tunjuk muka baik ko jangan tunjuk langsung. Ia bukan la best untuk tengok muka ko dan tengok korang klik2 bergambar. Kenapa tak buka ruang perbincangan untuk meninjau masalah rakyat di sekitar Teluk Intan? Lepas habis berbincang nak bergambar ke apa ke lantakla disitu. 

Yang terjadi adalah sebaliknya. Rakyat perlu merayu untuk berbincang. Tetapi untuk bergambar laju kemain.

Inila yang aku tak pernah faham2 dari dulu lagi. Corak kempen yang sangat bangang sebenarnya. Sepertimana bangangnya bila ko masuk pasar malam, pasar pagi ataupun pasar petang. Ko masuk pasar, dengan niat nak berbual mesra dengan pengundi kononnya. Tapi lepas ko menang adakah ko akan masuk pasar lagi? JANGAN HARAP la. Mesti bagi alasan. Helloo.. kami dah menang okayyyyy. Kami kena buat kerja. Buat kerja KEPALA HOTAK korang la. Kalau masuk pasar itu dianggap sebagai salah satu cara korang buat kerja sebelum KEMPEN, korang pasti akan masuk pasar lagi SELEPAS KEMPEN. Tapi tak masuk pasar lagi. Lepas 5 tahun baru masuk pasar lagi. Berlakon lagi. Bila menang, hilang lagi. Bila kalah pulak terus mati. Inila sikap calon2 dan wakil rakyat di negara neh.

Suasana neh berlaku hampir di kebanyakkan tempat. Benda yang perlu diubah sebenarnya. Yang patut calon2 parti neh buat ialah PAMPANGKAN NO TELEFON, ALAMAT, EMAIL, DAN APA SAHAJA CARA yang rakyat boleh hubungi dorang tanpa PROTOKOL.

Buat banner. Letak no telefon korang. Ada berani?

Tak berani punya.

Takan berani sebab dorang akan tahu itu adalah hak privacy dorang. Rungsing la masyarakat dok call adu2 masalah. Selalu pun macam tue. Kita kan ada security. Biarlah dia yang entertain. Tapi buat apa ko jadi wakil rakyat disitu? Gaji mao. Kerja takmao. Inila wakil2 rakyat yang rakyat perlu kenal. Kita sudah terlalu lama dihadapkan dengan cara berpolitik yang salah oleh parti2 di negara neh. Sangat salah. Kita la yang perlu betulkan kesalahan neh sebab ahli2 politik tidak akan mengubah kesalahan tersebut. Kefahaman rakyat secara salah sebenarnya melegakan mereka. Ini kerana mereka boleh manipulate keadaan itu untuk perbodohkan rakyat. Tak kirala PR mahupun BN. 

Contoh macam Najib manipulate Mah untuk jadi menteri jika menang di Teluk Intan. Sekalipun dia yang jadi menteri apa pengundi2 akan dapat? Mah dapat jawatan, kuasa dan gaji. Maka apa pula yang rakyat dapat? Itu focusnya. 

Percayalah kata2 aku. Ia berlaku hampir di kebanyakkan kawasan. Mah ataupun Dyana yang menang dorang akan lari dari Teluk Intan. Ramkarpal yang menang pun sudah lari dari Bukit Gelugor. Tiada lagi yang melawat kawasan. Tiada lagi senyum manis dan mendengar masalah rakyat. Politik kita sudah rosak. Rosak kerana mahu menjaga ahti. Rosak kerana kita tatau apa yang patut dibuat dan apa yang tak patut dibuat. Rosak kerana kita cenderung berfikir sepertimana yang orang lain mahu kita fikir. Rosak kerana rakyat lebih selesa jadi pak turut. Rosak kerana diperbodohkan sejak sekian lama. Rosak. 

Apa yang ada bukan la samada BN ataupun PR yang menang.

Sebaliknya sejauh mana rakyat mahu mengubah landskap yang rosak ini tanpa peduli siapa pun yang menang.

Ringkasannya. Jadilah pengundi yang bijak. Bukan sebelum dan semasa memangkah atas kertas. Jadilah pengundi yang bijak selepas mana2 wakil rakyat yang menang kita kejar dorang sampai dapat untuk didik, ajar dan tarbiah dorang macam mana nak jadi wakil rakyat di satu2 kawasan. Nampaknya wakil rakyat kita banyak yang terlupa maksud sebenar WAKIL RAKYAT. Itu pasal kerja dorang banyak yang kelam kabut. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...