Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 September 2017

Pertandingan Mengail Fastaqim Dikecam Ada Unsur Judi, PAS Nafi Dakwaan..

Pertandingan mengail PAS tiada unsur-unsur perjudian dan PAS mengutip yuran pertandingan adalah untuk membiayai dana pilihanraya, itulah kenyataan Ustaz Nasruddin Tantawi bagi menjawab kritikan sesetengah pihak yang mengatakan pertandingan mengail yang dianjurkan di Fastaqim 2.0 melibatkan unsur-unsur perjudian.

"Bukan judi. Kita faham dan tahu apa yg menjerumuskan sesuatu pertandingan itu judi dan bagaimana yang tidak judi. Terima kasih atas keperihatinan.

Yuran itu adalah untuk kos dan derma kepada FASTAQIM 2.0 yang juga mengisi tabung Dana Pilihanraya. Sebab pr
ogram ni program FASTAQIM anjuran PAS untuk lancar jentera pilihanraya. Peserta yang menyertainya tahu bahawa ini anjuran PAS untuk persiapan menghadapi pilihanraya, kita lancar jentera pilihanraya dan lancar dana pilihanraya. Antaranya aktivitinya, menganjurkan pertandingan yg pelbagai untuk mendekati semua segmen masyarakat disamping buka peluang mereka menyumbang melalui aktiviti yang diserta. Hadiah di taja oleh penganjur bukan ambil duit orang kalah untuk diberi kepada yang menang.

Siapa yang berminat untuk masuk, bagi yuran 40 RM kepada FASTAQIM 2.0

Tak berminat jika dikira mahal maka tidak mengapa.

Hadiah adalah tajaan bukan diambil dari wang atau yuran penyertaan.

PAS dikawal oleh alim ulamak. Insyaallah tiada unsur judi dan kita parti yang paling tegas memerangi Judi,"
katanya sebagai respon di laman facebook beliau.

Sebelum ini beberapa pihak telah mengkritik PAS mempromosikan budaya perjudian menerusi acara mengail dan kritikan itu semakin kuat selepas kemuncak Fastaqim 2.0 berlangsung selama dua hari bermula semalam. 

Respon di facebook Ustaz Nasruddin

Sindiran bekas cybertroopers PAS ;

Bagaimanapun kritikan terhadap PAS yang rata-ratanya didominasi oleh penyokong Pakatan Harapan dijawab oleh penyokong-penyokong PAS sebagai taktik mengalih isu kerana Fastaqim 2.0 mendapat sokongan ramai anak muda manakala melayu tidak lagi mahu menyokong pembangkang Pakatan Harapan.

Cybertroopers BN kecam peserta Fastaqim guna bas ATM

Tinjauan di beberapa facebook pro Najib pula memperlihatkan kumpulan itu memainkan isu bas yang membawa peserta Fastaqim 2.0 ke lokasi perhimpunan.

Ada pihak yang mahu individu yang menyewakan bas yang biasanya membawa peserta PLKN itu disiasat kerana membiarkan bas itu digunapakai untuk program parti politik pembangkang.

"Kena cari siapa yang approve dan untuk kegunaan apa. Tetapi tetap salah jika diguna untuk kegunaan bukan ATM," tulis Ankel Kamari Kent di post berkenaan.

"Mesti ambil tindakan ni. Adakah dia menggunakan bas ini secara bayaran untuk mengangkut awok-awok dia ke program itu atau ada kebenaran daripada ATM," komen Budox Bereh pula.

Dijangka bilangan kehadiran penyokong-penyokong PAS ke Fastaqim 2.0 adalah seramai 200,000 ribu orang bagaimanapun angka kehadiran rasmi belum lagi dikeluarkan oleh pihak PAS setakat ini.

Walau Takde Pesta Arak, AIDS Lebih Banyak Di Kelantan Berbanding Selangor - DAP Sound PAS KAW-KAW.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengingatkan PAS supaya tidak mencampuri urusan penganjuran pesta arak 'Better Beer Festival 2017' (BBF17) di negeri ini.
EXCO Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdagangan dan Pengangkutan Selangor
Sambil menempelak PAS, beliau berkata, kadar AIDS dan isu sosial di Kelantan adalah lebih tinggi berbanding Selangor walaupun pesta arak tidak dianjurkan di negeri ditadbir PAS itu.
"Adakah PAS mahu jadi hero? Pemimpin PAS terutama di Kelantan jaga tempat (negeri) sendiri, jaga tempat mereka dahulu.
"PAS melompat dalam isu pesta arak macam orang mabuk. Saya yang minum (arak), kenapa dia (pemimpin PAS) yang mabuk? Kenapa PAS hendak sibuk?," katanya, memetik laporan Berita Harian yang disiarkan pada semalam.
Ditanya sama ada akan turut serta dalam pesta itu, pemimpin DAP berkenaan berkata, beliau akan pergi jika dijemput kerana beliau juga minum arak.
"Ini cara hidup orang bukan Islam, jadi hormati. Saya minum arak, namun saya tak memandu jika minum arak," katanya lagi dalam laporan tersebut.

Jumaat, 29 September 2017

Kenapa Guna Pesawat Tentera Untuk Bawa Orang Awam Jumpa Najib?

Oleh : Shahbudin

Masya Allah....benarkah semua ini?

Jika benar seperti yang dilaporkan ini dan sebagaimana yang tersebar luas di media sosial, kita tentunya bersetuju dengan kenyataan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian bahawa tidak sepatutnya penghulu dan ketua kampung tersebut diperlakukan sedemikian rupa.

Kenapa mereka dijemput untuk datang ke ibu negara dengan tujuan dikatakan untuk bertemu Perdana Menteri dengan hanya menaiki pesawat tentera?

Tidakkah ia suatu penyalahgunaan kuasa yang nyata dan dalam masa yang sama seperti penghinaan kepada ketua kampung dan penghulu tersebut?
Mengapa tidak disewakan satu atau dua buah pesawat khas yang selesa jika benar ketua kampung dan penghulu itu begitu penting untuk menang pilihanraya?

Selain itu, menjadi persoalan juga, jika hanya pesawat tentera dengan kerusi yang tidak selesa dijadikan pengangkutan mereka, bagaimanakah pula penginapan untuk mereka semasa berada di ibu negara?

Adakah mereka diberikan bilik hotel yang selesa atau hanya diberikan tempat tidur ala kadar saja?
Apa yang lebih malang ialah, meskipun perkara ini telah tular di media sosial sejak lebih 24 jam yang lalu dan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian turut memberikan reaksinya melalui portal utama serta masyarakat umum juga banyak bercakap mengenainya, tetapi belum kedengaran lagi sebarang penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri atau Kementerian Pertahanan.

Mengapa mereka begitu lembab dalam bekerja?
Dalam dunia maklumat yang serba pantas dan wujud pula pelbagai medium penyebaran seperti Facebook, Twitter, Telegram, Whatsapp dan sebagainya, bahkan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan juga dilihat aktif dalam media sosial, malah tidak mustahil turut menerima berita serupa, kita tentu bingung memikirkan kenapa semua pihak yang berkaitan masih macam kura-kura dalam bertindak sama ada mengesahkan kebenaran, menafi atau memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut?

Di mana unit media di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dalam hal ini dan adakah semua mereka masih lagi hidup dalam dunia analog?

Bukan Hinaan Tetapi Satu Penghormatan Jika Dibawa Naik Pesawat Tentera Kritik Netizens Pada Pro Pembangkang.

"Najib mahu kesemua ketua kampung dan penghulu rumah panjang kita di Sarawak bertemu dengan beliau di Kuala Lumpur. Tetapi, lihatlah gambar-gambar ini. Pertamanya kalinya saya melihat rombongan dibawa menggunakan kapal tentera. Apahal? Saya tidak senang melihat cara anda melayan kami, orang Sarawak seperti ini..," itulah petikan kata-kata Voon Shiak Ni seperti yang tersiar di Facebooknya.

Beliau berkongsikan empat gambar tersebut sambil mengulas ketidaksenangan hati beliau memperlihatkan keadaan ketua-ketua kampung dan penghulu rumah panjang di Sarawak yang dibawa naik menggunakan kapal terbang milik tentera dalam satu sesi rombongan perjumpaan dengan Najib baru-baru ini.

"Ini lah selayaknya bagi pada ketua kampung. Yang ketua Umno naik flight proper pergi oversea, yang jaga kampung naik Charlie. Tak habis-habis dibodohkan BN Najib. Bagi tong biru, hidup BN. Bagi gula, beras sikit, hidup BN. Najib cakap Sarawak sikit, hidup BN. Sedih tau korang ni," respon Zack Rayyan mengulas tentang penyebaran gambar-gambar tersebut.

"Ini benar-benar memandang rendah pada orang Sarawak," kata Sivia Juseng pula.

"Second class netizens, biasalah bah," respon Velentino Chan.

Bagaimanapun tidak semua netizens memberikan ulasan negatif atas apa yang dikongsikan oleh Voon Shiak itu. Kebanyakan netizens yang memberikan respon di post berkenaan beranggapan ia adalah satu penghormatan untuk dibawa naik ke dalam pesawat tentera kerana ia jarang-jarang berlaku bahkan adalah pengalaman yang berharga.

Ada juga di antaranya tidak mengkritik layanan ke atas ketua kampung tetapi memilih untuk mempersoalkan berapakah bajet yang digunakan oleh kerajaan untuk membawa rombongan tersebut, tidur di mana, siapakah yang membayar kesemua wang perbelanjaan tersebut dan apakah tujuannya.

Sesetengah netizens beranggapan ia adalah seperti membeli undi dan menyalahgunakan aset milik kerajaan untuk tujuan berpolitik dan meraih sokongan ke atas parti.

Ada juga yang merasa sedih kerana tentera digunakan sesuka hati oleh pihak-pihak yang berpolitik sedangkan tentera tidak sepatutnya dilibatkan bagi tujuan seperti ini kerana tugas tentera adalah menjaga keselamatan negara dan bukannya untuk membantu sesetengah pihak melunaskan cita-cita politiknya.

Dalam pada itu, PKR Sarawak menerusi satu posting di laman facebook mereka turut mempersoalkan tindakan Najib yang membawa rombongan ketua kampung dan penghulu rumah panjang di Sarawak menaiki pesawat tentera.

Untuk rekod, pesawat yang digunakan ialah Airbus A400M Altas milik tentera.

Saya Yakin Menang Walau Bertanding Kat Pekan Atau Kelantan Sekalipun - Mat Sabu.

Presiden kepada Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu merasa yakin bahawanya beliau boleh menang di mana-mana sahaja kerusi yang diserahkan padanya dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.
“Saya rasa ada peluang menang di mana-mana saja, termasuk di Kelantan dan Pekan,” katanya kepada pemberita.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian dalam satu sidang media yang dijalankan di Ibu Pejabat Amanah, Kuala Lumpur pada semalam.
Antara lain sidang media berkenaan turut mengumumkan tarikh Pakatan Harapan mengadakan demo Hapus Kleptrokrasi yang akan diadakan pada 14 Oktober kelak.
Sidang itu turut mengumumkan baju rasmi bagi perhimpunan tersebut.
Menurut Mat Sabu lagi, bagaimanapun keputusan untuk meletakkan beliau sebagai calon di mana-mana kerusi akan ditentukan selepas parti mengadakan perbincangan.
Katanya lagi selain dicalonkan untuk bertanding di Kelantan dan Pahang, nama beliau turut disebut-sebut untuk bertanding di Kedah dan Pulau Pinang.

Jika Ada Rakyat Yang Miskin Itu Sebab Mereka Tak Berusaha Kata Irwan Serigar.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata rakyat di negara ini sepatutnya boleh menjadi lebih berjaya berbanding warga asing yang datang bekerja dan tinggal di sini lapor Free Malaysia Today.
“Jika warga Indonesia mampu mencari nafkah di sini, rakyat Malaysia patut lebih berjaya,” katanya dalam ucapannya pada hari graduasi 1MET pada semalam.
Tan Sri Irwan
Acara itu diadakan buat mereka yang menamatkan kursus keusahawanan, bimbingan dan latihan selama 6 bulan.
Irwan berkata ramai mendakwa ekonomi Malaysia jauh terkebelakang berbanding negara membangun lain.
“Mereka kata semuanya salah. Mereka kata kita berhutang banyak seperti Bangladesh.
“Terdapat orang yang mengelirukan rakyat,” katanya.
Menurut Irwan, jika ada rakyat yang miskin, ia disebabkan mereka tidak cukup berusaha.
“Jika mereka mempunyai tangan, kaki dan boleh berjalan, mereka boleh mencari nafkah di Malaysia.”
Beliau berkata terdapat 4 juta warga asing di Malaysia, dan sesetengahnya menjalankan perniagaan.
“Jika kita ke Chow Kit, separuh daripada mereka warga Indonesia,” katanya lagi.
Menurutnya, jika seseorang ke pasar malam, pelanggan akan beli hampir semua barangan yang dijual murah.
Irwan menambah, oleh itu ianya penting untuk menjenamakan produk jika mahu berjaya menjualnya.
Setakat Jun 2016, hutang negara sebanyak RM655.7 bilion, bersamaan 53% Keluaran Dalam Negara Kasar.
Daripada jumlah ini, 95.5% atau RM628.8 bilion adalah hutang tempatan, manakala 41.% iaitu RM26.9 bilion adalah hutang luar pesisir.

Ini Ucapan Penuh Tian Chua Di Mahkamah Semasa Tarik Balik Rayuan & Bersedia Ke Penjara.

29 September 2017
Ucapan YB Tian Chua di Mahkamah Rayuan, Putrajaya
YB Tian Chua
Yang Arif-Yang Arif,
Pagi ini saya telah melepaskan peguam bela saya, dan selepas perbicaraan lima tahun, saya ingin ambil peluang ini untuk memberi sedikit ucapan di mahkamah ini.
Saya telah membuat pilihan ini selepas berfikir panjang, dan ini langsung tidak bermakna saya tidak mempercayai kebolehan peguam-peguam saya. Saya memang percaya sepenuhnya yang mereka mampu mengendalikan kes ini dengan baik. Oleh itu, pertama sekali saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada para peguam saya.
Yang Arif-Yang Arif,
Pada 28 April 2012, saya telah ditahan sewaktu perhimpunan aman BERSIH. Pada petang itu, saya bersama-sama 500 orang yang ditahan telah dihantar ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL).
Pada hari tersebut, peserta-peserta perhimpunan BERSIH bukan sahaja terkena tembakan gas pemedih mata dan air kimia, tetapi ramai termasuk diri saya sendiri telah dipukul dibelasah sewaktu kami ditahan.
Walaupun begitu, saya tidak didakwa kerana mengambil bahagian di dalam satu perhimpunan haram. Dakwaan terhadap saya adalah berkaitan kehadiran saya di PULAPOL, di mana saya ditahan pada hari tersebut. Saya didakwa melakukan kesalahan menceroboh "Kawasan Larangan" iaitu PULAPOL.
Yang Arif-Yang Arif,
Pada pandangan saya, amat tidak munasabah untuk menghukum saya kerana saya berada di dalam kawasan PULAPOL pada ketika saya dibawa ke tempat itu dengan paksaan dan tanpa persetujuan saya. Akibat dari itu, saya telah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 24 Januari 2014 dan dijatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM1,000.
Penyertaan saya di dalam BERSIH adalah sebahagian dari perjuangan cukup lama untuk menegakkan Malaysia yang lebih adil dan lebih baik.
Matlamat BERSIH adalah untuk menggesa dilaksana reformasi ke atas sistem pilihanraya kita yang cukup berat sebelah.
Sebuah kerajaan yang benar-benar demokratik tidak takut kritikan umum. Demokrasi perlu sentiasa toleran terhadap perbezaan pendapat, dan melalui kebingitan ini masyarakat akan maju menerusi proses reformasi. Sebuah kerajaan yang berintegriti tidak patut menggunakan agensi penguatkuasaan untuk menzalimi mereka yang tidak bersependapat dengan pemerintah.
Undang-undang digubal untuk menjaga kebajikan rakyat, dan menjamin kebebasan, kesaksamaan dan maruah rakyat. Malangnya, undang-undang inilah juga yang telah menjadi alat para penzalim, yang telah menggunakannya untuk menakut-nakutkan rakyat.
Hari demi hari, korupsi dan salah guna kuasa rejim disaksikan ramai rakyat. Namun rejim ini terus bertahan, dibantu sistem pilihanraya yang cukup bermasalah. Rejim jelas mahu terus memegang kuasa dengan menyebar kebencian dan syak wasangka di dalam negara tercinta kita ini.
Saya sama seperti jutaan rakyat Malaysia di luar sana. Kami mendambakan perubahan. Demi sebuah Malaysia yang lebih baik di mana prinsip keadilan dan kebebasan ditegakkan. Rakyat Malaysia mahu bebas bersuara, untuk menyatakan pandangan mereka tanpa rasa takut. Hak ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan -- bahawa semua warganegara berhak mengkritik, bersuara, bergerak bebas, dan memastikan pihak berkuasa mengambil tanggungjawab di atas segala yang mereka lakukan.
Sekiranya harga mengubah sistem yang zalim dan korup ini bermakna saya perlu ke penjara, maka saya amat bersedia membayarnya. Pada masa yang sama, saya ingin tekankan bahawa saya ke penjara tidak bermakna saya mengaku bersalah. Sebenarnya, saya mahu mengetengahkan kesalahan-kesalahan kerajaan ini, dan saya gesa seluruh rakyat Malaysia agar tidak berasa takut dengan para penzalim ini.
Yang Arif-Yang Arif.
Dengan penuh hormat, saya ingin memaklumkan mahkamah ini bahawa saya menarik balik rayuan saya.
Akhir kata, inilah pesanan saya buat semua rakyat Malaysia di luar sana: Terima kasih di atas sokongan dan dokongan. Terus berjuang menegakkan keadilan. Kita tidak akan dan tidak perlu takut kerana kita berada di landasan yang benar! Tembok penjara tidak akan menghalang kita dari mencapai Perubahan!29 September 2017

Akhir kata, inilah pesanan saya buat semua rakyat Malaysia di luar sana: Terima kasih di atas sokongan dan dokongan. Terus berjuang menegakkan keadilan. Kita tidak akan dan tidak perlu takut kerana kita berada di landasan yang benar! Tembok penjara tidak akan menghalang kita dari mencapai Perubahan!

Khamis, 28 September 2017

Kasihan, Nenek Pun Jadi Mangsa Fitnah Kononnya Sokong BN..

"Punya la nak kipas BN tetapi menipu. Halal ke duit dapat buat berita macam ni? So desperado and stupid. And by the way, her name is Hamsah," tulis cucu kepada neneknya yang difitnah sebagai penyokong BN di akhbar versi cetak, Sinar Harian.

Ia difahamkan laporan tersebut telah dicetak untuk edaran akhbar Sinar Harian pada semalam. 

Dalam laporan tersebut ia memaparkan kenyataan seorang nenek yang dikenali dengan nama Hamidah Bisri yang berusia 86 tahun kononnya telah mengatakan kepada wartawan bahawanya hanya BN mampu membela nasib rakyat.

"Saya tak ikut hal politik sangat, tapi setahu saya hanya BN yang mampu bela nasib rakyat," katanya seperti di petik dalam laporan tersebut.

Bagaimanapun laporan tersebut dinafikan oleh cucunya yang menggunakan nama Musafir Awan di facebook beliau.

"Ini gambar nenek saya yang masuk Sinar Harian hari ini (semalam). Dia mengatakan kepada saya dia tak cakap satu patah perkataan pun kepada wartawan. Seorang wartawan datang menghampirinya mahu menangkap gambarnya dan bercakap padanya nanti masuk surat khabar ya, itu sahaja," katanya seperti yang dipetik dari facebook beliau.

Pendedahan itu mengundang reaksi balas daripada pelbagai pihak dan kebanyakkannya juga telah mengkritik etika kewartawanan Sinar Harian yang disifatkan tidak telus. 

Setakat ini Sinar Harian tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjawab isu yang dibangkitkan di laman sosial itu. 

Post berkenaan ketika ini telah dikongsikan lebih dari 700 kali sejak ia mula dimuatnaik pada semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...