Rabu, 27 September 2017

Rizal Dedah Dokumen, Minta Rafizi Jawab Kenapa Guna Duit Derma Bayar Syarikat Sendiri.

Pegawai khas kepada Rosmah Mansur, Rizal Mansor sekali lagi hari ini tampil mempersoalkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tentang isu kutipan derma dan bagaimana Invoke membelanjakan ia.
Sebelum ini Rizal Mansor bertanyakan beberapa soalan mengenai operasi Invoke dan telah pun dijawab oleh Rafizi Ramli. 
Dan hari ini menerusi satu posting di facebook beliau, beliau membayangkan wujudnya unsur salah guna wang yang dikutip oleh Rafizi menerusi dua syarikat iaitu Invoke Sdn Bhd dan KEIP RESOURCES SDN BHD.
Menurut Rizal, sepertimana INVOKE, KEIP RESOURCES juga sebenarnya dimiliki oleh Rafizi Ramli. Dalam postnya yang bertajuk Rafizi bayar Rafizi, beliau mendedahkan kaitan Rafizi dengan kedua-dua syarikat tersebut.
"Milik siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD?
Mengikut carian yang dilakukan di SSM menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI. Yang memegang sebanyak 10,050 saham. Individu yang bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam INVOKE SOLUTIONS SDN BHD. Iaitu sebanyak 250,000 saham. (Rujuk dokumen-dokumen SSM yang disertakan).
Kesimpulannya apa?
Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia. Hasil duit yang dikutip dari orang ramai. Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya," katanya di post tersebut.
Rizal juga mendakwa Rafizi menerusi Invoke telah bermewah-mewahan menggunakan hasil wang derma orang ramai. Malahan katanya lagi terdapat beberapa  transaksi pembayaran yang disalurkan kepada KEIP RESOURCES oleh INVOKE selepas kutipan derma dilakukan.
"Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM 147,974.30 hingga RM 350,608.64 , dari Mac hingga September 2017. Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan itu. (Rujuk gambar yang disertakan di bahagian yang bertanda kuning).
Mengikut senarai itu juga, menunjukkan Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai. Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28.08.2017. Pembayaran pertama RM 160’349.95 dan pembayaran kedua RM 156,132.10 .
Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM 350,608.64. Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai," katanya di post berkenaan.
Rizal juga mendakwa Rafizi terlalu pandai dalam berimiginasi dan berbohong di luar jangkauan manusia normal.
"Dalam bab membohong orang ramai dan memfitnah saya terpaksa memberi tabik hormat kepada dia. Kepakaran dia berbohong dan berimaginasi berada di luar jangkauan pemikiran manusia normal. 
Sebagaimana dia berimaginasi seolah-olah dia bersama-sama PM dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini. Dia memberitahu bagaimana keluarga PM mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika di Trump Tower New York. Jangan kata pegawai-pegawai PM sahaja yang terkejut, pencuci bangunan di Trump Tower New York pun terkejut. Kerana dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini PM tidak ke New York pun", katanya lagi.
Mendedahkan wujudnya transaksi bayaran di antara syarikat Invoke dan KEIP RESOURCES, yang kedua-duanya dimiliki oleh Rafizi Ramli seperti dakwaan Rizal Mansor, beliau kemudiannya mendedahkan beberapa dokumen bagi menguatkan kenyataan itu.
Berikut adalah dokumen-dokumen yang dilampirkan oleh Rizal Mansor seperti yang terpapar di facebook beliau.





Rafizi ketika ini belum lagi memberikan sebarang kenyataan balas akan dakwaan yang ditimbulkan oleh pegawai khas kepada Datin Seri Rosmah Mansur itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...