Jumaat, 29 September 2017

Saya Yakin Menang Walau Bertanding Kat Pekan Atau Kelantan Sekalipun - Mat Sabu.

Presiden kepada Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu merasa yakin bahawanya beliau boleh menang di mana-mana sahaja kerusi yang diserahkan padanya dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.
“Saya rasa ada peluang menang di mana-mana saja, termasuk di Kelantan dan Pekan,” katanya kepada pemberita.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian dalam satu sidang media yang dijalankan di Ibu Pejabat Amanah, Kuala Lumpur pada semalam.
Antara lain sidang media berkenaan turut mengumumkan tarikh Pakatan Harapan mengadakan demo Hapus Kleptrokrasi yang akan diadakan pada 14 Oktober kelak.
Sidang itu turut mengumumkan baju rasmi bagi perhimpunan tersebut.
Menurut Mat Sabu lagi, bagaimanapun keputusan untuk meletakkan beliau sebagai calon di mana-mana kerusi akan ditentukan selepas parti mengadakan perbincangan.
Katanya lagi selain dicalonkan untuk bertanding di Kelantan dan Pahang, nama beliau turut disebut-sebut untuk bertanding di Kedah dan Pulau Pinang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...