Jumaat, 29 September 2017

Bukan Hinaan Tetapi Satu Penghormatan Jika Dibawa Naik Pesawat Tentera Kritik Netizens Pada Pro Pembangkang.

"Najib mahu kesemua ketua kampung dan penghulu rumah panjang kita di Sarawak bertemu dengan beliau di Kuala Lumpur. Tetapi, lihatlah gambar-gambar ini. Pertamanya kalinya saya melihat rombongan dibawa menggunakan kapal tentera. Apahal? Saya tidak senang melihat cara anda melayan kami, orang Sarawak seperti ini..," itulah petikan kata-kata Voon Shiak Ni seperti yang tersiar di Facebooknya.

Beliau berkongsikan empat gambar tersebut sambil mengulas ketidaksenangan hati beliau memperlihatkan keadaan ketua-ketua kampung dan penghulu rumah panjang di Sarawak yang dibawa naik menggunakan kapal terbang milik tentera dalam satu sesi rombongan perjumpaan dengan Najib baru-baru ini.





"Ini lah selayaknya bagi pada ketua kampung. Yang ketua Umno naik flight proper pergi oversea, yang jaga kampung naik Charlie. Tak habis-habis dibodohkan BN Najib. Bagi tong biru, hidup BN. Bagi gula, beras sikit, hidup BN. Najib cakap Sarawak sikit, hidup BN. Sedih tau korang ni," respon Zack Rayyan mengulas tentang penyebaran gambar-gambar tersebut.

"Ini benar-benar memandang rendah pada orang Sarawak," kata Sivia Juseng pula.

"Second class netizens, biasalah bah," respon Velentino Chan.

Bagaimanapun tidak semua netizens memberikan ulasan negatif atas apa yang dikongsikan oleh Voon Shiak itu. Kebanyakan netizens yang memberikan respon di post berkenaan beranggapan ia adalah satu penghormatan untuk dibawa naik ke dalam pesawat tentera kerana ia jarang-jarang berlaku bahkan adalah pengalaman yang berharga.

Ada juga di antaranya tidak mengkritik layanan ke atas ketua kampung tetapi memilih untuk mempersoalkan berapakah bajet yang digunakan oleh kerajaan untuk membawa rombongan tersebut, tidur di mana, siapakah yang membayar kesemua wang perbelanjaan tersebut dan apakah tujuannya.

Sesetengah netizens beranggapan ia adalah seperti membeli undi dan menyalahgunakan aset milik kerajaan untuk tujuan berpolitik dan meraih sokongan ke atas parti.

Ada juga yang merasa sedih kerana tentera digunakan sesuka hati oleh pihak-pihak yang berpolitik sedangkan tentera tidak sepatutnya dilibatkan bagi tujuan seperti ini kerana tugas tentera adalah menjaga keselamatan negara dan bukannya untuk membantu sesetengah pihak melunaskan cita-cita politiknya.


Dalam pada itu, PKR Sarawak menerusi satu posting di laman facebook mereka turut mempersoalkan tindakan Najib yang membawa rombongan ketua kampung dan penghulu rumah panjang di Sarawak menaiki pesawat tentera.

Untuk rekod, pesawat yang digunakan ialah Airbus A400M Altas milik tentera.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...