Sabtu, 30 September 2017

Pertandingan Mengail Fastaqim Dikecam Ada Unsur Judi, PAS Nafi Dakwaan..

Pertandingan mengail PAS tiada unsur-unsur perjudian dan PAS mengutip yuran pertandingan adalah untuk membiayai dana pilihanraya, itulah kenyataan Ustaz Nasruddin Tantawi bagi menjawab kritikan sesetengah pihak yang mengatakan pertandingan mengail yang dianjurkan di Fastaqim 2.0 melibatkan unsur-unsur perjudian.

"Bukan judi. Kita faham dan tahu apa yg menjerumuskan sesuatu pertandingan itu judi dan bagaimana yang tidak judi. Terima kasih atas keperihatinan.

Yuran itu adalah untuk kos dan derma kepada FASTAQIM 2.0 yang juga mengisi tabung Dana Pilihanraya. Sebab pr
ogram ni program FASTAQIM anjuran PAS untuk lancar jentera pilihanraya. Peserta yang menyertainya tahu bahawa ini anjuran PAS untuk persiapan menghadapi pilihanraya, kita lancar jentera pilihanraya dan lancar dana pilihanraya. Antaranya aktivitinya, menganjurkan pertandingan yg pelbagai untuk mendekati semua segmen masyarakat disamping buka peluang mereka menyumbang melalui aktiviti yang diserta. Hadiah di taja oleh penganjur bukan ambil duit orang kalah untuk diberi kepada yang menang.

Siapa yang berminat untuk masuk, bagi yuran 40 RM kepada FASTAQIM 2.0

Tak berminat jika dikira mahal maka tidak mengapa.

Hadiah adalah tajaan bukan diambil dari wang atau yuran penyertaan.

PAS dikawal oleh alim ulamak. Insyaallah tiada unsur judi dan kita parti yang paling tegas memerangi Judi,"
katanya sebagai respon di laman facebook beliau.


Sebelum ini beberapa pihak telah mengkritik PAS mempromosikan budaya perjudian menerusi acara mengail dan kritikan itu semakin kuat selepas kemuncak Fastaqim 2.0 berlangsung selama dua hari bermula semalam. 


Respon di facebook Ustaz Nasruddin


Sindiran bekas cybertroopers PAS ;


Bagaimanapun kritikan terhadap PAS yang rata-ratanya didominasi oleh penyokong Pakatan Harapan dijawab oleh penyokong-penyokong PAS sebagai taktik mengalih isu kerana Fastaqim 2.0 mendapat sokongan ramai anak muda manakala melayu tidak lagi mahu menyokong pembangkang Pakatan Harapan.

Cybertroopers BN kecam peserta Fastaqim guna bas ATM

Tinjauan di beberapa facebook pro Najib pula memperlihatkan kumpulan itu memainkan isu bas yang membawa peserta Fastaqim 2.0 ke lokasi perhimpunan.


Ada pihak yang mahu individu yang menyewakan bas yang biasanya membawa peserta PLKN itu disiasat kerana membiarkan bas itu digunapakai untuk program parti politik pembangkang.

"Kena cari siapa yang approve dan untuk kegunaan apa. Tetapi tetap salah jika diguna untuk kegunaan bukan ATM," tulis Ankel Kamari Kent di post berkenaan.

"Mesti ambil tindakan ni. Adakah dia menggunakan bas ini secara bayaran untuk mengangkut awok-awok dia ke program itu atau ada kebenaran daripada ATM," komen Budox Bereh pula.


Dijangka bilangan kehadiran penyokong-penyokong PAS ke Fastaqim 2.0 adalah seramai 200,000 ribu orang bagaimanapun angka kehadiran rasmi belum lagi dikeluarkan oleh pihak PAS setakat ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...