Selasa, 26 September 2017

Agenda Kristianisasi Di DUN Galas Adalah Tuduhan Liar Kata DAP.

Tuduhan DAP dengan Agenda "Kristianisasi" oleh ADUN Galas

Sepanjang penubuhan & penglibatan DAP dalam Politik Negara Malaysia, baik diperingkat Pusat, Bahagian atau mana-mana Cawangan DAP TIDAK PERNAH TERLIBAT atau MEWUJUDKAN apa-apa pertubuhan yang terlibat dengan apa-apa Agenda Keagamaan terutama Kristianisasi.





Penglibatan DAP didalam Politik Negara Malaysia atau Negeri atau mana-mana kawasan secara jelas adalah bagi membela Nasib Rakyat Negara Malaysia yang selama ini diabaikan oleh Pemerintah Negara Malaysia khususnya UMNO/BN.

Di Negeri Kelantan terutama di bahagian Selatan (Gua Musang), DAP mula bergiat aktif selepas berlaku Tsunami Banjir 2014 yang meranapkan berpuluh-puluh buah kampung kesan dari Pembalakan Melampau didalam kawasan Hutan Simpan di Hulu Kelantan.

Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang adalah salah satu contoh jelas aktiviti membela nasib Rakyat dimana DAP melalui Impian Kelantan telah membantu memulihkan sebuah Kampung yang mempunyai 100% penduduk Melayu beragama Islam (lebih 100 keluarga).

Sehingga kehari ini, TIADA SATU KELUARGA atau SEORANG pun dari penduduk Kampung Pasir Tumboh bertukar agama ke Agama Kristian malah sepanjang Impian Kelantan (dibawah DAP) berada di Kampung tersebut, baik DAP mahupun Impian Kelantan TIDAK PERNAH menganjurkan apa2-apa Program berkaitan Kristianisasi malah TIADA SEORANG pun kumpulan penyebar Agama Kristian PERNAH DIBAWA MASUK ke Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

Berkenaan dengan tuduhan ADUN Galas & juga saudara Kamaruzaman Abdullah bahawa DAP mempunyai "Hidden Agenda" apabila mahu bertanding di DUN Galas dengan tujuan mahu membawa Agenda "Kristianisasi" dalam Masyarakat Orang Asli pula bagi kami ini adalah tuduhan liar dari Politikus yang "takut pada bayang-bayang sendiri".

Penglibatan DAP didalam kawasan Gua Musang sebelum ini bermula selepas Tsunami Banjir 2014 dan seterusnya mula aktif membela Masyarakat Orang Asli Gua Musang dalam isu Pembalakan Melampau bermula pada Oktober 2016 sehingga sekarang.

Sepanjang penglibatan kami dengan Masyarakat Orang Asli di Gua Musang, DAP TIDAK PERNAH menganjurkan apa-apa Program berkaitan Kristianisasi didalam kawasan Orang Asli di SELURUH GUA MUSANG baik di pinggir Bandar atau di Kawasan Pedalaman.

Kami konsisten membantu Masyarakat Orang Asli dalam isu berbangkit iaitu Pembalakan melampau dan juga isu Tanah Adat.

Wakil DAP yang terlibat dalam isu berkaitan juga sebelum ini pernah menulis satu artikel Pendedahan berkaitan "Murtad" dalam Masyarakat Orang Asli yang mana tulisan tersebut telah mengkritik pihak2 berkenaan akibat kegagalan dalam Dakwah sehingga Semua Agama terutama Islam "dipandang serong" oleh sebahagian besar Masyarakat Orang Asli.

Untuk perhatian umum, perjuangan DAP bukanlah seperti Parti PAS & UMNO/BN yang menjadikan Agama & bangsa sebagai "Kosmetik" dalam perjuangan mereka bagi mendapatkan sokongan & undi, keahlian DAP juga TIDAK DIHADKAN PADA SATU-SATU BANGSA ATAU AGAMA SAHAJA, malah dibuka kepada SELURUH WARGA NEGARA MALAYSIA tanpa mengira Kaum, Bangsa & Agama mereka.

Kami dari DAP Negeri Kelantan ingin mengingatkan semua pihak yang berkenaan supaya hentilah menggunakan Agama & Bangsa bagi mendapatkan sokongan Rakyat.

Kalau anda rasa sokongan kepada anda atau Parti anda semakin merudum, carilah dimana kelemahan anda, bertanggungjawabkah anda sebagai "Wakil Rakyat" kepada mereka-mereka yang mengundi anda, cukup terbelakah rakyat dikawasan anada sepanjang anda menjadi "Wakil Kepada Rakyat" sehingga Rakyat mulai menolak & menjauhi diri "Wakil" yang mereka pilih..?

"Jangan Salahkan Tanah yang tidak rata jika anda tidak pandai menari"

Mohd Fauzi Mohd Azmi
Ko-ordinator Impian Kelantan
Pengerusi DAP Suara Muda

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...