Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 September 2019

Azmin Dah Jadi Beban, Perlu Disingkirkan Dari Kabinet..

SHAHBUDIN HUSIN | AZMIN SUDAH JADI BEBAN, RAMAI MAHU BELIAU DIGUGURKAN DARIPADA KABINET

Rombakan kabinet adalah perkara yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia ketika ini setelah ramai semakin sakit hati melihat gelagat beberapa menteri sejak 15 bulan yang lalu.

Adalah dipercayai sekembalinya Tun Mahathir Mohamad dari lawatan rasmi ke Osaka, Jepun beberapa hari lagi, perkara itu pasti akan menjadi keutamaannya.


Ada juga cakap-cakap yang mengatakan, di ketika melawat Kemboja, kemudian Russia dan seterusnya Osaka, beliau akan menggunakan masa yang terluang, terutama ketika dalam penerbangan untuk memikir mengenai susunan kabinet barunya.

Walaupun Tun Mahathir dilaporkan hanya akan melakukan penyusunan semula ke atas portfolio beberapa menteri tanpa ada sesiapa digugurkan atau calon baru dibawa masuk, tetapi dalam banyak perbualan umum didapati masih ramai yang mengharapkan sebaliknya.

Harapan mereka, setidak-tidaknya dua tiga menteri yang tidak berfungsi dengan baik dan bermasalah serta menjadi liabiliti yang nyata kepada negara, adalah wajib digugur serta digantikan.

Mendahului senarai mereka yang paling dikehendaki untuk digugurkan ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun; Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik; Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy.

Menteri paling bermasalah dan seperti sudah menjadi biawak hidup untuk dipikul oleh Tun Mahathir pula ialah Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Nama yang paling dikehendaki dan diterima umum sebagai paling wajar dibawa masuk dalam kabinet ialah Mustapa Mohamad, Ahli Parlimen Jeli yang kini sudah bersama dengan Bersatu.

Meskipun nama Hamzah Zainuddin turut disebut-sebut sebagai bakal dibawa masuk sama, tetapi ramai yang menolaknya kerana beliau bukanlah menteri yang bagus ketika bersama BN dahulu, malah watak oppurtunis masa lalunya lebih dilihat sebagai faktor ketidaklayakannya.

Namun demikian, ahli gabungan PH iaitu DAP dikhabarkan menolak keras mana-mana pemimpin yang melompat parti dan bersama BN ketika PRU14 lalu untuk diberi sebarang jawatan kabinet.

DAP dikatakan berpendirian bahawa tindakan melantik mereka bererti mengkhianati pilihan pengundi yang telah menumbangkan UMNO dan BN.

Dalam kes Azmin, meskipun jika tidak dengan tersebarnya enam lagi klip video terbaru yang dikaitkan dengannya, beliau sebenarnya sudah pun dilihat sebagai beban kepada Tun Mahathir sejak beberaoa bulan yang lalu.

Dengan pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz dan siasatan polis yang mengambil masa terlalu lama terhadapnya, ramai yang percaya Azmin seolah-olah cuba dilindungi.

Tetapi, semakin lama cuba dilindungi, penerimaan umum terhadapnya jelas dilihat makin merosot. Makin lama siasatan polis tertangguh, makin ramai yang percaya beliau terlibat dalam perkara itu.

Yang lebih buruk, makin cuba dilindungi, tempiasnya makin membasahi kedudukan Tun Mahathir sendiri.

Lebih buruk, Azmin sendiri dalam masa yang sama tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Tiada apa-apa pencapaian yang membanggakan sepanjang 15 bulan beliau memegang jawatan itu.

Tak usah diambil kira sumbangannya ke arah memulihkan ekonomi negara, menyelesaikan masalah Felda pun tidak ternampak perkembangannya lagi sehingga ini.

Di sebalik itu, kekerapan kerajaan memberi tugas sebagai menteri pengiring kepada Azmin menambah-burukkan lagi imej di mata dunia.

Misalnya, melantik beliau sebagai menteri pengiring kepada Yang Dipertuan Agong dalam lawatan rasmi baginda ke Indonesia baru-baru ini, sedangkan video beliau turut dihantar ke negara tersebut untuk dianalisa oleh Lokman Adam, ia akhirnya telah menjadikan dirinya persendaan media ketika lawatan diraja itu.
Dalam hal ini, tindakan Tun Mahathir memilih Azmin sebagai menteri pengiring ketika isu dirinya sedang membahang, selain menunjukkan ketidakpekaan Perdana Menteri yang sudah berusia 94 tahun, turut dilihat sebagai pengakuan Tun Mahathir secara tidak langsung bahawa Azmin bukanlah menteri yang penting dalam hal ehwal ekonomi negara.

Susulan itu, selain ramai yang mengharapkan agar Azmin digugurkan supaya Tun Mahathir tidak terus memikul biawak hidup dalam mengurus kerajaan, ada juga yang sinis mencadangkan suatu portfolio baru diwujudkan khas untuknya jika Perdana Menteri berasa terlalu sayang kepada Timbalan Presiden PKR yang selalu tidak hadir mesyuarat itu.

Portfolio itu ialah Menteri Pengiring Negara dengan tugas utama mengiringi pemimpin luar yang datang melawat Malaysia serta mengikut ke mana saja Perdana Menteri pergi mengelilingi dunia.

Jumaat, 6 September 2019

Ada Menteri Hanya Fikir Untuk Dapat Pencen Sebelum Mati.

SHAHBUDIN HUSIN | ADA MENTERI HANYA FIKIR UNTUK DAPAT PENCEN SEBELUM MATI

Malam tadi saya menikmati makan malam bersama beberapa kenalan yang antaranya adalah mereka yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim sejak zaman ABIM lagi.

Dalam berbual-bual mengenai pelbagai isu dalam negara, termasuk politik semasa, tiba-tiba terkeluar cerita berkenaan perlakuan seorang menteri yang dirasa cukup memalukan perbuataannya.

Menteri berkenaan dikatakan datang menemui Anwar dan meminta Presiden PKR itu agar tidak terlalu terburu-buru untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad.

Kata menteri tersebut, Anwar tidak perlu terlalu berpegang kepada tempoh masa kira-kira dua tahun yang dijanjikan kepadanya untuk penyerahan jawatan itu.

Sebaliknya, menteri itu mencadangkan agar Anwar hanya mengambil alih jawatan yang sudah sedia dijanjikan kepadanya itu selepas tiga tahun Tun Mahathir memegangnya.

Ditanya tentang alasannya, menteri tersebut secara berterus-terang menyatakan jika peralihan kuasa itu berlaku selepas tiga tahun, maka dapatlah beliau menikmati pencen penuh sebagai menteri selepas itu.

Tidak dipastikan sama ada menteri itu menyatakan demikian kerana tidak mahu berkhidmat di bawah kepimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri atau beliau sudah dapat merasakan namanya memang tidak tersenarai sebagai anggota kabinet selepas ini.

Mendengar alasannya itu, Anwar dikatakan agak sedikit terganggu dengannya, lalu tanpa membuang masa bertindak “membasuhnya” tanpa belas kasihan pada ketika itu juga.

Anwar telah “membebel” kepada menteri tersebut dengan agak lama sehingga beliau dilaporkan terdiam, tertunduk malu dan tidak mampu mengangkat mukanya lagi.

Anwar lantas mengingatkannya tentang perjuangan PH bukan memikirkan untuk diri sendiri atau habuan berbentuk peribadi, tetapi membela rakyat sebagaimana yang mereka harapkan apabila berlakunya perubahan kerajaan.

Sebagai pemimpin yang berjuang untuk rakyat, apalagi menteri itu mempunyai kelulusan yang agak tinggi, bukan memiliki sijil palsu, tetapi perjuangannya yang nampaknya semata-mata hanya memikirkan pencen untuk dirinya sememangnya sesuatu yang benar-benar memalukan.

Ini bermakna, menteri tersebut langsung tiada keikhlasan dalam dirinya, baik kepada PH, parti yang diwakilinya, rakyat yang mengundinya serta Tun Mahathir yang melantiknya sebagai menteri.

Yang difikirnya hanya jawatan, kedudukan dan nikmat pelbagai habuan sebagai anggota jemaah menteri dan kemudian pencen penuh puluhan ribu sebagai bekalan sebelum mati.

Tidakkah ini sebenarnya amat-amat memalukan?

Dengan itu, bukan saja Anwar tidak harus melantiknya lagi sebagai menteri apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri nanti, bahkan sebaik-baiknya Tun Mahathir juga harus menggugurkannya dalam rombakan kabinet yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Cisss….pemimpin sebegini tidak layak sama sekali berada di bumi Malaysia ini.

Selepas Kantoi Manipulasi Jawapan JAKIM, MALAYSIAKINI Tukar Tajuk.

SOSMED | Malaysiakini menukar tajuk berita mereka selepas menerima kecaman masyarakat muslim berhubung penyiaran satu artikel berkaitan JAKIM.

Artikel yang bertajuk : JAKIM Larang Orang Islam Sertai Majlis Berdoa Bersama Agama Lain ditukar kepada tajuk : Tak Harus Umat Islam Sertai Majlis Berdoa Bersama Agama Lain - JAKIM. 


Portal itu dikecam kerana memanipulasikan pandangan sebenar yang diutarakan JAKIM.

Jawapan JAKIM yang dilihat pihak kami sama sekali tidak menggunakan ayat seperti larangan, halangan, sebaliknya menggunakan ayat tidak harus.

Laporan asal Malaysiakini membuatkan beberapa pihak mengecam masyarakat muslim di ruangan komen.

Pendakwah terkenal Ustaz Firdaus Wong beberapa kali membangkitkan kritikan terhadap portal Malaysiakini dan Free Malaysia Today.

Menurut pendakwah itu, kedua-dua portal itu kerap kali memainkan berita yang anti Islam, dan dibayangkan sedang menyerap propaganda untuk membenci masyarakat muslim. - 6 September 2019.

Anwar Sedia Berunding, Krisis PKR Akan Berakhir.

RF8 MEDIA | Pembangkang memainkan isu krisis dalaman PKR kononnya akan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan berpecah.


Namun hal itu tidak akan terjadi kerana presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mengawal keadaan.

Terbaharu, Anwar dalam satu kenyataan menjelaskan beliau sedia berunding dengan pemimpin-pemimpin kanan PKR yang dianggap pro Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali.

“Kalau mereka (kumpulan bertentangan) perlukan masa dua hingga tiga jam berbincang dengan cara yang baik, saya tak ada masalah (bertemu dengan mereka).

“Saya sentiasa berjumpa ramai pemimpin di pejabat saya,” katanya dipetik.

Terdahulu, beberapa pemimpin utama parti itu tidak hadir ke mesyuarat Biro Politik yang diadakan beberapa kali dlaam sebulan.

Walaupun peringatan agar menghadiri mesyuarat telah dibuat, namun mereka terus ingkar dan memberi alasan kononnya terlibat dengan program-program lain.

Bagi sesetengah pihak, tindakan itu pemimpin-pemimpin ini bukan sahaja membantutkan perjalanan parti, tetapi juga isyarat ‘boikot’ mereka terhadap pemimpin utama parti itu sendiri.

Bagaimanapun, sebahagian penganalisis politik berpendapat kumpulan minioriti tersebut cuba membuka rundingan selamat selepas 90 peratus ketua-ketua cabang PKR menandatangani perisytiharan menyokong Anwar bulan lalu yang mengecilkan sokongan kepada pasukan Azmin Ali.

Malaysiakini Kantoi Spin, Fitnah JAKIM - Supaya Muslims Terus Dibenci..

HARRIS NASRIL | Malaysiakini melampau, putar belit berita dan tajuk.
Isunya begini, Jakim telah dirujuk oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional berhubung penglibatan penganut agama Islam dalam upacara berdoa secara beramai-ramai.

Jadi Jakim mengeluarkan kenyataan, pendirian JAKIM adalah sama seperti keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa pada tahun 2016. (1)

Ini isi keputusan muzakarah fatwa 2016 dulu:

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 telah membincangkan Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama. Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. 

Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang" (2)

Lihat pula laporan Malaysiakini. Mereka melaporkan

"Jakim larang orang Islam sertai majlis berdoa bersama agama lain".


Apa bodoh sangat Malaysiakini ni? Seriously Premesh Chandran . This is way too much.

Dalam kenyataan Jakim tak ada langsung dinyatakan "Jakim melarang umat islam sertai majlis berdoa bersama agama lain"!
Mana ada perkataan "melarang"!

Mereka tulis "tidak mengharuskan".



Kau orang Malaysiakini faham ke tak faham maksud 'tidak mengharuskan"?

Kita tengok apa dua ekoq menteri jabatan ni akan buat dengan laporan putar belit Malaysiakini ni.: . Dr Mujahid Yusof Rawa Fuziah Salleh


Apa boleh korang buat? Lapor pada SKMM, under misleading : 

https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1

Rujukan;

1. Kenyataan media Jakim https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/photos/a.170209816362929/2617316578318895/?type=3&theater

2. M/s 21 http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/KOMPILASI_MUZAKARAH_MKI_2016.pdf

3.https://www.malaysiakini.com/news/490813

Sampai Sekarang Melayu Tak Sedar, Enggan Bekerja & Terus Miskin - Tun Mahathir.

TUN MAHATHIR @ CHEDET.CC |TAK BEKERJA
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Negeri Melayu terima baik penjajahan British.


2. Yang tidak dapat dinafi ialah British membawa sistem Pemerintahan yang lebih baik dan Negeri-Negeri mengalami sedikit sebanyak pembangunan.

3. British membuka ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Yang anehnya tidak ada orang Melayu yang bekerja dalam ladang dan lombong ini. Pekerja terdiri dari orang India dan Cina. Perniagaan kedai runcit dan aneka jenis tukang-tukang semuanya terdiri dari orang Cina.

4. Dimanakah orang Melayu? Mereka bekerja dalam sawah padi mereka, dan ada sedikit yang menjadi nelayan. Sebilangan kecil dari mereka bekerja dengan Kerajaan sebagai kerani. Lebih kecil lagi ialah bilangan mereka yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan. Mereka ini semua berbangga kerana dibayar gaji tetap dan pencen.

5. Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini.

6. Oleh kerana sikap ini tidak terdapat ramai orang Melayu yang tinggal di bandar-bandar. Pada masa itu pun bandar-bandar didiri dan dipenuhi dengan kedai Cina. Tidak ada kedai Melayu. Ada beberapa buah kedai makan dan rempah cabai orang India.

7. Raja-Raja Melayu tidak iktiraf orang Cina dan India sebagai rakyat. Kepercayaan mereka ialah orang ini, akan kembali ke Negara masing-masing apabila khidmat mereka tidak diperlu lagi.

8. Orang Cina biasanya berhijrah ke Negara lain jika mereka nampak peluang mencari makan. Mereka berhijrah ke Amerika dan Australia dan ke Negara-Negara jajahan British. Melihat kestabilan pemerintahan British dan peluang kerja, mereka datang dengan ramai ke Negeri-Negeri Melayu. Mereka sanggup bekerja keras. Dikenali sebagai kuli mereka sanggup buat kerja kotor, kerja berat dan merbahaya. Mereka sanggup menarik “langca”, dan apa sahaja yang memberi pendapatan kepada mereka. Ramai perempuan Cina yang menjadi “amah” di rumah pembesar Melayu, menjaga anak dan membersih rumah.

9. Orang Melayu berasa senang kerana kerja berat, kotor dan berbahaya serta perniagaan dilakukan oleh orang asing. Jika mereka lihat kekayaan dan kemajuan orang asing ini, mereka tidak berasa khuatir sedikit pun. Kepercayaan mereka ialah Negeri mereka kekal sebagai milik mereka. Itu yang saya lihat. Semasa saya muda di zaman British timbul keinginan melihat orang Melayu berniaga juga. Di Alor Star dibina Pekan Rabu, pekan sari dimana orang kampung boleh menjual sedikit sebanyak pisang dan buah-buahan bakul dan raga anyaman mereka. Perniagaan mereka tidak menjadi besar. Mereka berniaga secara sambilan. Mereka tidak berniat pun untuk membesar perniagaan. Setakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, itu sahaja.

10. Tetapi anggapan mereka meleset. Kerana mereka tidak sanggup bekerja kuat, tidak sanggup berniaga secara serius mereka terus miskin. Jarak antara mereka dengan kaum lain yang bekerja kuat dan berniaga menjadi semakin luas. Yang berlaku ialah yang sudah kaya menjadi lebih kaya dan orang Melayu yang miskin menjadi lebih miskin. Ini sudah ditakdir. Tak perlu buat apa-apa.

11. Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja. Orang Melayu masih rela serah segala kerja kepada orang asing. Dan orang asing pun membanjiri Negara kita. Tujuh juta orang asing masih berada di sini sekarang ini. Mereka bekerja. Apakah akan terjadi kepada orang Melayu. Tentulah apa yang sudah jadi dahulu kepada Negara dan orang Melayu, yang akan terus jadi. Ada yang dakwa orang Melayu adalah Tuan. Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain, Tuankah.

12. Nasib kita di tangan kita. Memarahi orang lain tak akan menyelesai masalah kita. Bilangan kita dikatakan bertambah. Tetapi jumlah besar orang yang miskin tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya.

Khamis, 5 September 2019

Noh Omar Dicabar Letak Jawatan Sebelum Bubar Parlimen.

RF8 MEDIA | Ahli Majlis Tertinggi Umno, Noh Omar dicabar bertindak berani dengan melepas jawatan sebagai Ahli Parlimen Tanjung Karang.

Cabaran itu dibuat Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi yang merupakan bekas calon parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu susulan cabarang Noh Omar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar Parlimen dibubarkan.
Tegas Dr Zulkafperi, kenyataan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu bukan sahaja biadap, tetapi turut tidak menghormati pilihan rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU lalu itu.
“Apa yang saya ketahui kebanyakan rakyat adalah tidak sabar untuk membuang Noh dari Tanjong Karang.
“Kami ingin melihat apakah beliau (Noh) masih mampu menang?,” katanya dipetik.
Noh sebelum ini membuat cabaran itu sekiranya Dr Mahathir yakin PH mampu memenangi PRU-15.
Beliau turut mendakwa ahli Umno yang meninggalkan parti itu sebelum ini sudah kecewa dan kembali kepada Umno.
Dr Zulkafperi yang membiasa kenyataan Noh berkata, meskipun diakui Tanjong Karang kawasan kubu kuat Umno, tetapi rakyat di kawasan itu telah bersedia berubah dan menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Malah tegasnya Noh Omar sendiri menunjukkan prestasi lemah sepanjang menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu.
“Tidak ada apa-apa perubahan yang mampu beliau lakukan untuk rakyat Tanjong Karang, rungutan yang biasa kita dengar adalah Tanjong Karang masih tetap seperti pekan koboi.
“Bersatu akan menggantikan UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan negara untuk menggantikan Umno. Menjelang PRU 15 nanti matlamat pembangkang sifar di Selangor akan pasti menjadi kenyataan,” tegasnya. - 5 September 2019.

Skim Kontrak Ganti Skim Pencen, Ini Ulasan Pro Pembangkang.

KHAIRUL AZRI | Jujurnya sebelum ini aku antara yang bersetuju dengan langkah men'diversify'kan skim pencen ini apabila difikirkan akan beban OPEX kerajaan yang semakin membengkak membayar emolumen penjawat awam, dan juga dek kerana aku memilih langkah ini daripada langkah pengurangan bilangan penjawat itu sendiri.


Namun kini perasaan bersetuju tersebut bertukar kepada bercampur baur terhadap pengumuman ini, apabila difikirkan yang,
- Kerajaan selamba 'jarah' RM82 Billion duit Petronas in one go, yang mana kalau setakat jimat 5 billion, boleh cover hampir 17 tahun perbelanjaan berkenaan.

- Kerajaan selamba tinggalkan duit GST yang dimansuhkan RM40+ Billion setahun, yang mana kalau setakat jimat 5 billion, boleh cover hampir 8 tahun perbelanjaan berkenaan.

- Kerajaan selamba tambah hutang kerajaan melalui terbitan Bon sebanyak hampir RM120 dalam masa setahun setengah yang mana kalau setakat jimat 5 billion, boleh cover hampir 24 tahun perbelanjaan berkenaan.

- Kerajaan selamba berbelanja secara mega di dalam belanjawan tahun lepas yang mana bajet tahun lepas telah memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion adalah yang pa­ling besar dalam sejarah negara dan kononnya adah memastikan kesejahteraan rakyat yang mana jumlah RM5 Bilion tersebut amatlah kecil jika dilihat dari ratio perbelanjaan iaitu sekadar bersamaan 1.6 peratus dari bajet.

- Kerajaan masih juga kurangkan penjawat awam di mana akan berlaku pengurangan 5% untuk tempoh tiga tahun iaitu 1% tahun 2019, 2% tahun 2020 dan 2% pada 2021 yang akan ditampung melalui penyumberan luar perkhidmatan, sistem kerajaan digital dan pemansuhan jawatan yang tiada keperluan.

- Kerajaan telah memungkiri janjinya sendiri apabila sebelum ini Pakatan Harapan (PH) telah mengatakan di dalam kempen pilihanraya mereka bahawa penjawat awam tidak perlu bimbang dengan hasrat mereka sebelum ini untuk mengurangkan kos kerajaan kerana ia tidak akan melibatkan pemberhentian kerja dan berikrar untuk tidak mengecilkan saiz perkhidmatan awam.

Jadi berdasarkan segala tindak tanduk kerajaan di atas, maka jangan salahkan aku kalau aku pun nak U-TURN dalam hal ini ya.

Dan kalau pun masih berkeras untuk teruskan juga langkah ini, diharapkan kerajaan buat eksperimen dengan mansuhkan dahulu skim pencen ahli-ahli politik yang mana mereka berkhidmat tak sampai sepenggal pun layak untuk menerima pencen.

Ada 222 kerusi parlimen dan 576 dun, kalau ditambah hampir 800 orang yang layak dibayar pencen bagi setiap penggal.

Belum kira lagi tu pencen menteri, pencen exco, pencen MB, pencen ahli-ahli politik yang telah bersara dan sebagainya.

Hapuskan skim yang ini dulu, "then we talk'.

Sekian. - 5 September 2019.

Kerana Kebodohan Pakatan Harapan, Kempen #BMF Semakin Viral & Mendapat Sambutan..

NURUL ASYIKIN | Nampaknya kempen Buy Muslim First - BMF mendapat sokongan kuat dari masyarakat muslim, khususnya melayu.

Ini gara-gara tindakan kerajaan yang dilihat mengulas isu tersebut secara berlebihan sejak kebelakangan ini.

Di laman sosial sahaja bilangan melayu yang tidak menyokong kempen tersebut hampir sahaja tidak kelihatan atau tenggelam di dalam kumpulan yang menyokong.

Berdasarkan tinjauan kami di sosial media, pengguna memilih untuk mengikuti BMF adalah kerana;

1. Terkesan dengan cara pentadbiran Pakatan Harapan yang dianggap menindas melayu, khususnya dalam isu arwah Adib, kes perkauman, ucapan pemimpin, Zakir Naik, perkara berkaitan Islam, kemarahan pada Dong Zong dan tulisan jawi.

2. Tidak puas hati dengan tindakan kerajaan seperti pemotongan subsidi, pengenalan cukai, uturn, kecelaruan kenyataan pimpinan, kegagalan menjawab kritikan pembangkang dalam hal ekonomi.

3. Terpengaruh dengan kempen selepas ia diberitakan secara berleluasa kesan dari kenyataan pemimpin kerajaan yang dianggap memprovokasi hak membeli rakyat.

Setiap kali isu mengenai kempen BMF dilaporkan atau diulas di laman sosial samada di halaman pro kerajaan atau pembangkang atau di portal-portal berita, menyaksikan perpecahan dengan begitu ketara sekali.

๐Ÿ“Œ Majoriti muslim khususnya melayu menyokong BMF

๐Ÿ“Œ Majoriti non muslim tidak menyokong BMF

๐Ÿ“Œ Sebilangan kecil melayu pro Pakatan Harapan dilihat tidak menyokong kempen tetapi pandangan mereka menerima kritikan teruk tanpa ada sokongan padu dari "spesis" mereka.

Pandangan kami dalam kes ini, adalah lebih baik sahaja kerajaan abaikan BMF dan tidak lagi mengulasnya secara berleluasa.

Ini kerana kerajaan telah memberikan promosi percuma kepada kempen BMF, lalu menjadi backfire terhadap kerajaan pula.

Group rahsia BMF kini mencecah 1.2j setelah diprovokasi - laporan TTKM; 


Larangan, kecaman, halangan, tuduhan, kritikan, kini dianggap sebagai provokasi terhadap kumpulan pro BMF.

Manusia ini bila dihalang, lagi la dia bersemangat nak buat. Terima kasih kepada kebodohan kerajaan hari ini kerana baru sahaja menaikkan semangat masyarakat muslims dan baru sahaja menyatupadukan mereka untuk terus berBMF disebabkan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan pimpinan negara.

Antara contoh kenyataan pimpinan; 


Selalunya apa yang berlaku di sosial media, akan tular di sosial media sahaja.

Bagaimanapun satu-satu isu itu akan menjadi sensasi jika menjadi 'news' di media arus perdana.

Kenyataan, respon dan percakapan pemimpin kerajaan lah yang telah memainkan peranan itu. Yakni MEMPROMOSIKAN BMF secara BESAR-BESARAN. ANDA menjadi PAPAN IKLAN NERGERAK.

Sejak bila pemimpin negara punya hak nak kawal dimana, siapa dan bagaimana rakyat patut membelanjakan wang mereka? 

Sejak bila tugas pemimpin ialah mengawalselia pembelian jenama barangan harian rakyat? 

Sepatutnya, kerajaan focus pada negara. Pada pentadbiran. Pada pengurusan kerajaan. Dengan membuat kerja secara cekap, amanah, menyelesaikan masalah, sokongan akan datang tanpa perlu dirayu. Itulah tugas kamu. Bukannya pergi jadi kebudak-budakan dan respon isu BMF ini secara berlebihan. 

Apakah BMF ini masalah negara?
Apakah menentukan bagaimana wang pengguna patut dibelanjakan ialah masalah negara? 

Berdasarkan respon di Facebook, ada pengguna non muslims yang terkesan secara positif, dimana kempen BMF menyebabkan beberapa harga barang keperluan turun harga bagi menyaingi harga barangan keluaran bumiputera.

Masih lagi fikir BMF masalah negara? Masalah kerajaan? Masalah kamu?

Adakah kerana itu kerajaan hari ini acuh tak acuh terhadap perkara berkaitan ekonomi? Kerana tugas kamu ialah menjaga wang poket rakyat dan tentukan bagaimana mereka patut berbelanja?

Tahniah. Pakatan Harapan baru sahaja mendekatkan #Sepenggal itu kepada alam realiti berbanding fantasi.  - 5 September 2019.

Rabu, 4 September 2019

MCA Persoalkan Hanipa Gagal Tunai Janji Serah Laporan Polis Kes Terowong..

Wee Ka Siong | Apa cerita kes terowong dasar laut Pulau Pinang?

Sudah enam bulan tetapi masih tidak ada berita atau perkembangan baru.
Adakah kes ini KIV?

Adakah waran tangkap terhadap Raja Petra sudah dikeluarkan?

Kenapa begitu lama siasatan pihak polis ini?


Pada 1 April 2019, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin kata di Parlimen bahawa saya boleh mendapatkan sesalinan laporan polis.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/01/dapatkan-sendiri-laporan-siasatan-sprm-bocor-hanipa-beritahu-wee/

Jadi pada 2 April 2019, saya telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1250578591776309

Malangnya, sudah 5 bulan tapi habuk pun tak ada! Malah, kedua-duanya, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Datuk Seri Mohd Shukri sudah pun bersara!

Apa sudah jadi?

Kalau tak boleh dapatkan sesalinan berkenaan, janganlah Timbalan Menteri mengada-ngada berjanji dalam Dewan Rakyat! Ia akan kekal dalam hansard Parlimen sampai bila-bila!

Tengok video tulen ini, begitu yakin dan bersungguh sekali Hanipa :

https://www.facebook.com/wksbmenglish/videos/2308821529442827/

Hanipa mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh SPRM adalah mengenai “kebocoran kertas siasatan SPRM”. Habis cerita !

Lantaran itu, pada 4 April 2019, seorang ahli perniagaan bernama Gnanaraja yang disebut-sebut oleh Zarul di dalam kertas siasatan SPRM yang terbongkar seperti yang dilaporkan oleh RPK, telah didakwa di mahkamah kerana memperdaya Zarul dan menerima RM19 juta daripada Zarul kononnya untuk menutup kes siasatan terowong dasar laut Pulau Pinang dengan SPRM atau dengan bahasa mudah, nak “kaotim” SPRM.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/08/ahli-perniagaan-didakwa-tipu-berdepan-68-pertuduhan-ubah-wang-haram/

Cerita Gnanaja memperdaya Zarul untuk membayar RM19 juta kepadanya sudah diketahui umum ketika Zarul mendedahkan kepada media pada awal tahun 2018 melalui surat saman peguam kepada Gnanaraja. Ceritanya sama dengan apa yang dihuraikan Zarul dalam kertas siasatan SPRM yang terbongkar.

Persoalannya, beberapa individu atau ahli politik yang berprofil tinggi turut disebut oleh Zarul dalam kertas siasatan tersebut. Kenapa setakat ini hanya Gnanaraja saja yang dituduh di mahkamah? Rakyat tanya samada ini satu pertuduhan terpilih? Kenapa dan seribu satu kenapa? Kalau pembongkaran kertas siasatan SPRM, tidak mungkin separuh kandungan benar dan separuh lagi tidak benar. Mohon pencerahan pihak berkuasa!

#ApaCeritaKesTerowongPulauPinang
#RakyatNakTahuCeritaSebenar

Pakaian EXCO MELAKA Bukannya Seragam Komunis.

RF8 MEDIA | Selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) lalu, pembangkang dilihat cuba memainkan pelbagai isu untuk mencemarkan imej pemimpin Pakatan Harapan (PH) di mata rakyat.


Gagal menjadi pembangkang yang baik, mereka mencipta pelbagai persepsi jahat bagi menarik kembali sokongan rakyat.

Terbaharu, Ketua Menteri Melaka menafikan dakwaan segelintir pembangkang bahawa pemilihan warna baju rasmi yang dipakai barisan exco kerajaan negeri sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 Peringkat Negeri Melaka seakan-akan seragam komunis.

Memetik laporan Melakakini, Adly Zahari menjelaskan, pemilihan warna itu berkait dengan semangat kemerdekaan dan ianya juga merupakan warna pakaian digunakan tentera Melayu terdahulu.

“Warna kita pilih berdasarkan semangat kemerdekaan, setiap warna yang kita pilih itu memang ada kena mengena dengan merdeka kita.

“Warna ini adalah salah satu warna tentera dahulu, sebab kalau kita lihat askar Melayu yang awal menggunakan warna ini, jadi warna ini sebenarnya memberikan gambaran bahawa semangat itu harus kita kekalkan,” katanya

Adly sementara itu menyifatkan tindakan segelintir pihak menyamakan pakaian digunakan itu dengan pakaian tentera komunis seoalah-olah cuba mencuit keharmonian yang dinikmati sehingga sekarang.

Terdahulu, Yang Dipertua Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersama barisan pimpinan kerajaan negeri hadir menyaksikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ke-62 di Memorial Kemerdekaan, Bandar Hilir pada 31 Ogos lalu.

Sebelum ini, seorang pemimpin mesra Umno, membuat permohonan maaf terhadap seorang pemimpin DAP kerana memfitnah pakaian digunakannya mirip pakaian diguna askar komunis.

Azwanddin Hamzah memilih penyelesaiaan luar mahkamah atas fitnah dibuatnya terhadap Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

Pengadu Cuba Rogol Isteri Saya - Farhash Wafa Salvador.

KENYATAAN MEDIA | FARHASH WAFA SALVADOR


Saya terpanggil untuk menjelaskan mengenai insiden yang berlaku pada 31 Ogos 2019 di Ampang.

Laporan polis yang dibuat adalah ke atas nama adik saya namun saya sedia untuk memberi kerjasama sekiranya perlu.

Saya ingin maklumkan yang pengadu cuba merogol dan mencabul kehormatan isteri saya dua tahun lalu dan beliau juga pernah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas cubaan tersebut.

TAMAT

=============================

Selasa, 3 September 2019

Setpol Anwar Dikaitkan Dengan Insiden Mabuk Dan Serangan Bersenjata.

VIRAL | Di sosmed sekarang beberapa pihak terutamanya dari blok Pakatan Harapan - PKR sedang menyebarkan dakwaan kononnya setpol Anwar Ibrahim dikaitkan dengan insiden merusuh.


Dakwaan itu kali pertama muncul menerusi Facebook bernama Pejabat Timbalan Setia.

Menurut keterangan yang disebarkan kepada wakil media, Farhash adalah salah seorang individu yang dianggap sebagai suspek.

KES MERUSUH DI ARENA ALL STARS AMPANG

1. Pada 31.08.2019 jam lebih kurang 9.00 malam telah berlaku satu kejadian rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars, Taman Dagang Permai, Ampang. Seramai lebih kurang 12 ke 14 lelaki Melayu terlibat dalam kes ini.

2. Kejadian bermula apabila saspek seorang lelaki Melayu telah terserempak dengan pengadu dan terus menolak muka pengadu. Seterusnya berlaku kekecohan dan pihak pengurusan kompleks meminta pengadu dan saspek beredar dari kawasan itu.
3. Pengadu telah pergi ke tempat letak motosikal di luar komplek sukan tersebut dan seterusnya sekumpulan 10 orang lelaki telah datang menyerang. Pengadu telah diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi.

4. Ketika itu terdapat 3 rakan pengadu yg cuba menghalang insiden dari terus berlaku namun gagal.

5. Pengadu mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan pengadu.

6. Ekoran dari kejadian ini pihak polis meminta salah seorang saspek yang dikenali sebagai Farhash Wafa Salvador, 37 tahun, untuk tampil bagi membantu siasatan.

Terima kasih dan salam hormat.

KJSJ SELANGOR

3/9/2019
10.00 malam

------

Farhash juga dilaporkan memukul seorang individu yang dikenali sebagai Syafiq berikutan dendam lama berdasarkan kepada rekod siasatan awal yang tersebar.

MAKLUMAN KES MERUSUH MENGGUNAKAN SENJATA

Ampang Rpt : 19842/19

Tarikh : 1/09/2019

Sek : Sek 148 KK

IO : Insp Louis Moh Chung Wen

SIO : ASP Mohd. Shahrul Nizam

Pengadu:

Nama: Muhammad Syafiq Bin Jamaludeen

No. Kpt: 900526-10-xxxx

Kerja : Jurulatih Boxing

Alamat: No 41, jalan SB 2/5, Taman Sungai Besi Indah 43000 Seri Kembangan

Suspek:

Nama: Farhash Wafa Salvador (Nama di FB : Farell Elders Salvador)

No KPT: 8207050-08-xxxx

Kerja : Pengerusi MPN PKR Perak / Setiausaha Politik
Tempat Kejadian: Kompleks Sukan Destar Arena Jalan Putra Taman Dagang Permai, Ampang, 68000 Ampang Selangor.

Ringkasan Kes: Pada 31.08.2019 jam lebih kurang 2100hrs, semasa pengadu berada di Kompleks Sukan Destar Arena Jalan Putra Taman Dagang Permai untuk menguruskan perlawanan Muay Thai/ Tinju anak didiknya, tiba-tiba 1(L) yang di kenali nama: Farell Elders Salvador (010-7775050) datang menghampiri pengadu dan terus menolak muka pengadu dan ketika itu berlaku kekecohan dan menyebabkan pihak penganjur minta pengadu beredar dari kawasan itu.
Pengadu telah pergi ke tempat letak m/sikal di luar kompleks Sukan Destar, didapati sekumpulan lelaki lebih kurang 10 orang datang dan salah seorang pengadu kenali iaitu Farell Elders Salvador mahu menyerang pengadu dan pengadu nampak mereka membawa topi keledar, pisau dan kerusi. Ketika itu ada 3 rakan pengadu (nama: Fahim, Zahid, Anam) berada dengan pengadu dan mereka cuba menghalang dari berlaku pergaduhan.

Rakan-rakan pengadu tidak dapat menghalang kerana mereka terlalu ramai dan pengadu terus di pukul. Pengadu nampak pengawal peribadi Farell memegang pisau dan mengacu kepada pengadu dan suspek lain terus memukul pengadu dengan helmet dan kerusi.

Akibat daripada kejadian ini, pengadu mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan pengadu.

Hasil Siasatan: Punca pergaduhan adalah disebabkan sebelum ini pengadu pernah mempunyai masalah dengan Farell kerana telah mencabul kehormatan isterinya namun kes telah selesai dan pengadu tidak dituduh di mahkamah.

Premis berhampiran tempat kejadian mempunyai CCTV dan dalam semakan untuk dapatkan salinan rakaman. Pengadu dan rakan-rakan dapat mengecam suspek yang terlibat.

Rakaman percakapan pengadu dan semua saksi telah diambil. Pengadu telah dihantar ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan. Suspek sedang dikesan untuk dibuat tangkapan segera.
Siasatan masih diteruskan..

----

Dalam perkembangan berkaitan, Facebook Pejabat Timbalan Setia turut membuat serangan terhadap Farhash dan Anwar.

"Yang dicanang-canang kengkonon elok pekertinya Farhash Wafa Selvador. Ada betui ka sudah kena tangkap. Pasai apa?

Malam Merdeka ada kejadian pergaduhan di Arena DeStars terletak di Ampang, bertentangan dengan AEON Big Ampang dan kejadian berlaku pada Sabtu 31 Ogos sekitar 6PM.

Masa tu kejadian pukul memukul antara kedua-duanya sampai salah seorang cedera teruk.

Si pemukul yang tengah mabuk lepas gogok ‘air kencing syaitan’ dengo-dengonya bernama Farhash Wafa Selvador, pengerusi MPN PKR Perak dan Setpol Anwar Ibrahim.

Mangsa pulak, Jamal namenye cedera dipukul lepas Farhash syiookkkk clubbing.

Jamal silap nama report atas Farell Elders Salvador sebab dia tak tahu nama sebenar Farhash.

Tapi dalam report polis no fon Farhash dan betul. Tapi kalau call Jamal, dia akan bagitahu yang pukul dia Farhash. Jamal dapat nama Farell sebab dia google boxing selvador dan keluar nama Farell.

So kesilapan Jamal silap address nama tapi yang sebenarnya Jamal nak cakap Farhash.

Ada cerita dikabokan masa kejadian Farhash sedang mabuk dan pergaduhan berpunca tidak puas hati berkenaan kes dahulu. Farhash pernah disaman lelaki yang dipukul berkenaan dan Farhash kalah dalam kes saman tersebut.

Dendam kesumat lama la kisahnya ni. Mangsa diberitahu sudah membuat laporan polis.

Ada yang cakap, sekarang ni, dilaporkan polis ada di banglo Anwar Ibrahim di Jalan Gasing untuk soal siasat Farhash.
Apa pasai Farhash lari rumah Anwar?? Mintak nyawa ka?? lepas sedap gogok air kencing setan, pukul orang pulak… ingat undang-undang Malaysia ni sendiri bikin ka??

Makin ramai samseng gengsterrrr dalam PKR dan majoritinya orang-orang macam ni dalam puak sapa yerr??? Saje je tanya…

((( BETUL KE NI..?? ))),"
katanya dalam kenyataan itu.

-----
Laporan polis mengenai insiden itu turut disebarkan bersama.


Farhash dan Anwar belum mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi mengulas isu tersebut setakat ini.  - 3 September 2019.

DAP Bagi Kewarganegaraan Pada Penduduk China Adalah Berita Palsu.

RF8 Media | Laskar (tentera upahan) siber pembangkang disaran berhenti menimbulkan ketegangan kaum lewat fitnah kononnya pemimpin DAP memberi kewarganegaraan kepada rakyat China melalui pendaftaran beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).



Terbaharu, JPN terpaksa membuat penafian atas dakwaan kononnya DAP Kepong merancang untuk mendaftarkan MyKad bagi pendatang haram China.


Dalam kenyataannya, JPN berkata satu video yang tular di media sosial baru-baru ini sebenarnya merupakan video lama pada 2018.


Ia kejadian di mana pemegang kad pengenalan sementara dan pemegang kad pengenalan Permastautinan Tetap berpusu-pusu hadir di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar status kewarganegaraan mereka kerana berlaku salah tafsir atas mesej yang sebelumnya disampaikan.

“Program pada penghujung 2018 tersebut hanya melibatkan sesi penerangan dan taklimat berhubung tatacara permohonan kewarganegaraan dan kad pengenalan oleh JPN.

“Tiada urusan permohonan dilaksanakan pada hari tersebut dan pihak JPN telah menasihatkan mereka yang hadir untuk pergi ke Pejabat JPN berhampiran bagi urusan permohonan kewarganegaraan dan kad pengenalan,”
kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, JPN mengarahan orang ramai yang berkongsi atau menyebarkan video tersebut di media sosial milik mereka tidak lagi menimbulkan kekeliruan yang dibimbangi akan menyebabkan ketenteraman awam tergugat.

JPN berkata, pihak mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi penyebaran maklumat yang tidak benar oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu reaksi balas mempersendakan laskar siber pembangkang yang tidak cerdik dalam ‘kelentong’ mereka sehingga membodohkan orang Melayu yang kononnya mereka bela dan pertahankan.

Tegasnya, video menghasut rakyat itu benar-benar tidak masuk akal kerana kelulusan untuk permohonan kerakyatan mesti melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya pejabat mana-mana Ahli Parlimen DAP sebagaimana yang terkandung dalam video fitnah.

“Ia merupakan taktik kotor dalam usaha pihak tertentu mahu mengambil alih kepimpinan negara daripada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Kalau mereka ini hendak menipu pun, carilah kaedah penipuan yang bijak sikit,”
sinisnya.

Kos Sara Hidup, Harga Rumah, Tangga Gaji Yang Kulasegaran Patut Selesaikan Bukan Had Usia Pesara...

Wan Zamzahidi bin Wan Zahid | Hari ini (2 September 2019), kita membaca di media-media utama tentang kenyataan Menteri Sumber Manusia, S. Kulasegaran bahawa kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menaikkan had usia persaraan wajib dari 60 tahun menjadi 65 tahun.


Ianya dikatakan adalah cadangan dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia atas sebab melihat kepada keadaan sekarang yang mana ramai pesara berada dalam keadaan tidak bersedia untuk bersara, terutamanya dari segi ekonomi. 

Bagaimanapun, melanjutkan usia perkhidmatan demi menambah sedikit tabung persaraan adalah umpama memberi parasetamol kepada orang demam. Sekadar sebagai penahan kesakitan tetapi tidak merawat punca kenapa demam itu berlaku.

Sebenarnya, kerajaan perlu melihat pada skop yang lebih meluas. Kadar gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi perlu ditangani terlebih dahulu kerana ianya adalah sebenarnya 'punca' kepada 'demam ekonomi' bakal pesara ini. 

Dalam satu kajian oleh Bank Negara sebelum ini, telah dinyatakan bahawa gaji berpadanan minima untuk pekerja di Malaysia adalah di sekitar RM2700. Bayangkan berapa jauh perbezaan nilai tersebut dengan had minima gaji yang ditetapkan kerajaan iaitu pada RM1100 sekarang. Tambahan pula kehidupan di bandar besar yang dibelit seribu satu kepayahan. 

Kerajaan seharusnya mengkaji lebih mendalam tentang hal ini. Walaupun telah diwujudkan Majlis Perundingan Gaji Minima sebelum ini, tapi dalam menetapkan gaji minima, pendapat mereka ini tidak diambil kira.

Satu perkara lagi yang menyumbang kepada masalah ini, adalah juga berkaitan polisi perumahan negara. Banyak projek perumahan yang dikatakan sebagai projek rumah mampu milik tetapi hakikatnya bukan mampu milik, tetapi mampus milik. 

Pembeli rumah terpaksa berusaha untuk bekerja bagi menjelaskan bayaran rumah yang tinggi. Saranan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar bank-bank memudahkan keperluan untuk pinjaman perumahan sebenarnya tidak membantu, cuma sekadar menjerat pembeli pada kadar waktu yang lebih lama. Bila ada keperluan untuk membayar ansuran bulanan rumah walaupun setelah bersara, nampak ianya menjadi satu asbab perlunya untuk persaraan mereka dilambatkan. Ini jelas membawa rakyat ke arah yang salah.

Akhir sekali, sekiranya usia persaraan dilanjutkan, pasti akan menutup ruang dan peluang kepada golongan muda yang ingin memasuki bidang pekerjaan. Setiap tahun ada ribuan graduan yang dilahirkan oleh institusi pengajian dan selain dari itu juga ada golongan muda yang memerlukan pekerjaan, dan pastinya ruang untuk mereka akan menjadi lebih sempit berbanding sekarang. Kesan lansung dari perkara ini, kita akan menyaksikan kadar pengangguran yang lebih tinggi berbanding sekarang. Tambahan pula, mereka ini mempunyai pinjaman pendidikan yang perlu mereka bayar. Kesan tidak langsung dari perkara ini, akan tercetus lebih banyak masalah sosial dalam masyarakat. Kerana ada golongan muda yang tidak berpeluang untuk mempunyai pekerjaan ditambah dengan keperluan untuk meneruskan kehidupan, banyak perkara negatif mungkin akan timbul. Semua perkara ini perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum keputusan ini diambil.

Justeru, kami membantah cadangan melanjutkan usia persaraan wajib ini dan dalam masa yang sama, menyeru kerajaan agar melihat kepada persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan ini dan menanganinya satu persatu secara berkesan bagi memastikan keputusan yang lebih baik dapat dicapai.

Tiada Satu Dalil Yang Kata Boikot Barangan Non Muslim Dapat Pahala Tapi Dalil Bayar Hutang Ada Banyak..

FAWWAZ JOHARI | BOIKOT vs HUTANG
Sebab ramai yang berkata pasal boikot, maka hari ini saya ingin tulis pasal hutang.

1. Ada pihak yang mengatakan boikot barangan non-muslim akan dapat pahala. Sebenarnya tiada satu pun dalil mengenai boikot barang non-muslim boleh mendapat pahala. Yang mengatakan sedemikian hanyalah ijtihad, ia boleh jadi betul, dan boleh jadi salah.



2. Rasulullah ๏ทบ sendiri, walaupun sedang berperang dengan kaum Yahudi, tetap berurusan dengan mereka. Sewaktu baginda wafat, masih terdapat baju perang baginda yang dipajakkan kepada orang Yahudi.

๐Ÿ“— Rujuk: http://hadits.in/bukhari/2700

3. Sekiranya benar mendapat pahala memboikot, sudah semestinya Rasulullah ๏ทบ terlebih dahulu akan memboikot Yahudi tersebut.

4. Hari ini, kita dapati kumpulan yang menyeru orang supaya memboikot non muslim, dengan jelas tidak mengikuti seruan mereka itu sendiri.

AMAT BESAR KEMURKAAN ALLAH ๏ทป
5. Ini adalah firman Allah ๏ทป terhadap mereka yang tidak melakukan apa yang mereka katakan.

ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ู„ِู…َ ุชَู‚ُูˆู„ُูˆู†َ ู…َุง ู„َุง ุชَูْุนَู„ُูˆู†َ

ูƒَุจُุฑَ ู…َู‚ْุชًุง ุนِู†ุฏَ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَู† ุชَู‚ُูˆู„ُูˆุง ู…َุง ู„َุง ุชَูْุนَู„ُูˆู†َ
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

Amat besar kemurkaan di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

๐Ÿ“— (Surah As-Saff, ayat 2-3)

6. Rasulullah ๏ทบ pula bersabda:

"Di antara tanda-tanda orang munafik ada tiga: apabila dia berbicara niscaya dia berbohong, apabila dia berjanji niscaya mengingkari, dan apabila dia dipercaya niscaya dia berkhianat."

๐Ÿ“— (HR. Muslim: 90) - http://hadits.in/muslim/90

BERKHIANAT

7. Pihak yang sama juga didapati telah mengkhianati orang MUSLIM. Mereka tidak membayar hutang-hutang mereka dan lari ke syarikat milik orang cina. Perbuatan mereka telah menyebabkan syarikat muslim tersebut menjadi muflis.

8. Tiada dalil satu pun mengenai boikot non-muslim, tetapi terlampau banyak dalil mengenai orang yang tidak membayar hutang mereka. Berikut adalah dalil-dalil mengenai hutang:
a) Akan digantikan pahala kebaikannya dengan setiap wang yang ia berhutang

๐Ÿ“— Rujuk: http://hadits.in/ibnumajah/2405

b) Rasulullah ๏ทบ tidak solat bagi jenazah yang tidak membayar hutang

๐Ÿ“— Rujuk: http://hadits.in/bukhari/2133

c) Bertemu dengan Allah ๏ทป sebagai pencuri bagi mereka yang tiada niat membayar hutang mereka

๐Ÿ“— Rujuk: http://hadits.in/ibnumajah/2401

d) Mereka biasanya suka berdusta dan suka menyelisihi janji

๐Ÿ“— Rujuk: http://hadits.in/bukhari/2222

e) Allah ๏ทป akan menghancurkan mereka yang mengambil harta orang lain

๐Ÿ“— Rujuk: http://hadits.in/bukhari/2212

g) Tidak akan terampun dosa mereka sekalipun mereka mati Syahid

๐Ÿ“— Rujuk: http://hadits.in/muslim/3498

9. Sebenarnya terlampau banyak lagi dalil-dalil mengenai mereka yang tidak membayar hutang. Cukuplah saya kongsikan beberapa dalil diatas.

10. Semoga kita sama-sama mengikuti ajaran Islam yang sebenar dan tidak terpedaya dengan retorik dan perkataan kosong yang dilaungkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang memburukkan imej dan agama islam.

11. Semoga kita termasuk dalam golongan yang dapat melunaskan hutang.

12. Rasulullah ๏ทบ banyak memohon doa supaya dilindungi daripada berhutang. Berikut adalah doa yang boleh kita amalkan:

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†ِّูŠ ุฃَุนُูˆุฐُ ุจِูƒَ ู…ِู†ْ ุงู„ْู…َุฃْุซَู…ِ ูˆَุงู„ْู…َุบْุฑَู…ِ

(Maksudnya: Ya Allah aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan terlilit hutang)

๐Ÿ“— Rujuk: HR. Bukhari: 2222 & Muslim 925

http://hadits.in/bukhari/2222

http://hadits.in/muslim/925

Sampai Sekarang Pimpinan PH Tak Minta Maaf Selepas Fitnah Saya Bunuh Altantuya - Najib.

NAJIB RAZAK | Orang dalam video ini sekarang adalah Menteri.

Dulu dia tuduh saya pembunuh Altantuya dalam Parlimen.



Dia langsung tak rasa dia bersalah untuk memfitnah saya dalam Dewan Rakyat.

Seluruh barisan DAP turut mempertahankan dia masa itu.

Tapi baru-baru ini Kit Siang kata dia tak pernah tuduh saya bunuh sesiapa pun.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/05/04/kit-siang-i-never-accused-najib-of-murders-but-said-do-not-evade-responsibi/1749750


Oh, maksud Kit Siang ialah bukan dia yang tuduh tapi semua pemimpin lain DAP serta jentera mereka diarahkan untuk memainkan propaganda dan memfitnah saya selama sepuluh tahun.

Sekarang, polis di bawah kerajaan PH telah mengesahkan:

"Tiada bukti kaitkan Najib kes pembunuhan berprofil tinggi'"

https://www.malaysiakini.com/news/465213

Namun tiada seorang pemimpin PH yang rasa bersalah sekarang kerana pernah memfitah saya.

Semua diam-diam buat tak tahu.

Mereka juga pernah menuduh saya melepaskan dan bertanya bagaimana Sirul boleh dibenarkan lari ke Australia.

Ramai yang tidak faham bahawa Azilah dan Sirul Azhar telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2013 sebelum kes mereka naik ke Mahkamah Persekutuan dan didapati bersalah:

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/08/23/mahkamah-rayuan-bebaskan-dua-polis-daripada-tuduhan-bunuh-altantuya

Oleh kerana mereka telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan maka Sirul bebas untuk keluar negara.

Masa itu, ramai pemimpin PH termasuk PM ke-4 dan Mahfuz banyak membuat drama tentang Sirul.

Tapi Sirul keluar negara, masih ada Azizul disini.

Kenapa tak tanya Azizul masa itu jika saya benar-benar terlibat dalam pembunuhan Altantuya?

Kenapa sekarang pula, kerajaan PH tidak lagi berusaha untuk bertanya Sirul atau memulangkan dia dari Australia jika saya benar-benar pembunuh?


Isnin, 2 September 2019

Kerajaan PH Lebih Baik Berbanding BN – Dr Aziz Bari.

RF8 MEDIA | Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mampu menerajui pentadbiran negara lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.


Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari berkata, keyakinan itu berdasarkan pengalaman HARAPAN mentadbir Selangor dan Pulau Pinang dengan sangat berjaya berbanding negeri lain ditadbir umnoBN sebelum ini.

Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Alam Sekitar negeri rakyat wajar menilai hakikat itu dan tidak seharusnya terpengaruh dengan khabar angin kebelakangan ini yang membayangkan kerajaan HARAPAN gagal.

Justeru peluang tegasnya wajar diberikan kepada pentadbiran yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk memulihkan negara seperti dijanjikan sebelum ini sesuai dengan mandat diberikan menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Malaysia baharu sudah lebih terbuka, jadi sampai masa boleh tukar kerajaan. Rakyat tentukanlah.

“Apa pun rakyat kena beri peluang kepada kerajaan HARAPAN yang merupakan sebuah parti yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Sambutan Ambang Merdeka di Taman Pengkalan Jaya di Ipoh baru-baru ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu turut menyindir bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang sebelum ini sering membuat kenyataan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang HARAPAN mengambil alih kerajaan dalam PRU lalu.

“Kerajaan dahulu momokkan kalau HARAPAN mentadbir nanti Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan lain-lain agensi Melayu akan dihapuskan.

“RAMD masih lagi ada, malah tak da kakitangan awam diberhentikan. Jadi cakap-cakap Najib sebelum ini tak betul,” tambahnya.

5 Risiko Yang Negara Sedang Hadapi Kini..

NAJIB RAZAK | Pada hari kebangsaan ini, saya ingin utarakan kebimbangan saya terhadap 5 risiko besar kepada negara yang kerajaan PH patut memberi perhatian:

Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai 16 negara yang mereka syaki adalah penipu perdagangan.

Pada bulan Mei tahun ini, Malaysia juga disenaraikan sebagai salah satu dari 9 negara untuk dipantau sebagai Manipulator Mata Wang.


Minggu lepas pula, rangkaian media antarabangsa Reuters mengeluarkan satu artikel yang menuduh kerajaan PH sedang bersuhabat dalam penipuan untuk menolong negara Venezuela dan Iran untuk mengelak sekatan ekonomi Amerika Syarikat.
Reuters kata mereka ada bukti bahawa minyak yang diimport dari Venezuela dan Iran telah dilabelkan sebagai minyak Malaysia untuk dieksport semula kepada China.

https://www.reuters.com/article/us-china-oil-malaysia/chinas-july-crude-oil-imports-from-malaysia-near-record-customs-idUSKCN1VG07T

Sebab itu, eksport minyak dari negara kepada China telah meningkat 3 kali ganda pada tiga bulan yang lalu walaupun pengeluaran minyak dari PETRONAS jatuh sedikit.

Pada saya juga, tindakan kerajaan PH untuk sering mempromosikan Malaysia sebagai negara yang mungkin menerima manfaat dari perang perdagangan Amerika Syarikat dengan China juga tidak bijak.

Vietnam yang sering diiktiraf sebagai negara yang benar-benar menerima manfaat dari perang perdagangan tersebut telah dikenakan tarif 400% ke atas eksport barangan besi dan keluli oleh Amerika Syarikat bulan lepas sebagai permulaan Amerika Syarikat mengambil tindakan.

https://www.scmp.com/news/asia/southeast-asia/article/3017055/us-slaps-import-duties-more-400-cent-vietnamese-steel

Amerika Syarikat merupakan destinasi eksport ke-3 terbesar untuk Malaysia dan sebarang sekatan ekonomi atau kenaikkan tarif kepada kita akan memberi kesan parah kepada ekonomi negara.

Menteri Kewayangan kita sudahpun membuat kesilapan besar semasa merangka bajet 2019 dengan menggunakan andaian harga minyak dunia terlalu tinggi pada harga U$72 satu tong .

Sehingga kini, purata harga minyak dunia adalah jauh di bawah andaian itu tahun ini dan menyebabkan bajet tahun ini sudah lari.

Selain itu, PH juga telah meningkatkan kebergantungan hasi kerajaan kepada hasil petroliam dari 11% ke lebih dari 32% yang merupakan punca utama PETRONAS telah di downgrade oleh syarikat penarafan antarabangsa dua bulan yang lepas.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/06/576727/moodys-turun-penarafan-petronas

Pada ketika ini, terdapat dua kemungkinan harga minyak dunia boleh jatuh ke bawah US$30 satu tong.

Pertama. Negara China yang sedang dalam perang perdagangan tidak lagi hirau tentang sekatan Amerika Syarikat dan memulakan pembelian minyak secara besar-besaran dari Iran atau Venezuela.

https://www.cnbc.com/2019/08/05/brent-and-wti-price-could-crash-if-china-buys-iranian-oil.html
Kedua ialah Amerika Syarikat berdamai dengan Iran atau Venezuela dan sekatan ekonomi mereka dimansuhkan.
Memandangkan kebergantungan kepada minyak telah berganda naik, andaian terlalu tinggi dan cukai GST telah dimansuhkan, jika harga minyak dunia jatuh kebawah US$30 satu tong sekali lagi seperti yang pernah berlaku pada tahun 2016, ekonomi negara serta matawang kita akan menerima kesan yang serious kerana kita sudah kekurangan ruang untuk membetulkan keadaan.

Kenapa PH Suka Jual Aset Negara Dengan Harga Murah Soal Najib...

NAJIB RAZAK | i) Semasa Azmin Ali ditanya kenapa Khazanah menjual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan Disember 2018 lalu, dia kata ini cara paling bagus untuk melepaskan aset. 

Ketika itu, dia kata harga RM6.00 satu saham yang ditawar oleh Jepun adalah "premium" yang amat besar berbanding harga pasaran saham yang cuma RM5.25 masa itu.

"Very high premium" kata Azmin.

Premium apa? Sebelum PRU14, harga saham sering di atas harga RM6.00 sehingga RM6.75.

Oleh kerana bursa saham Malaysia telah menjunam selepas PH menang PRU14, harga saham IHH Berhad turut jatuh.

Orang Jepun bukan gila sehingga sanggup membeli dengan harga 14% lebih tinggi dari harga pasaran.

Mereka cuma mengambil kesempatan untuk membeli ketika pasaran saham kita lemah kerana mereka tahu IHH Berhad ini penuh potensi dan dalam fasa berkembang dengan cepat.

Apa yang berlaku selepas Azmin jual IHH Berhad kepada Jepun dengan harga RM8.42 bilion pada akhir tahun 2018 itu?

Pada bulan Februari 2019, IHH umum bahawa pendapatan untuk suku terakhir tahun 2018 telah naik 10% kepada RM3.17 bilion dari RM2.89 bilion berbanding tahun sebelum itu.

Keuntungan untuk suku ke-4 itu pula naik 403% ke RM509 juta.

https://www.theedgemarkets.com/article/ihh-healthcares-4q-profit-jumps-403-higher-stronger-operational-performance

Bulan Mei 2019 pula, IHH umum bahawa pendapatan suku pertama tahun 2019 naik 27.6% lagi ke RM3.64 bilion berbanding RM2.85 billion sebelum itu manakala keuntungan mereka naik 56.4%.

https://www.theedgemarkets.com/article/ihh-healthcare-1q-net-profit-56-stronger-operational-performance

Minggu lepas, IHH mengumumkan pendapatan serta keuntungan suku kedua tahun 2019 naik 37% dan 12% masing-masing berbanding tahun sebelum itu.

https://www.theedgemarkets.com/article/ihhs-2q-profit-12-revenue-expands-new-buys-hospital-ramp-ups

Oleh kerana prestasi IHH Berhad amat baik dan terus berkembang sejak ianya dibina masa saya PM, para penganalis saham sekarang meramal harga saham IHH Berhad akan naik lagi ke RM7.00 pada tahun ini.

http://www.bursamarketplace.com/mkt/tools/research/ch=research&pg=research&ac=738387&bb=752011

Bila harga saham sampai ke RM7.00 seperti diramal, ini bermakna keputusan PH menjual IHH Berhad dengan harga RM6.00 akan menyebabkan kerugian RM1.4 bilion untuk negara untuk tahun ini sahaja.

Tahun kemudiannya tak tahu lagi kerana IHH Berhad masih berkembang pantas.

Masa Disember tahun 2018 itu juga, Azmin kata tiada lagi jualan aset oleh Khazanah selepas menjual IHH Berhad kepada Jepun.

Asked if more Khazanah assets will be divested soon, Azmin said: "As of now, no more."

https://www.theedgemarkets.com/article/khazanahs-ihh-stake-sale-best-way-divest-says-azmin

Ini satu pembohongan.

Kerana selepas menjual IHH Berhad, Khazanah jual saham CIMB dua kali, jual saham bank Filipina, jual saham TNB, jual syarikat Arab Saudi dan jual aset hartanah mereka di Singapura.

Aset bernilai RM10 bilion dijual lagi selepas Azmin kata "no more".

Jumlah nilai aset Khazanah Nasional Berhad telah naik berganda dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM115.6 bilion pada akhir 2017 dalam tempoh saya PM.

Tapi tahun lepas, nilai bersih ini telah jatuh RM25 bilion di bawah PH.

ii) Saya pernah tanya beberapa kali mengapa kerajaan PH terdesak sangat nak jual aset negara pada masa Bursa Malaysia tidak baik dan harga pasaran rendah.

Jika mahu jual pun, jual pada masa harga saham tinggi di dalam pasaran Bursa yang baik.

Kali terakhir saya tanya ialah pada bulan Februari tahun ini.

Kenapa jual saham GLC ketika harga pasaran rendah, Najib soal PH

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/27/kenapa-jual-saham-glc-ketika-harga-pasaran-rendah-najib-soal-ph/

Tapi dua bulan kemudian pula, Khazanah menjual 85 juta saham Tenaga dengan harga RM12.33 pula pada pertengahan bulan April.

(Harga terus jatuh lagi untuk seketika selepas Khazanah sebagai pemegang saham terbesar jual kerana pelabur bimbang Tenaga ada masalah)

The heavyweight blue chip slid to a three-year low last Thursday after its largest shareholder Khazanah Nasional Bhd placed out 85 million shares in the company at below market price.

https://www.theedgemarkets.com/article/more-selloff-tnb-just-khazanahs-divestment

Pada masa yang sama Khazanah jual, penganalisis saham pula gesa orang ramai untuk beli Tenaga dengan harga sasaran jangka pendek sebanyak RM14.12 satu saham.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/552051/public-investment-bank-saran-beli-saham-tnb

Sedangkan harga saham Tenaga setinggi RM16.10 pada bulan sebelum PRU14.

Kini harga saham Tenaga telah memulih sedikit menjadi RM13.96 minggu lepas.

Ini bermakna kerajaan sudah kehilangan RM139 juta - iaitu 13.2% dari harga jualan Khazanah sebanyak RM1.05 bilion.

Untunglah siapa yang beli pada bulan April itu dengan diskaun lebih 30% berbanding harga sebelum PRU14.

Sudah untung RM139 juta dalam masa 3 1/2 bulan sahaja.

Jika harga saham Tenaga memulih lagi kembali ke paras sebelum PRU14, iaitu pada harga RM16.10, kerajaan akan rugi RM321 juta dengan satu penjualan 85 juta saham itu sahaja.

Masalahnya ialah ini bukan melibatkan saham Tenaga sahaja.

Banyak lagi aset negara telah dijual oleh PH ketika pasaran lembab semasa Bursa Saham Malaysia adalah paling corot dalam dunia seperti kes IHH Berhad yang saya post pagi tadi. (rujuk i).

Seolah-olah sengaja nak jual pada ketika harga murah.

Tindakan Boikot Barangan Bukan Melayu Membimbangkan - Lim Guan Eng.

FREE MALAYSIA TODAY | Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyeru PAS dan Umno supaya membantu menghentikan gerakan memboikot produk keluaran bukan Bumiputera dengan berkata, boikot sedemikian tidak menguntungkan dan boleh menggugat perpaduan negara.


Dalam satu kenyataan hari ini, Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, sekiranya Umno dan PAS tidak memusuhi golongan bukan Islam dan bukan Melayu, kedua-dua parti itu patut membantah boikot tersebut.

“Tindakan memboikot produk bukan Bumiputera ini mencapai ‘tahap yang membimbangkan’ sehingga perdana menteri terpaksa memberi komen mengenainya.

“Sekiranya ia berlanjutan berlaku, produk asing terutama telefon bimbit juga harus diboikot,”
katanya sambil menambah terdapat sebilangan badan bukan kerajaan (NGO) menyeru untuk turut memboikot produk halal yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad meminta gerakan itu dihentikan kerana ia tidak berkesan dan hanya akan mencetuskan kemarahan orang lain.

Beliau dilaporkan berkata, hanya mereka yang berfikiran cetek berbuat demikian.
Lim berkata, kenyataan Mahathir itu adalah tepat kerana tindakan tersebut tidak akan mengubah keadaan sebaliknya hanya menimbulkan kemarahan sesetengah pihak.
Bahkan kata Lim, ia juga boleh menjadikan suasana tidak produktif dan membahayakan perpaduan rakyat.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung kumpulan yang menggesa orang Melayu supaya memboikot produk keluaran bukan Bumiputera.

Tinjauan FMT mendapati banyak kumpulan atas talian (media sosial) menyokong gerakan itu dan jumlahnya mencecah beberapa ribu kumpulan.

Antara yang dibincangkan dalam laman berkenaan adalah cara untuk mengenal pasti barangan keluaran bukan Bumiputera walaupun nama dan jenamanya menggunakan “nama Melayu”.

Lim berkata, golongan “rasis dan pelampau agama” terbabit harus menyahut gesaan Mahathir berhubung isu tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...