Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 September 2019

5 Risiko Yang Negara Sedang Hadapi Kini..

NAJIB RAZAK | Pada hari kebangsaan ini, saya ingin utarakan kebimbangan saya terhadap 5 risiko besar kepada negara yang kerajaan PH patut memberi perhatian:

Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai 16 negara yang mereka syaki adalah penipu perdagangan.

Pada bulan Mei tahun ini, Malaysia juga disenaraikan sebagai salah satu dari 9 negara untuk dipantau sebagai Manipulator Mata Wang.


Minggu lepas pula, rangkaian media antarabangsa Reuters mengeluarkan satu artikel yang menuduh kerajaan PH sedang bersuhabat dalam penipuan untuk menolong negara Venezuela dan Iran untuk mengelak sekatan ekonomi Amerika Syarikat.
Reuters kata mereka ada bukti bahawa minyak yang diimport dari Venezuela dan Iran telah dilabelkan sebagai minyak Malaysia untuk dieksport semula kepada China.

https://www.reuters.com/article/us-china-oil-malaysia/chinas-july-crude-oil-imports-from-malaysia-near-record-customs-idUSKCN1VG07T

Sebab itu, eksport minyak dari negara kepada China telah meningkat 3 kali ganda pada tiga bulan yang lalu walaupun pengeluaran minyak dari PETRONAS jatuh sedikit.

Pada saya juga, tindakan kerajaan PH untuk sering mempromosikan Malaysia sebagai negara yang mungkin menerima manfaat dari perang perdagangan Amerika Syarikat dengan China juga tidak bijak.

Vietnam yang sering diiktiraf sebagai negara yang benar-benar menerima manfaat dari perang perdagangan tersebut telah dikenakan tarif 400% ke atas eksport barangan besi dan keluli oleh Amerika Syarikat bulan lepas sebagai permulaan Amerika Syarikat mengambil tindakan.

https://www.scmp.com/news/asia/southeast-asia/article/3017055/us-slaps-import-duties-more-400-cent-vietnamese-steel

Amerika Syarikat merupakan destinasi eksport ke-3 terbesar untuk Malaysia dan sebarang sekatan ekonomi atau kenaikkan tarif kepada kita akan memberi kesan parah kepada ekonomi negara.

Menteri Kewayangan kita sudahpun membuat kesilapan besar semasa merangka bajet 2019 dengan menggunakan andaian harga minyak dunia terlalu tinggi pada harga U$72 satu tong .

Sehingga kini, purata harga minyak dunia adalah jauh di bawah andaian itu tahun ini dan menyebabkan bajet tahun ini sudah lari.

Selain itu, PH juga telah meningkatkan kebergantungan hasi kerajaan kepada hasil petroliam dari 11% ke lebih dari 32% yang merupakan punca utama PETRONAS telah di downgrade oleh syarikat penarafan antarabangsa dua bulan yang lepas.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/06/576727/moodys-turun-penarafan-petronas

Pada ketika ini, terdapat dua kemungkinan harga minyak dunia boleh jatuh ke bawah US$30 satu tong.

Pertama. Negara China yang sedang dalam perang perdagangan tidak lagi hirau tentang sekatan Amerika Syarikat dan memulakan pembelian minyak secara besar-besaran dari Iran atau Venezuela.

https://www.cnbc.com/2019/08/05/brent-and-wti-price-could-crash-if-china-buys-iranian-oil.html
Kedua ialah Amerika Syarikat berdamai dengan Iran atau Venezuela dan sekatan ekonomi mereka dimansuhkan.
Memandangkan kebergantungan kepada minyak telah berganda naik, andaian terlalu tinggi dan cukai GST telah dimansuhkan, jika harga minyak dunia jatuh kebawah US$30 satu tong sekali lagi seperti yang pernah berlaku pada tahun 2016, ekonomi negara serta matawang kita akan menerima kesan yang serious kerana kita sudah kekurangan ruang untuk membetulkan keadaan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...