Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 September 2019

Kenapa PH Suka Jual Aset Negara Dengan Harga Murah Soal Najib...

NAJIB RAZAK | i) Semasa Azmin Ali ditanya kenapa Khazanah menjual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan Disember 2018 lalu, dia kata ini cara paling bagus untuk melepaskan aset. 

Ketika itu, dia kata harga RM6.00 satu saham yang ditawar oleh Jepun adalah "premium" yang amat besar berbanding harga pasaran saham yang cuma RM5.25 masa itu.

"Very high premium" kata Azmin.

Premium apa? Sebelum PRU14, harga saham sering di atas harga RM6.00 sehingga RM6.75.

Oleh kerana bursa saham Malaysia telah menjunam selepas PH menang PRU14, harga saham IHH Berhad turut jatuh.

Orang Jepun bukan gila sehingga sanggup membeli dengan harga 14% lebih tinggi dari harga pasaran.

Mereka cuma mengambil kesempatan untuk membeli ketika pasaran saham kita lemah kerana mereka tahu IHH Berhad ini penuh potensi dan dalam fasa berkembang dengan cepat.

Apa yang berlaku selepas Azmin jual IHH Berhad kepada Jepun dengan harga RM8.42 bilion pada akhir tahun 2018 itu?

Pada bulan Februari 2019, IHH umum bahawa pendapatan untuk suku terakhir tahun 2018 telah naik 10% kepada RM3.17 bilion dari RM2.89 bilion berbanding tahun sebelum itu.

Keuntungan untuk suku ke-4 itu pula naik 403% ke RM509 juta.

https://www.theedgemarkets.com/article/ihh-healthcares-4q-profit-jumps-403-higher-stronger-operational-performance

Bulan Mei 2019 pula, IHH umum bahawa pendapatan suku pertama tahun 2019 naik 27.6% lagi ke RM3.64 bilion berbanding RM2.85 billion sebelum itu manakala keuntungan mereka naik 56.4%.

https://www.theedgemarkets.com/article/ihh-healthcare-1q-net-profit-56-stronger-operational-performance

Minggu lepas, IHH mengumumkan pendapatan serta keuntungan suku kedua tahun 2019 naik 37% dan 12% masing-masing berbanding tahun sebelum itu.

https://www.theedgemarkets.com/article/ihhs-2q-profit-12-revenue-expands-new-buys-hospital-ramp-ups

Oleh kerana prestasi IHH Berhad amat baik dan terus berkembang sejak ianya dibina masa saya PM, para penganalis saham sekarang meramal harga saham IHH Berhad akan naik lagi ke RM7.00 pada tahun ini.

http://www.bursamarketplace.com/mkt/tools/research/ch=research&pg=research&ac=738387&bb=752011

Bila harga saham sampai ke RM7.00 seperti diramal, ini bermakna keputusan PH menjual IHH Berhad dengan harga RM6.00 akan menyebabkan kerugian RM1.4 bilion untuk negara untuk tahun ini sahaja.

Tahun kemudiannya tak tahu lagi kerana IHH Berhad masih berkembang pantas.

Masa Disember tahun 2018 itu juga, Azmin kata tiada lagi jualan aset oleh Khazanah selepas menjual IHH Berhad kepada Jepun.

Asked if more Khazanah assets will be divested soon, Azmin said: "As of now, no more."

https://www.theedgemarkets.com/article/khazanahs-ihh-stake-sale-best-way-divest-says-azmin

Ini satu pembohongan.

Kerana selepas menjual IHH Berhad, Khazanah jual saham CIMB dua kali, jual saham bank Filipina, jual saham TNB, jual syarikat Arab Saudi dan jual aset hartanah mereka di Singapura.

Aset bernilai RM10 bilion dijual lagi selepas Azmin kata "no more".

Jumlah nilai aset Khazanah Nasional Berhad telah naik berganda dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM115.6 bilion pada akhir 2017 dalam tempoh saya PM.

Tapi tahun lepas, nilai bersih ini telah jatuh RM25 bilion di bawah PH.

ii) Saya pernah tanya beberapa kali mengapa kerajaan PH terdesak sangat nak jual aset negara pada masa Bursa Malaysia tidak baik dan harga pasaran rendah.

Jika mahu jual pun, jual pada masa harga saham tinggi di dalam pasaran Bursa yang baik.

Kali terakhir saya tanya ialah pada bulan Februari tahun ini.

Kenapa jual saham GLC ketika harga pasaran rendah, Najib soal PH

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/27/kenapa-jual-saham-glc-ketika-harga-pasaran-rendah-najib-soal-ph/

Tapi dua bulan kemudian pula, Khazanah menjual 85 juta saham Tenaga dengan harga RM12.33 pula pada pertengahan bulan April.

(Harga terus jatuh lagi untuk seketika selepas Khazanah sebagai pemegang saham terbesar jual kerana pelabur bimbang Tenaga ada masalah)

The heavyweight blue chip slid to a three-year low last Thursday after its largest shareholder Khazanah Nasional Bhd placed out 85 million shares in the company at below market price.

https://www.theedgemarkets.com/article/more-selloff-tnb-just-khazanahs-divestment

Pada masa yang sama Khazanah jual, penganalisis saham pula gesa orang ramai untuk beli Tenaga dengan harga sasaran jangka pendek sebanyak RM14.12 satu saham.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/552051/public-investment-bank-saran-beli-saham-tnb

Sedangkan harga saham Tenaga setinggi RM16.10 pada bulan sebelum PRU14.

Kini harga saham Tenaga telah memulih sedikit menjadi RM13.96 minggu lepas.

Ini bermakna kerajaan sudah kehilangan RM139 juta - iaitu 13.2% dari harga jualan Khazanah sebanyak RM1.05 bilion.

Untunglah siapa yang beli pada bulan April itu dengan diskaun lebih 30% berbanding harga sebelum PRU14.

Sudah untung RM139 juta dalam masa 3 1/2 bulan sahaja.

Jika harga saham Tenaga memulih lagi kembali ke paras sebelum PRU14, iaitu pada harga RM16.10, kerajaan akan rugi RM321 juta dengan satu penjualan 85 juta saham itu sahaja.

Masalahnya ialah ini bukan melibatkan saham Tenaga sahaja.

Banyak lagi aset negara telah dijual oleh PH ketika pasaran lembab semasa Bursa Saham Malaysia adalah paling corot dalam dunia seperti kes IHH Berhad yang saya post pagi tadi. (rujuk i).

Seolah-olah sengaja nak jual pada ketika harga murah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...