Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 September 2019

PH Menang Jika PRU 15 Sekarang – Tun Mahathir.

RF8 MEDIA | Meskipun mendapat beberapa reaksi negatif daripada penganalisis politik terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH), perdana menteri Dr Mahathir tetap gabungan itu akan menang sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.


Keyakinan beliau berkisar kepada semakin terdedahnya tembelang bekas PM Najib Razak dalam perbicaraan kes SRC International dan 1Malaysia Development Berhad di mahkamah.

Menurut Mahathir, tidak ada rakyat yang mahukan kepimpinan Barisan Nasional dan penyelewengan mereka kembali mentadbir negara.

“Kalau kita adakan pilihan hari ini, saya yakin kita akan menang, tidak ada sesiapa yang hendakkan Najib. Kita tidak ada ‘sauk’ sebab kita tidak curi duit,” katanya dipetik.

Bagaimanapun beliau mengakui masalah komunikasi dengan rakyat menyebabkan kejayaan anggota kabinet tidak dilihat berkesan malah dilaporkan wujud pula krisis keyakinan terhadap pentadbiran PH.

Perdana menteri berkata perbincangan mesyuarat majlis presiden PH hari ini mengambil masa panjang kerana terdapat dakwaan kerajaan tidak menangani masalah itu dengan berkesan.

“Itulah yang kita putuskan supaya kita lebih banyak hubungan dengan media,” katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...