Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 September 2019

Kerajaan PH Lebih Baik Berbanding BN – Dr Aziz Bari.

RF8 MEDIA | Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mampu menerajui pentadbiran negara lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.


Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari berkata, keyakinan itu berdasarkan pengalaman HARAPAN mentadbir Selangor dan Pulau Pinang dengan sangat berjaya berbanding negeri lain ditadbir umnoBN sebelum ini.

Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Alam Sekitar negeri rakyat wajar menilai hakikat itu dan tidak seharusnya terpengaruh dengan khabar angin kebelakangan ini yang membayangkan kerajaan HARAPAN gagal.

Justeru peluang tegasnya wajar diberikan kepada pentadbiran yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk memulihkan negara seperti dijanjikan sebelum ini sesuai dengan mandat diberikan menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Malaysia baharu sudah lebih terbuka, jadi sampai masa boleh tukar kerajaan. Rakyat tentukanlah.

“Apa pun rakyat kena beri peluang kepada kerajaan HARAPAN yang merupakan sebuah parti yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Sambutan Ambang Merdeka di Taman Pengkalan Jaya di Ipoh baru-baru ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu turut menyindir bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang sebelum ini sering membuat kenyataan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang HARAPAN mengambil alih kerajaan dalam PRU lalu.

“Kerajaan dahulu momokkan kalau HARAPAN mentadbir nanti Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan lain-lain agensi Melayu akan dihapuskan.

“RAMD masih lagi ada, malah tak da kakitangan awam diberhentikan. Jadi cakap-cakap Najib sebelum ini tak betul,” tambahnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...