Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 September 2019

Elaun Guru AQ Di Terengganu Boleh Ditingkatkan Jika Pusat Bagi Peruntukan Sewajarnya..



SOSMED | Tindakan Kerajaan Terengganu memotong elaun 700 guru ALQURAN sebanyak RM100 mengundang kritikan di sosial media, terutamanya dikalangan penyokong Pakatan Harapan.

Elaun itu asalnya berjumlah RM500 sebulan namun bermula September ini ia dikurangkan kepada RM400.

Alasan kerajaan negeri seperti dilaporkan Terengganu Today ialah;

1. Guru-guru AQ bertindih tugas dengan guru KAFA. Pemotongan dibuat bagi mengimbangi tugas guru KAFA.

2. Jika PUSAT beri peruntukan lebih, maka elaun itu boleh ditingkatkan.

3. Hanya guru KEMAS dan TADIKA PERPADUAN sahaja yang terlibat.

Ini bermakna ia membabitkan agensi yang terletak di bawah PUSAT.

Walaupun ada yang beranggapan ia mungkin langkah balas dendam, namun lebih ramai yang mempertikaikan tindakan kerajaan Terengganu dengan hujah;

1. Royalti dah dapat - masih tiada wang kah Terengganu?

2. Mahu peruntukan lagi? Bagaimana kerajaan negeri uruskan kewangan? Ada defisitkah?

3. Potong elaun di saat kos sara hidup tinggi - tak pula dianggap menzalimi rakyat?

4. Potong elaun guru mengajar AQ? - Ini tak dianggap ISLAM TERTINDAS? Jika PH yang buat? - Adakah masuk neraka jahanam?

Setakat ini kerajaan negeri tidak melayani kritikan-kritikan yang bertebaran di sosial media itu.

Berita asal dibawah;

TERENGGANU TODAY | Kerajaan negeri hari ini mengesahkan bahawa elaun bulanan lebih 700 guru al-Quran di Terengganu dipotong daripada RM500 kepada RM400 berkuatkuasa September ini.

Gambar : Ariff Al- Katami

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, YB Satiful Bahri Mamat berkata dalam laporan teganukita.net, elaun itu boleh ditingkatkan sekiranya Kerajaan Pusat memberi peruntukan sewajarnya.

"Penyelarasan itu dibuat bagi mengimbangi elaun guru Kelas Fardu Ain (KAFA) yang turut melakukan tugasan sama.

"Mereka itu ialah yang terlibat di bawah KEMAS dan Tadika Perpaduan di bawah Kerajaan Pusat,"
katanya di Wisma Darul Iman.

Elaun itu dibayar oleh kerajaan negeri sejak tahun 2005 bagi memastikan kanak-kanak di peringkat awal usia mampu menguasai al-Quran.


Dalam tempoh hampir 15 tahun, Program Pintar Al-Quran itu berjaya melahirkan lebih 22,000 kanak-kanak yang mempunyai asas penguasaan al-Quran. - 1 September 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...