Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 September 2019

Noh Omar Dicabar Letak Jawatan Sebelum Bubar Parlimen.

RF8 MEDIA | Ahli Majlis Tertinggi Umno, Noh Omar dicabar bertindak berani dengan melepas jawatan sebagai Ahli Parlimen Tanjung Karang.

Cabaran itu dibuat Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi yang merupakan bekas calon parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu susulan cabarang Noh Omar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar Parlimen dibubarkan.
Tegas Dr Zulkafperi, kenyataan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu bukan sahaja biadap, tetapi turut tidak menghormati pilihan rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU lalu itu.
“Apa yang saya ketahui kebanyakan rakyat adalah tidak sabar untuk membuang Noh dari Tanjong Karang.
“Kami ingin melihat apakah beliau (Noh) masih mampu menang?,” katanya dipetik.
Noh sebelum ini membuat cabaran itu sekiranya Dr Mahathir yakin PH mampu memenangi PRU-15.
Beliau turut mendakwa ahli Umno yang meninggalkan parti itu sebelum ini sudah kecewa dan kembali kepada Umno.
Dr Zulkafperi yang membiasa kenyataan Noh berkata, meskipun diakui Tanjong Karang kawasan kubu kuat Umno, tetapi rakyat di kawasan itu telah bersedia berubah dan menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Malah tegasnya Noh Omar sendiri menunjukkan prestasi lemah sepanjang menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu.
“Tidak ada apa-apa perubahan yang mampu beliau lakukan untuk rakyat Tanjong Karang, rungutan yang biasa kita dengar adalah Tanjong Karang masih tetap seperti pekan koboi.
“Bersatu akan menggantikan UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan negara untuk menggantikan Umno. Menjelang PRU 15 nanti matlamat pembangkang sifar di Selangor akan pasti menjadi kenyataan,” tegasnya. - 5 September 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...