Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 24 Mac 2017

Husam Memang Patut Dihalau DUN Sebab Sembang Hal Tak Berkaitan Kepentingan Rakyat.

Oleh : Ali Abu

Husam memang patut dihalau.

Husam Dihalau Dewan DUN Kelantan
Husam Musa - Gambar Oleh Google
Member inbox suruh ulas isu Husam kono halau keluar daripada DUN Kelantan semalam. Den maleh nak ulas kerana pertarungan Husam sekarang ialah sedayo-upayo meraih publisiti murahan dan political mileage sebanyak mungkin asbab PRU makin dekat. Politician yang buat aksi dan gimik jenis ni kau jangan layan. 

Tapi den ulas jugak kerana tertarik dengan soalan Husam yang bikin dio kono halau dengan Speaker DUN. Soalan Husam kepada MB Kelantan yang sewaktu itu sedang membuat penggulungan ialah apokah kelayakan serta kelulusan Exco agamo mengulas isu cerai bai'ah? 

Bapak bangang punyo soalan. Kalau Husam asak MB dengan soalan kelemahan pengurusan sisa pepejal dan sampah di Kota Bharu dan seluruh Kelantan kito boleh bagi diskaun lagi. 

Kerana isu kelemahan urusan sampah memang isu meruncing bagi rakyat Kelantan. Ini kau tanyo isu cerai bai'ah iaitu isu parti lamo kau masuk ke dalam DUN memang nampak bangang sangatlah. DUN adolah tempat untuk menyelesaikan masalah rakyat (dan juga tempat buat undang-undang). 

Bukan tempat nak tunjuk hero nak menyelesaikan isu parti lamo kau yang takdo kaitan langsung dgn kepentingan rakyat. 

Keputusan Speaker DUN menghalau Husam keluar dari dewan adolah satu keputusan yang demokratik yang tertakluk di bawah peraturan mesyuarat. Cumanya bilo kono halau tu Husam sudah pastinya mendapat publisiti percumo. Memang itu kemahuannya. 

Bilo den mengkritik Husam ini tidak bermakno den menyokong PAS Kelantan untuk terus kekal menerajui kerajaan Kelantan. Bagi den PAS Kelantan patut dikalahkan dalam PRU akan datang kerana : 

1] Kelemahan pengurusan sisa pepejal dan sampah. 

2] Penerusan aktiviti pembalakan di hulu sungai Kelantan. 

3] Menafikan hak Orang Asli di Gua Musang dengan membalak di kawasan mereka. 

4] Kepandaian saintis AKSB mencipta air paip yg sering bertukar kaler dan air paip mcm biskut chipsmore. Kojap ado, kojap takdo.

Aku Hilang Respek Pada Pak Lebai Kerana..

Oleh : Zolkharnain Abidin Al - Abyadhi

LEBAI BUKAN BERJUANG ISLAM 

Tuan Guru Hadi Awang - Gambar Oleh Malaysiakini
1. SBP yang anak aku belajar kenakan yuran PIBG RM450 setahun. Kata pengetua, kadar itu paling rendah berbanding SBP yang lain. Ada SBP kenakan yuran PIBG RM1200 setahun. Aku ada tiga anak yang sedang belajar di SBP. Itu yuran PIBG, belum bayaran lain lagi. 

2. Diberitahu, wang yang biasa kerajaan bagi untuk sekolah sebelum ini, pada tahun ini semuanya ditarik balik. Kertas A4 pun ibu bapa belikan untuk sekolah. Meja guru pun ibu bapa tolong balutkan atas nama Sarana Ibu Bapa. Banyak aktiviti pelajar batal kerana sekolah tiada wang. 

3. Aku bukan tentang usaha baik itu dan aku tidak salahkan guru. Aku tahu guru telah bekerja sampai ke siling utk penuhkan harapan ibu bapa. Guru keluarkan duit poket mereka untuk pelbagai aktiviti pelajar. Guru telah buat semuanya demi anak muridnya yang dia ambil menjadi anaknya sendiri di sekolah. Pendek kata, guru dah buat semuanya demi amanah yang mereka pikul. 

4. Aku cuma nak sedarkan orang politik yang masih tak tahu keutamaan dalam kerja politik mereka. Masalah negara sekarang bukan hukuman mahkamah syariah yg rendah tapi masalah pemimpin Umno / BN yang khianat. Bukan macam mana nak sebat penzina, tapi macam mana nak keluarkan rakyat daripada kemiskinan. 

5. Jika hukuman mahkamah syariah dinaikkan sampai 100 tahun penjara pun, tapi kalau pemimpin Umno /BN yang ada kekal menerajui kerajaan, nasib rakyat tak berubah. Umno / BN mesti dikalahkan demi perubahan. Keutamaannya ialah, tumbangkan Umno / BN, bukan tingkatkan jumlah sebatan. 

6. Sempit dan hodohnya Islam jika hanya hukuman berat saja yang ditonjolkan. Pendidikan percuma, sekolah bagus, universiti cemerlang, adalah tuntutan Islam. Inilah keutamaannya. Dalam keadaan rakyat tercekik begini pun, pemimpin masih bercakap soal nak tingkatkan hukuman ke atas rakyat. Ini gila namanya...! 

7. Para nabi berjuang untuk membebaskan rakyat daripada belenggu kesusahan hidup. Pemimpin gila pada hari ini berjuang untuk heret rakyat supaya disebat. Biarlah rakyat miskin, susah, bodoh, merempat asalkan mereka boleh disebat dan dipotong tangan. Inikah perjuangan Islam, inikah usaha tegakkan hukum Tuhan? Ini bukan perjuangan, tapi gila tahap gaban...! 

8. Islam tidak pernah merelakan kesusahan dan mahu semua manusia bahagia dan senang. Islam tidak suka menghukum, menyebat atau memotong tangan. Sebab itu, ayat hukum potong tangan dan sebat orang hanya satu saja. Tapi ayat suruh bela orang tertindas sangat banyak. Ayat sebegitu wujud hatta dalam surah yang pendek. Lebai tak baca ke? 

9. Tapi bagi kelompok yang kononnya berjuang Islam, ayat hukuman yang satu itulah yang ditonjol dan dilaung. Ini hukum Allah, katanya. Bela orang miskin, bukan hukum Allah? Inilah kebaikan, katanya. Pendidikan percuma bukan kebaikan? Mengapa hukuman yang diutamakan sedangkan banyak lagi perkara lain yang patut menjadi keutamaan? 

10. Kepada lebai, walaunta, walaunti, tak payahlah nak berlagak pejuang Islam dgn ketayap dan serban yang hampa pakai, tak payahlah mengaku ulama, kalau keutamaan dlm realiti yang ada ini pun hampa tersalah pilih. Hampa bukan berjuang untuk daulatkan Islam, tapi hampa berjuang untuk kekalkan kerajaan zalim.

Melayu Meniaga Kena Tangkap, Cina Meniaga Takpe Pula - Peniaga Mengamuk Kaw-Kaw Marahkan MBPP.

Kekecohan berlaku di Flat Kampung Rawa, Georgetown petang semalam apabila sekumpulan pihak penguatkuasa MBPP mengambil tindakan terhadap penjaja yang meniaga di kawasan tepi jalan.


Rakaman video mengenai kekecohan itu mulai tular sejak semalam dan menerima reaksi negatif daripada netizens terutamanya yang anti kepada DAP.

MBPP ialah Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan disebabkan itu DAP dipersalahkan dan dianggap sebagai dalang disebalik tindakan penguatkuasaan itu.

Tindakan peniaga melayu yang memaki hamun pihak penguatkuasa berkenaan bagaimanapun tidak mendatangkan kemarahan pegawai-pegawai majlis yang menyita perniagaan itu sebaliknya mereka cuba menenangkan peniaga tersebut namun beliau tetap bertindak memarahi pegawai penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas.

Kami difahamkan peniaga yang disita menjalankan perniagaan menjual air di tepi jalan dan tidak mempunyai lesen perniagaan. Barangan perniagaan turut dirampas oleh pihak berkuasa tempatan. 

Pihak kami sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian dari wakil MBPP bagi memberikan respon tentang apa yang telah berlaku pada petang semalam. 

 

Azmin, Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit Amaran Muslimat PAS Selangor.

Dato' Seri Azmin Ali umpama kacang lupakan kulit. Merujuk kenyataan terbuka sindiran DS Azmin Ali terhadap Yb Nik Abduh yg tewas dalam pemilihan parti di kawasan Pengkalan Chepa adalah satu tindakan yang mencabar kerjasama politik antara PAS dan PKR yang sudah mula retak dek tindakan pemimpin2 PKR sebelum ini. 

Tweet Yang Menjadi Kontroversi
DS Azmin sepatutnya sedar bahawa keberadaan beliau di kerusi MB Selangor adalah atas cadangan daripada PAS. Kalau nak harapkan daripada parti beliau sendiri, langsung nama beliau tiada dalam senarai. 

Saya bangga dengan Yb Nik Abduh, walaupun beliau tewas dalam pemilihan tersebut tetapi beliau terus istiqamah di dalam PAS. Sikap yang sebeginilah yang sepatutnya ada pada diri setiap pejuang PAS yang ikhlas untuk berjuang kerana Allah bukan kerana pangkat dan kedudukan. 

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor memberi amaran keras terhadap DS Azmin Ali dan PKR bahawa muslimat Selangor akan akur sekiranya parti memutuskan hubungan dengan PKR dan tiada sebarang kerjasama lagi menghadapi PRU 14 akan datang. 

Orang yang lupa daratan tidak boleh dijadikan kawan. Sekali lagi DMPNS memberi peringatan kepada DS Azmin supaya jangan mencabar kesabaran kami dan jangan merasa terlalu selesa dengan kedudukan sekarang. 

DMPNS menyifatkan DS Azmin umpama kacang lupakan kulit dan tidak tahu menilai erti persahabatan sejati. 

Wan Hasrina bt Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor 
23 Mac, 2017

Khamis, 23 Mac 2017

Debat Tak Jadi, Pengundi Padang Rengas Gelar Nazri Pondan.

Oleh : Jebat Must Die


Walau saya bukan peminat (Datuk Seri) Nazri Aziz, saya rasa agak keterlaluan bila (Tan Sri) Zainudin Maidin menggelarnya Pondan Padang Rengas baru-baru ini. Ya saya setuju beliau dayus bila enggan bertanding Pilihanraya di Langkawi menentang (Tun) Dr Mahathir. Tapi panggilan pondan tidaklah sesuai dengan tampang dan ‘swagger’ seorang Nazri Aziz.

Jika diamati gaya dan pembawakannya, Nazri kelihatan jantan sejati. Tutur katanya keras, dan berkahwin dengan perempuan lagi muda dari anaknya sendiri menunjukkan nafsunya terhadap perempuan juga tak terbatas. Fesyen pakaiannya juga sering menjadi perhatian. Kadang-kadang tampak begitu ‘sharp’ persis ejen 007. Kadang-kadang beliau membawa gaya yang mirip koboi Texas. Ada yang kata ini lebih sesuai dengan karekter orang gasar atau red-neck sepertinya. Di leher Nazri pula tergantung seutas rantai platinum. Kalau diikut fatwa pak lebai, pakai rantai itu haram untuk lelaki. Tapi Nazri bangga menayangkan rantai lehernya, kadang-kadang butang atas dibuka biar semua orang tahu Nazri ini ‘player’.
Tak mengapalah mungkin sudah latarbelakangnya begitu. Dia anak bekas duta di London, sekolah juga di sana. Maka tak hairanlah kalau beliau lebih senang membawa peribadi seorang ‘anglophile’ dari pura-pura warak seperti kebanyakan pemimpin munafik UMNO.
Tapi isu debat Nazri Aziz dan Dr Mahathir buat saya mual. Loya dengan sikap pengecut Nazri, jijik dengan politik longkang dan sandiwara kelas tiga UMNO. Akhirnya seperti dijangka ramai, debat tak jadi. Come on la PDRM takkan tak ada alasan dibatalkan debat yang lebih baik dari “faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai”. Tapi inilah kamus pentadbiran Najib Razak. Kalau sesiapa menyiasat salah lakunya ia kata “menggugat demokrasi berparlimen”. Kalau buat laporan polis pula boleh ditangkap kerana “mensabotaj ekonomi negara” sama juga kalau CEO mempertahankan hak PETRONAS juga dilabel dalang sabotaj. Ada laporan Ketua Audit Negara yang lazimnya dibahas secara terbuka juga dikunci di bawah Akta Rahsia Rasmi. Apa kes bro? We know the skeleton in your closet.
Berbalik pada Nazri. Gara-gara dendamnya terhadap Dr Mahathir yang pernah mengarahkan beliau disiasat kes rasuah teksi beberapa tahun dulu, macam-macam perkara biadap telah beliau lakukan pada Tun. Tak kisahlah, kerana Nazri memang kuat menyalak mempertahankan siapa saja yang menjadi bossnya. Kira beliau ini Hang Tuah bagi Y.A.M Sultan Najib Razak, cuma kalau dalam Sejarah Melayu peribadi Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang lemah-lembut dan berilmu, berbeza ‘banget’ dengan sifat samseng kampung Nazri.
Apabila tak jadi debat 25 Mac, saya sebagai pengundi UMNO turun-temurun di Padang Rengas sudah jatuh malas nak pangkah parti bersejarah ini. Sejarah perjuangannya tinggal sejarah berhabuk dalam buku. Tidak ada lagi nilai ‘keramat’ dalam parti ini. Tanpa keberanian untuk berkata benar apalah tinggal dalam UMNO?
Kami penduduk sini berpuluh tahun menyokong Nazri, walaupun hidup kami di sini bak kata penyanyi dangdut ‘sedang-sedang aja’, tak macam orang lain di Perak. Saya bukan berseorangan. Sembang-sembang kedai kopi selalu saya dengar ramai berikrar untuk menolak Nazri, dan menghumban UMNO ke dalam gaung.
Tak perlulah Nazri nak sambung wayang kulit. Udah-udah la tu. Nak tukar tarikh debat ke 7 April? Gebang pula ia di media “I am disturbed by the decision… this is not a police state”. Teman dah tak percaya. Entah apa lagi alasan bacul yang akan keluar 2-3 hari nanti.
Mahu tak mahu teman akur dengan Zainudin Maidin a.k.a Zam – Nazri Aziz adalah Pondan Padang Rengas. Orang Indonesia bilang Banci, anak Jakarta bilang Bencong.
Nasihat teman kepada Nazri cuma satu. Alang-alang pakai rantai, lepas ini pakai la pulak skirt dan coli. Kalau tak mau pakai lipstik pun tak ape, muka dah cukup jambu.
Beginilah orang Padang Rengas akan kenang beliau, sebagai Pondan UMNO. Ego dan mulut berdentum-dentum, tapi tak ade telor. Malulah yeop!

Projek Taman Ilmu RM800 Juta Di Terengganu Terbelangkai, Rosak Teruk.

Oleh : Malaysian Dateline


Pihak kami telah menerima satu dokumen lengkap mengenai Projek Taman Ilmu di Tembila, Besut Terengganu.
Projek yang menelan belanja hampir RM800 juta itu mula dibangunkan pada tahun 2004 ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bagi meralisasikan hasrat meletakan enam buah institut pengajian tinggi (IPT) setempat.
Projek Taman Ilmu terbengkalai di Terengganu
Taman Ilmu
Perlaksanaan projek ini adalah di bawah Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan melibatkan kawasan seluas 770 ekar di mukim Temila Besut.
Sejak dari mula pembinaan, projek Taman Ilmu ini telah beberapa kali terbantut perlaksanaaannya dan berada dalam keadaan yang sangat terbiar dan tidak menentu.
Pada tahun 2012 projek ini disambung kembali dan sebahagian dari bangunan utama Taman Ilmu ini telah hampir siap dibina.
Namun hingga hari ini tiada sebarang perlaksanaan atau pengambilan pelajar dibuat dan tiada pemakluman status terkini Taman ilmu ini.
Paling mengejutkan kami adalah kedudukan terkini (Januari 2017) nasib Projek Taman Ilmu ini. Kami mendapat dokumen serta gambar-gambar kerosakan teruk yang berlaku kepada sebahagian besar bangunan-bangunan yang baru siap dibina di Taman ilmu ini.
Di antara bangunan utama yang mengalami kerosakan yang amat teruk akibat berlakunya penyelewengan, sabotaj serta kecurian tanpa kawalan adalah;
1. Peralatan dan kabel Sewarage Treatment Plant (STP) dan District Cooling System (DCS)
2. Bilik-bilik dan kelengkapan asrama pelajar
3. Komplek Pusat Pelajar
4. Dewan konvokasyen
5. Komplek Sukan dan Mini stadium
Kami juga dimaklumkan bahawa bangunan pentadbiran utama yang telah hampir siap di bina dengan kos RM38 juta terpaksa dirobohkan kerana didapati tidak selamat untuk diduduki.
Kami juga telah dimaklumkan bahawa kos untuk membaik pulih segala kerosakan yang telah berlaku ini sahaja adalah dianggarkan melebihi RM230 juta. Ini merupakan suatu pembaziran berskala besar di waktu peruntukan pendidikan di seluruh negara kita terpaksa dikurangkan dengan drastiknya.
Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang terpaksa menanggung kos kehidupan yang kian meningkat serta tekanan pembayaran pinjaman PTPTN yang sangat membebankan para graduan terutama yang menggangur dan pihak ibubapa.
Sehubungan itu, kami menggesa tindakan segera dilakukan sebagai butiran berikut:
1. Agar siasatan menyeluruh dapat dijalankan bagi meneliti kembali masaalah projek Taman Ilmu ini.
2. Memohon siasatan dijalankan bagi mengetahui berapakah jumlah sebenar yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk pembinaan Taman Ilmu ini serta jumlah kerosakan yang terpaksa ditanggung.
3. Memohon siasatan dijalankan bagi mendapat pengesahan adakah terdapat unsur-unsur pecah amanah didalam urusan pemberian tender pembinaan Taman Ilmu ini.
Kami juga menggesa agar Kementerian Pendidikan Tinggi serta kerajaan negeri Terengganu mengambil langkah segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk, dan pembaziran berterusan wang rakyat Terengganu serta mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab.
BERDASARKAN BUTIRAN DI ATAS INI, KAMI JUGA AMAT BERBESAR HATI AGAR SIASATAN SEGERA DAPAT DIJALANKAN oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
* Kenyataan media bersama RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN, DATO RAJA KAMARUL BAHRIN, AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU dan DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI, ADUN BATU BUROK, KUALA TERENGGANU.

"Samanlah" - Wakil Rakyat DAP Cabar Pegawai Khas Rosmah.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin tidak gentar sekiranya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau mana-mana pihak lain mahu memfailkan saman terhadap beliau.
Beliau berkata, ini berikutan keyakinan beliau mempunyai hak disegi undang-undang untuk membangkitkan empat persoalan melibatkan dana pembayar cukai lapor Selangor Kini.
Yeo Bee Yin
“Dia tak jawab tetapi dia berpusing seluruh dunia. Saya juga boleh pusing kalau saya mahu dengan bangkitkan 1MDB, isu derma dan lain-lain tetapi saya tak buat begitu sebab itu lari dari isu pokok. Kalau dia berani dia boleh jawab terus apa yang saya tanya.
“Kalau dia nak saman, saya tak takut, saya sedia disaman kerana kebenaran di pihak saya. Biarlah dia saman,” kata Bee Yin pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Damansara Utama di sini, semalam.
Jelasnya, sebelum ini beliau menuntut supaya Rosmah atau pihak bertanggungjawab supaya menjawab empat persoalan berkaitan isu pendidikan awal kanak-kanak ymelibatkan Permata dinaungi Rosmah.
Empat persoalan itu, mempertikaikan langkah Kerajaan Persekutuan meletakkan pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di bawah Jabatan Perdana Menteri sedangkan negara mempunyai Kementerian Pendidikan dan Kementerian Wanita yang jauh mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Permata memerlukan penaung sedangkan pusat pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di negara bertaraf dunia tidak memerlukan sesiapa sebagai penaung.
Keputusan Kerajaan Persekutuan memilih Rosmah sebagai penaung turut dibangkitkan dengan membangkitkan persoalan sama ada beliau dipilih berdasarkan faktor ‘merit or marriage” (kelayakkan atau perkahwinan).
“Soalan keempat, adakah Permata ikhlas untuk mengikut tuntutan kita supaya telus dan akauntabiliti kerana penaung Permata suka berlagak seperti mangsa bila kita sentuh pasal akaun Permata,” katanya.
Jelasnya, tindakan melantik seseorang yang tidak mempunyai tanggungjawab untuk menjawab di Parlimen adalah keputusan tidak patut berlaku.

Kerajaan Akan Umumkan Harga Petrol Pada Setiap Hari Rabu Mulai 29 Mac.

Penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengumuman pertama kali untuk pelaksanaan mekanisme itu ialah pada 29 Mac ini dan harga tersebut berkuat kuasa 30 Mac.
Datuk Hamzah Zainuddin
“Bagaimanapun, bagi mana-mana syarikat dan pengusaha stesen minyak yang ingin melakukan promosi dengan memberikan diskaun daripada harga yang telah ditetapkan, boleh berbuat demikian dengan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada KPDNKK,” katanya.
Hamzah berkata demikian menerusi siaran langsung berkenaan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan di TV1 RTM hari ini.
Beliau menegaskan semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak perlu mematuhi penetapan harga baharu itu.
“Tindakan tegas akan diambil kepada syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang menjual petrol dan diesel pada harga selain daripada harga yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang telah ditetapkan sejak 1983.
Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu bermula Disember 2014.
“Formula APM ini kita gunakan mengikut kadar pasaran minyak dunia. Apabila kita menggunakan pengapungan terkawal secara bulanan ini, kita dapati perubahan atau kadar turun naik harga ini begitu ketara menyebabkan kegelisahan kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak,” katanya.
Bagi menambah baik mekanisme berkenaan, Hamzah berkata KPDNKK mengadakan perbincangan dengan syarikat minyak, pengusaha stesen minyak, badan-badan bukan kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan lain.
“Hasil daripada perbincangan tersebut, ia kemudiannya dibentangkan kepada jemaah menteri dan dipersetujui pada 22 Februari lepas untuk KPDNKK melakukan mekanisme pengurusan pengapungan harga terkawal petrol dan diesel dibuat secara mingguan.
“Ini bermakna, sebarang perubahan harga MOPS (Means of Platts Singapore) dan kadar tukaran asing dapat diterjemahkan lebih tepat mengikut perkiraan pasaran global,” katanya. – BERNAMA

Rabu, 22 Mac 2017

Jho Low Bakal Didakwa Di Amerika Lapor WSJ.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang membuat persediaan untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap jutawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, kerana terlibat dalam apa yang mereka percaya sebagai "salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah", lapor Malaysiakini.
Jho Low 1MDB
Jho Low - Gambar Oleh Google
Portal itu menulis, The Wall Street Journal yang memetik sumber-sumber biasa dengan siasatan sebagai berkata, pendakwa AS merancang memfailkan tuduhan jenayah penipuan dan pengubahan wang haram terhadap Low dan beberapa rakan-rakannya yang berpotensi.
Bagaimanapun, portal itu turut menulis bahawa rancangan untuk mendakwa Jho Low boleh digugurkan atau dipinda memandangkan siasatan masih lagi dijalankan.
Dalam saman sivil yang berasingan daripada siasatan jenayah, WSJ memetik sumber sebagai berkata bahawa DOJ kini sedang menyiasat hartanah baru keluarga Low ke dalam senarai aset untuk disita, termasuk AS$ 165 juta kapal layar bernama Equanimity.

Nik Abduh Kalah Pemilihan - Ini Cara Ahli PAS Ajar Pemimpin PAS Yang Mesra UMNO Dakwa Sumber Parti.

Kekalahan teruk Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, anak kepada pemimpin yang satu masa dulu paling berpengaruh dalam PAS, dalam pemilihan PAS Pengkalan Chepa baru-baru ini menunjukkan suara akar umbi PAS yang tidak selesa dengan pemimpin yang dilihat mesra dengan Umno, menurut sumber dalaman parti, lapor Free Malaysia Today.

Nik Abduh - Sumber Free Malaysia Today
Portal itu melaporkan dengan memetik sumber yang rapat dengan pimpinan kanan parti Islam itu. Laporan itu menyebut, sama ada ketua Pemuda PAS itu “serius” atau tidak dalam menyertai pertandingan merebut jawatan timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa itu adalah tidak relevan.
“Kekalahan beliau merupakan petanda pemimpin parti yang rapat dengan Barisan Nasional akan ditolak.  Akar umbi PAS mempunyai cara tersendiri menyatakan pandangan mereka kepada saf kepimpinan,” kata sumber itu kepada portal berkenaan.
Sabtu lepas, Nik Abduh meraih 37 undi, tewas kepada Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin yang memperoleh 207 undi, seterusnya mempertahankan jawatan timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa.
PAS Pengkalan Chepa diketuai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Nik Abduh bagaimanapun dilaporkan berkata beliau menerima pencalonan itu “sekadar suka-suka”.
“Saya hanya bertanding sekadar suka-suka sahaja. Jawatan yang sudah ada ini (ketua Pemuda PAS) pun sudah tidak larat hendak pikul,” kata Nik Abduh dipetik Utusan Malaysia.
Namun spekulasi tersebar luas yang mendakwa Nik Abduh sudah lama berkrisis dengan Nik Amar. Mereka membayangkan wujudnya dua team yang bertentangan di antara satu sama lain di kawasan akar umbi dan itu menjadi sebab kenapa Nik Abduh kalah teruk di peringkat pemilihan kawasan. 
Bagaimanapun Nik Abduh menafikan penyebaran spekulasi itu.  
“Biarlah yang lapar fitnah itu beraya sekejap,” katanya mengenai dakwaan kekalahan itu beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi.

Banyaknya Sampah Sarap Tak Dikutip Oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (Dengan Gambar).

Aduan berkenaan sampah ini ditulis dan disediakan oleh Keadilan Kota Bharu.
Sampah Sarap MPKB Bandaraya Islam
40 Meter daripada Pejabat MPKB dan 50 Meter daripada Pejabat PAS Kelantan.
Jam 10 mlm 21 Mac 2017, terima panggilan daripada penduduk Kota Bharu, masalah sampah di bandar Kota Bharu.
Diperhatikan sekitar lebih 20 ekor tikus dan 5 ekor kucing sedang menyelongkar sampah.



Gambar oleh : Keadilan Kota Bharu
Keluasan timbunan sampah berselerak 'etok' sekitar 20 x 20 kaki dengan ketinggian 4 kaki.
Markah untuk bau busuk dicatatkan 4/10 
(1/10 utk bau kentut...10/10 utk bau sampah di Pusat Pelupusan Sampah di Beris Lalang yang boleh menyebabkan anda sesak nafas, sakit dada, muntah dan pengsan)
Lokasi sampah hanyalah 40 meter daripada Pejabat MPKB dan 50 meter daripada Pejabat PAS Kelantan.
Tong sampah disini dikatakan telah mula wujud sekitar tahun 1985. Manakala masalah timbunan sampah disini sudah berlarutan puluhan tahun.
Adakah masalah sampah ini sengaja dibiarkan, bagi pihak tertentu membuat keuntungan?
Aktivis Pemantau Rakyat
21 Mac 2017

Segalanya Yang Anda Patut Tahu Tentang Permohonan Rumah Mampu Milik Yayasan Sultan Ibrahim.

Dengan kemaskini. 22 Mac 11.24 pm

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada semalam telah mengumumkan kejutan kepada rakyat Johor dengan memperkenalkan skim perumahan mampu milik, lantaran prihatin dengan masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat negeri itu.

Dan ini adalah apa yang anda patut tahu tentang skim perumahan tersebut.

Apa itu Projek Perumahan Impian Sultan Ibrahim?

Projek Perumahan Impian Sultan Ibrahim ialah satu projek perumahan yang dikhususkan untuk bangsa Johor bagi memiliki kediaman sendiri.  

Projek rumah impian mampu milik ini akan dibangunkan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) dengan kerjasama Bank Rakyat, menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil yang dirasakan bersesuaian.

Depositnya bagaimana?

Harga rumah mesra rakyat yang ditawarkan untuk seunit ialah tidak melebihi dari 100,000 ringgit Malaysia. Pemohon yang berjaya dalam proses permohonan hanya perlu membayar duit deposit sebanyak rm1.00 sahaja. Apa yang menarik dengan projek ini ialah;

- Peminjam layak mendapat pinjaman penuh sehingga 100% harga rumah.

- Peminjam juga tidak perlu bersusah memikirkan tentang deposit rumah kerana deposit bagi permohonan yang berjaya hanyalah rm1.00 sahaja.

- Pemohon juga layak menikmati kadar pembayaran balik yang mudah

- Pemohon yang berjaya juga akan dapat menikmati rumah yang berkualiti pada harga mampu milik kerana Sultan Johor telah menjanjikan hanya bahan binaan yang berkualiti sahaja yang akan digunakan bagi menjayakan projek perumahan impian ini. 

Keluasan rumah?


Menurut maklumat awal yang diterima;

- Setiap jenis unit kediaman adalah tanpa pagar bagi mewujudkan masyarakat yang mesra dan dan bersatu

- Sekurang-kurangnya rumah jenis banglo atau semi-d dengan 3 bilik dan 2 bilik air pada harga bawah rm100,000 per unit.

Dalam projek ini, ada tiga jenis rumah yang akan dijual kepada orang ramai pada 3 harga yang berbeza. 

Jenis
Harga
Pendapatan
Jenis A
RM100,000 – RM150,000
Tidak melebihi dari 8,000 sebulan
Jenis B
RM150,000 dan ke atas
Terbuka kepada pemohon
Jenis C
RM80,000 – RM100,000
Tidak melebihi rm5,000 sebulan
** Tertakluk kepada syarat-syarat dan pindaan.

Syarat permohonan

Kriteria bagi permohonan melalui SPMM YSI adalah seperti berikut;

Individu yang lahir di Johor dan berusia 18 tahun ke atas

⇨ Bujang ataupun telah berkahwin 

Setiap individu hanya layak memohon satu kali dan bagi pasangan yang berkahwin, mereka hanya boleh memohon sekali sahaja.

Pemohon mestilah individu yang belum memiliki rumah di mana-mana kawasan di Malaysia

Setiap permohonan yang berjaya tertakluk kepada pendapatan. Pendapatan tertentu diperlukan bagi memohon satu-satu jenis unit rumah seperti yang disyaratkan dalam jadual di atas. 

Nak mohon kat mana? 

Rakyat negeri Johor dialu-alukan hadir ke Galleria di Plaza Kotaraya pada hari Rabu (22 Mac) bermula jam 2 petang untuk majlis pelancaran selain mendapatkan maklumat lanjut tentang panduan permohonan pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim yang telah pun dilancarkan siang tadi. Setiap pemohon boleh melengkapkan proses pra-pendaftaran ketika berkunjung ke Galleria dan juga secara online.

Untuk memohon secara online sila ke laman web ini :

http://www.yayasansultanibrahim.org.my/  


Semasa proses pra-pendaftaran setiap pemohon perlu memberikan butiran seperti;

⇨Nama penuh
Nombor Kad Pengenalan
⇨Alamat Email
⇨Nombor Telefon Bimbit Untuk Dihubungi
Setiap pemohon yang membuat pra-pendaftaran akan menerima butiran lanjut tentang permohonan menerusi email ataupun SMS oleh itu sila pastikan anda memberikan maklumat yang tepat ketika mengisi maklumat pra-pendaftaran. 

Untuk makluman juga, setiap pemohon perlu mengisi borang di SUK selepas terpilih dalam proses pra-pendaftaran. Pinjaman perumahan akan diproses oleh Bank Rakyat selepas pemohon mendapat surat kelulusan dari Yayasan Sultan Ibrahim.

Kami di pihak AW mengucapkan selamat memohon kepada bangsa Johor. Akhirnya skim mesra rakyat pada harga yang benar-benar mesra rakyat direalisasikan oleh Sultan Johor untuk rakyatnya. Inila skim yang sepatutnya ditiru oleh kerajaan kita. 😏😏😏😏
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...