Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 21 Mac 2017

Akhirnya Kabinet Dah Luluskan Skim Insurans Pekerjaan Untuk Pekerja Yang Diberhentikan!

Oleh : PSM
Skim Insurans Pekerjaan: Kabinet dah lulus, bila RUU akan dibentang dalam Parlimen?
Menurut Menteri Sumber Manusia, Richard Riot Jaem, Kabinet Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dengan pengwujudan Skim Insurans Pekerjaan (SIP). Skim tersebut bertujuan untuk memberi perlindungan kepada pekerja yang diberhentikan kerja.
Ini adalah satu berita yang baik untuk pekerja, kerana organisasi-organisasi seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan lain-lain lagi telah lama memperjuangkan supaya satu tabung khas diwujudkan untuk membantu pekerja yang diberhentikan kerja semasa krisis ekonomi dan tidak mendapat apa-apa pampasan selepas diberhentikan kerja. SIP yang dicadangkan kerajaan ini tidak banyaknya berbeza dengan tuntutan kempen Tabung Pemberhentian Kerja.
Pekerja-pekerja di negara kita sekarang ini memang memerlukan satu skim sedemikian supaya kehidupan mereka dapat dilindungi semasa krisis ekonomi dan kehilangan kerja. Dari sudut ekonomi, skim sebegini juga dapat mengurangkan impak negatif krisis ekonomi, kerana pekerja masih adanya pendapatan yang dapat dibelanjakan dan membantu dalam pemulihan aktiviti ekonomi dalam negara. Pekerja-pekerja juga tidak akan terjerumus dalam perangkap kemiskinan kerana adanya jaring keselamatan. Skim ini perlu dilaksanakan segera.
Persoalan sekarang adalah, adakah kerajaan akan membentang rang undang-undang SIP dalam sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen yang sedang berlangsung sekarang ini?
PSM mendesak kerajaan supaya membawa usul RUU Skim Insurans Pekerjaan ke Parlimen pada kadar segera dan melaksanakannya SECEPAT MUNGKIN!!!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...