Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 21 Mac 2017

Fakta Dan Kronologi Lengkap Penipuan Pajakan Tanah Hutan Simpan Di Kelantan Yang Melibatkan Pemimpin DAP Melaka & PAS Kelantan.

Dua ahli perniagaan termasuk seorang pemimpin kanan DAP ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan dengan anggaran kerugian bernilai RM976,300.

Penipuan Kes Tanah Pajakan Pemimpin DAP
Wong Chi Sing Dan Chua Soon Teck
Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 54 dan 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Analia Kamaruddin bagi siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan lapor Utusan.

Dan berikut di bawah ialah fakta kes tentang dakwaan penipuan perjanjian pajakan tanah Kelantan yang kononnya melibatkan 2 pemimpin DAP termasuk seorang wakil rakyat DAP Melaka dan proksi kepada salah seorang wakil rakyat PAS di Kelantan. 

Fakta kes.

Kronologi.

Pada 14 Disember lalu, Bong Fook Sin yang berusia 51 tahun telah membuat satu laporan polis. Bong Fook Sin mendakwa telah membuat beberapa transaksi pembayaran wang tunai ke dua akaun penama suspek berjumlah hampir RM1 juta untuk mendapatkan tanah pajak di Kelantan. Bong ialah pengusaha kebun sayuran.


Bong telah menamakan dua suspek utama dalam laporan polis itu. Nama yang disebut oleh Bong ialah Wong Chi Sing dan Chua Soon Teck. Wong Chi Sing ialah Setiausaha Politik bagi ADUN Kota Laksamana.   

Berikutan dengan laporan polis itu, pada 9 Mac lepas ketika Dewan Undangan Negeri Melaka bersidang wakil rakyat dari Duyong, Goh Leong San telah bertanyakan soalan lisan kepada Ketua Menteri Melaka Idris Haron berhubung siasatan kes. 


Idris Haron yang menjawab soalan itu kemudiannya menyatakan di dalam dewan bahawanya ;

i. Seorang pengusaha sayur telah membuat satu laporan polis yang mendakwa ditipu oleh dua orang individu

ii. Ia berhubung tentang perjanjian pajakan tanah di Kelantan.

iii. Saiz tanah yang dimohon oleh pekebun itu melibatkan keluasan tanah 500 ekar yang terletak di Kuala Krai, Kelantan. Tanah yang terlibat itu ialah Hutan Simpan Hulu Galas, Jentiang Mukim Bunga Tanjung.

iv. Pekebun itu telah melakukan beberapa transaksi bayaran sejak dari tahun 2012 hingga Jan 2014.

v. Bayaran dibuat beberapa kali ke dalam akaun bank Wong Chi Sing yang berjumlah rm528,000.

vi. Bayaran juga dibuat ke dalam akaun bank Mohd Hafiz Mohd Rasdir sebanyak RM448,300 atas nama Pemimpin Pemuda Pasir MAS Kelantan.

vii. Bayaran yang dibuat oleh Bong Fook Sin itu adalah bertujuan untuk mendapatkan pajakan tanah dan bagi mendapatkan pajakan tanah 500 ekar di Kelantan, Bong perlu membayar derma untuk perbelanjaan pilihanraya kepada parti PAS sebagai pra-syarat bagi meluluskan permohonan perjanjian pajakan tanah itu dakwa Bong dalam laporan polis itu.

viii. Selepas Wong dan Chua memberitahu Bong tentang urusniaga tersebut, Bong kemudiannya dibawa berjumpa dengan Khoo bagi menyakinkan Bong bahawanya urusniaga itu bukanlah penipuan. Bong pada awalnya kurang menyakini tentang urusniaga tersebut namun selepas dibawa berjumpa dengan wakil rakyat DAP, Bong kemudiannya menyerahkan beberapa bayaran kerana mempercayai urusniaga itu adalah urusniaga yang akan mendatangkan keuntungan kepada perniagaan beliau. Ini kerana Bong telah diyakinkan oleh Khoo bahawanya urusniaga itu adalah benar. Namun selepas menunggu beberapa tahun, tanah yang dijanjikan masih lagi tiada, Bong kemudiannya membuat laporan polis kerana didakwa ditipu dalam urusniaga perjanjian pajakan tanah di Kelantan.  

ix. Bayaran kepada Ketua Pemuda PAS Pasir MAS dibuat adalah bertujuan untuk melengkapkan syarat permohonan tanah iaitu wajib membayar derma dalam jumlah tertentu dan bukannya untuk merasuah, dakwa Bong.

Goh kata ada usaha untuk gagalkan siasatan polis. 

 Goh dalam sidang yang sama turut menyatakan bahawanya terdapat beberapa percubaan berbentuk ugutan ke atas pengadu bagi menarik balik nama beberapa individu yang disebut oleh pengadu dalam laporan polis itu. Terdapat usaha yang dilakukan bagi mendapatkan campurtangan polis bagi menyebelahi pihak tertentu untuk melindungi nama-nama yang terdapat dalam laporan itu. Dan Goh meminta agar polis menyiasat kes tersebut dengan adil demi mendapatkan keadilan untuk mangsa. 

Pengadu bersama 2 adik beradik yang lain ialah penjual buah dan menyimpan ratusan ribu ringgit hasil dari perniagaan mereka namun wang simpanan itu habis ditipu dalam perjanjian pajakan tanah di Kelantan itu dakwa Goh lagi.

Menurut Goh tindakan untuk membekukan akaun bank Wong Chi Sing juga sebenarnya sudah terlewat kerana akaun bank yang didakwa dimasukkan wang itu telah pun dikosongkan.

Pemimpin PAS juga terlibat?

Selepas Ketua Menteri Melaka menjawab pertanyaan Goh di dalam dewan, Khoo kemudiannya bercakap di hadapan media bahawanya perjanjian pajakan tanah itu adalah telus dan tidak wujud unsur-unsur rasuah di dalamnya.

Khoo berkata Goh dengan sengaja menimbulkan elemen syak wasangka terhadap pemimpin dan parti itu kerana bertanyakan soalan tersebut di dalam dewan. Goh Leong San antara wakil rakyat DAP yang keluar parti beramai-ramai pada 12 Februari lepas.

Khoo menafikan beliau terlibat dalam perjanjian pajakan itu namun akan mengadakan sidang media khas dengan memanggil kedua-dua suspek yang dinamakan dalam laporan polis itu bagi menjelaskan keadaan sebenar. 

Dituduh terlibat dalam skandal penipuan, Khoo juga mencabar agar dakwaan berkenaan diulang semula diluar dewan agar beliau dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap Goh

Dalam pada itu, pada 16 Mac lepas portal Amanah melaporkan skandal penipuan perjanjian pajakan tanah itu turut melibatkan seorang EXCO dari Kelantan. Ia memetik sumber dari blogger MSO yang juga blogger pro kepada AMANAH.

Mohd Sayuti Omar atau blogger MSO mendakwa laporan polis yang dibuat oleh pekebun sayur dari Melaka itu turut melibatkan seorang pemimpin PAS dari Kelantan. 

Kami ada nama EXCO yang dimaksudkan namun kami tidak akan mendedahkan namanya buat masa kiniSiasatan sedang dijalankan oleh pihak polis dan kami akan memaklumkan tentang perkembangan kes dari semasa ke semasa.

Rujukan : http://www.nst.com.my/news/2017/03/219391/malacca-dap-assemblyman-denies-involvement-alleged-land-scam

http://amanahdaily.com/index.php/2017/03/16/mp-kota-melaka-desak-siasat-kisah-pekebun-sayur-melaka-ditipu-pemimpin-politik-kelantan/ 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...