Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 22 Mac 2017

Tarik Balik Tuduhan Atau Berdepan Tindakan Undang-Undang Amaran Pegawai Rosmah Kepada ADUN DAP.

Pergaduhan Yeo Bee Yin dengan pegawai khas kepada Rosmah Mansur, Rizal Mansor nampaknya semakin memuncak. 


Jika sebelum ini pegawai khas itu mengkritik tindakan Yeo yang mahu Rosmah berhenti sebagai Penaung Permata kali ini Rizal Mansor mahu Yeo Bee Yin, wakil rakyat bagi kawasan Damansara Utara menarik balik dakwaannya terhadap dirinya.

Ini gara-gara kenyataan Yeo yang mendakwa Rizal berbohong dalam isu Betty Chew menolak tawaran jawatan dari PCCCC.

Kata Rizal, Betty sebenarnya telah menerima jawatan itu pada awalnya namun menolak kemudiannya selepas menerima kecaman bertubi-tubi. Malahan ia turut disahkan oleh Datuk Choong Khuat Seng, pengerusi komuniti tersebut.

Gambar Oleh Rizal Mansor
"ADUN Damansara Utama telah menuduh saya berbohong dan mendakwa kononnya Betty Chew telah menolak tawaran dari PCCCC sebaik saja dimaklum hal itu. Sila rujuk lampiran ‘screenshot’ di bawah di mana nama Betty Chew telah pun tersenarai sebagai ahli di dalam komiti pengurusan dan pembangunan hartanah PCCC. 

"Selepas seminggu dikritik, barulah dimaklumkan yang beliau telah menolak tawaran berkenaan. Malah, dalam laporan yang disiarkan pada 14 Jan 2015 oleh edisi versi cetak Sin Chew (seperti yang dilampirkan), Datuk Choong Khuat Seng, pengerusi komuniti itu telah mengesahkan bahawa Betty pada mulanya bersetuju untuk menerima tawaran jawatan itu", katanya.

Justeru itu, Rizal mahu wakil rakyat DAP itu membuat permohonan maaf kepadanya kerana mendakwa beliau melakukan penipuan.

"Saya mahu Yeo membuat permohonan maaf atas tuduhan beliau yang mengatakan saya berbohong atau tindakan undang-undang akan diambil. Yeo seperti tidak memahami peranan panel PCCC itu yang bertujuan membantu memudahkan urusan perniagaan khususnya peniaga-peniaga dari Pulau Pinang dalam bidang pembangunan hartanah", katanya seperti dipetik menerusi status di Facebook beliau. 

Tambah beliau lagi, "Hal ini jelas menunjukkan ‘conflict of interest’ kerana suami beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap EXCO tanah dalam negeri itu yang memainkan peranan penting meluluskan isu dan hal berkaitan tanah di negeri itu".

Rizal juga mempersoalkan kewajaran membandingkan peranan Rosmah dalam PERMATA yang bertujuan membantu anak-anak dari golongan berpendapatan rendah berbanding peranan Betty Chew dalam PCCCC yang berperanan membantu syarikat-syarikat besar. 

"Saya berasa pelik bagaimana Yeo boleh membandingkan hal berkaitan peranan komiti PCCC yang membantu tauke-tauke besar dan kaya dalam urusan perniagaan mereka berbanding peranan Datin Seri Rosmah sebagai penaung PERMATA yang memberi pendidikan yang lebih baik untuk kanak-kanak terutama daripada keluarga berpendapatan rendah?", katanya.

"Sekali lagi saya minta Yeo untuk faham apa maksud ‘penaung’ itu sendiri. 

Selain itu, saya juga mendapati Yeo langsung tidak menyentuh mengenai pendedahan berkaitan syarikat Excel Property", katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...