Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Ogos 2017

2 Pemimpin PAS Jumpa Azmin, Beri Syarat Jika Mahu Kerjasama.

Oleh : MSO

1. Azmin Ali mengakui ada rundingan tidak rasmi antara beliau dengan parti agama (Pas). Beliau tidak menjelaskan bila rundingan itu berlangsung dan melibatkan sesiapa. Katanya dia akan memberi tahu apa-apa perkembangan mengenai rundingan berkenaan kepada rakan dalam Pakatan Harapan (PH).

2. Usaha itu katanya untuk mengelakkan berlaku pertandingan tiga penjuru. Azmin menginsafi kalau berlaku pertandingan tiga penjuru (di Selangor) ia boleh mengugat stabiliti kerajaan dipimpinnya kini.

3. Usaha Azmin itu baik dan semua orang bersetuju Pas dibawa ke dalam Pakatan Harapan kalau mahu melihat Selangor kekal di bawah Pakatan Harapan. Juga kalau mahu memastikan kesemua 15 kerusi dimenangi Pas dalam Piraum 13 lalu di Selangor dapat dikekalkan. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan Pas bersendirian 15 kerusi dimenangi itu hangus.

Gambar - Azmin Ali
4. Kata Azmin, rundingan -- usaha untuk bawa Pas itu akan dikongsi bersama dengan parti komponen Pakatan Harapan. Yang melaksanakan rundingan itu kini hanya dia bersendirian. Dia juga akan memaklumkan apa-apa perkembangan dan progresnya.


5. Sedikit konfius macam mana Azmin boleh melakukan rundingan tanpa penyertaan bersama parti komponen lain khasnya DAP dan Amanah di Selangor. Apakah formula yang bakal dikemukakan Azmin kepada Pas? Apakah tanpa bersama dua parti itu Pas sedia untuk akur dengan apa-apa isi dirundingkan. Rundingan atau inisiatif Azmin itu dilihat bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Ia sangat komplikated.

6. Apa perlu dielakkan, jangan usaha Azmin itu menimbulkan keraguan di kalangan komponen Pakatan Harapan yang lain. Kerja Azmin itu secara bersendirian dan bersembunyi itu juga boleh menjejaskan kesepaduan Pakatan Harapan untuk bergerak menghadapi pilihan raya. Orang ramai juga keliru dengan apa dilakukan Azmin tanpa persetujuan bersama itu.

7. Apakah kesediaan Pas melayani Azmin itu sebahagian daripada tektik dan strategi parti itu untuk melemahkan perpaduan dalam Pakatan Harapan melambat-lambatkan kerja menyusun jentera pilihan raya dalam PH? Ada kebenaran kemungkinan ini kerana sampai sekarang struktur PH Selangor masih belum wujud. Azmin perlu bertegas dalam hal ini dan tidak terus bermain dengan "perahu" buruk di arus bergelombang. Silap-silap hari bulan arus itu bukan sahaja menenggelamkannnya tetapi PH seluruhnya.

8. Lebih parah rundingan dengan Pas itu tiada deadline, ini membuka peluang dan harapan permainan songlap menyonglap itu berpanjangan. Keadaan ini menjadikan masalah kepada PH. Sepanjang rundingan itu berjalan sudah tentu Azmin kekok untuk menyelesaikan tanggungjawabnya di Selangor untuk menyusun kepimpinan PH. Keadaan ini disukai oleh UBN.

9. Mungkin Pakatan Harapan, DAP, Amanah dan PBBM boleh membentuk kepimpinan PH Selangor tanpa mengharapkan dan menunggu Azmin? Menanti Azmin seperti menanti seorang penumpang yang entah berada di setesen mana, keadaan ini meresahkan. 

10. Jangan semua orang melihat Azmin terbaik dan tukang sihir politik yang handal oleh kerana kerana dia kebetulan menjadi MB, individu berkuasa dan mempunyai kedudukan yang ampuh. Jangan kerana itu maka Azmin diletakkan ditempat yang tinggi dan menjadi penggantung harapan. Azmin bukan segala-galanya dan kegahannya tidak sama seperti Anwar dan Dr Mahathir.

11. Duit bukan segala-galanya, dan ia bukan datang dari kedudukan seperti dipanggungi Azmin itu. Kalau rakyat sudah jelira, sudah yakin,  rakyat akan menghulurkan bantuan dan derma kepada PH bagi menghadapi pilihan raya seperti mana yang berlaku ke atas Rafizi Ramli. Rakyat dari segenap lapisan golongan menghulurkan bantuan untuk Rafizi. Orang yang berfikir duit boleh menggerakkan segala-galanya, kekuatan parti, persahabatan dan sebagainya adalah silap. Hanya Mat Lela Gila sahaja beranggapan ada wang semua boleh jadi.

12. Azmin diharap jangan sangat bermain silap mata politik untuk menjaga diri sendiri tetapi perlu lebih peka kepada politik untuk semua. Dan sekiranya beliau benar-benar jujur beliau kena mendedahkan siapa dua pemimpin tertinggi Pas yang datang menemuinya. Saya difahamkan dalam rundingan (pertemuan) itu pemimpin Pas berkenaan telah mengemukakan beberapa syarat kepada Azmin untuk Pas memberi jaminan tiada berlaku pertandingan tiga penjuru, teristimewa di Selangor.

Jika beliau enggan mendedahkan namanya, tunggulah saya menyebut nama dua pemimpin tertinggi Pas itu.

Walaupun Lambat Dan Rosak Teruk, Selangor Tutup Juga Bukit Broga Untuk Tujuan Baikpulih.

Bermula semalam (18 Ogos), kerajaan Selangor menutup sementara, iaitu selama tiga bulan, bagi semua aktiviti rekreasi dan pelancongan di Bukit Broga, Semenyih, lapor Utusan.

Penutupan itu bertujuan untuk kerja-kerja mitigasi dan pemulihan tanah oleh pihak Jabatan Kerja Raya, ekoran aktiviti penerokaan di atas tanah kerajaan negeri itu, seluas kira-kira 57 hektar.
Gambar - Facebook
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Elizabeth Wong berkata, langkah penutupan itu perlu bagi memastikan keselamatan pengunjung yang mendaki dan berekreasi di Bukit Broga.

"Ia juga bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku akibat daripada penerokaan tanah berkenaan", katanya dalam sidang akhbar di Bukit Broga.

Aduan NGO diabaikan

Luahan NGO Alam Sekitar
Dalam sidang media itu juga, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bersetuju Bukit Broga diwartakan sebagai kawasan rekreasi di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara pihak Majlis Perbandaran Kajang.



Gambar-gambar kemusnahan  kawasan rekreasi Bukit Broga





Khamis, 17 Ogos 2017

Duduk Bersila Dengan Najib, Ini Penjelasan YDP PAS Permatang Pauh.

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH*
17 Ogos 2017 | 24 Zulkaedah 1438*
Kehadiran YDP Pas Permatang Pauh Bersama PM Di Politeknik Permatang Pauh.
1) Berhubung kehadiran Tn Hj Omar Bin Hasan,Yang Di Pertua Pas Permatang Pauh didalam majlis bersama Perdana Menteri yang ditular oleh musuh-musuh politik Pas pada hari ini,menyerlahkan ketidak matangan mereka didalam berpolitik.
2)Kehadiran beliau ke majlis tersebut dijemput secara rasmi oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan beliau sebagai Pengerusi Masjid Jamek Seberang Jaya dipilih untuk mewakili Pengerusi di 28 buah masjid yang lain di dalam Parlimen Permatang Pauh untuk menerima sumbangan berupa komputer riba dan kewangan untuk kegunaan pentadbiran masjid.
3)Peluang ini juga diambil kesempatan oleh beliau meyuarakan permasaalahan umat islam dan orang melayu di Pulau Pinang kepada Perdana Menteri.
4)Kehadiran beliau ke majlis tersebut telah pun dimaklumkan terlebih dahulu kepada AJK Pas Permatang Pauh,dan telah dipersetujui oleh semua AJK Dewan Harian.
5)Beliau juga sebelum ini pernah hadir didalam beberapa program kerajaan negeri atas kepasiti beliau sebagai Pengerusi Masjid Jamek Seberang Jaya,dan ini tidak menjadi isu bagi Pas kerana memahami kedudukan beliau sebagai Pengerusi Masjid yang mewakili anak kariah di Seberang Jaya yang bermacam fahaman politik.
6)Pas yang mengambil sikap Budaya Politik Matang Dan Sejahtera melihat isu ini sebagai politik terdesak musuh-musuh PAS yang semakin gerun dengan Politik Matang Dan Sejahtera.
7)Pas Permatang Pauh kekal konsisten untuk menentang segala kerosakan dan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno,Barisan Nasional dan juga kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP,Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum yang ke 14 nanti.
8) Berpolitik lah secara matang dan bukan budaya politik fitnah yang menjuruskan diri kelembah kebinasaan.
9) Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. (Al-Quran: Surah Al-Anfal – Ayat 73).
Jamsari Samad
Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh
"Sejahtera Bersama Islam"
*#PasTawanPermatangPauh.*

Isa Samad Ditahan SPRM, Tak Semestinya Bersalah Kata Menteri.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penahanan Tan Sri Isa Samad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bermakna bekas pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) itu bersalah lapor Free Malaysia Today. 

Beliau turut menepis dakwaan sesetengah pihak, termasuk pembangkang kononnya penahanan Isa ialah wayang dirancang Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14, sebaliknya pembangkang yang bermain wayang. Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, penahanan Isa tiada kaitan dengan Umno dan BN kerana ia dilakukan SPRM. 

Isa Samad

“Mana ada wayang kerajaan? Ini tidak pernah wayang, yang wayang adalah pembangkang, kita akur kepada apa yang dilakukan SPRM. 

“Kalau ada masalah, dia akan ambil tindakan untuk buat siasatan dan saya percaya Isa akan memberi segala bantuan untuk mereka menyiasat apa yang berlaku. 

“Dan memberi kerjasama kepada SPRM bukan bermaksud Isa bersalah, walaupun dia ditahan dalam reman, SPRM sedang menyiasat, jadi dia buat siasatlah,” katanya selepas merasmikan The Park 2 Pavilion Bukit Jalil siang tadi.

Nak Jalin Kerjasama, PKR Taubat Nasuha Dulu Kata PAS.

PKR mesti “bertaubat nasuha” dulu sebelum berhasrat menjalin kerjasama dengan PAS, kerana keangkuhan dan fitnah berterusan terhadap parti Islam, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali hari ini.
Khairudin Aman Razali
Beliau dilaporkan berkata demikian dalam portal Free Malaysia Today, membalas kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata partinya masih terbuka kepada kerjasama dengan PAS dalam soal penentuan kerusi pada pilihan raya umum akan datang, hampir 3 bulan selepas parti Islam itu memutuskan kerjasama.
PKR, dan gabungannya, Pakatan Harapan berhasrat memastikan pertandingan 1 lawan 1 menentang Barisan Nasional, namun PAS sebelum ini pernah membayangkan pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi pembangkang.
“Macam mana nak bekerjasama jika pimpinan PKR berterusan menyerang PAS dengan pelbagai tuduhan termasuk fitnah PAS menerima dedak Umno?” kata Khairuddin kepada portal itu.
Beliau berkata PKR menghulurkan kerjasama kerana merasakan kedudukan mereka, khususnya di Selangor, yang ditadbir bersama PAS tergugat.
“Ini hanyalah cubaan PKR menagih simpati PAS,” jawab Khairuddin. “Sebelum ini mereka sombong dan berlagak seolah merekalah parti terkuat di dunia.”
PAS memiliki 13 kerusi DUN di Selangor, bersama dengan PKR (13), DAP (14) dan Amanah (2) untuk membentuk sebuah kerajaan gabungan. Kerusi DUN Bukit Antarabangsa, yang diduduki Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, berkongsi kawasan Parlimen Ampang dengan Adun Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz dari PAS. Kerusi Parlimen Gombak turut mempunyai seorang Adun PAS, Hasbullah Mohd Ridzwan di DUN Gombak Setia.
Sementara kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang diduduki Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mempunyai seorang Adun PAS, Salleh Man di DUN Permatang Pasir.
“Ahli dan pimpinan PAS tidak sesekali akan dipatuk ular 2 kali dalam hubungan dengan PKR,” kata Khairuddin.
“Mereka menyokong ahli Parlimen PAS melompat ke parti mereka ketika sedang bertahaluf. Mereka berpakat dengan mereka yang mengkhianati PAS ketika bertahaluf. Di mana semangat setiakawan?”
Beliau dipercayai merujuk kepada Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar, yang menyertai PKR pada 11 September 2015. Kemasukan itu menyusuli tindakan keluar parti pemimpin veteran PAS seperti Ahmad Awang, Mohamad Sabu, Khalid Samad, Salahuddin Ayub, Dzulkefly Ahmad, Mujahid Yusuf Rawa dan Raja Kamarul Bahrin untuk membentuk Amanah.
PAS, pada Mei tahun ini secara rasmi menamatkan semua hubungan dan kerjasama dengan PKR, apabila majlis syura parti itu memutuskan langkah itu perlu untuk pertahankan agenda Islam parti itu.
Majlis itu menuduh PKR melanggar syarat kerjasama dengan PAS, apabila gagal menyokong agenda Islam parti itu, dan bekerjasama melawan PAS pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Rabu, 16 Ogos 2017

Penjual Beg 'Perdana Menteri Saya Memalukan' Disiasat Polis.

Polis menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan terhadap kes jualan beg yang tertera perkataan menghina Perdana Menteri di sebuah pasar raya di Petaling Jaya.
 

Beg Yang Dijual Di PJ
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat dan Jabatan Siasatan Jenayah Petaling Jaya telah membuat siasatan.

Berkaitan penjualan beg yang tertera tulisan `PERDANA MENTERI SAYA MEMALUKAN’, JSJ Petaling Jaya telah menerima laporan polis tersebut dan siasatan dijalankan mengikut Akta Hasutan,” katanya lapor Utusan Online. 


Sebelum ini, pemuda UMNO Subang membuat laporan polis berhubung penjualan beg berkenaan pada harga RM10 di sebuah pasar raya di Petaling Jaya.

Ahli Jawatankuasanya, Alan Ridzuan berkata, beg berkenaan dijual dengan tujuan untuk memalukan dan menfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nah, Bukti Video Exco Penang Membela Kilang Haram Sungai Lembu!

"Soalan saya ialah berkenaan dengan kilang activated carbon yang telah beroperasi di Sungai Lembu secara haram selama 10 tahun. Yang tidak mempunyai kawalan kebakaran semasa aktiviti membakar habuk kayu. 

Apa yang saya terima dari majlis mesyuarat tindakan daerah, tidak ada apa-apa tindakan yang telah dilakukan hanya kes itu akan dibawa ke mahkamah tetapi sementara menunggu apa-apa tindakan filing ke mahkamah kilang itu masih beroperasi. 

Soalan saya, apakah tindakan yang dilakukan selain daripada hendak fail di mahkamah? Adakah ada akta-akta yang boleh digunakan untuk memberhentikan operasi kilang, yang pembakaran habuk kayu neh, sementara kelulusan lesen ke, kelulusan tukar tanah ke, dan apa-apa kelulusan yang boleh didapati oleh kilang itu," soal YB Norlela, Adun Penanti dalam satu persidangan Dewan Undangan Negeri pada 23 Mei lepas.

Rujuk video dibawah ini;



Dalam video di atas neh, Phee Boon Poh, Adun Sungai Puyu yang juga EXCO Pulau Pinang gagal menjawab soalan YB Norlela, Adun Penanti.

1. Penanti bertanya, apakah kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa tertentu selain dari menantikan kuasa mahkamah bagi menghentikan operasi kilang haram tersebut?

2. Kilang tersebut melakukan kegiatan pembakaran habuk kayu secara terbuka - mengundang pencemaran. 

3. Masih ingat kes hutan terbakar di Indonesia tapi sampai ke Malaysia kita dilanda jerebu? Phee nampaknya tak faham soalan dan menghurai secara salah. Jarak 500 meter bukan isu la. Malaysia dan Indonesia lebih jauh dari itu tetapi bahana jerebu tu satu Malaysia rasai woi!

4. Phee membela kilang berkenaan dengan mengatakan carbon filter itu tidak membahayakan - siapa pula kata carbon filter itu yang berbahaya atau mencemar? Orang kata KILANG MEMBUAT PEMBAKARAN HABUK KAYU TERBUKA.

Faham ke tak?

Lihat video;

 

5. Pembakaran itu, asap-asapnya pergi ke kampung-kampung, pergi ke rumah-rumah, disedut oleh orang awam, mereka tak suka. Mereka marah, mereka buat aduan. Soalnya kenapa kerajaan negeri meremehkan aduan tersebut? Kenapa ada ura-ura bincang bab lesen dan tukar status tanah? Tak perlu. Arah sahaja mereka berpindah ke satu kawasan yang lain dan pastikan mereka tidak melakukan pembakaran habuk kayu secara terbuka.

Di negara ini, bakar sampah terbuka pun jiran marah. Asap rokok kat kedai makan pun merupakan satu kesalahan. Inikan pula asap bakar kayu terbuka pula tu.


5. Phee mengulas tentang fitnah, soalnya yang membuat aduan ialah orang kampung yang terjejas. Orang kampung fitnah apanya? Sejak bila Phee mewakili kilang tersebut? Apa jawatan Phee? CEO kilang haram ke macam mana? Kenapa tidak Phee tinggal di sebelah kilang itu, dan jalani kehidupan anak beranak kat situ sampai dia tamat riwayat. Nak tengok dia boleh tahan sabar ke tak dengan asap-asap kilang tu.

Kerajaan negeri tiada kuasa - Guan Eng


Mr., Mrs. dan Ms. Mah Chai mungkin mempercayai tetapi tidaklah bagi mereka yang berfikir. Jika sekarang kerajaan negeri menggunakan alasan 'tiada kuasa bagi menutup kilang haram' - apa sebab diungkitnya kilang tersebut beroperasi ketika zaman BN memerintah? Polisi perundangan sama kan? So BN pun boleh jawab, kami ketika menjadi kerajaan negeri pun tiada kuasa nak tutup kilang! - Nah, betapa bahlolnya alasan Lim Guan Eng kau neh. Ingat kita semua pemakan semut ke nak perbodohkan rakyat?

Lepas tu diheretnya rumah ibadat, penjaja yang beroperasi secara haram; deiii rumah-rumah ibadat seperti kuil, tokong bakar habuk kayu ke? 

Buat pencemaran asap ke?

Penjaja jual serbuk kayu bakar ke? 

Perbandingan tak relevan langsung, lari tajuk. 

Saksi - Yang Pasti Beliau Anti UMNO
Lim Guan Eng hadir ke mahkamah untuk beri sokongan kepada EXCO Penang yang ditahan, Phee Boon Poh, ini jelas memaparkan pendirian kerajaan negeri, mereka bersama EXCO mereka, bukannya bersama rakyat tertindas yang terjejas dengan pencemaran tersebut - heyy kejap, sapa yang bagi undi kat kau? Besar kepala pijak rakyat; maka bodohlah kalau membiarkan diri ditindas dengan mengundi wakil rakyat yang sebegini.

Kuasa kerajaan negeri hanya robohkan tandas dan gerai penjaja je ke?



Sebenarnya nak selesaikan isu neh senang je. Ada bukti kilang tersebut beroperasi secara haram, beroperasi pula di atas tanah yang tidak diwartakan untuk perindustrian - dah langgar dua kesalahan.

Boleh rekod yang mereka melakukan pencemaran - bawa bukti ke mahkamah, kerana mereka juga melakukan pencemaran alam sekitar; dah langgar 3 kesalahan - takan tak boleh ikat kilang tersebut dengan undang-undang? Dia langgar 3 kesalahan serentak tu. Kita kalau bawa kereta tak berlesen pun ada peruntukan undang-undang untuk menghukum kita, tak akan di negara kita, di negeri kita tiada perundangan untuk mengawal operasi perkilangan haram yang bukan sahaja tidak berlesen, malahan mencemarkan sehingga mempertaruhan kesihatan dan keselamatan penduduk?

Boleh ke kita sebagai manusia yang waras, berakal menerima alasan sedemikian yang dikeluarkan dari mulut Ketua Menteri Pulau Pinang?

Poster sindiran oleh Cybertroopers BN
Janganlah memperbodohkan rakyat. Masalah bila ahli politik ingat semua rakyat Malaysia neh bengap macam penyokong-penyokong mereka.

Satu lagi, aku baca komen-komen penyokong DAP. AllahuAkhbar, kesiannya anak mengandung pun datang mahkamah, bini bawa air, kesiannya kena reman. Bullshitla.

Elemen keagamaan yang sering digunakan oleh PAS untuk mendapatkan sokongan awam, elemen perkauman yang sering digunakan oleh BN untuk mendapatkan sokongan rakyat, elemen simpatisan, acah-acah tertindas atau kasihan sangat neh boleh beli jiwa hampir kebanyakan rakyat 10 tahun lepas.

Tapi selepas 10 tahun, seperti mana ahli politik bertambah kaya dan kuasanya, seperti itu rakyat bertambah bijak dan matangnya. Pergi raih simpati bodoh kau tu dalam tong sampah.

Sekian.

Isu Kilang Haram Sungai Lembu - Ini Kenyataan YB Norlela.

Saya telah menerima panggilan dari Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Pulau Pinang hari ini untuk menyatakan dia tidak membantah aduan saya kepada pihak berkuasa MPSP, Pejabat Tanah, Pejabat Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain jabatan di JK Tindakan Daerah dan Sidang DUN dan beri sokongan usaha yang saya buat untuk memenuhi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat. 
YB Norlela
Hanya saya perlu menjelaskan FB posting yang mengatakan "Alhamdulillah.. Finally. Terima kasih SPRM" yang telah menimbulkan kemarahan ramai. 

1. Ya, semasa saya mendapat berita serbuan SPRM dan agensi lain ke atas kilang haram yang telah beroperasi sejak 10 tahun membakar 2000 ton/bulan habuk kayu di Sg Lembu, saya berada di wad Hospital Assunta dan masa itu saya rasa bersyukur kerana akhirnya kilang yang telah beroperasi secara haram di perkampungan Sg Lembu di kawasan dun Penanti akhirnya berjaya di ambil tindakan tegas. 

Jadi sebab itu saya telah mengucapkan alhamdulillah dan terima kasih pada SPRM. Pada masa itu, tidak ada apa-apa penahanan terhadap sesiapa. 

Saya telah memperjuangkan untuk cuba ikhtiar untuk menyelesaikan aduan penduduk di sini sejak Feb 2015 setelah mendapat aduan dari jkkk dan penduduk perkampungan Sg Lembu serta melawat sendiri keadaan kilang dengan beberapa agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dan telah bangkitkan isu ini di mesyuarat di MPSP dan Exco bersama beberapa agensi penguatkuasa pada 6hb Mei 2015 dan buat usul di Sidang DUN supaya tindakan penguatkuasaan yang lebih berat boleh diambil memandangkan kompaun maxima hanya rm250 semasa itu. 

Saya juga buat pertanyaan susulan di JK Tindakan Daerah berkenaan kebimbangan penduduk tentang kesihatan dan jkkk telah menyerahkan senarai pesakit serius untuk disiasat oleh Pejabat Kesihatan dan berlaku kematian akibat terbakar seorang drebar lori yang telah terjatuh ke dalam salah satu 21 tempat pembakaran di kilang pada 6hb Mei 2015 yang mendapat liputan suratkhabar Cina kerana ini adalah perkampungan Cina;

https://www.facebook.com/medi/set/?set=a.10153106631668584.1073741955.771863583&type=3 

Saya juga bangkitkan soalan susulan dalam Sidang DUN tahun 2016 dan Sesi Mei 19-24 2017. 

Sehingga bulan Mei 2017, saya telah menerima petisyen bantahan bertulis 18 mukasurat dari lebih 168 orang penduduk kampung kerana kilang ini masih beroperasi. Mpsp juga telah bawa kes ini ke mahkamah dan saman dikenakan rm1000 tetapi kilang ini masih beroperasi. 

Hanyalah selepas serbuan oleh pihak SPRM baru-baru ini operasi kilang dihentikan. Syabas pada SPRM dan lain-lain agensi yang turut sama terlibat. Saya ingin menjelaskan bahawa saya juga telah buat aduan berkenaan kilang-kilang haram yang lain seperti Vitrakukoh di Kg Tanah Liat dan kilang bakar aluminium smelting di Kg Kubang Ulu yang telah berjaya di ambil tindakan roboh oleh Direktorat MPSP di peringkat PBT saja. 

2. Hanya selepas itu saya mendapat berita yang Ahli Exco YB Phee Boon Poh telah direman. Maka saya amat berharap agar YB Phee di beri layanan, ruang dan keadilan yang sewajarnya untuk beliau membela diri memandangkan beliau sendiri secara rela hati memberi kerjasama penuh pada SPRM. Janganlah ada pihak yang di zalimi dalam menangani kes ini. 

3. Selain kes ini, saya amat berharap agar SPRM mengambil tindakkan yang sama pada semua aduan yang lain, baik yang sekecil-kecil ikan bilis sehinggalah yang sebesar-besar ikan jerung tanpa mengira parti pembangkang atau kerajaan supaya tidak menimbulkan persepsi dan kemarahan pimpinan dan rakyat yang terdapat "selective prosecution" terutama untuk kes besar yang di hadapi oleh negara sekarang ini seperti kes 1MDB, FGV dan lain-lain yang melibatkan berberbilion ringgit wang rakyat. 

Saya seperti rakyat Malaysia yang lain mahu melihat negara kita bebas dari rasuah dan SPRM sebagai agensi yang dipertanggung jawabkan dapat menjalankan tugas dengan berani, pantas dan berintegriti. 

Dr Norlela Ariffin 
ADUN Penanti

Jiunjiang Bridge Runtuh Selepas 9 Bulan Ia Siap Dibina Oleh CCCC.

Oleh : Fuziah Salleh


Upacara pecah tanah untuk ECRL baru sahaja di laksanakan di Kuantan minggu lepas.
Namun syarikat CCCC yang dianugerahkan projek kontroversi pembinaan rel keretapi paling mahal di dunia ini telah disenaraihitam oleh beberapa buah negara, dan juga disenaraihitam oleh Bank Dunia kerana terlibat rasuah.
Mengapa pula agaknya kerajaan Malaysia membuat keputusan besar memberi projek ini kepada CCCC tanpa proses tender terbuka?
China Communications Construction Company (CCCC) yang dianugerahkan projek ECRL dengan kos anggaran RM55 Billion adalah sebuah syarikat yang telah disenaraihitamkan oleh beberapa buah negara.
Persoalannya kenapa syarikat yang bermasalah dan mempunyai rekod-rekod pembinaan yang buruk ini dipilih secara runding terus .
Pemilihan projek yang melibatkan skala yang besar sepatutnya dibuat atas beberapa kriteria tertentu supaya projek tidak mendatangkan masalah kepada negara lebih -lebih lagi projek yang melibatkan pengangkutan awam.
Agensi berita Bloomberg melaporkan China, sejak 2007 hingga 2012, telah mengalami sekurang-kurangnya 18 jambatan runtuh yang mengakibatkan 135 kematian.
Salah satu jambatan terpanjang iaitu jambatan Jiunjiang Bridge di Utara China yang dibina CCCC runtuh selepas hanya 9 bulan ia siap dibina.
Antara maklumat yang ditemui melalui carian atas talian adalah antara maklumat seperti berikut;
Pada 29 Julai 2011, Bank Dunia telah menyenaraihitamkan CCCC dan kesemua anak-anak syarikatnya dari dibenarkan untuk mendapatkan sebarang bentuk pinjaman menerusi Bank Dunia mahupun agensi berkaitan Bank Dunia kerana amalan penipuan.
Amalan yang membahayakan keselamatan itu ditemui dalam projek berskala besar iaitu Fasa Satu, Penambahbaik & Pengurusan Projek Lebuhraya Nasional, Filipina.
Bank dunia telah menyenaraihitamkan (debarment) CCCC selama 8 tahun dari 12 Januari 2009 hingga 12 Januari 2017, atas dakwaan mengamalkan penipuan (fraudulent practices).
Ia adalah kerana CCCC adalah entiti pelaksana yang ditetapkan (designated successor entity)
kepada China Road and Bridge Corporation (CRBC) yang terbabit dengan pembinaan jalanraya dan jambatan.
CCCC juga disenaraihitamkan oleh Bank Pembangunan Afika (African Development Bank) dan beberapa bank lain termasuk, Asian Development Bank, Inter-American Development Bank, European Bank for Reconstruction and Development.
Syarikat itu juga dilaporkan termasuk dalam dua senarai hitam di Amerika Syarikat berkaitan projek landasan keretapi Iran-Armenia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...