Isnin, 14 Ogos 2017

Terima Kasih PAS Kerana Padamkan Artikel Fitnah #164 Kata Menteri.

Sejak beberapa hari lepas media sosial menjadi kecoh berikutan tindakan pemimpin utama PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor, AJK PAS Pusat yang menulis satu artikel berbaur fitnah bagi mengulas pindaan akta 164 yang diluluskan di Parlimen pada 9 Ogos lepas.

Ustaz Riduan menulis (secara kasarnya);

- Pasangan berbeza agama bebas berkahwin
- Pasangan bebas menukar agama
- Anak-anak pasangan bebas menukar agama (muslim) sesuka hati

Artikel itu tular dan tular dan sehingga semalam ianya masih tular meskipun penulis telah memaklumkan pembetulan telah dilakukan oleh PAS dengan menarikbalik artikel asal dan mengubahsuai kandungan artikel yang menyebarkan fitnah.

Bagaimanapun, respon-respon yang diterima dari penyokong PAS ketika penulis memberitahu mereka bahawanya mereka telah copypaste artikel fitnah, dan pembetulan telahpun dibuat mereka bukan sahaja enggan mempercayai dan masing-masing bertindak mempertikaikan akidah penulis, bahkan ada yang mengatakan penulis anak kafir sesat haram makan babi. 😂😂😂😂😂

Hadoi, sabar aje la melayan karenah penyokong-penyokong taksub ini.



Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada semalam telah menyampaikan rasa terima kasih di atas sikap PAS yang menarik semula artikel fitnah terhadap pindaan akta 164. 

Terima kasih PAS kerana secara tidak langsung mengakui kekhilafan dan kesilapan AJK Pas Pusat Dr Riduan Mohd Noor dengan memadamkan artikel FITNAH terhadap kerajaan yang bertajuk "RUU 164 : TRAGEDI MALANG BUAT UMAT ISLAM DI NEGARA INI". Moga jadi iktibar buat semua agar TABAYYUN atau semak semua fakta sebelum menulis mahupun menularkannya takut-takut menjadi fitnah yang memudaratkan bahkan hanya menzahirkan kejahilan kita.

Ia merujuk kepada artikel fitnah Ustaz Riduan yang tersiar di laman website rasmi PAS bagaimanapun PAS telah memadamkan artikel itu selepas mendapati ianya berbaur fitnah.

Artikel yang sama turut dilaporkan di Harakah, namun Harakah tidak mengalihkan keluar artikel itu sebaliknya hanya membuang beberapa perenggan yang berunsur fitnah dan mengedit beberapa bahagian sehingga menjadi satu artikel yang baru dengan tajuk yang sama.

Tindakan meminda kandungan asal artikel dan memadamkan ia membuktikan PAS mengakui mereka tersilap dalam meletakkan tuduhan namun masih terdapat pihak-pihak yang tidak memahami perkara tersebut dan berterusan menyebarkan fitnah.

Lihat gambar di bawah ini;



Pindaan akta 164 adalah merujuk kepada;

1. Mualaf yang berkahwin secara sivil - perkahwinan yang berlangsung sebelum beliau memeluk agama Islam

2. Untuk membolehkan mualaf menfailkan perceraian di mahkamah sivil, dan menuntut beberapa perkara berbangkit seperti hak jagaan anak, harta sepencarian dan lain-lain berkaitan mengenai perceraian.

3. Perkara ini tidak boleh dibicarakan secara syaria kerana perkahwinan itu berlangsung secara sivil - tiada akad dan nikah tambahan pula pasangan kepada mualaf adalah non muslims.

Dalam erti kata lain, mana-mana pasangan muslim yang berkahwin, beranak, bercerai akan dibicarakan secara syariah, mana-mana anak kepada pasangan muslim tidak dibenarkan murtad (by law) dan mana-mana individu yang dilahirkan muslim akan dipertanggungjawabkan untuk menjalani kehidupan secara penganut Islam by law di negara ini.

88(a) yang menjadi kontroversi telah ditarikbalik kerana;

1. Ia adalah satu enakmen yang mana anak kepada mualaf memerlukan persetujuan/perlu dimaklumkan kepada kedua-dua pasangan; bagi menukarkan agama anak yang berusia bawah 16 tahun.

2. Enakmen itu dipersoalkan oleh beberapa pihak termasuklah mufti dan jabatan agama malahan ada yang mempertikaikan ia kerana tidak selari dengan perlembagaan.

3. Bagaimanapun, penarikbalikkan enakmen itu tidak akan menyelesaikan masalah berbangkit mengenai agama anak-anak mualaf - untuk rekod ada contoh kes anak-anak mualaf ini ditukarkan agama tanpa pengetahuan bekas pasangan dan tanpa kerelaan anak (menggunakan elemen pemaksaan untuk menukarkan agama anak).

Penulis berpendirian bagiku agamaku, bagimu agamamu, maknanya, sesiapa pun tiada hak untuk memaksa sesiapa pun menukarkan agamanya tanpa kerelaan tuan punya badan. Hidayah datang kepada yang mencari, jika mahu anak-anak memeluk agama Islam, maka datangkan mereka hidayah dengan berkongsikan ilmu. 

Satu lagi yang menjadi polemik, apabila wujud pertikaian;

1. Anak-anak mualaf yang memeluk agama Islam dilarang dijaga oleh bekas pasangan yang bukan Islam (cubaan memutuskan hubungan silaturahim dengan menggunakan unsur agama).

2. Kononnya ia membabitkan akidah dan dibimbangi bekas pasangan akan menghasut anak-anak untuk kembali ke agama asal (jika anak-anak menukar agama dengan rela, atas sebab memahami ajaran Islam itu sendiri, bolehkah disewenang-wenangnya dihasut untuk menukar agama?, inilah terjadi bila umat Islam mementingkan kuantiti berbanding kualiti, biar ramai meskipun dipaksa memasuki Islam, munafiq dan berpura-pura pun tiada masalah janji harus dipaksa menganuti Islam).

Sedangkan banyak bukti di Malaysia ini, yang memenuhi penjara, penagih dadah, dari juara merogol anak sendiri kepada juara merasuah dan menyeleweng wang negara semuanya datang dari anak-anak melayu, yang lahirnya Islam dijaga pula oleh ibu bapa yang muslim keturunan.

Ini yang berlaku apabila Islam itu dinilaikan dari kuantiti dan bukannya kualiti.

Ini yang berlaku apabila Islam itu ditekankan secara konsep pemaksaan dan bukannya pemahaman.

Fikir-fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...