Selasa, 15 Ogos 2017

Dapat RM50, Baju Percuma, Disuruh Berhimpun, Ada Rekod Jenayah Dan Terlibat Kes Rogol - Suspek Kekecohan Nothing To Hide.

TIGA suspek yang ditahan atas dakwaan mencetuskan kekacauan semasa forum Nothing to Hide 2.0 dibayar RM50 seorang untuk hadir ke majlis itu, lapor Malaysian Insight.

Portal itu mendedahkan, ia adalah hasil maklumat dari siasatan awal pihak polis. Tiga remaja itu adalah dalam kalangan sebuah kumpulan besar yang diminta berhimpun di sebuah lokasi di Setiawangsa. Di situ, mereka diberikan kemeja-T dengan logo Bersatu, kata sumber yang dekat dengan siasatan berkenaan, lapor portal itu lagi.


Gambar - The Malaysian Insight
Kesemua yang ditangkap turut direman sehingga 17 Ogos ini. Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(2)(d) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 153 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya. 

Semakan latar belakang juga mendapati suspek yang di bawah umur berasal dari Perlis dan tidak habis sekolah. Dua suspek berumur 18 dan 19 merupakan pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur. 

Siasatan juga mendapati suspek berumur 18 tahun ada rekod jenayah dan terlibat dalam satu perbicaraan kes rogol yang sedang berjalan. 

Terdahulu, forum Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Shah Alam bertukar menjadi kecoh selepas penonton membaling kasut dan botol ke arah Mahathir sebelum mereka bergasak sesama sendiri dengan melemparkan kerusi dan membakar suar. 

Di laman sosial pula, penyokong BERSATU (Pakatan Harapan) dan UMNO menyalahkan antara satu sama lain sebagai dalang dalam insiden keganasan tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...